- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Saturday, November 15, 2008

Cucur Udang

For tea time today, i cook cucur udang without vege dipped in home-made chillie sauce.We prefer chillie sauce instead of 'kuah kacang'.At our hometown, fried kueh like jemput2, pisang goreng, keropok goreng are dipped with chillie sauce.While i was studying in kedah,they sold cucur udang dipped with kuah kacang.The problem is (for me),i can't eat their kuah kacang too much bcoz' it's easy to feel 'muak'.My friend said,her husband dipped cucur udang with ketchup.She said it's the way of southern people.Is it true?


CUCUR UDANG
- Kak Liza -

Bahan A
2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
daun kucai
taugeh
cili merah [cincang]
garam
serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng
udang kertas secukupnya

Bahan Mesin
udang kering
1 labu bawang besar
2 cawan air

Cara
1. Gaulkan rata semua bahan kecuali minyak dan udang kertas.
2. Panaskan minyak.
3. Sendukkan adunan dan letakkan udang diatas adunan.
4. Curahkan adunan yg berisi udang di tepi kuali dan biarkan ia meluncur jatuh dalam minyak.
5. Biarkan gorengan sehingga garing.
6. Angkat dan toskan.
7. Potong kecil dan hidangkan dengan sos cili.

SOS CILI

Bahan A
10 tangkai cili merah [buangkan biji]
1 cawan air
3 s/b cuka
1 ulas bawang putih [jika suka]
3 s/b sos tomato
2 s/b gula
garam

Bahan B
3 s/b air
1 s/b tepung jagung

Cara
1. Mesinkan semua bahan A sehingga halus.
2. Masakkan sehingga mendidih.
3. Bancuhkan bahan B dan masukkan dalam adunan cili.
4. Masakkan sehingga nampak pekat.
5. Tutup api dan hidangkan dengan cucur udang.




CUCUR UDANG
- NoorMasri -

Bahan-bahan:
4 cawan tepung gandum
250 g udang kasar
30 sen tauge
40 sen daun kucai (dipotong)
3 cawan air
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
MSG secoet jika suka
minyak utk menggoreng

Cara membuat:
1. Bersihkan tauge, daun kucai dan udang.
2. Campurkan tepung dgn tauge, kucai, serbuk kunyit dan garam
3. Kemudian bancuh dgn air sehingga sebati
4. Panaskan minyak dlm kuali
5. Sendukkan adunan bubuh sekor udang di atasnya dan goreng hingga masak.



Cucur Udang
Sumber: Buku Pandai Memasak

Bahan-Bahan:
300 g udang basah (dicincang)
1 cawan serbuk roti
4 sudu besar susu cair
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk jintan
1 sudu teh serbuk rempah kari
1 biji telur (dipukul)
Sedikit garam

Cara:
Panaskan minyak dan goreng bawang, kemudian masukkan udang gaul sebentar dan diangkat. Gaulkan udang dengan serbuk roti, baking powder, serbuk rempah dan garam. Masukkan telur dan cucu cair uli hingga rata kemudian bentuk bulat-bulat kecil. Goreng hingga masak. Cucur ini sedap dimakan dengan cili sos.



Cucur Udang

Bahan-bahan
1 kg tepung gandum
100 gram tauge
100 gram kucai
Kunyit
Garam
Telur
Sedikit minyak masak

Cara membuat
1. Gaul tepung bersama bahan-bahan tadi.
2. Masukkan juga air, garam dan telur.
3. Biarkan selama setengah jam sebelum digoreng.
4. Untuk sos : Goreng kacang tanah & kisar. Tumis cili hingga garing. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Masukkan kacang yang dikisar dan masak hingga pekat.



Cucur Udang
- yusmar -

Bahan-bahan
udang dibuang kulit
tepung gandum
1 camb tepung tempura
bawang besar- didadu
sedikit daun sup
Carrot- dihiris memanjang
sedikit stok pekat ayam maggi
1 biji telur

Cara-caranya
campurkan semua kemudian goreng.



