- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Showing posts with label Main Course - Seafood - Cuttlefish. Show all posts
Showing posts with label Main Course - Seafood - Cuttlefish. Show all posts

Sunday, September 13, 2009

Tom Yam Seafood, Ayam Goreng Kunyit Berempah & Puding Raja

Hubby call tnya bhn yg nk diletak dlm tomyam. Rupanya dia duk kt econsave tgh beli brg nk masak utk berbuka semalam (rajinnya hubby aku..muah3). Aku sampai umah, dia dh pn smpai dulu. Katanya dia nk masak tomyam seafood. Actually 2 minggu lps masa gi econsave, hubby beli paste tomyam kung adabi. Ari ni terlaksana jugak hasrat nk buat tomyam tu (beberapa ari lps dia ada beli tomyam campur kt kedai tp punya la dia mbebel x sedap gara2 ada lengkuas dlm tomyam tu...hubby mmg tak suka ada lengkuas dlm tomyam dia). Hubby bersihkan udang & sotong (siap potong ada btk lg mcm keropok udang double deckers tu), ketam mmg dh ada kt umah (lama dlm freezer tu), sementara aku siapkn bhn sayur. Yg memasaknya hubby, aku tolong siapkn bhn jer. Sambil2 tu aku sediakan puding raja, puding hidangan istana pahang. Dh lama dpt resepi ni, tp asyik lupa nk beli pisang jer, td suruh hubby beli pisang kt econsave. Aku buat cara sempoi mamadzie69. Resepi asal dr istana pekan aku tepek kt bawah sekali. Mn la tau ada sape2 nk buat mcm tu kan.
Sementara masak tomyam, hubby perap ayam. Katanya nk wat ayam goreng kunyit berempah. Mcm ayam goreng kunyit biasa tu cuma hubby campur rempah kari ayam/daging. Mkn nasi btambah2...sape? Aku la tu, hubby mmg mcm dh jd sumpahan, klau dia masak, ckit jer dia mkn, katanya dh kenyang hidu bau mknan masa masak + dia dh 'kenyang' tengok isteri dia mkn btambah2 masakan dia...yo la tu...psstt, gambar ni sekadar hiasan jer yer...kpd yg empunya gambar, izinkan sy guna gambar anda yg cantik ini dlm post sy kali ini, tak bmaksud utk plagiat karya anda, sekadar hiasan jer...



Tom Yam Kung
Hubby's Recipe


Bahan-bahan (untuk 2 orang makan)
Udang }
Sotong } kuantiti ikut suka
Ketam }
1 biji bawang besar
2 batang serai
5-6 biji cili api - diketuk
1 biji tomato - dibelah 4
3 batang putik jagung - dipotong memanjang
Sedikit bunga kobis
3 helai daun limau purut
1 batang lobak merah - dipotong memanjang
1 peket pes tom yam kung adabi
Garam, gula & serbuk perisa secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara
1. Panaskan air secukupnya. Bila air dh sedikit menggelegak, masukkan udang, sotong & ketam. Biarkan seketika seafood tu 1/2 masak.
2. Lps tu masukkan pes tom yam. Kacau.
3. Bila kuah dh menggelegak, masukkan serai & daun limau purut.
4. Kemudian masukkan cili padi, putik jagung, bunga kobis & lobak merah. Kacau.
5. Akhir sekali masukkan tomato, bawang besar, garam, gula & serbuk perisa secukup rasa. Siap.





Ayam Goreng Kunyit Berempah
Hubby's Recipe


Bahan-bahan
1 cawan isi ayam bahagian dada (bahagian lain pn boleh asalkan isi) - dipotong kecil
Serbuk Kunyit
Rempah kari ayam/daging
Garam, Gula & Serbuk perisa secukup rasa
1 biji bawang besar - dihiris bulat
1 ulas bawang putih - diketuk
1 biji cili merah - dipotong
10 biji sweet peas (kacang peas)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Perap ayam bersama garam, gula, sebuk perisa, serbuk kunyit dan rempah kari.
2. Panaskan minyak. Goreng ayam hingga garing.
3. Masukkan bawang putih, bawang besar, cili merah & sweet peas hinggaa sedikit layu.
4. Angkat dan hidang.





