- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Showing posts with label Kudapan/Jajan/Goreng-Goreng. Show all posts
Showing posts with label Kudapan/Jajan/Goreng-Goreng. Show all posts

Friday, October 9, 2009

Pisang Goreng Keju

Hubby dh mula gi keje...nasib baik demam dia tak berpanjangan...risau gak klau dia demam...merengek2, mengada2 mengalahkan budak kecik...pisang nangka tinggal beberapa bijik jer tp dh masak sgt dh, hubby suruh goreng jer..maka terhasil la pisang goreng keju...masakan ni femes kt indonesia khabarnya (citer budak2 keje huby la...dorang kan dr indon)...aku bjaya jupe resepinyer, terus buat ari ni...lgpn dh lama 'gatal tgn' nk habiskan stok keju dlm peti ais...kt sini aku tepek resepi yg guna batter utk goreng & yg satu lg goreng bodoh @ kosong mcm tu jer...since tepung gorengan blom beli, aku goreng kosong mcm tu je la...nk bakar pn boleh pisang tu klau tanak goreng, lg menyihatkan...hubby bg tumbs up utk masakan ini...len kali boleh buat lg...blik kg next 2 weeks kna angkut pisang dr umah my parents byk2 ler jwbnya...


Pisang Goreng Keju
Sumber :
dapuranayank

Bahan:
Pisang,
1/2 cup tepung gandum
1 sdk gula
1/2 sdk garam
1 biji kuning telur
1/2 sdk baking powder
50 grm mozarella parut
bijen secukupnya
air secukupnya
cheese parut untuk taburan

Cara:
1. Campur tepung, gula, garam, kuning telur, baking powder, mozarella dan air. Gaul rata.
2. Potong pisang belah tengahnya (jgn sampai putus) isi dengan bijan
3. Celupkan pisang ke dalam adunan tepung, lalu goreng sampai garing.
4. Hidangkan panas2 dengan taburan cheese parut




pisang goreng keju...
Posted by
umiaimanzulfaqar

bahan2
~~pisang masak..pisang nangka lagi sedap ini sy guna pisang berangan jer...
~~ chedar chesse(yang dah parut)
~~ coklat rise
~~ sedikit mentega..
~~ strawberry.. klau ader.. sy xder tu tak letak..

cara2
1. Panaskan mentega dgn kuali leper..(sikit jer tau mentega tu...klau byk nanti pisang berminyak sgt...
2. Pisang di belah dua.. dan di goreng agak2 kekuningan...angkat dan tos kan..dan biarkan sejuk sekejap
3. susun dlm pinggan...taburkan cheese...dan coklat rise
4. hiaskan dgn strawberry..
5. sedia utk di makan...silakan...




PISANG KEJU
Sumber :
AG'S FOOD

Bahan :
2 biji pisang ambon, belah 2
1 sdm margarine
Keju cheddar parut secukupnya

Cara membuat :
1. Cairkan margarine di atas kuali leper
2. Goreng pisang (tanpa tepung) sampai masak dan awrna kecoklatan di setiap sisi
3. Letakkan di atas piring dan tabur keju parut secukupnya

*jika suka boleh juga ditabur sos karamel atau susu pekat manis

Wednesday, September 30, 2009

Ayam Masak Lada Hitam + Cili Benggala & Pisang Goreng Bali

Balik dr keje aku terus masak...since sorang2 aku masak cincai je la; ayam goreng kunyit & terung masak sambal..bg aku dh best dh, lgpn lengkap lauk dgn sayur...dlm pkul 8 mlm tup2 hubby call ckp nk balik umah...masa tu dia ada kt subang sbb hntar budak keje dia ke sana...dia dh malas nk blik banting terus + esok pg2 kna jemput skali budak kejenya ke banting, dia decide nk balik umah..kelam kabut aku masak sbb lauk yg aku masak sblom tu tinggal secoit jer, ye la aku masak utk sorang jer...
Bukak freezer, kluarkan ayam & cili benggala...nasib baik ayam dh dinyahbeku tadi, so boleh terus masak...maka terhasil la ayam masak lada hitam + cili benggala..time kasih la cik kieah sbb resepi sempoi anda jd penyelamat sy mlm ni...saya tambah nama masakan tu jd cili benggala sbb sy taruk cili benggala byk gara2 stok byk kt freezer, hubby la ni beli byk2 padahal dia tak mkn pn, aku sorang yg tibai..
Lps dinner huby suruh goreng pisang...actually ari tu my mom bg sesikat pisang nangka yg blom masak...kebetulan kt umah di kg ayah aku byk tanam pokok pisang ni (feveret aku) & ada buah yg dh tua...ari ni ada yg dh start masak, so aku buat pisang goreng bali sbb resepi ni tak pakai tepung (gara2 tepung dh abis blom beli), dinyatakan bahawa resepi ni dipanggi pisang goreng bali sbb ianya tdk menggunakan tepung sebagai batter...kelapa parut ada lg, so do marjerin...jom mkn