CUCUQ UDANG SAYUR
From : zaharah@lkim.moa.my

Bahan-bahan :
½ kg. tepong gandum
300 gm udang (sedang -lagi banyak lagi bagus)
1 biji telor ayam - kuning sahaja
sedikit garam
air masak secukup untuk bancuhan
1 biji cili merah dan cili hijau
1 biji karet dipotong dadu/ikut suka
1 biji bawang besar (dipotong kecil-kecil)
2 biji bawang putih
¼ buji kobis dihiris kecil-kecil
sedikit serbuk lada hitam

Cara-caranya:-
Siang udang dibasuh dan diperap dengan sedikit serbuk lada hitam dan garam.
Ambil tepong , masukkan semua bahan dan air secukupnya. Biarkan ½ jam kemudian goreng.




Cucur Udang
- Chef Lin -

Bahan2:
Udang basah (dlm 10 ke 15 ekor)
100 gram tepung gandum
125 ml - 130 ml air rebusan kepala udang
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Garam

Cara2:
1. Bersihkan udang. Ambil bhgn kepala udang dan rebus. Dapatkan 125 ml -130 ml air udang tersebut. Sejukkan dan ketepikan.
2. Campurkan tepung, soda & garam. Bancuh perlahan2 dgn air rebusan kepala udang tadi. Bancuhan hendaklah tidak terlalu pekat atau cair. Yang sedang2 sajaaaa....
3. Masukkan minyak penuh kedalam kuali. Panaskan minyak dan rendam senduk yg nak dijadikan mould tu. Bila senduk tu cukup panas, amik sesudu bancuhan tepng dan bubuh dalam senduk, bubuhla udang tadi kata atas tepung tu. Goreng penuh dan cungkillah tepung dalam senduk tu dgn garfu secara perlahan2 semasa tepung separuh masak. Kemduian, ulang proses memanaskan senduk tu, masukkan tepung, udang & goreng la sehingga siap!

Utk sos cili:

Bahan:
3 sudu besar cili kisar
3 biji bwg putih diketuk
2 keping asam keping
Gula & garam
Air 3 cawan

Cara2:
Masukkan air dlm periuk. Masukkan cili kisar, asam keping & bwg putih. Rebus sehingga air jadi separuh. Kemudian masukkan gula & garam secukup rasa. Siap!




CUCUR UDANG
- rinnchan -

Bahan-bahan:
300gm Tepung gandum
Udang besar secukupnya, bersihkan
Sebiji bawang besar dimayang nipis
Segenggam taugeh....Nak taruk lebih pun ok !!!
Daun bawang dan daun saderi secukupnya, dipotong kecil2
2 biji telur
1 cawan Air panas (Bukan air mendidih yaaa... )
Air biasa secukupnya
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
1 camca teh baking powder
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Panaskan minyak untuk menggoreng dan sementara menunggu panas, rendamkan bahagian senduk yg bulat. Tujuannya adalah untuk memudahkan cucur udang lekang dari senduk.
2. Masukkan tepung dalam satu bekas.
3. Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air panas dan air sejuk. Gaul-gaul lebih kurang.
4. Tuang air panas sedikit demi sedikit sehingga tepung bersalut air.
5. Tuang air biasa sehingga adunan secukupnya elok untuk dijadikan cucur udang.
6. Keluarkan senduk yg terendam dalam minyak tadi dan isi dengan adunan dan letakkan seekor udang di tengah2nya.
7. Masukkan ke dalam minyak dan tunggu sebentar sehingga cucur lekang dari senduk. Goreng sehingga garing.
8. Ulang hingga habis.