Puding Raja
oleh:
mamadzie69

Bahan-bahan ( 15-20 orang )
2 tin susu cair (dicampur sedikit air)
2 sudu besar tepung kastard (dibancuh dengan sedikit air)
1/2 sudu teh garam
5 sudu besar gula (atau mengikut kemanisan sendiri)
sesikat pisang lemak manis yang kulitnya baru sedikit kuning dibuang kulit dan digoreng dengan minyak sehingga kekuning-kuningan lalu ditoskan.
1/2 paket prune
1 paket gajus masin
1 tin cocktail

Cara-cara
1.susu cair bersama gula dan garam dikacau di atas api perlahan sehingga sedikit mendidih lalu dicampur dengan tepung kastard yang sudah dibancuh.
2.kacau lagi sehingga mendidih sedikit lalu di campur dengan cocktail. Agak mendidih sedikit dicampur buah prune dan diangkat.
3.Di dalam bekas yang sesuai diatur pisang lemak manis yang telah digoreng tadi lalu dituangkan bahan yang telah dimasak tadi ke atasnya. Akhir sekali biji gajus masin ditabur di atasnya.
4.Setelah agak sejuk disimpan dalam peti sejuk sehinggalah waktu menghidangnya.





Puding Raja
Sumber :
mdpekan


Bahan-bahan
•4 sikat pisang lemak manis – dibuang kulit
•1 cawan biji gajus – digoreng
•2-3 genggam urat emas/jala emas
•200g buah prun – dipotong empat
•Buah ceri merah/hijau
•2 sudu besar minyak sapi*
•Minyak untuk menggoreng

Untuk Kuah Puding
•1 tin (410 g) susu cair/sejat
•3 biji telur – diambil kuning sahaja
•Daun pandan – disimpul
•Air sebanyak ½ tin susu
•1-2 cawan gula (ikut rasa)
•Esen vanila
*untuk mengelakkan pisang dari melekat

Cara memasak
•Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh.
•Goreng pisang sehingga kuning. Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak yang berlebihan.
•Goreng biji gajus.

Kuah Puding
•Pukul kuning telur bersama susu cair/sejat dan air. Tapis untuk membuang pusat putih telur.
•Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Jangan guna api besar dan kacau selalu supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.

Cara Menghidang
•Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan urat emas.
•Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus. Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.





Jala Emas
Sumber :
mdpekan


Bahan-bahan
•30biji telur ayam – diambil kuning sahaja
•800g gula halus
•3 helai daun pandan
•8 cawan air
•Daun pisang untuk dibuat corong

Cara memasak
•Tapis kuning telur dan pukul sedikit.
•Masak gula bersama air sehingga hancur dan mendidih. Tapis dan kemudian masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Apabila air tersebut mendidih dan berbuih halus, uraikan atau pusing keliling periuk kuning telur dengan corong daun pisang atau corong tembaga ke dalam air gula tersebut.
•Angkat dan tuskan.
•Kiraikan urai emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang satay atau garfu.
•Hidangkan.

