- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Wednesday, September 30, 2009

Ayam Masak Lada Hitam + Cili Benggala & Pisang Goreng Bali

Balik dr keje aku terus masak...since sorang2 aku masak cincai je la; ayam goreng kunyit & terung masak sambal..bg aku dh best dh, lgpn lengkap lauk dgn sayur...dlm pkul 8 mlm tup2 hubby call ckp nk balik umah...masa tu dia ada kt subang sbb hntar budak keje dia ke sana...dia dh malas nk blik banting terus + esok pg2 kna jemput skali budak kejenya ke banting, dia decide nk balik umah..kelam kabut aku masak sbb lauk yg aku masak sblom tu tinggal secoit jer, ye la aku masak utk sorang jer...
Bukak freezer, kluarkan ayam & cili benggala...nasib baik ayam dh dinyahbeku tadi, so boleh terus masak...maka terhasil la ayam masak lada hitam + cili benggala..time kasih la cik kieah sbb resepi sempoi anda jd penyelamat sy mlm ni...saya tambah nama masakan tu jd cili benggala sbb sy taruk cili benggala byk gara2 stok byk kt freezer, hubby la ni beli byk2 padahal dia tak mkn pn, aku sorang yg tibai..
Lps dinner huby suruh goreng pisang...actually ari tu my mom bg sesikat pisang nangka yg blom masak...kebetulan kt umah di kg ayah aku byk tanam pokok pisang ni (feveret aku) & ada buah yg dh tua...ari ni ada yg dh start masak, so aku buat pisang goreng bali sbb resepi ni tak pakai tepung (gara2 tepung dh abis blom beli), dinyatakan bahawa resepi ni dipanggi pisang goreng bali sbb ianya tdk menggunakan tepung sebagai batter...kelapa parut ada lg, so do marjerin...jom mkn


Ayam masak lada hitam + Cili Benggala
oleh:
cik kieah

Bahan-bahan ( 2-4 org )
3 ketul isi ayam (Bahagian Dada-potong dadu)
1 biji bawang merah (Dihiris)
2 biji bawang putih (Ketuk/hiris)
2 Inci Halia (Hiris/Ketuk)
2 sd Lada Hitam (tumbuk kasar) nak lagi pedas tambah buat 4 sd
2-3 batang cili merah (utk hiasan je..)
1 biji cili benggala (patong dadu) ikut selera jika suka
2-3 sd minyak masak
bahan perasa - garam,ajinamoto,gula

Cara-cara
1.panas minyak untuk tumis bawang putih, halia, bawang merah (goreng hingga naik bau)
2.masukan lada hitam & kacau sebati
3.Akhir sekali masukkan hirisan ayam dan cili benggala, garam, ajinamoto,gula
4.Untuk hiasan tambah cili merah yang telah dihiris untuk hiasan...agar nampak menarik




Sblom tu aku masak terung masak sambal...resepinya tak yah la yer, seme org dh tau nih...




Pisang Goreng Bali
Sumber :
bungamekar

Bahan:
Pisang Nangka (pilih yg dah setengah masak, kalu x berapa masak, rasa kelat still ada)
Gula Pasir
Gula Merah
Mentega (i guna planta soft)
Kelapa Parut Putih

Cara2:
1. Pisang dibuang kulit.Jangan belah, biarkan sebiji2.
2. Sapukan lebih kurang 2/3 sudu planta soft di dalam pan fry beserta lebih kurang 3 or 4 sudu gula pasir.Pastikan gula larut dan tidak hangit.Atas api sederhana.
3. Masukkan pisang sebiji2. (Ndak senang, gunakan penyepit / chopstick semasa mengaulkan pisang di dalam pan fry.) Untuk memastikan pisang tidak hancur.
4. Bila pisang sudah sebati dengan larutan (pastikan juga, pisang benar2 sebati dengan larutan dan kering – tidak berkuah). Angkat dan toskan.
5. Hidangkan bersama2 dengan kelapa parut putih & gula merah.Siap.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).