- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Thursday, November 20, 2008

Daging Masak Merah

Today i'm cooking daging masak merah.Last weekend,my husband has already cooked it but i feel that i've not enough of it.I still can feel its taste.So,today i'm cooking it using my husband's recipe.Daging masak merah was supposed to be red in colour.B4 this i wonder how come the meat looks red,apart of using tomato & chillie sauce.Some used red food colouring.But some said it's not good for health.But i think i've found healthier & safer way by using red syrup, the one we used to make syrup drinks.I saw the cook at the restaurant below my office use the syrup to cook this dish.So voila,the secret has been revealed.

Daging Masak Merah Sempoi
- My Husband's Recipe -

Bahan-bahan
500 gm daging
1 labu bawang besar ] diblend
3 ulas bawang putih ]
3 sudu besar cili boh
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
Gula, garam dan serbuk perasa
1 labu bawang besar - dipotong bulat
6 biji cili api - dihiris
2 biji cili merah - dihiris
Air
Minyak

Cara membuatnya
1. Rebus daging hingga empuk. Hiris nipis2.
2. Panaskan minyak. Goreng daging hingga separuh masak.
3. Masukkan bawang besar & bawang putih. Tumis hingga naik bau.
4. Masukkan cili boh. Tumis hingga cili masak.
5. Masukkan sos tiram & sos cili. Kemudian masukkan sedikit air. Gaul hingga sebati.
6. Masukkan garam, gula & bahan perasa.
7. Akhir sekali, masukkan bawang besar yg dihiris bulat, cili api & cili merah.
8. Sedia untuk dihidangkan.



Daging Masak Merah
- Kak Liza -

Bahan
500 daging [hiris nipis]
5 s/b sos tomato
5 s/b sos cili
kunyit
garam
minyak

Bahan Hiris
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 biji cili merah
2 biji cili hijau

Cara
1. Perapkan daging dengan sedikit garam dan kunyit sebentar.
2. Panaskan minyak dan masukkan daging.Goreng sehingga lembut.
3. Masukkan sos tomato dan sos cili.
4. Masukkan pula bahan hiris dan kaca. Kacau dan gaul sebati.
5. Angkat dan hidangkan.



DAGING MASAK MERAH
- Kak Liza -

Bahan-Bahan:
300 gm daging lembu
2 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dititik)
3 s/besar sos tomato
4 s/besar cili kering (dikisar)
1 s/besar kicap cair
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara:
1. Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga empuk.
2. Potong daging nipis dan lebar lebih kurang sebesar 5 cm.
3. Panaskan minyak & tumis bawang putih sehingga naik baunya.
4. Masukkan cili kering. Tumis sehingga pecah minyak.
5. Masukkan sos tomato & daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air.
6.Tambahkan sedikit garam & kicap cair.
7. Masak sehingga kuah agak kering barulah dimasukkan pula hirisan bawang besar.
8. Kacau seketika & angkat.
9. Hidangkan dengan nasi putih dan tomyam.




Daging Masak Merah
oleh: dyna

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
1/2 kilo daging dipotong nipis n direbus dengan pewarna merah sehingga lembut
1 bijik bawang besar dimayang
1 bijik cili capsicum hijau
1 cm halia
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos cili, 2 s/b sos tomato n 2 s/b sos tiram.. klu suka bleh lebih2 kan ikut citarasa
garam secukup rase...
klu ader.. bleh letak kacang buncis.. daun bawang n daun sup... tak der kat dapur so tak letak...