Cucur Udang
Sumber & Gambar : Jeni

Bahan-bahan
Tepung gandum dalam 400 gm
Taugeh
Bawang hiris halus
Daun bawang (Kalau ada daun kucai lagi sedap)
Udang
Air secukupnya
1/2 sdt baking powder
1/2 sdt soda bicarbonat
1/2 sdt serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Udang yang dah dikopek

Cara
1. Campurkan semuanya kecuali udang. Air adjust jangan pekat sangat.
2. Panaskan minyak yang banyak. Minyak tak boleh sikit nanti cucur tak kembang tapi kempis.
3. Kaut bancuhan dgn sudu letak udang seekor.
4. Masukkan dalam minyak. Angkat dan toskan bila dah terapung dan masak.

Kuahnya

Bahan-bahan
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar asam jawa
3 ulas bawang putih tumbuk
Air dalam 2 cawan boleh diadjust
Garam dan gula secukup rasa
1 sdt tepung jagung untuk memekatkan kuah

Caranya
1. Campurkan asam jawa dan air. Kaut buang bijinya.
2. Campurkan lain-lain bahan.
3. Masak di atas api.




CUCUR UDANG
- rossya -

Bahan2:
250g tepung kacang kuda
1 sudu teh potas (boleh guna bicarbonate of soda)
1 batang cili hijau yang dihiri tipis (optional)
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk cili
250ml air
sedikit garam
sedikit daun ketumbar dihiris
Isi udang yang dipotong2

Cara-cara:
Semua bahan-bahan digaul menjadi satu. Perap setengah jam. Goreng seperti jemput-jemput/cekodok. Boleh juga guna seekor2 udang dengan kulitnya. Senduk sedikit adunan dan letak kan seekor udang dan tutup sedikit dengan adunan tepung lagi lalu digoreng dalam minyak yang panas. Tapi cara begini.. hendak lah berhati2 sebab minyak akan meletup2 sedikit kerana udang.Sedap dimakan dengan sos cili atau sambal cili cuka..



CUCUR UDANG

Bahan-bahan:

Untuk sos :
1) 10 tangkai lada kering (rebus dan kisar halus)
2) 2 ulas bawang putih (ketuk)
3) 1 cm halia
4) 1 sudu teh garam
5) 2 sudu makan gula
6) 2 sudu makan gula merah
7) ½ cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak & kisar separa halus)

Untuk cucur :
1) 1kg tepung gandum
2) 300 gram udang basah (saiz kecil / sederhana)
3) 2 pokok daun bawang (potong kecilkecil)
4) 500 gram taugeh
5) 1 sudu teh baking powder
6) 1 sudu teh garam
7) ½ sudu teh serbuk kunyit
8) Air secukupnya
9) ½ 1 kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara :

Untuk sos cucur udang :
1) Satukan semua bahan kecuali kacang tanah di dalam periuk. Reneh dan kacau
sehingga gula larut. Biarkan mendidih seketika.
2) Masukkan kacang tanah. Tutup api dan ketepikan.

Untuk cucur :
1) Campurkan kesemua bahan kecuali udang dan minyak masak di dalam mangkuk.
Bancuh pekat dengan air yang mencukupi. Biarkan selama 1 jam.
2) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
3) Kaup adunan dengan senduk separa bulat, letak 1 / 2 ekor udang basah di atas
adunan. Masukkan ke dalam minyak panas satu persatu. Goreng sehingga
keemasan. Angkat dan tos.
4) Hidang bersama sos cucur udang.




CUCUR UDANG “HARISSA CREPE”
UITM Shah Alam

BAHAN – BAHAN:

CREPE
300 gm Tepung blue Berserbuk Penaik
1 no Telur
100 ml Air

INTI:
300 gm Udang
50 gm Oat
2 biji Bawang merah
1 biji Bawang putih
1 biji Cili merah
½ Sudu teh Wasabi
1 Sudu makan Seleri, dipotong dadu
1 Sudu makan Madu
20 gm Park choy

SAYUR GORENG:
200 gm Tepung tempura
1 no Lobak merah
1 no Terung
1 no Keledek
1 no Putih telur
Air

Cara-cara Penyediaan:
1. Pukul telur dengan ringan. Kemudian, campurkan tepung dengan air.
2. Masak adunan tersebut diatas periuk (non-stick pan).
3. Saute bawang putih, bawang merah dan cili merah . Kemudian, masukkan oat dan juga madu.
4. Kemudian, masukkan seleri dan juga wasabi. Akhir sekali masukkan udang.
5. Pukul putih telur sehingga menjadi meringue.
6. Campurkan tepung tempura dengan air kemudian campurkan dengan meringue tadi.
7. Celupkan keledek, terung dan juga lobak kedalam adunan tadi dan goreng sehingga kuning keemasan.



