- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Monday, June 30, 2008

Chicken Tauchu

Ayam Pong Tay


Bahan-bahan (Hidangan untuk 5 orang )
1½ kg (1 ekor) ayam, dibuang kulit dan dipotong 15 potongan
30 g (3 sudu makan) minyak sayuran
100 g (10 ulas) bawang merah dikisar berasingan
25 g (5 ulas) bawang putih
55 g (4 sudu makan) taucu, dibasuh di air lalu
500 ml (2 cawan) air
345 g (3 biji) ubi kentang, dibelah 8 setiap biji
8 g (1 sudu teh) kicap pekat

Cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bahan-bahan kisar sehingga kekuningan, kemudian masukkan taucu dan goreng hingga garing.
2. Masukkan ayam dan gaul sehingga sebati, kemudian masukkan air, kicap pekat.
3. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan kentang dan masak sehingga daging ayam dan kentang tadi empuk dan kuah menjadi sederhana pekat.
4. Hidangkan.

Ayam Masak Taucu

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam
6 batang serai
10 tangkai cili kering
40 biji lada hitam
2 labu bawang besar
14 kuntum bunga cengkih(7 ditumbuk halus, 7 lagi dicampur dalam lauk)
3 cawan santan kelapa
4 cawan besar taucu
1 cawan minyak masak

Cara:
Ayam dibasuh bersih dan dipotong 12 bahagian. Bahan seperti lada hitam, cili kering, bawang, serai, bunga cengkih dan taucu dikisar halus, Tumis hingga garing dan masukkan ayam dan pati santan. Setelah ayam empuk, masukkan sedikit garam secukup rasa.

Ayam Masak Bertaucu

Bahan-Bahan:
Ayam (anggaran 1kg )
2 biji bawang besar (dimayang bulat)
3 biji bawang putih ( dihiris )
halia ( anggaran 2cm - dihiris halus)
15 biji cili padi hijau (ikut selera )
sebiji lada benggala merah(dipotong berbaji)
2 biji tomato (dibelah 4)
2 sudu makan kicap pekat
5 sudu makan kicap manis
serbuk kunyit
garam
gula
minyak masak

Cara:
Goreng ayam dengan serbuk kunyit yang digaulkan dengan garam. Angkat dan ketepikan ayam yang telah digoreng. Dengan minyak ayam yang digoreng, tumis bawang besar, bawang putih, cili padi hingga naik bau. Apabila telah naik bau, masukkan ayam. Seterusnya masukkan kedua-dua jenis kicap dan kacau rata. Apabila kedua-dua kicap tersebut telah sebati masukkan taucu, lada benggala dan tomato. Seterusnya masukkan sedikit gula ( jika suka )kacau dalam 3 minit dengan api yang perlahan. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Tambahan:
1. Jika ingin kurang pedas, cili padi boleh ditukarkan dengan cili merah.
2. Jika suka masakan berkuah masukkan sedikit air asam jawa cair.

Sunday, June 29, 2008

Seafood Tauchu

Ketam Bertaucu
Bahan
4-5 ekor ketam - dibelah 2
1/4 camca teh serbuk kunyit
200-250 ml air
60 ml sos cili Thai / sos cili biasa / sos berperisa bawang putih
2 camca besar sos tomato
1 camca besar kicap manis
1 labu bawang besar - dipotong bulat
Gula & Garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Bahan kisar
2 biji cili merah
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 batang serai
3 biji buah keras
2 camca besar taucu
1 1/2 camca besar pes cili

Cara membuatnya
1. Perap ketam dengan kunyit & garam selama 30 minit.
2. Goreng dlm minyak panas sehingga separuh masak.
3. Dgn 3 camca besar minyak, tumiskan bahan kisar.
4. Bila wangi & naik minyak, masukkan air, sos cili, sos tomato, kicap, gula & garam.
5. Kacau sekali-sekala hingga mendidih. Kemudian bubuh ketam.
6. Tutp kuali & biar ketam masak elok serta kuahnya pekat.
7. Campurkan bawang besar, kemudian kacau sebentar sebelum diangkat.

