- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Sunday, December 7, 2008

Colourful Puding/Agar-agar Roti

After dinner i started preparing dessert for tomorrow.They called it puding roti but i prefer to call it agar-agar roti as it used 'agar-agar'.


Puding Roti
Kiriman : Maklang
Sumber: zai

Bahan-bahan:
1 paket agar-agar [25 gram kot.. tak perasanlah cap layang-layang]
Air ikut sukatan plastik pembungkus agar-agar tu.
Gula ikut manis
Susu cair – 1 tin
Roti [beli roti yang biasa(murah) nak jimat - 6 -7 keping lebih pun tak pe]
Telur – 1 biji
Esen vanila sikit.

Cara-cara penyediaan:
1. Blend roti , telur & susu + esen vanila – sampai roti hancur.
2. Agar-agar rendam dahulu – masak sampai hancur + gula – rasakan manisnya.
3. Masukkan adunan roti & susu. Kacau sekejap & api perlahan.
4. Bahagikan 3 warna – corak ikut cita rasa sendiri.


Agar-agar Roti
- kaklong -

bahan-bahan.
*1.5 liter air
*1 bungkus agar-agar kering.
*gula
*1 tin susu cair
*5 keping roti
*coco denata perasa ros

cara membuatnya
*masak agar-agar,air dan gula secukup manis sehingga mendidih
*blender roti bersama susu cair kemudian masukkan kedalam agar-agar yang dimasak tadi
*masukkan coco denata (tak perlu ambilnya) kacau sebati
*tuang kedalam bekas dan sejukkan



Puding Roti Pelangi
oleh: Cik^Mai

Bahan-bahan ( 1 tupperware besar )
• 1 paket agar-agar
• 2 biji telur
• 1 tin susu cair
• 5 sudu makan susu pekat manis (ikut selera individu)
• 3 keping roti
• 3 sudu gula (ikut selera individu)
• 2 sudu besar sunquick
• Pewarna hijau
• Pewarna merah
• Sedikit esen vanila

Cara-cara
1. Masak agar-agar dgn air (anggaran air hingga tenggelam agar-agar). Masukkan gula. Kacau sebati.
2. Dgn menggunakan blender, kisar roti dgn telur,susu cair dan susu pekat manis hingga sebati.
3. Tuang bahan yg dikisar tadi ke dalam periuk agar-agar td. Masak dgn api perlahan.
4. Masukkan sunquick dan esen vanila. Biarkan masak seketika.
5. Kemudian angkat dan tuang adunan yg di masak dlm loyang (tupperware pon boley).
6. Drpd adunan td, asingkan 2 cawan berasingan adunan. 1 dicampurkan dgn pewarna merah, 1 lg dgn pewarna hijau.
7. Tuang adunan berwarna td secara berselang seli ke atas adunan di dlm loyang.
8. Sejukkan.



PUDING ROTI
Sumber : FP Masriyah (asal dari Maklang)
Kiriman : Kak Madiha

Bahan
1 pkt agar2 (25g cap burung layang2) –(Madiha guna yg 20gm brand lain)
Air ikut sukatan plastic pembungkus agar2 tu. (6 gelas)
Gula ikut manis (Madiha bubuh 10 sudu besar.. ni terpulang pd anda suka manis lagi boleh tambah)
Susu cair – I tin
Roti – beli roti yg biasa (cap kunci tu pun takper) kerak roti buang (Madiha guna gardenia 8 keping tak buang pun keraknya)
Telur – 1 biji
Esen vanilla (1 penutup)

Cara
1.Blend roti , telur & susu + esen vanilla – sampai halus.
2.Agar2 rendam dulu, masak sampai hancur dan tapis. Masuk semula dlm periuk.
3.Masukkan gula dan rasakan manisnya ikut lidah.
4.Masukkan adunan roti dan susu tadi. Kacau sekejap dengan api perlahan.
5.Bahagikan 3 warna (hijau, merah, coklat)
6.Masukkan dlm loyang (masukkan sekali tak payah tunggu keras satu2..corakkan mengikut kreativiti anda)
7.Sejukan dahulu kemudian boleh masukkan dlm peti sejuk.
8.Bila dah keras bolehlah dipotong.


