- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Wednesday, April 29, 2009

Siput Buluh/Pepahat/Ambal/Bamboo@Razor Clam

Siput buluh is also known as pepahat, sepahat & siput pahat-pahat. Also known as ambal in sarawak & sabah. Looks wierd bcoz' it looks like a short bamboo. That's why mat salleh called them bamboo clam.
I've seen this seafood at the market a few times but i've no idea what it is & how to cook it. From my reading, it also can be found in terengganu, my hometown, but as far as i'm concern, i never saw it sold in the market near my place. Next time when i'm in back to my hometown, i'll look around for it.
My hubby won't buy it since its look wierd. My hubby reluctants to eat something that he never ate b4. He didn't eat siput sedut either. He only eat lala, kerang, remis & other sea shells, but not the snail (siput) family.
Since he was not around, i bought 1/2 kilos of siput buluh yesterday & i cook masak berlada with it. Here i jot down a few recipes i managed to find in the website of cooking the siput buluh & yg sewaktu dgnnya.


Siput Buloh Masak Cili
Sumber :
hazila

Bahan bahan
500 gm siput buloh
3 ulas bawang putih *
1 biji bawang besar *
5 cili padi *
2 cm halia *
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan cili kisar - kalau suka pedas
2 sudu makan susu cair/susu segar
1 batang serai - dititik
Garam secukup rasa

Cara-cara
1. Kisar bahan bertanda *.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan cili kisar hingga garing/pecah minyak.
2. Masukkan sos tiram dan susu cair/segar. Kacau rata.
3. Masukkan garam secukup rasa, kemudian masukkan serai. Kemudian masukkan siput buloh tadi. Kacau hingga sebati.
4. Biarkan ia mereneh sehingga semua kulit siput terbuka. ( Menandakan siput telah masak).
5. Bolehlah ditutup api dan dihidangkan.




Sepahat Goreng Berlada
oleh:
azwalissa


Bahan-bahan ( 200g sepahat )
200g Sepahat (sejenis siput berbentuk buluh)
3 sudu cili boh
2 sudu sos tiram
2 ulas bawang putih cincang
2 batang serai
Garam & Gula secukup rasa
Bawang besar (potong bulat)

Cara-cara
1. Cuci dan rebuskan sepahat sehingga empuk. Kemudian toskan airnya.
2. Tumis bawang putih dan cili boh hingga garing. Kemudian masukkan sos tiram dan serai (ketuk).
3. Bubuh garam & gula secukup rasa, kemudian masukkan sepahat dan gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan bawang potong bulat sebagai hiasan. Jika mahu lebih kuah, tambahkan sedikit air, tutupkan kuali dengan api kecil sehingga mendidih. Siap untuk dihidang.





Lemak Tempoyak Cili Padi Siput Pepahat Dengan Nenas
Sumber : Yati Rahim


Bahan
1/2 kg pepahat
2 sudu makan tempoyak
1 cawan santan pekat
segenggam cili padi (atau ikut nk pedas mcm mana)
nenas diracik (saya guna 1/8 dari sebiji)
kuniyit hidup (1 1/2 inci)
daun kunyit/ daun limau purut
garam secukup rasa

Cara
1. Tumbuk cilipadi dgn kunyit & tempoyak.
2. Renihkan bersama2 pepahat & nenas hingga nenas agak layu.
3. Masukkan santan pekat & daun kunyit/ limau purut.
4. Renihkan sambil sesekali kacau hingga pekat



Pepahat Pedas
Kiriman: Syahani

Bahan-Bahan:
Pepahat 500gm
Bawang Putih 3 ulas
Telur 1 biji
Sos Tiram 5 sudu besar
Cili Kering 4 keping
Serai 2 batang
Lada Hitam 10 biji
Air ¼ cawan
Tepung jagung 1 sudu teh
Minyak untuk menumis

Cara:
1. Tumbuk bawang putih dan lada hitam
2. Titik serai
3. Belah cili kering dan rendam dalam air panas selama 10 minit
4. Tumis bawang putih, lada hitam, lada kering dan serai hingga naik wangi
5. Masukkan telur dan kacau telur biar hancur
6. Masukkan sos tiram, air dan tepung jagung. Kacau sehingga kuah pekat
7. Masukkan pepahat dan kacau biar sebati untuk 20 minit

Tambahan:
Jika hendak pedas boleh tambah cili kering atau lada hitam. Jika hendak manis tambah sos tiram.