Ayam masak lada hitam + Cili Benggala
oleh:
cik kieah

Bahan-bahan ( 2-4 org )
3 ketul isi ayam (Bahagian Dada-potong dadu)
1 biji bawang merah (Dihiris)
2 biji bawang putih (Ketuk/hiris)
2 Inci Halia (Hiris/Ketuk)
2 sd Lada Hitam (tumbuk kasar) nak lagi pedas tambah buat 4 sd
2-3 batang cili merah (utk hiasan je..)
1 biji cili benggala (patong dadu) ikut selera jika suka
2-3 sd minyak masak
bahan perasa - garam,ajinamoto,gula

Cara-cara
1.panas minyak untuk tumis bawang putih, halia, bawang merah (goreng hingga naik bau)
2.masukan lada hitam & kacau sebati
3.Akhir sekali masukkan hirisan ayam dan cili benggala, garam, ajinamoto,gula
4.Untuk hiasan tambah cili merah yang telah dihiris untuk hiasan...agar nampak menarik




Sblom tu aku masak terung masak sambal...resepinya tak yah la yer, seme org dh tau nih...




Pisang Goreng Bali
Sumber :
bungamekar

Bahan:
Pisang Nangka (pilih yg dah setengah masak, kalu x berapa masak, rasa kelat still ada)
Gula Pasir
Gula Merah
Mentega (i guna planta soft)
Kelapa Parut Putih

Cara2:
1. Pisang dibuang kulit.Jangan belah, biarkan sebiji2.
2. Sapukan lebih kurang 2/3 sudu planta soft di dalam pan fry beserta lebih kurang 3 or 4 sudu gula pasir.Pastikan gula larut dan tidak hangit.Atas api sederhana.
3. Masukkan pisang sebiji2. (Ndak senang, gunakan penyepit / chopstick semasa mengaulkan pisang di dalam pan fry.) Untuk memastikan pisang tidak hancur.
4. Bila pisang sudah sebati dengan larutan (pastikan juga, pisang benar2 sebati dengan larutan dan kering – tidak berkuah). Angkat dan toskan.
5. Hidangkan bersama2 dengan kelapa parut putih & gula merah.Siap.

Thursday, September 17, 2009

Balik Kampung : Cekodok/Cucur/Jemput-jemput Kurma

This is my last post sblom blik kg utk raya. Masa kt kg x sure la bleh post resepi @ tdk sbb rasa2nya kg hubby takde line internet. Kgnya x jauh dgn pantai tp line hp pn x bape clear. Hanya celcom jer yg clear, tu pn bukan seme hp bleh detect coverage dia (klau hp yg branded & canggih tu gerenti dpt line) & kadang2 kna cari area yg dpt coverage (dlm kwsn umah yg same tp x seme sudut coveragenya sama, ada certain2 sudut tak dpt coverage langsung).
Ari ni officially kami dh start cuti raya. Mulanya nk start cuti ari jumaat tp takut jln jam plak ari jumaat tu sbb for sure ramai org blik kg ari tu. Then hubby decide nk btolak lps bsahur, hopefully jln x jam & boleh awal ckit smpai kg. Klau btolak siang, panas, nnti dahaga & lapar kata hubby. Tup2 dgr MTD tak kenakan bayaran tol (free toll) kt lebuhraya karak & LPT starting pkul 12am smpai 5am esok. So hubby ckp blik tgh mlm la, boleh dpt toll free. Lgpn lps ni kitaorg akan singgah kemaman jap, nk amik adik hubby yg duk sana utk blik kg skali. Ari ni berbuka pn beli lauk kt kedai sbb tgh mlm nnti kan dh nk balik, freezer kna la clearkan.
Sambil2 kemas rumah sblom nk ditinggalkn dlm tempoh agak lama, aku buat cekodok kurma utk bekalan tgh jln. Stok kurma msih byk lg, tu yg sempat godak2 cekodok tu. Kt sini aku tepek resepi2 cekodok/cucur/jemput2 kurma yg bleh korang cuba.

