- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Showing posts with label Main Course - Egg. Show all posts
Showing posts with label Main Course - Egg. Show all posts

Monday, October 12, 2009

Asam Pedas Ikan Tenggiri & Telur Dadar Udang

My PIL dtg ke KL ari ni since esok hubby kna attend court session kt mahkamah selayang..diaorg btolak dgn bas dlm pukul 12pm, smpai KL dlm pukul 8pm lbih..hubby gi jemput diaorg kt hentian putra..kesian diaorg penat jln jauh tp nk wat cmner takde anak2 lain yg nk hantar diaorg ke KL...
Smpai umah kami, terus hidangkan dinner yg dh siap dimasak sejak ptg...kami hidangkan ikan masak asam pedas (style KL, bukan style terengganu...beza tau..ciplak resepi kak liza), ulaman spt pucuk pegaga (aku tanam sndiri...dh mbuahkan hasil skrg tp cukup utk mkn sndiri je la), budu (dh namanya org ganu, kna la ada budu nk cicah ulaman), telur dadar udang (ikut resepi kak Nor), ikan masin goreng & air sirap. Sempoi jer sbb ari ni ari keje, so tak sempat nk masak yg grand2..


ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI
Sumber :
Kak Liza

Bahan
500 gm ikan tenggiri [potong 3 keping dan bersihkan]
5 niji terung panjang [potong kecil]
1 biji buah tomato [belah 4]
1/2 cawan jus asam jawa
5 tangkai daun kesum
4 s/b minyak masak
3 cawan air
secubit gula
garam

bahan mesin
15 tangkai cili kering [kalau nak pedas boleh tambah]
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 s/k kunyit serbuk

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak dan wangi.
2. Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendideh.
3. Masukkan ikan, terung & garam dan biarkan sehingga mendideh lagi.
4. Masukkan dan daun kesum.
5. Perlahankan api dan biarkan sehingga naik minyak dan terung lembut.
6. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.



Telur Dadar Udang
Sumber :
K. Nor

Bahan-bahan:
4 bj telur
isi udang ~ potong kecik
3 sudu besar susu cair
1 bj bawang besar ~ potong dadu
1 bj cili merah ~ potong dadu
daun kucai/daun saderi/daun bawang ~ dihiris
garam
sedikit minyak

Cara-cara:
1. Campurkan kesemua bahan2 dan kacau hingga sebati.
2. Panaskan minyak dlm frying pan.
3. Tuang adunan telur ke dalam frying pan dan goreng hingga masak.

Wednesday, September 2, 2009

Telur Kukus Bersos

Tup2 ptg td hubby call nk blik bukak pose sama2. Dang2 tu gak fikir nk masak apa. Mulanya aku plan nk goreng ayam + sayur jer, cukup la utk aku sorang tp bila hubby ckp nk blik aku tfikir mcm sempoi sgt. Tiba2 teringat resepi telur kukus sweetlilly. Blom prnh cuba lg tp nmpak menarik jer resepi & gambornya, sb tu aku cuba apatah lagi telur kukus ni berkuah tak mcm resepi telur kukus yg pernah aku jupe sblom ni. Aku rasa mmg ngam la telur kukus ni dgn hidangn asal aku iaitu ayam goreng & sayur. Aku terkukus lama ckit, so telur tu agak keras. Ok la tu sbb hubby tak suka telur yg lembik2. Sgt sedap & hubby impress with it sbb first time aku masak telur kukus ni. Hubby suka masak yg btumis mcm tu & pedas2 ckit, apatah lg dia tak suka mkn kuning telur semata2 (klau wat telur mata kerbau, msti dia bg telur kuning kt aku, klau wat telur dadar @ mcm ni, telur kuning dh sebati dgn telur putih, so mkn seme lah). Pst, kt bwh nun aku tepek resepi telur kukus yg ada sos gak tp ni resepi dr seberang, aku dh tolong translate apa yg patut, klau silap minta diampun ya.


Telur Kukus
Sumber :
Sweetlilly

Bahan
2 biji telur
3/2 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil serbuk secukup rasa "Maggie" hhehehehhe
1 sudu kecil lada sulah
sedikit halia - cincang halus
daun sup - cincang halus
udang - kopek kulit
nak pedas leh cincang cili merah

Sos
2 biji bawang putih - di ketuk
soya sos - yg cair

cara:
- tumis bwn putih ngan sedikit minyak. pas tu tuang soya sos. tambah sedikit air. tambah sedikit perasa.. siap..