Ambal Merak emas
Posted by
Uteh
Bahan-bahan:
1 kg ambal
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji cili besar
1/2 biji cili benggala merah
1/2 biji cili Benggala hijau
Seikat daun bawang
3 sudu besar Sos tiram
1 sudu makan tepung jagung (Bancuh dengan semangkuk air sejuk)

cara-cara:
1. Hiris halia dan cili besar memanjang.
2. Bawang putih dan bawang merah dihiris nipis.
3. Buang biji Cili benggala dan potong segiempat kecil.
4. Panaskan kuali.
5. Masukkan halia dan biarkan sehingga warna perang muda.
6. Masukkan bawang putih.
7. Masukkan bawang merah.
8. Masukkan cili besar.
9. Setelah semua bahan naik bau, masukkan ambal yang telah dibersihkan.
10. Tutup dan kacau sekali sekala. Biarkan kira-kira 3 minit.
11. Masukkan sos tiram, cili benggala dan kacau.
12. Masukkan tepung jagung dan biarkan mendidih dan pekat.
13. Akhir sekali, masukkan daun bawang yang telah dipotong 1 1/2 inci panjang, gaul dan angkat.
P/s Sesuai dihidangkan untuk makan malam.




Razor Clam Masak Tumis Serai
Sumber :
mekarmewangi
Bahan:
1 kg Razor Clam
1 batang serai
3 ulas bawang putih
minyak utk menumis
1/2 cwn air

Cara:
1. tumis bawang putih, masukkan serai. masukkan clam. tutup periuk
2. masak hingga clam terbuka. 5 -8min
3. note: no salt needed. clam dah masin



Razor Clam
Sumber ;
mekarmewangi

Bahan:
1 kg Razor clam
4 ulas bawan putih-chopped
1 Cili- chopped
1 Serai- ketuk2
1 senduk minyak
Limau nipis

Cara:
1. panaskan minyak
2. masukkan cili, bawang putih, serai, masak hinga perang
3. masukkan clam
4. tutup periuk
5. masak dlm 4 min-atau clam dah terbuka
6. tutup api, bukak penutup. perah limau nipis
7. hidang panas2




RAZOR CLAMS BERAPI @ KERANG BERAPI
Sumber : Jiejie
Resepi fr. Fotopage MAKLANG
Kiriman :
Kak Shima
Bahan
1 kilo kerang - i guna 1/2 kg razor clams
5 ulas bawang merah> diblend
4 ulas bawang putih> diblend
1 labu bawang besar> diblend
7 tangkai cili kering(direndam dgn air panas sehingga lembut & diblend)
3 tangkai cili merah> diblend
8 biji cili api > diblend
3 batang serai (kasi lebih pun boleh) > dimayang/diracik halus
3 helai daun kunyit > diracik halus - i gantikan ngan daun limau purut sbb xde daun kunyit
1 biji telur > dipukul hingga hancur
1 1/2 sudu tepung jagung > untuk pekatkan kuah
sedikit sos tiram pedas/biasa
sedikit air
garam secukup rasa
gula secukup rasa.
minyak untuk menggoreng.

Cara membuatnya:
1. Tumiskan bahan yang diblend hingga wangi.
2. Masukkan hirisan serai. Kacau rata dan biarkan seketika hingga separuh garing
3. Masukkan hirisan daun kunyit. Kacau lagi
4. Masukkan telur dan kacau hingga telur masak
5. Masukkan sedikit air - anggaran cukup untuk kuah dan garam. Kacau
6. Masukkan sos tiram, sedikit gula. Kacau lagi
7. Masukkan tepung jagung dan kacau
8. Akhirnya masukkan kerang. Kacau hingga kerang masak





SPICED RAZOR CLAMS
Sumber :
Kak Shima
bhn kisar:
1 ulas bwg putih
2 ulas bwg merah
1/2 inchi halia
2 biji cili padi
1 biji cili masak
5 tangkai cili kering - direndam dulu
2-3 btg fresh coriander - dicincang kasar

1/2 kg razor clams - dicuci & toskan
sos cili secukupnya
minyak ikan/nam pla secukupnya
garam & gula secukupnya
lemon juice
serbuk belacan
coriander- dicincang

CARA:
1. tumiskan bhn2 kisar hingga wangi...goreng hingga kering...
2. masukkan bhn2 sos & perasa...adjust garam & gula
3. bubuh razor clamp, kecilkan api & tutup kuali..masak hingga kulit razor terbuka..
4. akhir sekali tabur coriander cincang..

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).