Agar-Agar Roti Nescafe
[mie07]
Bahan-bahan
1 Paket Agar-Agar (Cap Ayam , Rm 3.00)
5 cawan air
2 cawan santan pekat
1 cawan susu cair
4 keping roti sandiwh –tak kiralah jenama apa)
1 ½ cawan gula atau secukup rasa
2 sudu besar nescafe

Cara menyediakannya
Rendam agar-agar hingga kembang, kemudian dimasak dengan 5 cawan air hingga mendidih -hancur. Kemudian masukkan gula, biar hingga larut dan mendidih lagi. Ambil satu cawan agar-agar tadi, biarkan keras, apabila keras potong kecil2. Baki yang selebihnya campurkan dengan santan pekat. Roti direndam dengan ½ cawan susu – dan hancurkan masuk ke dalam agar-agar tadi.. Nescafe dibancuh dengan ½ cawan susu cair dan masukkan ke dalam periuk agar-agar tadi juga. Masak hingga mendidih. Kemudian bolehlah masukkan ke dalam acuan yang disukai. Akhir sekali taburkan agar-agar yang dipotong kecil2 tadi. Sejukkan dan bolehlah dingap!!




AGAR AGAR ROTI PELANGI
[maisya]
sumber: majalah keluarga tahun 80an

Bahan-bahan
15g agar-agar
1400ml air
2 cawan gula pasir
38g gula batu
pewarna merah, hijau, kuning
4 keping roti
1 tin susu cair IDEAL
2 biji telur
1 biji limau kasturi, ambil jusnya

Cara-cara
1. Bahagi agar-agar kpd 2 bahagian. Masak satu bahagian dgn 600ml air hingga larut. Kemudian, masukkan 1 cawan gula pasir dan 38g gula batu. Masak hingga gula larut.
2.Tapis dan tuangkan agar-agar ke dlm 3 bekas. Warnakan tiap-tiap satu dgn pewarna yg berlainan. Biarkan keras,kemudian parut halus dan campurkan semua warna.
3. Masak baki agar-agar dgn 800ml air hingga larut. Masukkan baki gula dan masak hingga larut. Tapis dan masukkan kedalam periuk lain; ketepikan.
4. Rendam roti dlm susu cair. Pukul telur hingga sebati, kemudian tuangkan ke dlm adunan roti dan kacau rata. Masukkan air perahan limau dan kacau. Tuangkan kedalam adunan agar-agar tadi dan jerang hingga mendidih.
5. Sediakan acuan yg telah dibilas. Masukkan agar-agar yg diparut hingga menutupi bahagian bawah acuan. Kemudian tuangkan agar-agar yg suam ke atasnya, setebal 1cm. Buatlah berselang seli hingga kedua-dua agar-agar habis.
6. Sejukkan.



PUDING ROTI WARNA-WARNI
- Kak Liza -

Bahan A
10 gm serbuk agar-agar cap bintang
1 Liter air
1 cawan gula

Bahan B
7 keping roti [buangkan kulit dan koyakkan kecil]
1 tin susu cair
1 cawan air buah koktel atau peach
1 s/k esen vanilla
1 biji telur ayam

Bahan C
3 s/b tepung kastad + 5 s/b air
pewarna ~~ merah dan hijau

Cara
1. Masukkan Bahan A dalam periuk dan masakkan sehingga mendideh.
2. Blend halus Bahan B.
3. Bancuhkan tepung kastad dan air dan masukkan dalam Bahan B
4. Masukkan Bahan B dalam periuk Bahan A dan masakkan sehingga mendideh [nampak blup..blup gitu].
5. Tutup api dan bahagikan adunan pada 3 bahagian.
6. Masukkan warna merah dan hijau dalam 2 bahagian yg berasingan dan biarkan 1 bahagian warna asal.
7. Sediakan loyang dan tuangkan adunan plain dan warna berselang seli mengikut beberapa lapisan yg disukai. Sejukkan.
9. Hidangkan puding dan hiaskan dengan hirisan peach atau fruit koktel dan lebihan air dalam tin.



PUDING ROTI MARBLE
- Kak Liza -

Bahan A
10 gm serbuk agar-agar cap bintang
1 Liter air
1 cawan gula

Bahan B
7 keping roti [buangkan kulit dan koyakkan kecil]
1 tin susu cair
1 cawan air buah koktel atau peach
1 s/k esen vanilla
1 biji telur ayam

Bahan C
3 s/b tepung kastad + 5 s/b air
2 s/b serbuk koko ]
2 s/b air ] bancuh

Cara
1. Masukkan Bahan A dalam periuk dan masakkan sehingga mendideh.
2. Blend halus Bahan B.
3. Bancuhkan tepung kastad dan air dan masukkan dalam Bahan B
4. Masukkan Bahan B dalam periuk Bahan A dan masakkan sehingga mendideh [nampak blup..blup gitu].
5. Tutup api dan bahagikan adunan pada 2 bahagian.
6. Masukkan larutan koko dalam 1 bahagian yg berasingan dan biarkan 1 bahagian warna asal.
7. Sediakan loyang dan tuangkan adunan plain dan coklat berselang seli mengikut beberapa lapisan yg disukai. Sejukkan.
9. Hidangkan puding dan hiaskan dengan hirisan peach atau fruit koktel dan lebihan air dalam tin.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).