- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Friday, February 13, 2009

Sup Ekor

My husband still not feeling well. Demam lagi...
My husband was very picky in terms of food. He didn't eat fresh water fishes, 'ayam kampung' & duck (including their egg), mutton, onion, garlic & its kind (but he'll them if they're blended), all kind of vege (except for grean peas, corn & sometimes he eat cauliflower - tengok mood la). In a chicken, he won't eat 'bontot ayam' part, its neck, feet (kaki ayam), 'pedal', jantung (but sometimes he ate 'hati' ayam). For me hati, lidah, perut & 'kateh' (sendi pd kaki lembu) lembu were marvellous but my husband was against it & he won't eat it no matter what. He'll only eat the 'daging' part. BUT of all the thing he didn't like at the cow's body, he likes 'ekor lembu' or ox tail. Sometimes i teased him. He told me he didn't like 'ayam kampung' bcozi it eats human's dung (remember that 'ayam kampung' at village were let free to eat whatever its like). He won't eat 'bontot ayam' bcoz' it's were the chicken defecate (i also didn't like this part but for the different reason - there were a lot of fat there). But he pefers ox tail whereas it's near the place where the cow defecate. He'll give me hundreds of reason when i teased his liking.
I'm not an ox tail fan. Sometimes i wonder what makes it so 'special' bcoz' there's not so many flesh there except for bones. Or maybe bcoz' of the beliefs that ox tail sup can give extraordinary power to men. If that so, women should be forbidden to eat it. I just don't get it.
Since my husband has no appetite to eat, he asked me to cook ox tail soup. Susah payah aku nk cari ekor lembu kt pasar.


Sup Ekor Lembu
Sumber : Majalah NONA, Julai 2007

Bahan
1 kg ekor lembu
150gm rempah kurma
30gm jintan manis
10gm kulit kayu manis
10gm buah pelaga
10gm bawang merah
80gm bawang putih
60gm halia
80gm minyak kelapa
10gm daun sup
1 liter air
sedikit daun bawang
sedikit gula garam secukup rasa

Cara
1. Masukkan 1 liter air dan biarkan mendidih
2. Masukkan ekor lembu dan kesemua bahan di atas ke dalam air mendidih tadi.
3. Tunggu sehingga ekor lembu menjadi lembut
4. Apabila empuk, masukkan gula dan garam secukup rasa.
5. Sebagai hiasan, taburkan daun sup dan daun bawang.



Sup Ekor
Sumber: Cafe On The Tenth, Hotel Crown Princess Kuala Lumpur

Bahan-bahan:
1 kg ekor lembu
250 g daun bawang
250 g bawang merah
100 g bawang putih
1 liter air
Garam dan lada sulah secukup rasa
2 batang lobak merah
4 biji kentang

Cara membuatnya:
1. Potong daun bawang, bawang putih dan bawang merah.
2. Masukkan stok ekor lembu, air dan daging ekor lembu. Didihkan sup sehingga daging ekor lembu empuk.
3. Kemudian masukkan garam dan lada sulah
4. Campurkan lobak dan kentang yang sudah dipotong.



Sup ekor
Sumber: Rosni@moh.gov.my

Bahan-bahan:
1 kg tulang
1 paket sup tulang Adabi
2 biji bawang besar
2 inci halia
Daun sop dan daun bawang 50 sen
Bawang goreng (buat sendiri)
2 biji buah tomato
3 biji ubi kentang (kalau suka)

Cara-cara:
1. Bersihkan tulang, masukkan ke dalam rice cooker bersama-sama air secukupnya.
2. Masukkan sup bunjut Adabi serta bahan2 rempahnya bersama halia dan bawang besar.
3. Rebus hingga empuk, masukkan buah tomato yang dibelah 4 dan ubi kentang juga dibelah 4 atau 2.
4. pabila daging empuk dan lembut dan ubi pun dah masak bolehlah tutupkan rice cooker.
5. Hidang sup panas-panas bersama-sama bawang goreng bersama daun sup dan daun bawang.