Cara:
- satukan kesemua bahan. jangan pukul sampai bebuih. asal sebati
- sapu minyak pada acuan. tuang adunan telur dalam acuan.
- pas tu kukus la.. haku kukus atas kuali jer..
- dah masak tu.. telangkupkan kat pinggan..
- tuang sos. pas tu tabur kat atas telo bwg goreng.



Telur Kukus Bumbu Merah
Resepi:
Erwin Kuditawati

Bahan isi:
1 sdt tepung jagung
3 biji telur ayam - dipukul
75 ml santan pekat
1 btg lobak merah - potong kotak kecil
25 gr kacang peas
2 sdm santan pekat
¼ sdt garam
1/6 sdt serbuk lada/cili kering kisar/cili boh
1 btg serai
3 lbr daun salam
2 sdm jus limau nipis
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis secukupnya

Bahan kisar:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili merah
2 biji cili padi

Cara membuat:
1. Campurkan tepung maizena, santan, dan telur. Perasakan dgn garam dan lada, kemudian tambahkan lobak merah dan kacang peas. Masukkan adunan ke dalam acuan 4 segi yg besar. Kukus sampai masak. Potong-potong.
2. Tumis bahan kisar sampai wangi. Tambahkan serai, santan, garam dan gula, masak sambil dikacau hingga mendidih.
3. Masukkan air limau nipis & potongan telur kukus. Masak sambil dikacau hingga sos meresap.
Nota : Boleh juga tuang sos ke atas telur kukus yg telah dipotong td.

Saturday, August 1, 2009

Masak Lemak Telur Itik

Ni resepi dr balance telur itik ari tu. Nk abiskn stock, dh lama sgt dah. Ari ni masak lemak telur itik tp guna bawang. Klau masak style n9 biasa tak letak bawang kan. Klau sebut masak lemak, sah kna guna cili api/cili padi, baru kaw2 pedas dia. Tak pedas tak best (wp aku tak suma mkn pedas2 sgt, klau pedas ckit2 tu ok lg). Aku terbekenan resepi adabi ni, jom cuba. Resepi2 kt bawah tu mcm biasa la, utk pilihan pembaca semua.


Gulai Lemak Telur Itik
Sumber :
adabi


Bahan-bahan :
10 biji telur itik
50 gm cili padi ditumbuk
1/2 sudu besar Serbuk Kunyit Adabi
2 helai daun kunyit dihiris halus
4 batang serai dititik
2 paket Serbuk Santan Segera Adabi
500 ml air suam
10 biji belimbing
1 sudu besar Asam Jawa Adabi
Garam dan Serbuk Perasa MSG Adabi secukupnya

Cara Memasak :
1. Didihkan air setengah periuk bersama asamjawa.
2. Setelah mendidih, pecahkan telur itik, satu-persatu ke dalam periuk dan biarkan ia masak separuh masak dan angkat, ketepikan ia..
3. Untuk membuat kuahnya, jerang bahan tumbuk bersama sentan dan air, anggaran air 1 cawan.
4. Setelah mendidih masukkan telur tadi.
5. Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.



Gulai telur itik
oleh:
putra_yanty


Bahan-bahan ( 6 orang makan )
6 biji telur itik
1/2 kilo santan segar
3 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
5 biji cili padi*
2cm kunyit hidup*
1 helai daun kunyit
2 batang serai
1 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
1.Blendkan semua bahan yang bertanda *. Kemudian masukkan kedalam periuk bersama-sama dengan santan.
2.Ketuk serai dan daun kunyit tu diracik-racik dahulu, kemudian masukkan ke dalam periuk, beserta dengan asam keping, garam dan gula.
3.Hidupkan api, dan masak. Semasa memasak, pastikan anda sentiasa kacau santan tersebut agar tidak berketul-ketul. Bila dah mengelegak, pecahkan telur sebijik demi sebijik kedalam santan tersebut. Biarkan telur tu masak sendiri tanpa mengacau santan tersebut.
4.Bila agak2 telur tu dah mengeras, bolehlah padam kan api tersebut. Dah pun siap.. senang sangat.. selamat mencuba



Telur Itik Masak Lemak
Sumber : Harian Metro
Gambar :
Noreen


Bahan A:
5 biji telur itik
450 mililiter santan pekat
1-2 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa

Bahan B:
5 ulas bawang merah
1 sm kunyit hidup
1 batang serai
1 biji cili merah
1 biji cili hijau

Petua:
Belimbing buluh boleh dimasukkan untuk mengimbangi sedikit rasa masam.