Cara Memasak
•Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas


Wednesday, July 15, 2009

Sotong Goreng Berempah

A day b4 hubby's birthday. Spt yg dijanjikan hubby blik ari ni. Konon nk masak special kt dia tp hasilnya mcm biasa jer. Masakan ni aku dh duk terfikir sejak bln lps. Huby mmg suka seafood ni especially sotong & udang. Kebetulan plak tengok satu rancangan tv yg tunjuk resepi ni. Lupa la plak siapa tukang masaknya tp aku terus jatuh hati kt resepi ni sbb simple. Lgpn biasa klau masak sotong, klau tak masak tumis, masak kuning. Ni kira lain la ckit sbb ia berempah. So bila smpai hari yg ditunggu, apa lg, bukak buku resepi, terus la bmula agenda memasak. Nsib baik hubby suka. Katanya ada kelainan. Alamak, bangganya....So ini la resepinya. Pd tuan empunya resepi, tq la bg resepi ni, maaf sbb lupa sape pemyumbang resepi ni (kalau tak silap puan Ira from aura seri). Resepi aku ni mcm biasa la, takde sukatan, main pakai boh jer...pandai2 agak la yer. Kt bawah tu plak aku saje jot down lain2 resepi utk masakan sotong goreng berempah ni, bukan utk perbandingan tp sebg rujukan jer. Ye la kan, lain org lain seleranya. So bleh la pilih yg mn satu berkenan di hati. As for me, aku blom ada kesempatan nk cuba resepi yg lain2 tu. Insyaallah, lps ni.


Sotong Goreng Berempah
Picture :
pigpigscorner

Bahan-bahan
Sotong - dipotong kecil
Bawang merah }
Bawang putih } dikisar halus
Halia }
Serbuk kari ikan
Serbuk kunyit
Jintan Manis
Jintan Putih
Daun kari
Daun sup
Cili merah - dihiris
Garam, gula & serbuk perasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara
1. Perapkan sotong bersama serbuk kari ikan, serbuk kunyit, jintan manis & jintan putih buat seketika. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bhn kisar hingga wangi.
3. Masukkan sotong yg telah diperap td. Kacau.
4. Masukkan daun kari, daun sup & cili merah. kacau.
5. Akhir sekali, masukkan garam, gula & bahan perasa secukup rasa. Biarkan seketika, siap.




Sotong Goreng Berempah
Kiriman :
cetusanselera

Bahan-bahan:
1. Sotong - sekilo...dah dibersihkan, rebus sekejap saja utk buang airnya...jangan lama nanti liat.
2. Bawang besar , bawang putih - dicincang halus atau kiub..
3. Halia- hiris-hiris
4. Cili Merah - cincang juga tapi jangan halus sangat nanti tak lawo....hehehe....
5. Daun Kari - agak-agak ler, jangan sepokok dah!...wakakaka....
6. Rempah Kari udang - 1 sudu besar - kalau suka rempah lebih, lebih ler letaknya yek..
7. Kicap manis - 1 sudu besar
8. Minyak - utk goreng
9. Garam secukup rasa

Cara:
-Tumis bawang-bawang dengan 2-3 sudu minyak tengok sotong banyak mana ler..
-masuk rempah kari , halia - tumis lagi
-masuk air sikit, kacau-kacau sikit, masuk cili
-dah kering sikit je....masuk kicap manis
-masuk sotong, garam, daun kari - rasalah secukup rasa......




Sotong Goreng Berempah
Sumber :
kak ina kl

Bahan-bahan
4 ekor sotong besar-dipotong bulat
1 1/2 sudu makan kari daging
1 sudu makan cili kisar
5 biji bawang kecil*
3 biji bawang putih*
1/2 inci halia*
1 sudu makan sos tomato
1 biji tomato di belah 4
garam dan sedikit serbuk kunyit

Bahan tumisan
tumis empat sekawan(bunga lawang,cengkih, pelaga dan sebtg kayu manis)
1 tangkai daun kari
1/2 bawang besar di hiris halus
minyak secukupnya
sehelai daun pandan-disiat dan di simpul

Cara-cara
1. Bubuh garam dan serbuk kunyit dan goreng sebentar sotong yang telah dibersihkan.
2. Tumbuk/kisar bahan-bahan bertanda *
3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumisan dan kemudian bahan-bahan kisar
4. Setelah garing masukkan serbuk cili dan serbuk kari daging. Masukkan sedikit air.
5. Biarkan sebentar dan kacau dan masukkan garam secukup rasa.
6. Bolehlah dihidangkan.
7. Masukkan tomato, sos tomato dan sotong dan kacau sebati.
8. Bila kuah agak pekat barulah di padamkan api.