Sup Ekor
Sumber: Majalah Jelita November 1987

Bahan-Bahan:
1 kg ekor lembu (dihiris sederhana)
1 biji lobak merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
100 gm daun saderi
Cili, halia, kayu manis, bunga cengkih & biji lada secukup rasa

Hiasan:
200 gm sayur campur (brokoli, tauge, asparagus, lobak merah & daun bawang kucai)
½ sudu kecil cili (dihiris halus)

Cara:
Lobak merah, bawang besar, bawang putih, daun saderi dihiris panjang. Masukkan ekor, hirisan lobak merah, daun saderi, bawang besar, bawang putih & rempah di dalam periuk. Kemudian masukkan air secukupnya & masak 5 jam menggunakan api perlahan. Buang buihnya apabila ia timbul. Setelah itu tapis air berkenaan, asingkan ekor & sayur. Letakkan ekor dalam mangkuk dan tabur brokoli, tauge, asparagus, lobak merah dan daun bawang kucai yang dijerang bersama air masin selama 1/2 minit. Masukkan bahan perasa (garam, lada dan herba kegemaran anda) ke dalam sup mengikut rasa. Kemudian tuang ke dalam mangkuk berisi ekor.



Sup Ekor Lembu
Sumber: Masakan Tradisional Utara 1991

Bahan-Bahan:
600 gm ekor lembu
600 gm ubi benggala (kentang)
1.5 cm kulit kayu manis
4 keping halia
6 labu bawang merah
2 labu bawang besar
4 kuntum bunga cengkih
½ sudu teh jintan manis
20 biji lada hitam
4 biji buah pelaga
1 pokok daun saderi
1 pokok daun bawang
Garam secukup rasa

Cara:
Potong ekor lembu mengikut ruas atau katamnya. Bersihkan. Ricih halia dan bawang putih. Potong daun saderi dan daun bawang sepanjang 1.5 cm. Belah empat ubi kentang dan bawang besar. Rebus hingga empuk. Masukkan bungkusan rempah dan rebus lagi. Masukkan garam dan daun saderi serta daun bawang. Sementara itu panaskan minyak dan tumiskan bawang merah hingga kuning. Tuangkan tumisan ke dalam sup yang sedang mendidih. Kacau dan tutup periuk supaya bau tidak hilang.




SUP EKOR
Sumber : yusnida

BAHAN-BAHAN
1 batang ekor lembu
3 ulas bawang putih
2 cm. halia
1 bungkus rempah sup
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 keping kayu manis
Sedikit serbuk lada sulah
2 labu bawang besar
2 biji ubi kentang
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Garam dan serbuk perasa

CARA CARA
1. Ekor dipotong kecil-kecil dan dibersihkan
2. Masukkan ke dalam periuk bersama dengan air
3. Masukkan bawang putih dan halia yang telah diketuk-ketuk, rempah sup, garam.
4. Biarkan ia mendidih. Setelah kelihatan hampir empuk, masukkan ubi kentang. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali
5. Goreng bunga lawang, cengkih, kayu manis dan buah pelaga
6. Tuangkan ke dalam periuk yang berisi sup tadi. Bila hampir masak, masukkan bawang besar yang dipotong empat. Masukkan serbuk lada sulah dan serbuk perasa. Taburkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng semasa menghidang



Sup Ekor
Sumber : Kak Ely @ Orkid Putih

Bahan-bahan:
125 ml @ 1/2 cwn. minyak sayuran
500g ekor lembu, dibersihkan dan dipotong-potong
2 sudu besar ketumbar serbuk
1 sudu besar jintan putih/halus serbuk
1 sudu besar jintan manis/kasar serbuk
1.5 sudu besar tomato puri
1.5 sudu besar tomato puri
1.5 liter @ 6 cwn. air
1 batang lobak merah, dikupas dan didadu
1 biji ubi kentang, dikupas dan didadu
2 batang saderi, didadu
garam
lada hitam yg. baru dikisar
daun ketumbar, dhiris-hiris
bawang goreng
4 bj. buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Dikisar Halus-halus
10 ulas bawang merah, dikupas
4 ulas bawang putih, dikupas

