- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Friday, October 23, 2009

PERMOHONAN MAAF SECARA RASMI

Salam kpd seme blogger,
Pertamanya saya nk mintak maaf pd seme terutama K. Nor yg tlh menegur saya cara halus sekiranya tindakan saya selama ni duk C&P resepi & gambar masakan korang rupanya amat tdk disenangi & tlh menimbulkan kemarahan sehingga menjadi satu isu perdebatan. Saya buat blog ni bukan sbb nk cari untung, bukan sbb nk cari glemer, saya buat blog ni sbb saya nk kumpul resepi2 yg saya suka, resepi2 yg saya dh cuba, utk dijadikan rujukan saya pd masa hadapan. I'm not a good cook, sbb tu saya really depends pd resepi2 yg btebaran kt alam siber ni oleh krn kt sini aje tpt yg paling mudah saya nk retrieve segala mcm resepi.
Saya tak tau apa yg K. Nor dh post dlm blog dia sbb by the time saya melawat umahnya dia dh delete post tu tp apa shj yg diperkatakan, saya terima seme itu sebagai nasihat & ingatan....& dgn ucapan AMIN & ALHAMDULILLAH...hanya Tuhan yg mampu membalas segalanya...
Mmg salah saya sbb saya tak minta izin secara rasmi sblom saya copy & paste resepi & gambarnya kt blog saya...tp ketahuilah saya tdk ada langsung niat utk menaikkan diri saya sbb saya dh byk kali ckp saya tak pndai masak...saya tak ckp pn seme tu hasil karya saya...saya bukan nk take credit utk seme resepi & gambar tu..if yes saya takkan sertakan link dr mn saya dpt seme tu...rupanya itu masih blom cukup & ternyata saya masih mentah dlm dunia blogging ni...sy terlupa niat tdk menghalalkan cara...
Ya, saya mmg boleh post resepi tu tnpa gambar tp for those yg berminat dgn resepi tu sudah semestinya nk tengok gambar kan? Dh tengok rupa baru la org jatuh hati nk cuba..Nape saya tak post gambar yg saya amik sndiri? Well, dgn rendah hati & dgn tulusnya tnpa rasa malu saya nk bgtau kt sini yg saya takde kamera nk amik gambar masakan saya sndiri..for the time being i can't afford to buy a new camera slps camera lama saya rosak..mmg la ada yg murah tp hnya saya saja yg faham situasi saya...
So for the last time saya mintak maaf byk2 kt seme blogger sbb dh C&P resepi & gambar masakan korang...saya dh mintak maaf secara rasmi kt blog K. Nor....saya akan cuba mperbetulkan keadaan....pd yg faham situasi saya, saya ucapkn jutaan terima kasih...pd yg terasa, saya minta maaf....pd nOOrsha saya org islam sedari lahir...

Wednesday, October 21, 2009

Ikan Masak Halia

Ari ni sakit tekak so malas nk masak...beli kt kedai jer utk dinner..aku mkn bubur nasi, hubby mkn nasi dgn tomyam & ayam paprik...
So ari ni nk citer apa yg aku masak utk lunch masa adik aku dtg ari isnin lepas...tiba2 jer dia ckp nk dtg amik brg yg dia pesan dr kg sbb kebetulan dia mmg ada kt area cheras masa tu...hubby suruh masak ajak dia makan tghari sekali...mulanya nk masak udang & sotong tp nsib baik teringat yg dia msti tak nk mkn since dia baru jer lps kna chicken pox (adik aku ni dh tua2 baru nk kna chicken pox & akibatnya plan dia nk blik kg sempena majlis pertunangan adik kami terpaksa dibatalkan)..nsib baik ikan ada (ni seme stok sblom balik kg ari tu..beli byk masa gi pasar borong selayang)..since nk cepat hubby wat ikan saga masak halia...resepinya sebijik dgn resepi dr lynn lynn kt bawah ni cuma hubby guna ikan saga (aku tak tau la apa org lain panggil tp hubby ckp nama ikan tu ikan saga...dia besar tp leper, mcm ikan cermin tp lg besar dr ikan cermin)...sayur tak sempat nk masak sbb masa adik aku smpai, baru jer lps goreng ikan tu...so mkn dgn ulaman jer la; kacang botol yg aku bawak dr kg...