Cekodok Kurma
Kiriman: aisyasofea
Sumber: mak mentua
Gambar :
Diamilikku

Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum (ikut suka pun boleh byk mana tepung)
Kurma (anggaran ikut suka byk mana)
Secubit garam
air
minyak untuk menggoreng

Cara:
Masukkan kurma dan secubit garam dalam tepung. Bancuh bahan tadi dengan air. Biar sedang-sedang bancuhannya, tak terlalu cair tak terlalu pekat. Cedukkan sesudu dan goreng kekuning-kuningan.




JEMPUT-JEMPUT KURMA
Kiriman : Kak Liza
Gambar :
makyer

bahan
10 biji kurma [cincang]
2 cawan tepung gandum
2 s/b gula
air suam secukupnya
minyak

cara
Gaulkan semua bahan dan jemputlah kecil dan gorengkan sehingga kuning keemasan dalam munyak yg banyak.




CUCUR KURMA (for approx. 24 small-sized fritters)
Posted by
N

Ingredients
6 large dates, cut into quarters ( I cut my dates into quarters because I like my fritters small)
1 cup all purpose flour
1 cup coconut milk
Water
A dash of salt

Method:
-Heat oil in pan
- In a large bowl, pour coconut milk into flour. Mix batter well. If batter is still stick, add water until batter is runny, but not too runny lah okay (macam batter cekodok pisang tu, geddit?)
- Add a dash of salt to taste
- Drop a piece of date into batter, and form a small ball shape. Fry until goldenball. Repeat lor.




Jemput-jemput manis kurma
Sumber :
jun yummylicious

bahan
1 cawan tepung
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
1/4 sudu teh garam
kurma tanpa biji-sebiji2 atau belah dua
air secukupnya

cara
campur semua bahan kecuali kurma hingga jadi adunan seperti jemput2 biasa. masukkan kurma n goreng macam jemput2 lain tu hingga keemasan.




Jemput-Jemput Kurma
Kiriman: Nur Hidayah
Gambar :
karipapsayur

Bahan-Bahan:
30 biji kurma (dihiris halus)
15 biji kurma (dikisar)
300 grm tepung gandum
2 camca besar susu tepung*
1 biji telur
garam secukup rasa
gula secukup rasa**
secawan air
minyak untuk menggoreng

Cara:
campurkan kurma kisar, kurma hirisan, tepung, susu, garam, gula dan air, kacau hingga sebati. Panaskan minyak dan goreng.

Cadangan Hidangan:
boleh dihidang bersama kopi panas, atau untuk sarapan pagi.

Tambahan:
* susu boleh diganti dengan santan
** gula-tak letak pun takpe




Jemput-jemput kurma
Kiriman: Ina comel
Gambar :
zuraida

Bahan-Bahan:
500 gram buah kurma (dicuci, dibuang biji dan dibelah dua)
4 senduk tepung gandum
Sesudu tepung beras
2 cawan air Sedikit baking powder
Minyak untuk menggoreng
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
Campurkan air, tepung gandum, tepung beras, garam, gula dan baking powder. Gaul sehingga sebati. Masukkan kurma. Panaskan minyak. Goreng hingga kekuningan. Sedia untuk dihidang.



JEMPUT-JEMPUT KURMA
Kiriman-awin

Bahan-bahan
250gm Kurma buang biji dan potong 6(apa-apa jenis, adalah lebih baik jenis yang kering dan sedikit keras/liat)
150gm tepung gandum
100gm tepung beras
5-6 sudu makan tepung goreng pisang
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh baking powder
1 biji telur
4-5 sudu makan gula merah (jenis castor, bukan gula timbang)

Caranya
satukan bahan tadi dan adun dengan menggunakan sedikit air panas + air masakanggaran tahan tangan menggaulnya.
tunggu 5-8 minit baru digoreng dalam minyak banyak.