Cara:
- Kisar semua bahan B.
- Masukkan santan, asam keping, bahan kisar, garam dan gula ke dalam periuk.
- Jerang di atas api perlahan sambil sentiasa dikacau supaya tidak pecah minyak.
- Apabila santan hampir mendidih, pecahkan telur satu persatu sambil mengacau santan perlahan-lahan.
- Jangan masak terlalu lama untuk mengelak telur jadi keras dan kurang sedap.
- Sedia dihidangkan.



Telor Itik Masak Lemak
Sumber :
Kak Lin


Bahan-Bahannya:-
5 Biji Telor Itik
10 Biji Cili Padi Di Kisar
1 Inci Kunyit Di Kisar
3 Ulas Bawang Putih Di Kisar
6 Ulas Bawang Merah Di Kisar
2 Mangkuk Santan
1 Keping Asam Gelugur
2 Helai Daun Kunyit
- Garam Secukup Rasa

Cara Menyediakannya:-
1. Masukkan Bahan Kisar Bersama-sama Santan Ke Dalam Periuk. Kemudian Di Masak Sehingga Mendidih. Masukkan Garam, Asam Keping Dan Daun Kunyit.
2. Akhir Sekali Masukkan Telor Satu Persatu. Biarkan Mendidih. Setelah Telor Masak Bolehlah Di Angkat Dan Di Hidangkan.


Wednesday, July 22, 2009

Gulai Telur Itik Pantai Timur

Ari ni nk gulai telur itik cara org pantai timur. Agaknya nape la aku ckp cara org pt timur ek? Sbb klau diikutkn, masak lemak cili api tu bukan berasal dr pt timur. Org pt timur tau masak gulai jer. Klau sebut pasal gulai, msti ada bwg merah, bwg putih, kunyit, halia & lengkuas. Yg paling penting cili boh @ cili kering kisar. Cili api tu org bubuh sebagai hiasan jer, dimasukkan sebiji2, takdenya nk tumbuk smpai lumat sbb rasa pedas dh ada dr cili boh @ cili kering. Klau nk lg kaw, letak rempah khas utk masak gulai. Klau kt trganu, rempah cap bunga ros, klau takde sgt rempah kari adabi pn boleh la. Utk rasa masam2 plak, taruk asam keping @ asam gelugur. Baru ngam.
Dh byk ari gak aku beli telur itik ni tp tersimpan dlm peti ais. Hubby tak mkn telur itik, so kna tunggu dia takde kt umah baru bleh masak. Klau dia ada pn, bleh masak tp what for sdgkn dia mmg tak mkn? Penat2 jer masak. My mom ada gak masak gulai telur itik sbb as i said, my father ada bela itik, so stok telur sntiasa ada kt umah tp dia tak slalu masak sbb as my mom said, bgnya telur tak jd lauk, maksudnya dia tak suka masak telur sebagai lauk. Seingat aku, jarang sgt la dia masak telur, hatta telur dadar sekali pn. Aku pn bukan suka sgt telur tp tekak ni yg terasa nk mkn, so masak je la. Aku masak 2 biji, cukup la utk sorang mkn. Aku follow resepi Kak Noor. Next time bleh buat telur itik masak lemak cili api plak.



GULAI TELUR ITIK
Sumber : NoorMasri


Bahan-bahan:
6 biji telur itik
2 1/2 cawan santan
1.5 cm lengkuas } diketuk
1-2 sudu besar cili kering kisar atau boleh ganti dgn cili padi jika suka
5 ulas bawang merah }
1 ulas bawang putih } dikisar/tumbuk
1.5 cm halia }
1.5 cm kunyit hidup }
1 keping asam keping
garam secukup rasa

Cara membuat:
1. Masukkan kesemua bahan-bahan (kecuali telur) kedlm periuk, biarkan ianya mendidih.
2. Perlahankan api kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji perlahan-lahan.
3. Seeloknya pecahkan telur dlm piring dulu, kot2 ada darah ke boleh buang
4. Biarkan mendidih seketika bolehlah dihidangkan



Gulai telur itik
Sumber :
wawanis


Bahan2nya
5 biji telur itik
5 ulas bawang merah-Blend
2 ulas bawang putih-Blend
2 sudu ciliboh
sebiji kelapa-ambil santan
1 paket(50sen)rempah cap bunga ros (ini pentig..kalo rempah lain x kaw)
garam & serbuk perasa.

Cara2nya
1. Tumis cili boh hingga naik minyak. Masukkan bahan yg dimesin.Masukkan rempah dan sedikit air.
2. Masukkan santan..tunggu hingga mendidih, perlahankan api dan pecahkan telur..
3. Masukkan garam & serbuk perasa.