Ikan Masak Halia
Sumber :
lynn lynn

Bahan bahan
5 Ikan Kembung / tenggiri [atau ikut suka mu la ]
6 Ulas bawang putih } tumbuk
1 Bj bawang merah besar } tumbuk
2-3 inci halia } hiris halus - ikut suka kalau nak lebih lagi
8 batang cili padi siam } hiris halus
2-3 sd mkn sos tiram
4 sd mkn minyak masak - ikut suka kalo nk lebih
garam secukup rasa
1/2 cawan air
1 sd mkn tepung jagung - utk pekatkan kuah

Cara menyediakan
Ikan di goreng dahulu jgn terlalu garing [ketepikan dalam pinggan].Kemudian tumis bawang merah dahulu kemudian baru masukkan bawang putih dah halia biarkan sehingga semua agak layu.Kacau,masukkan cili padi gaul masukkan sos tiram biarkan sebentar.Masukkan air dan tambah sedikit garam secukup rasa.Kemudian masukkan tepung jagung yg telah di campurkan sedikit air.Biar sebentar.rasakan garam kalau dah ngam boleh laa padam api dapor n hidang lew

Tuesday, October 20, 2009

Kuih Sepang

Korang prnh mkn kuih sepang ke idok? Serius, aku tak tahu...dgr kata ada kuih sepang rebus, kuih sepang kukus & ada yg digoreng. Aku bjaya jupe resepi yg dikukus & digoreng jer...blom cuba lg tp jatuh hati bila tengok kuih ni kt dlm satu program masakan, klau x silap resepi dr istana, mcm tu la lbih kurang...


Kuih Sepang
Sumber: Majalah Perempuan Disember 2000
Gambar :
Iszati

Bahan-Bahan:

Bahan inti:
1 biji kelapa parut
1 cawan gula merah
2 cawan gula pasir
3 helai daun pandan

1 peket tepung pulut
1 biji kelapa (ambil santannya)
Garam

Cara:
1. Gaulkan tepung pulut dengan sedikit garam dan sedikit santan sehingga sebati.
2. Untuk membuat inti, satukan semua bahan ke dalam kuali dan masak dengan api perlahan hingga inti kekuningan.
3. Bentukkan adunan tepung pulut tadi seperti membuat karipap dan letakkan inti. Buat sampai habis.
4. Letakkan kuih ke dalam pengukus dan tuang baki santan. Kukus hingga masak.




Kuih Sepang (I)
Sumber: Majalah Saji Oktober 1998
Gambar :
azq

Bahan-Bahan:
200 ml air sejuk
100 gm tepung pulut
1 helai daun pandan
200 gm kelapa muda parut
60 gm gula enau atau gula melaka
3 gm garam
250 gm air
100 ml susu skim
50 ml santan pekat

Cara:
Kisar daun pandan dengan 1 cawan air sejuk tapis, dapatkan airnya. Bancuh tepung pulut dengan air pandan dan uli menjadi doh. Masak gula enau dengan 1/2 cawan air dan apabila gula telah hancur, masukkan kelapa parut dan masak lagi hingga kering. Canai tepung yang telah diuli sebesar bola ping pong, leperkan dan masukkan inti kelapa tadi ditengahnya. Bentukkan seperti karipap dan aturkan di dalam dulang pengukus. Curahkan campuran susu skim dan santan yang ditambah sedikit garam dan kukus lebih kurang 20 minit sehingga masak.