CUCUR UDANG & KUAH KACANG
- mamawandiha -

Bahan2
500 gm tepung gandum
sedikit serbuk kunyit
2 biji telur
10 tangkai daun kuchai - dipotong 1 inci
1 mangkuk taugeh - buangkan kepalanya.. ekor tak buang pun takper.. (org malas )
(boleh campur sayuran lain kesukaan anda spt carrot, kobis atau apa2 jer)
garam agak2lah yer.. di bancuh dlm air suam (kita suka cucuq lembut.. kalau nak yg rangup alim kata bancuh guna air sejuk dlm peti ais)
air suam secukupnya hingga dapat batter yg sesuai.
udang secukupnya - dibersihkan buang sesungut dia tu..
minyak utk menggoreng

Cara menyediakan
1. Masukkan tepung, serbuk kunyit dlm bekas yg sesuai. Masukkan taugeh & daun kuchai dan kacau rata. Tuangkan air suam bergaram tadi dan kacau sambil masukkan telur dan kacau lagi hingga bancuhan rata dan mendapat bancuhan yg sederhana pekat.
2. Panaskan minyak dlm kuali.. letakkan senduk yg tahan panas dlm minyak panas.. agak2 dah panas sikit.. angkat senduk tu dengan kain pengalas periukk (takut panas tangan).. dah bubuh batter tadi ke dalam senduk yg panas tu menggunakan senduk yang lain.. maknanya.. jangan cedok guna senduk yg sama.. nanti melekat2 plak bila menggoreng.
3. Letakkan udang sekor atas batter yg berada dlm senduk tu.. dan letak dlm kuali.. biarkan kejap.. pastu bolehlah cungkilkan guna sudu dan sambung menggoreng hingga garing & masak. (jangan lupa balikkan) ulang proses yang sama.. senduk tu kena rendam kejap2 jer dlm minyak panas tu.. Gorengkan hingga habis.


KUAH KACANG

Bahan2 (ni resepi sempoi madiha jer)
1 1/2 cawan kacang tanah
1 keping gula manisan/kerek (kalau takde boleh bubuh gula pasir dlm 3 sudu.. agak2 ler yer)
4 sudu besar cili mesin
3 sudu besar bawang mesin (bwg besar + bawang putih... ni memang dah siap mesin boh dlm peti ais)
garam secukupnya
2 btg serai - dititik
minyak utk menumis
sebesar ibu jari asam jawa (bancuh dlm air)
air secukupnya (ikut kepekatan yg anda suka)

Cara menyediakan
1. Goreng kacang tanah guna minyak hingga garing (jangan biar lama sgt.. nampak garing sikit jer terus angkat sebab after angkat tu.. kacang akan masak atas darat.. kalau tunggu hingga terlampau garing.. baru nak angkat.. kacang akan jadi hangus plak)
2. Tunggu kacang suam2 sikit then blend kacang tanah goreng tadi hingga lumat (kalau suka kasar2 kacangnya... jgn mesin halus sgt)
3. Panaskan minyak dan tumis bwg mesin & cili mesin hingga wangi. Masukkan air, air asam jawa, gula manisan & serai serta air.. biarkan kuah mendidih sambil dikacau sekali sekala. Biar hingga mendapat kepekatan yg anda suka. kalau terlalu pekat boleh tambai air. Bolehlah dihidang bersama cucur udang.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).