Tergodanyer tengok agar2 karamel mat gebu ni. Mlm ni bleh la cuba. It looks really cute but i'm sure i can't make like it as i don't have such 'acuan'.
Agar-agar Karamel
Sumber : Mat Gebu
BAHAN-BAHANNYA :-)
8 g serbuk jelly (boleh beli kat pasaraya)
600 ml air
300 ml susu cair
120 g gula halus
1 camca besar tepung kastard
1 camca teh esen vanilla
1 cawan gula pasir (mat guna 3/4 cawan)*
3 camca besar air*(*untuk karamel)
CARA MEMBUATNYA :-)
1. Masak gula dengan api sederhana hingga cair, kacau perlahan2 hingga gula bertukar menjadi kuning keemasan dan kelihatan berbuih. Dengan berhati2 tuang air dan kacau hingga sebati. Masak sekejap lagi hingga pekat. Angkat dan tuang dalam bekas untuk membekukan agar2.
2. Satukan susu cair dengan tepung kastard, kacau rata dan tapis. Satukan gula, air dan sebuk jelly, kacau rata dan jerang atas api dan kacau hingga semua larut dan mendidih. Perlahankan api dan masukkan bancuhan susu+kastard, kacau rata.
Masak hingga bancuhan kelihatan sedikit pekat (bila angkat seduk, bancuhan jatuh bertali), matikan api dan tuang dalam bekas yang berisi karamel tadi. Biarkan suam dan simpan dalam peti sejuk 2 - 3 jam. Keluarkan agar2 dan isi dalam piring, hidangkan dingin...
No comments:
Post a Comment