Kuih Sepang
Sumber :
nutriweb

Hidangan untuk 5 orang

Bahan-bahan
125 g (1 cawan) tepung pulut
5 g (1 helai) daun pandan, dimesin dengan 250 ml (1 cawan) air dan ditapis

Untuk inti
50 g (1/2 cawan) kelapa muda parut
100 g (1 keping) gula anau
125 ml (1/2 cawan) air

Untuk kuah
125 ml (1/2 cawan) santan pekat, iaitu 125 ml (1/2 cawan) air dengan 40 g kelapa parut
125 ml (1/2 cawan) susu rendah lemak
secubit garam

Cara menyediakannya
1. Untuk membuat inti kelapa, masak gula anau dengan 1/2 cawan air sehingga gula anau hancur. Kemudian masukkan kelapa parut dan masak lagi sehingga inti agak kering. Kacau sekali sekala untuk meng�elakkan inti daripada hangus. Ketepikan.
2. Untuk membuat kuah, campurkan santan, susu rendah lemak dan garam. Ketepikan.
3. Bancuh tepung pulut dengan air daun pandan dan uli sehingga menjadi doh.
4. Bentukkan doh seperti bola ping pong, leperkan dan masukkan inti kelapa ditengahnya.
5. Bentukkan seperti karipap dan aturkan di dalam dulang pengukus and terus dikukus selama lebih kurang 5 minit.
6. Kemudian curahkan kuah tadi dan kukus sehingga masak selama lebih kurang 20 minit.




Kuih Sepang
Sumber :
edazman

Bahan-bahannya:
3 biji pisang - ikutlah pisang apa2 pun ( dilenyek )
Santan pekat - guna setakat kita nak menguli
Tepung pulut - secukupnya ( ari tu eda guna dlm 1 1/2 cwn)
1 s/k garam
Inti kelapa - sila rujuk resepi kat kuih koci

Cara-caranya:
1.Campurkan pisang yg telah dilenyek bersama tepung pulut.Gaul sebati.
2.Kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit.Jgn byk2, nantikan lembiklah..Bila dah jadi spt kita buat onde2 tu, stoplah dr menambah tepung dan santan tadi.
3.Jgn lupa buh garam masa mengaul ya!
4.Slps itu bulatkan kecil2 dan masukkan inti kelapa.Kemudian buat bentuk bujur.
5.Bila dah selesai proses membujur, goreng dgn api yg perlahan.Kalau tak , hanguslah jadinya....Dan isi dlm pun tak masak....

Monday, October 19, 2009

Spaghetti Sardin

Kami btolak balik ke KL pg2 semlm...jln x jam so by evening kami dh smpai KL..penat + lapar...hubby suruh masak yg simple2 jer ptg tu...nk masak nasi msti lambat sbb lauk-pauk fresh beku & keras mcm batu dlm freezer...buka almari tjumpa balance spaghetti ari tu...teringat resepi spaghetti sardin, huby suka sardin...tnya hubby, dia ckp alright jer as long as cepat..wp aku bukan pgemar sardin tp aku tetap nk wat sbb ari tu dh ikut selera aku, ari ni giliran hubby plak
Nsib baik bunga kantan msih ada tp dh hampir nk expired (faham2 je la cmner rupanya bila dh agak lama dlm freezer)...daun kesum ku petik dr mini garden ku (aku ada tanam pokok2 sayuran & ulaman dlm pasu kt umah sikit, taruk kt balkony..selain dpt mkn, dpt juga jd pokok hiasan...tanam dlm pasu jer sbb umah di awang-awangan)...sardin aku suruh huby beli kt kedai asoh kt bwh (restoran cina tp dia ada gak jual mknan dlm tin)..hubby amazed jugak dgn spaghetti cmtu sbb dia pn x prnh mkn...sgt suka hati bila tengok dia amat bselera masa mkn...aku, boleh msuk tekak la wp tak tambah mcm hubby...aku follow resepi k. syartina sbb dia tak taruk kuah ikan sardin tu (yg sbbkan tekak aku tak boleh terima sardin adalah kuahnya)...resepi ni tak pedas sbb tak taruk cili...nk yg pedas, sila follow resepi gadisz_malayu & siti marzita...