Saturday, September 12, 2009

Kurma Goreng

Korang prnh mkn kurma goreng tepung tak? Aku tak prnh mkn & tak tau pn kurma boleh digoreng tepung. First time dgr mcm tak percaya jer tp hubby yg beria2 ckp sedap sbb dia dh mkn kt banting. Aku ni klau hubby ckp sedap aku mmg percaya sbb dia kan jenis yg cerewet bab2 mkn ni. Stok kurma ada la kt umah tp takde la byk pn. Ada yg dibeli & ada yg org bg. 2-3 ari ni asyik goreng crab fillet & udang celup tepung jer lps solat isyak. Seme hubby punya keje. Kadang2 sanggup gi econsave mlm2 semata2 nk beli udang nk wat udang celup tepung. So lps solat isyak td aku saje2 suggest kt hubby buat kurma goreng tepung. Resepinya ada dh godek dlm tenet awal2 td. Takjub sungguh sbb ada resepi & info pasal kurma ni dlm tenet. Kurma mmg dh ada, tepung goreng2 adabi pn mmg dh ada, so buat je la. Cuba2 jaya & berjaya.
Aku goreng sebiji2 tp hubby suruh buang bijinya spy senang nk mkn...masuk mulut, kunyah & telan. Sedap sungguh, rasa mcm cempedak goreng. Lg enak klau guna kurma yg isinya lembik ckit. Cuba la, anda pasti tdk kecewa..mcm iklan promo plak :)


Kurma Goreng
Posted by
Ida

Cara
Goreng seperti menggoreng pisang. Guna tepung goreng pisang dicampur sedikit tepung beras. Goreng sebiji-sebiji atau jika suka buang bijinya




Kurma Goreng Tepung
Kiriman: Kyeina
Sumber: Dari bakal ibu mertua
Gambar :
Thurayaa

Bahan-Bahan:
- Kurma di buang biji dan di hiris memanjang.
- Tepung Gandum
- Marjerin sedikit
- Garam secubit
- Air utk bancuhan

Cara:
1. Bancuh tepung dengan air, marjerin dan secubit garam. Bancuh seperti bancuhan hendak menggoreng pisang.
2. Celupkan kurma ke dalam tepung dan goreng seperti biasa.

Monday, August 31, 2009

Selamat Hari Merdeka : Ayam Sos Nenas, Tembikai Susu Goreng, Bendi Goreng Dengan Udang Kering & Jus Apple Kasturi Dan Asam Boi

Rakyat didahulukan, prestasi diutamakan. Tu tema hari kemerdekaan thn ni. Selamat hari merdeka. Thn ni jatuh pd bln pose, so takde la sambutan grand2 mcm sblom2 ni, takde lg pertunjukan perarakan mcm slalu2 tu. Ye la, bulan pose, kna la hormat, lgpn kesian kt peserta2 perarakan tu nnti, tahan ke tekak tu? Aku prnh join perarakan sempena hari kemerdekaan, penat weh. Dh la jln jauh, panas lak tu, dahaga giler. Klau bulan pose, maunyer ada yg pengsan. Tak pasal2 ada yg batal pose, sape nk tanggung?
Jatuh plak ari isnin, maka panjang la cuti kali ni. Hikmah bulan pose, bleh rehat2. Boleh masak yg grand2 ckit...ye la tu...mcm boleh caya aku ni. Malas yg amat. Pelik kan, klau hari keje tu rajin plak masak, kna plak bcuti pd hari keje, dia punya semangat bekerja tu terbawa2 wp cuti ari tu. Tp bila btul cuti mcm weekend ke, public holiday ke, liat sungguh, semangat nk buat keje tu turut hilang. Dulu2 masa bujang, weekend & hari cuti bmakna dapur pn bcuti. Pg2 ari dh kuar cari breakfast kt kedai. Kadang2 skip lunch. Ptg dh merayap ke kedai lg cari dinner. Klau tgh2 mlm tu lapar lg, baru la sibuk ke dapur cari maggi, tu pn main rendam dlm air panas jer. Klau malas sgt @ kehabisan stok maggi, buat air teh 'o' panas cicah dgn biskut kering. Punya la malas. Ceh, pjg plak menceceh ari ni!
Dh kawin ni kna la rajin. Klau malas pn, kna la merajinkan diri jugak utk diri sndiri & hubby. Kna plak dpt hubby yg suka mkn, kejap2 mkn, kejap2 mkn. Lg tak abis makanan tu, lg tu la duk usung pinggan. Tu la tabiat hubby aku klau ari minggu. Klau ari keje, dia mcm takde selera sgt nk mkn sbb penat katanya. Ari minggu kan ari bsantai, so takde keje nk buat, so mkn je la kejenya. Cmner la dua2 tak kembang..nk diet la konon tp makin bertambah berat ada la...ish3, sabo je la...
Tp tu citer bulan tak pose. Bila dh pose, kekerapan mkn tu kurang ckit dh; time buka pose, lps solat isyak & sahur. Dh cuti2 mcm ni, byk la agenda utk mknan bbuka pose. Jd utk merealisasikn agenda kami, lps asar kami ke econsave segar perdana. Sempat shopping brg nk masak sbb econsave tu dekat jer dgn umah. Juadah buka pose kami semalam; nasi putih, ayam sos nenas (resepi nk mengabiskan stok nenas semlm..cilok resepi kt sajionline), ikan bawal cermin goreng (hubby ada sebut nama panggilan dia kt kgnya tp aku dh lupa..hubby suka ikan ni tp jarang2 jupe kt pasar, kbetulan gi econsave ada & besar plak tu, terus hubby rembat sekor & klau korang nk tau rupa ikan ni, klik kt sini), bendi goreng + udang kering + fishball (cilok dr blog ct delima..aku buat berkuah ckit & aku tak taruk cili kering tp aku taruk fishball sebijik2...hubby main kutip fishball tu jer), tembikai susu goreng (juga nk abiskn stok..cilok kt sajionline gak), air jus apple & asam boi (cilok kt blog anawahid) & tak lupa buah kurma. Itu je, dh cukup kenyang dh.