Telur Gulai Kuning
Sumber :
mamiyati


Bahan:
5 biji telur ( telur itik atau ayam, best optiona, telur itikla..)
3 cawan santan
5 ulas bawang kecik ) di mesin
1 ulas bawang putih )
sedikit kunyit hidup )
1 batang serai
1 keping asam keping
1 sudu kecik cili boh

Cara:
1. Masukkan santan dan bahan yg dimesin ke dalam periuk. Masakkan perlahan sehingga mendideh. Pecahkan telur ke dalam periuk satu persatu - jangan sampai kuning telur
pecah. Biarkan sehingga mendideh dengan perlahan. Sesuaikan rasanya...



Gulai Telur Itik
Sumber :
yuscookbook


Bahan - bahan:-
5 biji telur itik
3 biji bawang merah - tumbuk
1 biji bawang putih - tumbuk
3-4 sudu besar rempah kari
3 sudu besar cili kering kisar
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 asam keping
1 terung - potong
3-4 batang kacang panjang - patah-patahkan
Garam dan gula - secukup rasa.

Cara - caranya:-
1. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari dan cili kering. Tumis.
3. Masukkan santan cair. Masak perlahan - lahan sehingga mendidih.
4. Pecahkan telur kedalam periuk satu persatu. Biar mendidih perlahan. Jangan terlalu dikacau, bimbang kuning telur pecah.
5. Bila telur sudah masak, masukkan santan pekat, asam keping, garam dan gula.
6. Akhir sekali, masukkan sayur terung dan kacang panjang. Masak sebentar.
7. Hidangkan dengan nasi putih.



Gulai Telur
Sumber :
diana


Bahan-bahan:
5 biji telur itik (kalau takde telur ayam pun boleh cuma telur ayam senang hancur + kurang sedap)
semangkuk santan pekat (yg segera dalam tin pun boleh)
6 biji bawang merah (dikisar @ ditumbuk lumat)
2 ulas bawang putih (dikisar @ ditumbuk lumat)
1 inci kunyit hidup (dikisar @ tumbuk lumat - boleh pakai serbuk kalau tak ada)
1 inci halia - dihiris kasar
1 inci lengkuas - dihiris kasar
1 batang serai - dititik
1-2 asam keping
4-5 batang kacang panjang
3-4 biji cili padi
Garam dan Gula

Cara-cara:
-Pecahkan telur satu persatu didalam air yg mendidih dan rebus sampai masak.
-Angkat dan ketepikan telur
-Masakkan santan bersama2 bahan kisar, halia dan lenkuas yg dihiris, serai yg dititik.
-Kacau sentiasa
-Setelah mendidih masukkan asam keping, garam dan gula (Jangan sekali2 masukkan aji nomoto - tak sedap)
-Akhir sekali masukkan telur, cili padi (buang tangkai) & kacang panjang (sekiranya mahu gulai lebih pedas, cili padi boleh ditumbuk/dikisar bersama2 bawang)
-Hati2 mengacau supaya telur tidak hancur, boleh diangkat setelah kacang masak.


Thursday, July 16, 2009

Happy Birthday To Abang & Mak



Happy 30th birthday to abang & 57th birthday to mak, semoga diberikan kesihatan yg baik, dipanjangkn usia & dimurahkan rezeki. Ari ni birthday hubby & my mom. Dh masuk angka 30 pn abg. Actually my mom & hubby share tarikh birthday yg sama. No wonder dr segi makanan diaorg punya citarasa yg hampir sama. Detik 12 mlm td hubby & i potong cake tp cake kecik jer sbb semestinya aku yg kna abiskan sorang2 since hubby tak bape gemor kek. Potong kek ni pn sbb nk jaga hati aku. Aku yg suka2 hati beli kek tu, klau ikutkn dia tak nak.
Ari ni hubby saje2 amik cuti tp aku keje tp 1/2 ari jer. Pg breakfast mcm biasa; nasi lemak mak cik tepi opis kitaorg. Sebungkus nasi lemak dgn 1 jenis lauk hanya rm1.70 jer. 1pm aku blik. Sama2 masak utk lunch. Kna cepat2 masak sbb ptgnya cadang nk kuar jln2. Ari ni konon masak special la sbb nk celebrate birthday huby. Aku dh lama niat nk masak daging tumis asam jawa kak madiha tp dh lama tak beli daging. Pg2 td hubby gi pasar so suruh dia beli daging siap2. Daging ni ala2 masak cincuan kan sbb byk guna asam jawa. Bleh kot panggil daging masak cincuan. Suka2 hati aku jer.
Lauk sampingan, hubby buat telur bungkus berkuah; gabungn telur bungkus & telur bistik. Bab2 bungkus mbungkus ni mmg keje hubby. Kitaorg taruk daging sebagai inti, dh alang2 ada daging kan. Lps tu huby buat kuahnya skali utk disiram kt luar telur bungkus tu. Ni resepi ciptaan hubby sndiri.
Sayurannya? Aku masak kailan ikan masin jer. Ini utk aku sorang sbb hubby sah2 tak mkn sayur, yg dia mkn cuma kuah & cebisan ikan masin tu jer. Air? Aku buat air oren sunquick & pcuci mulutnya kek tgh mlm td. Aik, itu jer lauknya? Kata special...erm, kami 2 org ni mmg tak reti nk mkn klau lauk byk2. Slalu masak mmg mcm tu; main dish, sayur utk aku, klau ada ikan masin goreng ikan masin & kadang2 hubby buat sambal belacan (klau nk mkn, hubby aku nk kna ada yg pedas2 ckit & dia mmg terer buat sambal belacan) & klau dia malas nk menumbuk, dia buat sambal kicap jer (kicap lemak manis & cili api). Hubby pn mmg tak bg masak byk2 jenis ni, katanya mbazir klau tak abis. Baik tuan...hehehe..