Cara-cara
1. Tumiskan bawang besau.. bawang putih n halia sehingga kekuningan
2. Masukkan sos cili, sos tomato n sos tiram... klu kering taruk air skit... klu suka berkuah bleh taruk banyak skit... tapi jangan banyak ngat...
3. Masukkan garam.. serbuk perasa klu suka bleh letak.. tapi saya tak letak sbb tak elok lah....
4. Masukkan daging rebus tadi.. masak hingga sebati..
5. Masukkan cili capsicum hijau tadi.. klu nak letak.. bleh masukkan kacang buncis.. daun sup n daun bawang..
6. Bleh makan ngan nasik putih.. atau jadikkan lauk nasi goreng USA



Daging Masak Merah
Sumber: Sajian Selera Mingguan Wanita

Bahan-Bahan:
300 gm daging lembu
2 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dititik)
125 gm sos tomato
4 sudu besar cili kering (dikisar)
Sedikit kicap cair
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara:
Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga empuk. Potong daging lebih kurang sebesar 5 cm. Panasakan minyak & tumis bawang putih sehingga naik baunya. Masukkan cili kering. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato & daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air. Tambahkan sedikit garam & kicap cair. Masak sehingga kuah agak kering barulah dimasukkan pula hirisan bawang besar. Kacau seketika & angkat.




Daging Masak Merah Jeni
Sumber : Azie Norazie

Penyediaan Daging
1kg daging batang pinang - jgn potong, biar seketul besar atau biar dlm 1/2 x 2. [Rebus hingga empuk - air jgn buang]

Cara
Dah empuk, hiris nipis. Goreng hingga agak-agak separa garing..dlm masa yg sama, letakkan pewarna merah setengah penutup. Ratakan pada daging itu. Angkat , ketepikan.

Bahan kisar
1 1/2 biji bawang besar
8 biji bwg putih
3-4 btg cili kering [ikut suka pedas]

Bahan lain
2 btg lada merah - hiris serong
2 biji bawang india - hiris kasar
Daun sup - potong kasar
3 sudu sos tiram
4 sudu sos cili [ikut suka rasa]
2-3 sudu gula [ikut suka manis]
Garam secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung + air

Cara
1. Tumis bahan kisar hingga garing dan wangi, masukkan sos cili dan sos tiram, gula, garam. Kacau sekejap.
2. Masukkan air rebusan daging ikut suka kuah banyak mana.
3. Masukkan daging, air tepung jagung. Bila dah cukup agak likat kuah, masukkan bawang india, lada hiris dan daun sop. Agak-agak layu sahaja tutup api.
4. Siap utk hidang.




Daging Merah
oleh: yummiez

Bahan-bahan ( 4 )
500g daging
bawang putih - dihiris
bawang besar - dihiris kasar
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
kicap manis
2 biji cili api - diketuk
minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Cara-cara
1. Rebus daging dengan sedikit garam sehingga agak empuk.
2. Hiris daging yg telah direbus mengikut kesukaan masing2. tapi kalau hiris nipis lebih cantik hehe..
3. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau.
4. Masukkan daging yg telah dihiris, bawang besar dan cili api.
5. Masukkan sos tomato, sos cili dan kicap. Kemudian masukkan air ikut keperluan kuah.
6. Tambahkan garam secukup rasa. Masak sehingga kuah agak pekat. Siap untuk dihidang.



DAGING MASAK MERAH
- Kak NoorMasri -

Bahan-bahan:
400 g daging lembu
3 sudu besar cili sos
3 sudu besar sos tomato
2 ulas bawang putih- diketuk
1 labu bawang besar dipotong bulat
6 tangkai cili api } dibelah 2 jika suka pedas boleh tambah lagi
1 sudu besar sos ikan jika suka
minyak untuk menumis

Cara membuat:
1. Daging direbus sehingga empuk. Angkat dan potong daging nipis-nipis.
2. Panaskan minyak secukupnya, tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
3. Masukkan hirisan daging, goreng sehingga daging agak garing.
4. Masukkan sos cili , sos tomato dan sos ikan.
5. Kacau sebati barulah dimasukkan bawang besar dan cili .
6. Kacau sekejap, sedia untuk dihidang.



Daging Merah ala Thai
Kiriman: Roaimah bt Basri

Bahan-Bahan:

BAHAN A
1 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
1 tangkai cili hijau
1 tangkai cili merah
1 cm halia
* Bahan A dihiris untuk bahan tumis.
2 helai daun limau purut (wangi)

Perisa :
Dua sudu besar sos tomato
Empat sudu besar kicap manis
Dua sudu besar pewarna merah (cecair)
Garam sesedap rasa.