Ayam Sos Nanas
Sumber :
sajionline

BAHAN-BAHAN:
1/2 biji nanas * balance nenas semlm, sbb tu masak resepi ni
5 ketul peha ayam
4 sudu besar sos tomato
3 sudu sos cili
1 labu bawang besar
1 biji capsicum
Sedikit susu cair

CARA MENYEDIAKAN:
1. Goreng ayam dengan sedikit tepung Koki Thai sehingga garing.* Aku goreng pakai tepung gandum jer.
2. Masakkan sos tomato, sos cili, gula, garam dan susu cair.
3. Setelah mendidih, masukkan bawang, capsicum dan nanas yang dipotong dadu.
4. Letakkan ayam goreng dalam nanas yang telah dikeluarkan isinya.
5. Curahkan sos di atas ayam yang telah digoreng dan sedia dihidangkan.




Ikan Bawal Cermin Goreng
Picture :
Azita

(Lumur dgn garam & serbuk kunyit jer, goreng smpai garing)




Tembikai Susu Goreng
Sumber :
sajionline

BAHAN-BAHAN:
1/2 biji tembikai susu

BAHAN SADURAN:
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung pulut
1 sudu kecil gula
Air secukupnya
Secubit garam

BAHAN HIASAN:
Sirap strawberi
Mayonis

CARA MENYEDIAKAN:
1. Potong tembikai susu mengikut kesesuaian.
2. Bancuhkan bahan saduran se­hingga sebati. Panaskan minyak dan celupkan tembikai susu di dalam bahan saduran tadi.
3. Kemudian goreng sehingga masak atau kekuning-kuningan. Setelah masak, angkat dan tuskan.
4. Hiaskan dengan mayonis dan sirap strawberi. Hidangkan.




Bendi Goreng Dengan Udang Kering
Resepi dari Kak Ummi
Kiriman :
CT Delima

Bahan-bahan:
15 batang bendi - basuh dulu kemudian potong serong
1 cawan isi ayam - yang dipotong kiub
Sebungkus fish ball - dibelah dua
3 ulas bawang merah - di tumbuk halus
2 ulas bawang putih - di tumbuk halus
1 biji cili merah - hiris serong * aku taruk 2 biji
1 sudu besar cili kisar * aku tak taruk sbb hubby tak nk pedas sgt
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar air asam jawa
sedikit garam

Cara-cara:
1. Panaskan minyak, masukkan bawang merah, bawang putih, udang kering dan cili... goreng sebentar dan masukkan cili kisar, kacau - kacau 3 - 5 minit.
2. Kemudian masukkan isi ayam, goreng lagi hingga ayam masak sedikit.
3. Masukkan kicap, fish ball dan juga sayur bendi. Kacau sebentar dan masukkan air asam jawa (untuk menghilangkan lendir bendi).
4. Masukkan garam dan sedikit air. Masak bendi hingga lembut sedikit. Matikan api, siap dan boleh dihidang.




Jus Apple Kasturi Dan Asam Boi
Sumber :
anawahid

Bahan-bahan ( 3 orang )
5 biji apple hijau
9 biji asam boy
Gula
Ais batu
Air masak
6 biji limau kasturi

Cara-cara
1. Potong apple hijau dan buang bijinya.
2. Blend bersama air dan gula
3. Kemudian masukkan kedalam jug.
4. Tuang jus tadi kedalam gelas perahkan limau kasturi 2 biji dan masukkan 3 biji asam boy dan ais.
5. Anda boleh tambah gula ikut rasa selera anda.

One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).