DAGING TUMIS ASAM JAWA
Sumber : Kak Madiha

Bahan2
500 gm daging lembu ~ potong nipis
2 biji kentang ~ potong wedges & goreng lalu ketepikan (optional.. tak bubuh pun takpe)
1 biji bawang besar ~ mayang
2 biji bawang putih ~ ketuk/mayang
1 inci halia ~ hiris nipis
5 biji cili padi ~ pecah2kan (MaDiHa boh sebiji2 sbb Haziq nak makan kuah takut pedas.. cili tu gigit time mkn.. walla )
minyak utk menumis
2 sudu besar asam jawa ~ campur air & ambil jusnya (Nk lebih msm boleh lebihkan asam jawa)
air secukupnya utk melembutkan daging
garam & perasa secukupnya

Cara Memasak
1. Rebus daging yg dah dihiris & dibersihkan hingga agak empuk.
2. Dlm kuali panaskan sikit minyak & tumiskan bwg putih, bwg besar & halia. Bila dah wangi masukkan air asam jawa. Biar merenih.
3. Masukkan daging rebus tadi berserta dengan airnya sekali. Biar mendidih. Kalau suka kuah lebih tambah aje airnya.. Masukkan cili padi, garam & perasa. Biar secukup rasa.
4. Last sekali masukkan kentang goreng tadi. Biar kejap then bolehlah di hidangkan.


Telur Bungkus Berkuah
- Hubby's Recipe -

Telur Bungkus

Bahan-bahan:
3 biji telur
100 gm daging lembu - direbus & di cincang
100 gm mixed vege (jagung, lobak merah dan kacang pis)
1 ulas bawang putih - di cincang
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 cm halia - dicincang
1 sudu kecil rempah kari daging
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
Sedikit garam, gula & bahan perisa
Minyak untuk menumis
Kalau suka pedas, guna cili padi, cincang halus.

Cara-cara:
1. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi, kemudian masukkan bawang besar. Biarkan bawang besar layu dan masukkan rempah kari serta daging cincang.
2. Kemudian tambahkan sos ikan, sos tiram, sos cili, sos tomato, garam, gula dan bahan perasa.
3. Akhir sekali masukkan sayuran campur (dan cili padi, kalau gunakan).
4. Biarkan sebentar hingga semuanya masak dan bolehlah diangkat.
5. Panaskan kuali dgn sedikit minyak, pastikan minyak rata di sekeliling kuali.
6. Pukul telur hingga kembang. Tuang telur ke dlm kuali panas seperti membuat telur dadar. Pastikan telur itu nipis.
7. Apabila telur setengah masak, letakkan intinya di tengah-tengah dan lipatkan telur supaya intinya tidak terkeluar.

Sos

Bahan untuk Sos
2 ulas bawang kecil - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
1 biji cili merah & cili hijau - dihiris halus
2 batang jagung muda - dipotong serong
Sedikit bunga kobis
Sedikit carrot - potong serong
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Garam & gula secukup rasa
Bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah
Minyak untuk menumis

Cara :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih & bawang kecil sehingga naik bau.
2. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato, kacau sehingga ia sebati.
4. Masukkan jagung muda, bunga kobis dan karot, kacau sebati.
5. Masukkan sedikit air, kemudian masukkan garam dan serbuk perasa.
6. Akhir sekali masukkan cili merah, cili hijau & bancuhan tepung jagung, kacau sosnya sehingga ia sebati dan sayurnya masak.
7. Kemudian tuang sos diatas telur bungkus tadi.



One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).