Sotong Goreng Berempah
Sumber : serimas.com.my

Bahan-bahan
½ kg Sotong - cuci dan dipotong-potong

A Mesin & Perap
3 ulas Bawang Merah
3 ulas Bawang putih
3 cm Halia
1 labu Bawang Besar
2 tangkai Daun Kari
1 sudu Rempah kari daging
1 sudu teh Garam
1 sudu teh Serbuk kunyit

B
1 labu Bawang besar - potong nipis
2 sudu Tepung jagung
1 sudu Tepung Naik Sendiri
¼ sudu teh Garam

C
2 cawan Minyak Masak SERIMAS
1 sudu Golden Treat Ghee

Cara membuatnya
1. Cuci sotong dan potong kecil-kecil.
2. Mesin bahan A dan gaul dengan sotong, perap 30 minit.
3. Panaskan minyak SERIMAS dan Golden Treat Ghee.
4. Goreng sotong dengan menutup tudung supaya tidak hangus.
5. Hidang bersama ita sos lada hitam atau cili sos.




Sotong Goreng Berempah
Kiriman: Zura
Gambar :
maisya

Bahan-Bahan:
10 ekor sotong - di potong kecil
Sebungkus rempah kari daging
Daun kari 2 tangkai
Bawang besar di potong bulat
6 sudu kicap
Sedikit air
Minyak
Garam - secukup rasa
Bawang merah diracik untuk dijadikan bawang gorang

Bahan kisar:
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara:
1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau
2. Masukkan rempah kari dan sedikit air. masak sehingga rempah kari betul2 masak.
3. Masukkan kicap dan sotong. Gaul rata.
4. Masukkan bawang besar,garam dan serbuk perasa. Gaul hingga rata.
5. Biarkan sehingga sotong masak dan sementara itu dengan menggunakan kuali yang lain, tumiskan bawang merah dan daun kari. Gorang sehingga bawang agak kekuningan.
6. Setelah itu, masukkan bawang goreng dan daun kari ini ke dalam kuali yang berisi sotong tadi (termasuk minyak gorengan bawang goreng dan daun kari)
7. Perlahankan api dan siap untuk dihidangkan.

Monday, May 18, 2009

Singgang Sotong

I like singgang sotong. Ari tu masa blik kg, ari2 mkn sotong. Maklum la sotong tgh murah kt trganu. Ketupat sotong, singgang sotong, goreng sotong, sotong celup tepung. Pendek kata, pg ptg, siang mlm, dlm setiap menu, msti ada sotong. Buat nasi goreng pn letak sotong. Bila masa lg nk belasah sotong. Sotong tgh byk & murah. Kt trganu tu, kadang2 rm4-rm6 je sekilo. Klau kt kl ni, paling murah pn rm14/kg.
Balik kl, suami plak nk mkn singgang sotong. Kesian dia tak blik kg ari tu. So, masak je la kt dia. Sedap tau singgang sotong ni. Yg ptg, tak menggemukkan sbb tak guna santan @ minyak. Resepi kt bawah ni sama dgn resepi saya. Btul2 singgang sotong asli. Tpkan ada gak yg tumis bhn2 tu dgn cili blend. Bg saya, tu dh mcm singgang pedas jer. So, pilih la resepi yg bkenan di hati.


Singgang Sotong
Gambar :
mektie

Bahan-bahan:
1) Sotong (500g)
2) Serai - diketuk (1 batang)
3) Asam (1 keping)
4) Kunyit - dihiris nipis (1 inci)
5) Bawang Merah (2 ulas)
6) Garam (secukup rasa)

Cara-caranya:
1. Bersihkan sotong dan buang kulitnya.
2. Didihkan air bersama semua bahan-bahan yang lain.
3. Masukkan sotong dan garam secukup rasa.
4. Biar sotong masak dan kuah berwarna kehitaman.