Ketam Masak Taucu

Bahan-Bahan:
600 g ketam (potomg ikut suka)
3 biji cili merah ]
3 ulas bawag putih ] digiling berasingan
1 sudu besar taucu ]
1 sudu besar gula
½ sudu teh cuka
2.5 sm halia (dihiris)
Sedikit garam

Cara:
Panaskan minyak, gorengkan bawang putih kemudian masukkan taucu. Masukkan halia dan cili kacau biar rata. Masukkan ketam dan satu mangkuk air. Bila mendidih masukkan gula dan cuka. Apabila masak kacau perlahan-lahan hingga masak.



Ketam Sambal Goreng Taucu

Bahan
1 Kg ketam suri

Kisar:
5 biji bawang merah
7 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
20 biji lada Thailand hijau/merah- letak cili sikit saja sbb tak tahan pedas
1 sudu makan petis/belacan
3 sendok besar lada kisar
1 sendok besar sos cili
1 sendok besar taucu
2 biji jus limau kapas(limau nipis)
1/2 biji gula melaka(di potong nipis-nipis)
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara
1.PANASKAN kuali.
2.TUMIS bahan kisar hingga garing.
3.MASUKKAN sos cili, lada kisar, jus limau nipis, garam, gula melaka dan taucu. Masak lagi sebentar.
4.MASUKKAN ketam dan tutup kuali, biarkan hingga masak.
5. HIDANGKAN panas-panas.

NOTA YAGAN: Potong empat ketam itu dan mamar(ketuk) sepitnya kemudian cuci dengan air asam jawa. Bumbu lebih mudah meresap jika kita potong-potongkan ketam tersebut. Asam jawa pulak menghilangkan bau hanyir.

Udang Taucu

Bahan-Bahan:
500 gm udang basah
½ cawan taucu
½ cawan minyak
1 cawan pati santan, daripada sebiji kelapa
½ cawan air asam jawa
Sedikit garam, gula dan serbuk perisa
Bahan-bahan dimayang:
2 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sm halia

Cara:
Bersihkan udang, buang kulit dan kepalanya. Tinggalkan ekor sahaja. Taucu ditapis dan dibuangkan air masinnya. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan mayang. Masukkan udang. Kacau hingga bahan-bahan mayang layu. Masukkan air asam jawa, taucu, pati santan, serbuk perasa dan gula. Biar mendidih baru masukkan garam. Kacau hingga rata. Apabila kuah pekat baru diangkat.

Lala Goreng Pedas Dengan Taucu

Bahan-Bahan:
500 gm lala
4 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil gula
3 sudu besar taucu
2 sudu kecil sos tiram
10 biji cili padi - dititik
1 batang serai
2 sm halia
Minyak untuk menumis
Garam

Cara:
Lala dicuci dan ditoskan. Halia, bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan serai, taucu dan cili padi. Kacau sekejap lalu tuangkan sos tiram dan kicap. Bubuh gula serta garam. Akhir sekali masukkan lala dan kacau rata-rata. Angkat.

LALA GORENG TAUCHU
From: "Dezerin bt. Abdullah" dezerin@lth.gov.my

Bahan Tumbuk:
6 biji cili merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan Basah:
500 gm lala
1 batang serai dititik
1 sudu besar taucu (cuci sedikit & toskan agar tidak terlalu masin)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar air tepung jagung (1 sudu besar tepung jagung dicampur air masak)
1 cawan air
1 biji cili merah dihiris untuk hiasan
2-3 helai daun bawang dihiris untuk hiasan

Cara-cara:
2. Tumiskan bahan tumbuk bersama dengan serai. Biar hingga wangi.
3. Masukkan sos tiram, taucu dan kacau. Masukkan lala dan kacau hingga rata.
4. Tutup kuali sebentar untuk lembutkan lala agar ia terbuka dan mengeluarkan air (dalam 2- 3 minit).
5. Masukkan air dan kacau hingga sebati dan masukkan garam, gula dan sedikit pak aji.
6. Jika suka, boleh masukkan sayur kacang buncis (yang telah dihiris) untuk menambahkan lagi rasa dan seri.
7. Masukan air tepung jagung untuk memekatkan kuah.
8. Setelah kuah pekat, taburkan daun bawang dan cili merah yang telah dihirs dan kacau .
9. Hidangkan terus semasa ia masih panas.