2 batang serai, dihiris halus-halus
1cm halia, dikupas
Rempah Tumis

Cara:
1)Panaskan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis ekor lembu sehingga perang sedikit. Angkat dan toskan.
2)Di dalam minyak yg. sama, masukkan rempah tumis dan bahan kisar dan goreng sehingga naik baunya.
3)Tambah ketumbar, jintah putih/halus, dan juga jintan manis/kasar serbuk dan kacau di atas api kecil selama 3-4 minit sehingga wangi. Campur tomato puri.
4)Masukkan ekor lembu, tambah air dan renihkan.
5)Tambah lobak merah, ubi kentang dan saderi. Renihkan selama 1 jam 45 minit sehingga ekor lembu empuk. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
6)Hias dgn. daun ketumbar dan bwg. goreng sejurus sebelum menghidang.
Nota: Untuk menjimatkan masa, anda boleh masak sup ini dalam masa 25 minit dgn. menggunakan periuk tekanan. Tetapi airnya hendaklah dikurang menjadi 1 liter atau 4 cawan sahaja



Sup ekor
oleh: ciku_hafi

Bahan-bahan ( MKN 1 FAMILY... )
1 kg ekor
4 inci halia
5 ulas bawang puith
3 sb rempah sup adabi
1 paket sup bunjut adabi
4 cawan air
2 biji tomato (potong 4@6)
1 batang carrot
2 biji ubi kentang (potong 4)
1 batang daun salary(potong serong)
5 biji cili padi
air asam jawa
garam
daun sup&bawang goreng untk hiasan

Cara-cara
1. ekor direbus sehingga empuk dlm kira2 3/4jam... -PETUA-klu nk cepat empuk ltk sudu sebatang masa merebus...
2. tumis halia,bawang putih yg ditumbuk...tumis sehingga naik bau..
3. setelah naik bau..masukkan rempah sup yg telah dibancuh bersama air...biarkan seketika...
4. agak2 dah naik bau sup,masukkan pula air &sup bunjut...biarkan hampir mendidih,mskkan ekor yg direbus td...
5. masukkan sekali carrot,ubi kentang,daun salary,tomato,cili padi,air asam jawa & garam...kacau pelahan sehingga masak..
6. sesudah masak hiaslah dengan daun sup & bawang goreng diatasnyer....
7. bolehla dihidang bersama nasi & roti.. (klu nk tambah sedap mkn bersama kicap cili...)



Sup Ekor
posted by waspon

Bahan-bahan Sup:
1 kg ekor lembu
2 sudu makan air limau nipis
3 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu kecil lada hitam ditumbuk
1 inci halia1 inci lengkuas
2 tangkai daun sup
3 tangkai daun bawang
4 biji bawang merah ditumbuk lumat
3 biji bawang putih ditumbuk lumat
gula , garam dan serbuk perasa.

Peraturannya:
1. Masak seperti biasa di dalam periuk tekanan atau slow cooker.
2. Setelah semua bahan telah dimasak,masukkan air limau nipis dan kacau hingga rata.
3. kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Biar sehingga masak, kemudian keluarkan daun sup dan bawang daripada sup yang telah masak.

Bahan - bahan tambahan:
Bawang goreng
Daun sup
Daun bawang
Daun ketumbar

Peraturan:
Tabur semua bahan diatas sup yang telah dimasak supaya sup lebih sedap dan sempurna dan hidangkan.



SUP EKOR SIAM

Bahan-bahan:
500 gm ekor lembu (dipotong kecil)] direbus sehingga ekor empuk
2 liter air
500 gm mirepoix (dipotong)
0.25 gm jintan manis
0.25 gm jintan putih -disangai
5 gm ketumbar
1 nos sup bunjut
2 helai daun limau purut
5 biji limau nipis (ambil jus)
10 gm daun ketumbar
3 ulas bawang putih
2 cm halia -diketuk

Bahan B
7 btg serai
2 biji bawang besar (potong wedges)
10 gm cili padi(dititk)

Bahan C
1 btg seleri(dimayang)
2 biji tomato (potong wedges)
Bawang goring - Untuk hiasan
Daun bawang/ daun sup

Cara Menyediakannya:
1. Bahan yang telah di rebus tadi ditapis dan ambil stok dan ekor sahaja, mirepoixnya dibuang.
2. Kemudian masukkan bahan B ke dalam stok ekor dan biarkan ianya mendidih.
3. Kemudian masukkan bahan c serta daun limau dan jus limau nipis dan perasakan dengan garam secukupnya.
4. Dihidangkan bersama-sama dengan bawang goring dan daun sup serta daun bawang.