Singgang sotong(trg)
oleh :
azlyanie_kiddynana

Bahan-bahan ( 3 org mkn )
Sotong
Halia
Bawang Merah
Serai
Asam Keping.
9-10 Biji Lada Hitam.
Garam & ajinomoto secukup rasa.

Cara-cara
letak air dlm periuk dan letak semua bahan lain...bila mendidih dah siap laa tu...sedia tuk di makan..ringkas dan mudah..



SINGGANG SOTONG-VERSI ANAK2
Dicatat oleh
salamdariborneo

bahan:
sotong
bawang merah
serai di ketuk
asam gelugur
air garam

cara membuatnya:
rebus semua bahan kecuali sotong,setelah mendidih barulah masukkan sotong.perasakan dengan garam.siap untuk dihidangkan.



Singgang sotong
oleh:
nor_67

Bahan-bahan ( 4 - 5 orang makan )
500gm sotong
3 biji cili merah (kalau nak pedas boleh tambah cili api)
1 biji bawang besar
1 in kunyit hidup
1/2 in lengkuas
2 btg serai - diketuk
3 kpg asam gelugur
daun kesum
secubit belacan
garam dan gula
500 ml air - terpulang, jika nak lebih kuah boleh tambah

Cara-cara
1. Bersihkan sotong, potong ikut citarasa anda dan toskan airnya.
2. Blend cili, bawang dan kunyit hingga halus.
3. Masukkan air dan bahan2 yg telah diblend kedalam periuk (kalau guna periuk tanah lg umph..) dan masukkan juga lengkuas, serai, asam gelugur dan belacan.
4. Masaklah hingga mendidih dan biarkan lebih kurang 5 minit barulah masukkan sotong, daun kesum serta garam dan gula secukup rasa. (Masakan sy memang letak gula sbb sy tak gunakan pak aji ya..)
5. Biarkan mendidih seketika dan padamkan api. Sotong tak sedap dimasak lama2 sbb nanti isinya liat dan keras.
6. Bolehlah dihidangkan dan lauk ni sedap dimakan dgn ikan goreng dan sambal belacan..



Singgang Sotong
oleh :
Mat Gebu

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )
500g sotong sederhana besar, cabut kepala dan bersihkan, jgn potong.
4 biji bawang merah kecil, dihiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, diketuk
1/2 camca teh serbuk kunyit
Asam jawa sebesar ibu jari, bancuh dgn 1/2 cawan air, ramas dan tapis jusnya
1 kiub pati ikan bilis "Maggi"
2 batang leek, dikerat2 satu inci panjang
2 biji cili merah, dibelah dua tak putus
Garam dan serbuk perasa (jika suka)

Cara-cara
1. Panaskan kurang lebih 2 camca makan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang merah hiris, bwg putih dan halia hingga wangi. Masukkan serbuk kunyit dan juga air (kurang lebih 500ml, atau ikut suka).
2. Masukkan kiub ikan bilis dan potongan leek. Biar mendidih baru masukkan sotong, cili belah dan jus asam jawa. Perasakan dgn garam dan serbuk perasa (jika suka). Biar mendidih sekejap dan matikan api. Boleh dihidangkan bersama nasi hangat dan sambal belacan serta ulam2man.