Spaghetti Sardin
Sumber :
K.Syartina

Bahan-bahan
2 tin besar sardine
1 botol kecil sos tomato
2 btg bunga kantan
3/4 tangkai daun kesum
2 biji tomato
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cawan air
garam+gula

Cara Membuatnya
1. Tumis bawang besar (didadu) + bawang putih cincang hingga wangi.
2. Masukkan ikan sardin dihancurkan (tanpa kuah).
3. Masuk sos tomato + air.
4. Masuk daun kesum + bunga kantan (keduanya diracik).
5. Masak hingga menggelegak.
6. Masukkan tomato didadukan.
7. Biarkan kuah pekat (api perlahan).
8. Rasakan garam + gula.




Spaghetti Sardine ala Malaysia
Kiriman: gadisz_malayu
Sumber: Inspirasi Sendiri

Bahan-Bahan:
1 peket spaghetti
1 tin besar sardine (isi dan kuah diasingkan-lecek isi sardin hingga hancur)
1 ½ biji buah tomato (didadu)
4 sudu besar cili boh
8 sudu besar sos cili
4 ulas bawang putih-dicincang halus
1 biji bawang besar-dicincang halus
4 biji Cendawan hitam kering(direndam setengah jam dan kemudian dihiris halus)
Air (sukatan mengikut kesukaan individu)-dicadangkan dalam 2 ½ cawan.
Garam secukup rasa

Cara:
1. Rebus spaghetti ke dalam air mendidih yang telah dicampurkan sedikit minyak dan garam sehingga masak.Apabila sudah masak,toskan.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga garing.
3. Tumis cili boh sehingga masak.Masukkan sos cili dan kuah sardine.Serta bolehlah dimasukkan cendawan kering.
4. Masukkan sedikit air dahulu.Kacau semua bahan-bahan tadi.
5. Isi sardine yang telah dihancurkan dimasukkan ke dalam kuah.Masukkan separuh daripada buah tomato tadi bersama.
6. Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu kering. Namun jangan tambahkan air terlalu banyak.Seelok-eloknya kuah sederhana pekat dan cair.
7. Apabila sudah mendidih bolehlah dimasukkan baki buah tomato tadi. Tambahkan sedikit garam secukup rasa.
8. Tutup api bila kuah sudah sedia masak.




Spaghetti Sardin Hud
Kiriman: Siti Marzita Sulong
Sumber: ciptaan sendiri

Bahan-Bahan:
1)1 paket spaghetti yang telah di rebus.
2)semangkuk daging ayam rebus (telah di cincang)
3)1 tin besar sardin(telah dihancur)
4)sebatang timun(potong kecil/dadu)
5)½ labu Bawang Besar (dihiris)
6)4 ulas Bawang putih (dihiris)
7)sebiji tomato
8)2 keping asam keping
9)air limau nipis/lemon
10)1 sudu lada hitam (telah ditumbuk)
11)4@5 batang cili api (telah ditumbuk)
12)garam dan perasa
13)2 sudu besar minyak untuk menumis
14)sedikit air

Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali.Masukkan bawang putih, bawang besar, lada hitam dan cili api. Tumis hingga naik bau.
2. Kemudian masukan sardin hancur, asam keping, timun, tomato dan daging ayam rebus yang telah di cincang.Tambah sedikit air jika terlalu pekat.Kemudian bila telah masak masukan spagetti dan gaulkan. Boleh tambah garam dan perasa jika perlu.Akhir sekali perah asam limau/lemon sebanyak mana yang disukai.Hidangkan.

Tambahan:
Anda boleh tambah sayur lain seperti kobis bunga, cendawan dan putik jagung.Boleh juga tambah udang atau sayur campur.

Sunday, October 18, 2009

Pulut Lepa & Satar Ikan

Mlm nnti kami dh nk btolak blik semula ke KL sbb esok kna keje dah...mcm biasa klau blik kg, mcm2 aku nk mkn, mak aku la yg jd mangsa tukang buatnya...aku 'paksa' my mom buat pulut lepa & satar sbb dh lama teringin nk mkn...ari tu mkn masa balik raya tak puas mkn pulut lepa sbb kecik jer saiznya, inti pun secoit jer, satar plak lbih byk kelapa dr isi ikan...aku tolong my mom bungkus, yg jd mangsa tukang bakarnya hubby aku (ala, dia pn mkn gak, apa la sgt setakat bakar pulut lepa)..pg2 dh bangun sbb nk wat pulut lepa & satar sbb tghari dh nk bgerak blik ke KL..siap2 bakar terus ngap, selebihnya wat bekal mkn dlm kete...my mom juga wat pulut lepa & satar ala2 frozen utk kami balik bakar semula bila smpai KL nnti..