BAHAN B
200 gram daging lembu. Potong menjadi empat ketul. Rebus dalam air sehingga mendidih selama sejam. Angkat dan hiris nipis. Goreng sekejap dalam minyak supaya berkilat dan cantik.

Cara:
Tumis bahan A dan daun limau purut hingga wangi dan layu. Masukkan daging dan dua senduk air rebusan daging. Tambah sos tomato, kicap manis dan pewarna merah. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tambah garam 1 sudud kecil. Perisakan sesedap rasa.



Daging Masak DARAH Ala M*** F

BAHAN
----------
Daging merah segar kerat 18
Puri Tomato Cap Darah
Lombok merah seger...dihiris-hiris
Sebiji buah tomato kerat 6
Bawang besar+putih, dicincang halus
Serbuk cili merah, cap terbabas.

MODUS OPERANDI
--------------------------
1) Daging merah segar yang baru saja dikerat 18 itu tidak perlu didinginbekukan. Seeloknya cari daging dari tubuh yang baru sahaja disembelih untuk mendapatkan kesegaran dan kesuaman daging. Kerat 18, untuk mendapatkan bentuk yang dikehendaki.
2) Panaskan minyak, tabur cincangan bawang tadi ke dalam kuali. Pastikan kuali cukup panas. Tapi tidak hangit. Ini untuk mendapatkan kesan maksima terhadap daging yang kita akan bakar sebentar nanti.
3) Daging yang telah dikincah, dibasuh-basuh dimakan jua (betul ke pepatah tu?). Daging yang masih nampak urat darah itu, kita bakar di atas deep fry pan (istilah yang puan syahna kasi), gaulkan daging dan bawang di atas api yang lebih drpd sederhana. Kita tutup dengan penutup periuk untuk mendapatkan kesan empuk yang sejati.
4) Sekira-kira setengah jam, kesan empuk pada daging boleh dilihat. Untuk mendapatkan kesan empuk yang maksima, anda bolehlah membakarnya selama 45minit-sejam. Namun, pastikan anda menambah 1/4 cawan air setiap 15 minit untuk mengelakkan daging anda, HANGUS TERBAKAR!!!
5) Selepas keempukan daging anda sudah melepasi tahap kekuatan gigitan anda (iaitu anda mampu kunyahnya dengan baik, bukan menelannya atau menjeluakkannya), maka anda bolehlah masukkan tomato puri barang 2 sudu setengah. Kacau bahan sehingga sebati...
6) Masukkan cili merah seger yang anda hiris-hiris tadi...Untuk menambahkan kesan horror, sila masukkan serbuk cili kering terbabas sebanyak paling kurang 2 sudu.
7) Setelah kuah darah merah segar tadi mula berbuih (anggap macam ahli sihir sedang masak ramuan sup racun atau potion, kan ada effect buih meletup2 dalam kuah) dan masak (pecah minyak), bolehlah anda memasukkan buah tomato yang telah dikerat 6 tadi. Biarkan 2-3 minit sebelum anda tutup api.
8 ) Hidang panas-panas pedas-pedas.

Trivia
-------
- anda boleh menambahkan kesan dahsyat dengan memasukkan bahan-bahan seperti berikut :
- lobak merah
- capsicum merah
- kobis ungu
- ubi ungu (ada dijual di dalam tin dan boleh dimakan tanpa perlu dimasak). Ubi ni saya lupa namanya dalam bahasa inggeris.