Lala Taucu

Bahan-Bahan:
500 gm lala
4 ulas bawang putih
2 batang serai
5 biji bawang merah
8 tangkai cili kering
2 sudu besar taucu
10 biji cili padi
100 gm ikan bilis
Garam
Gula
Bahan perasa

Cara membuatnya:-
- Kisar daun serai , bawang merah , bawang putih dan cili kering tetapi tidak terlalu lumat .
- Tumiskan bahan tadi dalam minyak panas .
- Goreng ikan bilis , masukkan taucu kemudian lala .
- Masak bahan tadi hingga masak .
- Sedia untuk dihidangkan .

Saturday, June 28, 2008

Veggie Taucu

Cooking veggie with taucu is new to me.The truth is i haven't eat veggie with taucu yet.Someday i'll try it myself.It looks interesting.

Peria Masak Taucu

Bahan-bahan
1 biji sayur peria
3 s/b taucu manis
1/2 cawan air
5 biji cili api [jika suka]
minyak

Bahan Hiris
1 labu bawang besar
3 uals bawang putih
3 biji cili hijau
2 biji cili merah

Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
2. Masukkan air dan taucu. Kacau rata dan masukkan peria dan cili api.
3. Biarkan mendideh dan pekat.
4. Hidangkan dengan nasi putih dan ikan goreng.





Kacang Panjang Masak Taucu

Bahan-Bahan:
Seikat kacang Panjang
1/2 mangkuk udang basah
1/2 mangkuk isi ayam/hati&pedal - potong kecil
*10 ulas bawang merah
*5 ulas bawang putih
*2 cm lengkuas
*30 gm/2 sb lada kering
*5 biji cili padi
*3 cm halia
5 sudu taucu
belacan, garam dan gula
3 biji tomato, lada hijau
1 btg serai -ketuk

cara;
1.Blender semua bahan * dan tumis bahan * hingga wangi
2.Masukkan ayam dan masak hingga empuk.
3.Masukkan udang kacau. Kemudian masukkan kacang pjg,serai, belacan, taucu,lada hijau, garam dan gula.
4. Bila hampir masak masukkan buah tomato. Siap utk dihidangkan


Sup Lobak Masak Taucu

Bahan-Bahan:
sebatang lobak merah
sebatang lobak putih
sebiji tomato
2 batang seleri
(dihiris dalam saiz yang sedang)

Dikisarkan:-
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 ulas cili padi

Sepeket taucu
separuh kiub ikan bilis/ kiub ayam
sedikit garam, gula dan perasa

Cara:
- rebuskan lobak kedalam periuk 1 yang airnya secukup lobak itu tenggelam.
-setelah separuh empuk matikan api.
-dalam periuk kedua, panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar. kacau sehingga naik minyak dan bau.
-masukkan kiub bilis dan kacau kemudian masukkan semua rebusan dengan airnya sekali kedalam periuk.
- masukkan tomato dan batang seleri yang telah dihiris sederhana.
-kemudian masukkan taucu, garam, gula dan perasa dan reneh sehingga masak semua.
-sedia untuk dihidang.


Kangkung Goreng Taucu

Bahan-Bahan:
300g kangkung, dipotong
1 pkt taucu
5 ulas bawang merah}
4 ulas bawang putih}tumbuk
sedikit udang kering}
minyak untuk menumis
gula, garam

Cara:
*tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau.
*masukkan taucu masak sebentar.
*masukkan kangkung, goreng hingga layu.
*tambah sedikit air. tambah gula.
*jika kurang masin barulah tambah garam.


Taucu Tempe Dengan Terung Telunjuk

Bahan-Bahan:
1 keping tempe (dipotong persegi,goreng garing)
4 tangkai cili hijau (dibelah dua)
5 biji terung telunjuk (dibelah dua)
½ cm halia
1 sudu besar bawang putih (dikisar)
1 sudu besar bawang merah (dikisar)
2 sudu besar taucu
1 sudu kecil gula
Minyak untuk menumis

Cara:
Tumis bawang merah, putih & halia sehingga kuning & harum baunya. Kemudian
masukkan taucu & kacau sebati. Masukkan juga cili potong, terung telunjuk, garam
& gula. Kacau lagi sampai mesra. Setelah bahan-bahan ini agak masak, baru masukkan tempe goreng. Kacau bersama bahan-bahan tadi, kemudian angkat & bolehlah dihidangkan.


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).