PULUT LEPA aka PULUT PANGGANG VERSI TRENGGANU
Sumber :
Kak Madiha

Bahan2
1 kg pulut ~ direndam semalaman atau sekurang2nya 3 jam
1 biji kelapa ~ ambil santan pekat anggaran 3 cawan (kalau rasa kering sgt.. boleh tambah lagi)
garam secukup rasa
Daun pisang utk membungkus ~ potong anggaran selebar 7 inci setiap sekeping dan lap permukaannya.
Lidi yang dipotong runcing sepanjang 1 ½ inci (untuk cucuk daun pisang) atau boleh juga gunakan stapler saja.. (org dulu2 guna lidi)
kapur makan (untuk di lengserkan pd jari jemari utk mengelakkan pulut melekat2 pd jari)

Cara Menyediakan
1. Toskan pulut yang direndam tadi & masukkan ke dalam pengukus (elok guna pengukus lubang halus agar pulut tak jatuh jika pengukus berlubang besar.. alaskan dengan daun pisang). Kukus selama 30 - 40 minit.
2. Angkat pulut dan masukkan ke dalam besen dan arong dengan santan yg dicampurkan dengan garam. Kacau hingga rata dan kukus sekali lagi selama 30 minit atau hingga pulut masak.
3. Sediakan daun pisang (letak atas meja atau papan pencanai atau atas kekuda kalau buat kat lantai).
4. Sapukan jari dengan kapur makan agar pulut tak melekat pada jari. Sudukan anggaran 2 ~ 3 sudu besar pulut atas daun pisang dan ratakan. (rujuk pada gambar).
5. Sudukan inti anggaran 3 sudu kecil lalu balutkan inti tadi dengan pulut dengan beralaskan daun pisang. Pastikan inti tertutup dengan pulut dan berada ditengah2 pulut supaya inti tak berterabur waktu nak makan
6. Potong lebihan daun pisang kiri & kanan balutan pulut tadi anggaran 1 inci.
7. Dengan menggunakan jari.. tekan/cucuk2 pulut ke dalam balutan daun pisang tadi agar ia kemas & mampat.
8. Cucuk dengan lidi atau stapler untuk mengemaskan balutan.
9. Bila dah siap.. bolehlah dibakar menggunakan dapur gas ataupun arang.


INTI PULUT LEPA

Bahan2
1 kg ikan selayang / ikan uji rashid / ikan kembung
1 sudu kecil garam & 4 keping asam keping (untuk merebus ikan)
½ biji kelapa (ambil santan pekat anggaran 2 cawan)
6 ulas bawang merah ~ dimayang halus
1 inci halia ~ dihiris memanjang halus
1 sudu kecil halba
garam & gula secukup rasa
serbuk perasa jika suka

Cara Menyediakan Inti
1. Rebus ikan dengan garam, asam keping & sedikit air.
2. Sejukkan ikan & asingkan isinya sahaja.
3. Tumbuk isi ikan hingga lumat
4. Dalam kuali.. masukkan santan, bahan2 hiris, halba, isi ikan, garam & gula secukup rasa.
5. Masak bahan2 tersebut hingga menjadi betul2 kering & berderai.
6. Angkat & ketepikan sedia utk digunakan.




SATAR IKAN
Sumber :
Kak Liza

bahan-bahannya;
1/2 kilo ikan selayang [ambil isi saja]
1/2 biji kelapa muda [parut]
10 biji cili kering
10 biji bawang merah
1/2 inci halia
sdikit asam jawa
daun pisang

caranya;
1. Iikan dan kelapa ditumbuk.
2. Bawang, cili kering dan hali dimesinkan.
3. Gaul kesemua bahan hingga sebati
4. Masukan garam,gula asam jawa gaul rata.
5. Daun pisang dibentukkan kun [macam buat kelonsong kacang putih] dan masukkan adunan ikan .
6. Tutupkan dan dan cucukkan pada buluh.
7. Bakarkan/panggangkan sehingga agak masak.
8. Angkat dan buangkan daun pisang dan hidangkan.