Daging Merah Masak Berserai
Kiriman: Ummi_auni

Bahan :
500g daging(hiris halus-halus)
4 ulas b.putih
2 ulas b.merah
2 labu bawang besar
2 inci halia
5 batang serai
6-7 helai cili kering
2 inci halia
1 sk kerisik
3-4 sb kicap manis
3-4 sb sos tomato
3-4 sb sos cili
Kismis
daun sup,daun bawang, bawang goreng dan lada besar utk hiasan

Cara:
1. Hiriskan daging nipis-nipis
2. Kisar lada kering, lengkuas, halia, b.merah, b.putih, serai dan b.besar.
3.Tumis bahan kisar hingga naik bau @ garing. Tambah sedikit air dan seterusnya masukkan daging. Masukkan garam.
4. Apabila daging separuh masak,masukkan sos cili, kicap manis, sos tomato.
5. Masak sehingga kuah agak pekat.
6. Apabila sudah masak, masukkan kismis.
7. Tutup api, hidangkan.



Daging Masak Merah
Kiriman: Elin Roslan

Bahan-Bahan:
200 gm daging dihiris nipis-nipis
½ biji bawang besar di potong kecil-kecil
1 biji bawang besar di potong bulat-bulat
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
4 biji cili padi dibelah dua
2 ulas cili merah dihiris
Lada sulah
Segelas air
Garam

Cara:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar yg telah didadu hingga layu dan garing.
2. Masukkan daging, sos tiram, sos cili, sos tomato, cili padi dan gaulkan dengan rata.
3. Masak diatas api sederhana agar rasanya sebati dgn daging. Masukkan air.
4. Apabila menggelegak dan pekat, masukkan garam, lada sulah dan bawang besar yg telah dipotong bulat-bulat.
5. Masukkan hirisan cili merah, gaul dan hidangkan.



Daging Masak Merah
Sumber: Majalah Wanita Januari 1999

Bahan-Bahan:
200 gm daging lembu
½ cawan air limau purut
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
8 biji cili merah
2 biji bawang besar (dimayang)
2 batang kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
300 gm tomato puri
½ cawan minyak masak

Bahan digiling lumat:
1 sudu teh jintan putih
20 ulas bawang merah
4 cm halia
Garam
Gula
1 sudu teh ketumbar
5 ulas bawang putih

Cara:
1. Daging lembu hendaklah digaulkan dengan garam, lada sulah dan air limau. Ketepikan selama 1/2 jam.
2. Panaskan minyak masak dan goreng bawang besar. Masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang. Tumis hingga garing.
3. Masukkan bahan yang digiling dan goreng sehingga naik bau. Masukkan daging, kacau dan biarkan api perlahan.
4. Tutup periuk, lima minit sekali buka dan kacau. Masukkan tomato puri dan biarkan ia mendidih selama 10 minit. Biarkan ia masak hingga naik minyak.
5. Masukkan cili merah, garam dan sedikit gula. Hias dengan daun ketumbar atau dun bawang.




Daging Masak Merah
Sumber: nina

Bahan-bahan:
Daging (ditoskan dan diperap bawang putih dan kicap sotong) dicampur pula dengan sedikit pewarna merah.
Bawang besar
Cili merah /hijau
Cili api
Tomato
Sos
Sos cili
Sos Tiram
Secawan air
Serai dipotong-potong saja.
Bawang putih seulas
Garam dan sedikit gula sahaja.

Cara-caranya:
1. Daging yang diperap digoreng terlebih dahulu angkat .
2. Masukkan sos yang dicampur secawan air dan serai tadi beserta cili api yang diketuk-ketuk. Biar kering sedikit
3. Barulah masukkan daging yang digoreng awal tadi.



Daging Masak Merah
Sumber: Masakkan Idaman Melayu 1977

Bahan-Bahan:
1 kg daging lembu (dibersihkan)
1.2 leter air mendidih
2-3 camca minyak makan
6 ulas bawang merah (dihiris nipis)
1 biji lobak merah (dihiris tebal menyerong)
625 gm ubi kentang yang sedang besarnya (dibuang kulitnya & dipotong dua)
2 camca gula pasir
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawamg
1 kuntum bunga cenkih

