- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Saturday, September 12, 2009

Biskut Sarang Semut & Almond Suji

Ari ni lg bsemangat buat cookies. Ye la, ari khamis ni dh nk blik kg, dh xde masa lg. Masa sgt suntuk. So bila ada kelapangn tu, havoc la buat biskut. Ari ni kan aku tak keje...dgn gigihnya lps sahur, relax2 jap. Lps solat subuh terus mulakan operasi...pg ni aku buat biskut sarang semut. Suka mkn tp tak prnh buat sndiri..thn ni tak kira, nk buat sndiri gak. Bpusing2 sblom ni cari alat nk parut sarang semut tu smpaikn hubby aku geleng kepala tengok bini dia ni...parut2, dpt la 2 balang. Lps tu buat lg 1 lg adunan yg sama, nk msuk tghari baru siap. 2 balang mn cukup, byk umah nk kna agih.
Ptg buat taik mata sbb dh penat...mlmnya baru sambung operasi..kali ni buat biskut almond suji lak. Suka sgt biskut suji...so thn ni kna try buat sndiri..alhamdulillah mjadi...puas hati..buat 2 adunan jer utk mkn sndiri...so kwn2, jom buat biskut.


BISKUT SARANG SEMUT
Sumber :
Kak Liza

Bahan
250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum.....]
100 gm tepung jagung.......] di ayak
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla

hiasan
Sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil(warna-warni)
secukupnya paper-cup kecil

Cara
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit).
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.




Suji almond
~ Zubaidah Chepa
Sumber :
nurkas

Bahan-Bahan
150 mentega
30 gm minyak sapi
80 gm gula caster
1/2 sudu teh esen vanilla
50 gm serbuk badam
60 gm tepung suji
220 tepung gandum
1/4 sudu kecil serbuk penaik

Hiasan
Kuning telur dan badam nib

Cara-Cara
1. Sebatikan mentega, minyak sapi, gula dan esen vanilla.
2. Kemudian masukkan pula tepung suji, tepung gandum, serbuk badam dan serbuk penaik.
3. Uli lembut adunan dan terap dengan acuan bulat atau acuan pilihan sendiri.
4. Sapukan kuning telur dan taburkan dengan badam nib.
5. Panaskan ketuhar, bakar pada suhu 140 darjah celcius selama 30 minit atau sampai kekuningan.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).