SUP EKOR
Sumber: Chef Wan

Bahan Bahan
8 ketul ekor lembu
3 ulas bawang besar }
10 ulas bawang merah }
6 ulas bawang putih }
4 batang serai } dikisar
3 cm halia }
2 cm lengkuas }
8 biji buah keras }
3 s/besar serbuk ketumbar
2 s/besar serbuk lada putih
2 s/besar serbuk jintan manis
1 s/besar serbuk jintan kasar
2 batang sayur saderi (dipotong kecil)
1 batang lobak merah (dipotong besar)
2 biji kentang (dipotong)
3 biji tomato (dipotong)
sedikit daun bawang (dihiris)
sedikit daun ketumbar (dihiris)
bahan rempah ratus (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga)
1/2 cawan minyak sayuran
air secukupnya(untuk sup)
garam dan lada hitam secukup rasa
2 s/besar tepung
sedikit gula

Bahan Hiasan
daun bawang (dihiris nipis)
sedikit bawang goreng

Cara Menyediakannya
1. Panaskan minyak sayuran di dalam periuk tekanan tinggi, perapkan ketulan ekor lembu bersama garam secukup rasa, lada sulah dan tepung. Apabila minyak sayuran telah panas, masukkan dan tumis / goreng bahanyang diperap tadi ke dalam periuk tekanan tinggi.
2. Masukkan satu persatu kesemua bahan rempah ratus dan goreng perlahan-lahan sehingga wangi tanpa menghanguskannya.
3. Masukkan pula satu persatu kesemua sayur-sayuran serta daun ketumbar, tambahkan air secukupnya ke dalam periuk untuk merebus ketulan ekor lembu, teruskan merebus sehingga penunjuk aras tekanan meningkat ke aras dua.
4. Di peringkat ini, perlahankan api dan biarkan ia mereneh selama lebih kurang 30 minit lagi, setelah itu padamkan api, biarkan tekanan menurun dengan membiarkan periuk menyejuk sendiri selama 10 minit sebelum membukanya.
5. Panas dan renehkan semula sup tersebut, tambahkan bahan rempah ratus dan garam serta lada sulah secukup rasa sebelum menyajikannya samada dengan lontong , mi ataupun Makaroni goreng, jika suka taburkan di atasnya hirisan daun bawang atau bawang goreng.



SUP EKOR AIDILFITRI

bahan²
150 ml susu isian sejat marigold
500 g ekor lembu dipotong 4 cm
500 g daging lembu (bahagian betis)
1 kayu manis
4 bunga cengkih
1 bunga lawang
1.5 liter air
2 bawang dikisar
2 camca besar serbuk ketumbar
1 camca besar jintan manis
1 camca teh serbuk jintan putih
1 camca teh buah pala
3 biji kentang, dipotong.
2 lobak merah dipotong
3 kiub stok lembu
1 camca besar kicap cair
lada hitam dikisar segar
garam

hiasan
1/2 cawan sederi cina, dipotong. bawang goreng. cili dipotong.
masak nasi himpit utk dihidang bersama.

cara penyajian
- didih air kemudian masukkan daging lembu, ekor lembu,kayu manis,bunga cengkih dan bunga lawang. sebaik mendidih, kecilkan api. masak perlahan² sehingga lembut.
- keluarkan ekor lembu dan daging kemudian letakkan dalam mangkuk. tapiskan stok dan buangkan rempah².
- panaskan 3 camca besar minyak didalam periuk stok. goreng bawang sehingga wangi, masukkan rempah² dan goreng sehingga naik minyak.
- masukkan secukup air utk 6 cawan stok. masukkannya ke campuran bahan² goreng dan didihkan. masukkan kentang, lobak merah, kiub stok lembu dan kicap soya.
- sebaik shj kentang dan lobak merah menjadi lembut, masukkan ekor, daging, susu sejat dan didihkan. bubuh garam dan lada hitam secukup rasa.
- hias dengan saderi cina, cili dan bawang goreng. hidangkan...

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).