Bahan giling:
10 butang lada hijau
6 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
1 camca jintan manis
5 cm kulit kayu manis
Garam & serbuk perasa secukup rasa
6 biji telur (direbus & dibuang kulitnya)
2 labu besar bawang besar (dibelah-belah)
1 tin kecil puri tomato
¼ botol sos tomato
Air panas
1 tin kecil kacang pic (ditoskan airnya)
60 gm daun bawang (dihiris halus)
60 sos tomato (dihiris halus)
2 camca jintan putih
1 camca lada hitam
2.5 halia
102 camca kunyit hidup

Cara:
1. Rebus daging dengan air hingga empuk. Tapis air rebusannya & simpan. Potong daging supaya menjadi potongan-potongan sebesar (5 * 10 cm).Dalam sebuah kuali mungkum, pijarkan minyak atas api yang sederhana.Goreng bawang merah hingga garing, kemudian masukkan bahan giling.
2. Apabila minyak telah keluar, masukkan daging & balik-balikkan supaya berbalut rata dengan campuran itu. Kecilkankan api & masukkan air rebusan tadi. Masak hingga mendidih. Masukkan lobak merah,ubi kentang, gula, kesemua rempah kering & bahan perasa. Apabila sayur-sayuran itu telah masak,masukkan telur,bawang besar & tomato. Biarkan tomato masak,kemudian masukkan puri & sos.Tuangkan air panas ke atasnya jika masakkan itu telalu kering.Apabila telah empuk,angkat dari api.Isikan ke dalam pingan & hiaskan dengan bahan-bahan selebihnya. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih.



Daging Masak Merah
Sumber: Buku Resipi Selera Perantau

Bahan-Bahan:
1 ½ kg daging (dihiris)
15 biji cili padi merah atau cili kering - bahan giling
7 ulas bawang merah atau 2 labu bawang besar - bahan giling
2 inci halia - bahan giling
2 inci kunyit basah - bahan giling
3 cawan santan pekat - bahan giling
4 helai daun limau purut (dihiris) - bahan giling
2 keping asam gelugur - bahan giling

Bahan giling :
15 biji cili hijau
10 ulas bawang putih
1 ½ inci lengkuas
5 batang daun serai
3 cawan santan cair
4 helai daun kunyit (dihiris)
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
Perap daging dengan bahan giling selama 15 minit. Campurkan santan cair dan masak selama 30 minit. Masukkan pati santan dan masak hingga mendidih. Bila kuah pekat, masukkan daun limau, daun kunyit dan asam gelugur. Masak hingga kuah pekat dan dagingnya lembut. Masukkan garam dan gula secukup rasa.



Daging Masak Merah
From : [jana@tongkah.com.my]

Bahan-bahannya :
500 gm Daging
5 ulas Bawang putih (ditumbuk)
1 labu Bawang Besar
3 cm halia (dihiris halus)
5 helai daun limau perut
2-3 sudu besar cili blend
Tomato Sos, Cili Sos, Oyster Sos, garam, gula, serbuk perasa

Cara-cara:
1. Daging direbus dengan pewarna merah
2. Apabila empuk - hiris nipis-nipis, lebar <> 1.5"/2"
3. Tumis Bawang putih, halia & cili
4. Kemudian masukkan semua sos, garam ,gula, serbuk perasa
5. Tambahkan sedikit air supaya jgn terlalu kering
6. Akhir sekali masukkan daging yg dihiris dan daun limau perut
7. Apabila sebati semua dengan sos tu, boleh lah diangkat dan dihidang




Daging Masak Merah Biji Sawi
- azzaliza -

Bahan-bahan:
1 kilo daging
5 ulas bawang merah dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
1/2 sudu besar biji sawi
1 sudu besar cili boh
3 sudu besar cili sos
2 sudu besar tomato sos
4 sudu mkn minyak masak
5 sudu mkn kicap manis
1 biji bwg besar
1 biji tomato
lada hiris
air asam jawa
gula, garam & aji secukup rasa