SINGGANG SOTONG
Posted by
NINA aka SL

Bahan-bahan
Sotong potong2 pas tu lumur sket ngan serbuk kunyit
2 biji bawang - di mayang **
2 ulas bawang putih - ketuk pas tu cincang **
1" halia - ketuk dan hiris halus2 **
1 btg serai - di ketuk **
lada merah belah 2 - kalau nak pedas **
tomato
1/2 cawan jus asam jawa
1 keping - asam keping
1/2 sudu teh serbuk kunyit

Cara membuatnya:
- panaskan minyak dlm periuk. tumis bahan yang bertanda **
- masukkan jus asam jawa tadi. masuk asam keping. masuk serbuk kunyit.
- masuk 1 cawan air. kalau nak kuahnya banyak. tambah lagi lerr.
- biar mendidih, pas tu masuk masuk sotong di ikuti tomato
- masuk garam dan serbuk perasa.
- biarkan mendidih seketika. tutup api.



Sotong Singgang Kelantan
Kiriman: Zafira bt Mat Salleh
Gambar :
Ann De'houzze

Bahan-Bahan:
½ kilo sotong
3 ulas bawang putih(mayang)
5 ulas bawang merah(mayang)
2 batang serai
garam secukup rasa

Cara:
Rebus sotong dengan air, masukkan bawang dan serai yang diketuk dan sedikit garam. Rebus sampai empuk.



TITIK PELEPAH SOTONG a.k.a Singgang Sotong
Sumber : BONDA
Kiriman :
Ummi Aqil

Bahannya
200gm sotong ] bersih n potong bulat
1/2 inci halia ]*
1 inci lengkuas ]*dititik
2 ulas bwg putih ]*
1 biji bwg merah ]*
1 batang serai ]*
garam
air

Caranya
Masak semua dalam periuk,masak sehingga sotong empuk.Siap.



singgang serai sotong
oleh : dinema
gambar :
Azie

bhn2 die..
sotong 6 ekor ( dipotong 2)
serai - 4 btg ( ditumbuk btgnye) lg byk serai tarok lg bes!
bwg putih - 4 biji ( dipotong nipis2)
bwg merah - 5 biji ( dimayang)
lengkuas - dipotong halus2 ( tarok byk lg bes rase power die)
asam gelugor - 3 keping
air masak (ekot suke nk byk kuah ke x)
bhn perase

cara2 nk wat..
1. masukkan sume bhn2 lam periuk... tu je... pas tu idopkn api.. tggu smpai die menggelegak.. tarok perasew.. then... leh santap...!!!
2. mmg bes lorrr mkn nasik ngan lauk nehhh...
3. kalo aku mkn aku bedal 3 pinggan... siyes aku ckp...!!
4. lauk ni simple sgt.... xsampai 15 minit da msk lorrr.... ehehehehe....



SQUID IN TAMARIND SOUP (SINGGANG SOTONG)
Posted by VG

Ingredients
1 kg small/medium sized squid – cleaned and cut into rings
2 sticks lemon grass – bruised and cut into a few pieces short pieces
5 dried tamarind pieces
1 tsp Maggi™ belachan powder
½ tsp sugar
Salt to taste
½ litre water
1 bunch Vietnamese mint – leave some aside for garnishing
1 tbsp veg oil
Grind finely the following ingredients:
5 large red chillies (deseeded) and 5 birds’ eye chillies
4 to 5 shallots
1 inch fresh turmeric or 1 tsp turmeric powder
1 inch galangal/lengkuas

Method
1. Heat oil in a pot and fry the ground ingredients until aromatic.
2. Add in the water, lemon grass, galangal, tamarind pieces and belachan powder. Simmer for 5 mins. Top with extra water if required.
3. Add in the squid, mint, sugar and salt. Cook for 3 mins or until the squid is done. Don’t over cook as the squid will become tough. Lift, garnish with the Vietnamese mint and serve hot with boiled rice.



Resipi singgang sotongku...
sumber
:
kin hashim

bahan
sotong banyak mana ikut suka
bawang besar
bawang putih
asam keping
serai
air
garam secukup rasa

***ada org letak kunyit hidup, lengkuas atau halia, tapi saya tak letak pun...
***boleh tambahkan sedikit cili kalau nak pedas...

One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).