Saturday, October 17, 2009

Selamat Bertunang Untuk Adikku Yusri - Bihun Goreng Siam & Nasi Goreng Jawa

Awal ptg semlm aku & hubby smpai terengganu...memula hantar my PIL ke umah diaorg dulu, singgah jap, lps minum2 aku & hubby terus blik ke rumah my parents...mlm tu buat persiapan terakhir seblom btolak ke felda kerteh 4 sbb esok adik lelaki ku yg 2nd yg btunang (anak no 3 dlm family kami)..brg2 hantaran seme dh ready...adika ku suruh my cousin's wife (kak nor) gubahkan (nasib baik tak suruh aku sbb aku tsgt bz lately)...lgpn senang suruh kak nor tu sbb dia duk 1 kg dgn kami, klau suruh aku maknanya aku kna angkut brg tu seme dr KL ke kg, silap2 smpai trganu dh tunggang terbalik..dh smpai umah aku, nnti nk jln jauh lg brg2 hantaran tu sbb kg kami dgn kerteh tu jauh gak ooo...mlm tu tidur agak awal sbb bdn msih penat sbb jln jauh. Nk tau lbih lanjut citer pasal majlis pertunangan adik aku tu, sila refer kt sini.
Pg2 td dh bangun sbb kna tolong my mom masak2 ckit utk rombongan yg nk gi meminang nanti...mn la tau kot2 ada yg blom sempat sarapan, nnti tgh jln lapar, takkan nk bhenti mkn kot...nk tunggu mkn kt umah bakal tunang adik aku jauh gak tu...aku tolong my mom masak bihun goreng siam, nasi goreng jawa (hubby request nasi since dia tak minat sgt dgn bihun) & goreng keropok lekor + karipap frozen (yg ni my cousin yg sponsor).
Bihun goreng siam ni aku cilok dr blog familiazam (ni seme gara2 my mom suruh aku siapkn breakfast pg ni sbb dia ada keje lain)..tiba2 hubby plak ckp nk nasi goreng sbb dia ni kureng bab2 bihun & mee ni, nasib baik balance nasi semlm ada ckit, cukup la utk 2 org mkn..tu yg aku goreng nasi goreng jawa tu...nasi goreng ni mmg yg biasa org jawa indonesia masak tp aku dh adjust ckit tang lauk tu...yg aslinya diaorg hidang nasi goreng ni dgn telur dadar/telur mata bersama ayam goreng & keropok...daging ke, udang ke, sotong ke, mmg diaorg tak taruk kecuali yg dh diadjust...kiranya mcm nasi goreng kosong yg slalu org kita buat except diaorg msti blend sekali tomato, agaknya sbb nk ada rasa masam2 ckit kot dlm nasi goreng tu...enjoy



BIHUN SIAM
Sumber :
familiazam


Bahan-bahannya:
600 gram bihun - direndam
300 gram udang sederhana besar
300 gram taugey - dibuang ekor
240 daging - dihiris www.familiazam.com
75 gram sawi - dipotong 5 cm panjang
40 gram udang kering - dikisar
30 gram kucai -dipotong 3 cm panjang
10-12 tangkai cili kering - dikisar
120 ml minyak masak
2 keping tauhu - dipotong dadu dan digoreng
2 biji telur - dipukul www.familiazam.com
1 labu bawang besar - dikisar
1 kuntum bunga kantan - dihiris
Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya:
1. Tumis bawang besar dalam minyak panas sehingga naik bau kemudian masukkan bahan kisar yang lain.
2. Masukkan daging dan tambah sedikit air dan masak sehingga daging empuk. Kacau rata.
3. Masukkan udang, garam, telur, sawi, tauhu dan bunga kantan.
4. Masukkan mihun dan kacau rata. www.familiazam.com
5. Masukkan taugey dan kucai. Kacau selama dua minit sebelum dihidangkan.