Cara-cara:
1. daging hiris besar-besar tp tak terlalu tebal. rebus sampai daging empuk. bila daging dah empuk & air rebusan tinggal 1/2 masukkan bawang merah & putih yg telah dimayang halus dan biji sawi dan rebus lagi sampai nak dekat kering air.
2. agak-agak nak kering tu masukkan kicap & minyak masak. kacau2 bila dah sebati minyak ngn daging, masukkan cili boh. kacau-kacau lagik bagi sebati asmpai agak2 cili boh masak.
3. pastu masukkan semua sos & air asam jawa. kalau nak kuah lebih tambah air sikit & tambah sos cili lagi sikit. masak hingga mendidih, tambah garam, gula & aji sesedap rasa.
4. last sekali masukkan bwg besar hiris, tomato & cili hiris.




Daging Masak Merah
- azzaliza -

bahan-bahan:
1/2 kilo daging
1 biji bawang besar potong bulat
3 ulas bawang putih ketuk jer
1 inci halia racik halus
1 senduk minyak
3 sudu sos tomato
4 sudu sos cili
3 sudu sos tiram
1 sudu kecil cili boh
lada merah / lada hijau utk hiasan
sedikit pewarna merah
gula, garam aji secukup rasa

cara memasaknya:
potong daging besar-besar & nipis-nipis. masuk jer dlm kuali dgn 2 atau 3 cawan air (ikut ler korang nak empuk mcm mana) then rebus daging ngn sedikit pewarna merah sampai kering air. dah kering air masukkan minyak & goreng sampai garing2 sikit or daging tu nampak kering. lepas tu, masukkan ciliboh goreng sekejap ngn daging tu lepas tu baru masukkan bwg besar, bawang putih ngn halia. dah kekuningan masuk jer semua sos tu & gula garam secukup rasa. if nak kering2 masukkan air sikit jer, if nak berkuah masuk ler lebih sikit air. kalau banjir tak best laaaa.. kuah mcm ada tak ada tu yg best!
* masak mengambil masa 30-45 minit jer



Daging Masak Merah
oleh: RAHIMAH1100

Bahan-bahan ( 5 orang makan )
Tulang & Daging ( Lembu atau kambing )
Rempah Sop - 1 pkt Adabi
Sop Bunjut - 1 Bunjut Adabi
Bawang Merah - Banyak sikit
Bawang Putih
Halia
1 Tin Tomoto Pure
Lobak untuk memekat kuah
Garam & Gula
Sedikit Lada Kering untuk rasa pedas

Cara-cara
1. Daging dan Tulang ( lembu atau kambing ) hendaklah direbuskan bersama-sama dengan Rempah Sop dan 2 Sop Bunjut sehingga empuk.
2. Bawang Merah, bawang putih, halia dan lada kering hendaklah dikisar.
3. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi sehingga garing dan masuk pula tomoto pure kedalam periuk rebusan air daging. Bahan yang telah ditumis tadi pun hendaklah dimasuk kedalam periuk rebusan iar daging.
4. letakkan garam, gula secukup rasa. Andai kuah tidak terlalu pekat, masukkan 1 Biji lobak yang telah dikisar kedalam periuk rebusan daging. Selamat mencuba......



DAGING MASAK MERAH
Sumber: MD

Bahan-bahannya:
1/2 kilo daging dipotong nipis n direbus dengan pewarna merah sehingga lembut
1 biji bawang besar dimayang
1 biji cili capsicum hijau (optional)
1 cm halia
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 batang serai dititik
garam secukup rasa
* sos cili, sos tomato dan sos tiram kalau nak lebihkan pun boleh ikut citarasa anda.

Cara membuat:
1. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga kekuningan.
2. Masukkan sos cili, sos tomato, serai dan sos tiram. Kalau kering letak air sikit. 3. Kalau suka berkuah boleh lebihkan airnya. Tapi jangan terlalu banyak.
4. Masukkan garam, serbuk perasa kalau suka dan akhir sekali masukkan daging yang telah direbus tadi.
5. Setelah sebati masukkan pula bawang besar yang telah dihiris, sesuaikan rasanya, angkat dan hidangkan.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).