Nasi Goreng Jawa


Bahan-bahan:
Sedikit isi dada ayam - dipotong nipis2
2 cawan nasi
2 sudu besar minyak untuk menumis
Sedikit kobis - dihiris
2 biji telur
Sedikit bawang goreng

Bahan tumis - ditumbuk/diblend halus
3 ulas bawang merah
2 umas bawang putih
2 biji cili merah
2 biji cili padi (klau suka pedas, boleh ditambah lg)
1 biji tomato
2 sudu besar kicap lemak manis
Garam & bahan perisa secukup rasa

Cara-cara
1. Panaskan minyak. Goreng isi ayam hingga masak.
2. Kemudian tumis bahan menumis hingga wangi, kemudian masukkan sayur kobis. Masak sekejap.
3. Masukkan nasi & kicap lemak manis & kacau sebati. Siap.
4. Pukul telur bersama sedikit garam, jdkan telur dadar. Bila sudah sejuk, gulung telur dadar & potong kecil2.
5. Hidangkan nasi goreng bersam telur dadar & bawang goreng.







Friday, October 16, 2009

Rendang Ayam Daun Puding

Aku mmg tak tahu daun puding boleh wat rendang...masa mkn umah my adik ari tu baru aku tau..ni ha rupa daun puding tu, jgn salah daun plak...


Rendang Ayam Daun Puding
Sumber : My SIL
Gambo :
Anita Jamal

Bahan-bahan
1 ekor ayam - dipotong 8 bahagian & digoreng 1/2 masak
1 ikat daun puding - dihiris
500 ml santan
3 sudu makan kerisik
6 batang serai - dikisar
5 cm halia - dikisar
10 cm lengkuas - dikisar
20 biji cili padi - dikisar * klau suka lg pedas, boleh tambah lg
10 tangkai cili kering - dikisar
10 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1.5 cm kunyit hidup - dikisar
Gula & garam secukup rasa

Cara-cara
1. Panaskan kuali, tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau & pecah minyak.
2. Masukkan santan, kerisik dan didihkan di atas api.
3. Bila santan agak pekat, masukkan ayam, daun puding, garam & gula secukup rasa. Masak sehingga kering.
4. Angkat & sedia dihidang.




Rendang Ayam Pencen Daun Puding
oleh:
tuntung15
Gambo :
malay.cari.com

Bahan-bahan ( Sekeluarga )
1 ekor ayam pencen
1 kilo santan pekat
Cili api (ikut pedas masing2)
Cili kering (ikut pedas masing2)
1 inci kunyit hidup
7 batang serai (diblender halus)
3 batang serai (dititik)
Lengkuas (anggaran 1/2 cawan selepas diblender halus)
1 keping asam keping
Garam dan gula secukupnyer
Daun puding

Cara-cara
1. Bersihkan ayam. Sementara nak menyiapkan bahan-bahan lain, boleh lah mula dengan merebus ayam sebab al-maklum ayam pencen kene rebus lama.
2. Cili api, cili kering, kunyit hidup, 7 btg serai dan lengkuas diblender halus. Masukkan bahan2 blender ke dalam ayam yang sedang direbus. Rebus anggaran 1 - 1 1/2 jam.
3. Bila ayam dah lembut, boleh lah masukkan santan pekat, serai yang sudah dititik, garam, gula dan asam keping.
4. Masak macam masak rendang biasa. Jaga api dan kacau sentiasa supaya x hangit. Bila rendang separuh kering, boleh lah masukkan daun puding yang telah disiat-siat.
5. Ini lah rupa daun puding. Di Kuala Pilah orang panggil daun ni daun puding. Kat tempat lain, kak ogy x pasti ler. Daun ni sedap sangat. Letak banyak pun xpe. Bila dah dimasak, warna daun ni agak hitam dan berkilat.
6. Masaklah rendang sehingga kering dan naik minyak. Dah siap.


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).