It has been a week since my husband caught a fever . He also has a very bad cough . He kept on complaining about his cough. I can't say a lot about it bcoz' apart of the weather, his smoking habbit is one of the trigger. Luckily this time aroung (I'm not sure after this), he cut off his habbit. But several ocassion i caught him smoking in the toilet bcoz' he didn't want to hear me mumbling. But he sweared he only smoked once a day. I pray that one day he'll stop his smoking bcoz' i'm worried about his health. he has been smoking since he was in primary school until 2day. So can u imagine how long he has been smoking & how many toxin has gathered in his lung? I know that it's quite impossible to quit smoking in a day. After all, he was a very heavy smoker, not a casual smoker. He can finished at least 2 boxes of 14-pax cigar per day.
Enough of smoking story. For the past few days, he only ate fried kuew teow/noodles bcoz' he can't swallow hard food like rice. But today he said he wanted to eat rice. So i made him chicken soup so that he can slurp the soup. Furthermore chicken soup has also acquired the reputation of a folk remedy for colds and flus.
Enough of smoking story. For the past few days, he only ate fried kuew teow/noodles bcoz' he can't swallow hard food like rice. But today he said he wanted to eat rice. So i made him chicken soup so that he can slurp the soup. Furthermore chicken soup has also acquired the reputation of a folk remedy for colds and flus.
Kiriman: shida_ayu
Bahan-Bahan:
Ayam dipotong kecil
3 biji kentang-dipotong 4
sup bunjut
sedikit lada hitam-ditumbuk halus
bawang merah-ditumbuk
bawang putih-ditumbuk
halia-ditumbuk sedikit
garam secukup rasa
sedkit ajinomoto
daun sup dan daun bawang- dihiris ikut suka(sedang-sedang je)
sedikit minyak masak
dan air sesedap rasa
Cara:
Masukkan minyak masak kedalam periuk, kemudian tumiskan bawang merah, putih dan halia hingga naik bau. Masukkan air bersama kentang biarkan air mengelegak dan kentang empuk. Jangan lupa masukkan sup bunjut dan lada hitam yang telah ditumbuk halus tadi. Kemudian masukkan ayam, biarkan kuah tadi mengelegak dan ayam tadi masak. Masukkan garam dan ajinomoto sesedap rasa, kecilkan api taburkan daun sup dan daun bawang. Kemudian bolehlah dihidangkan.
Cadangan Hidangan:
1. kalau suka masukkan bawang goreng , kalau untuk hingan anak-anak masukkan lobak merah dan tomato.
2. Jika nak makan sehingga keesokkan hari, panaskan sentiasa tapi bila panas jgn ditutup periukya. renggangkan saje.
Tambahan:
makan bersama sambal belacan lagi sedap makan panas-panas. POWER gila. mesti terangkat!
Sup ayam special
oleh: tulip77
Bahan-bahan ( 8org )
1 ekor ayam potong 16
1 labu bwg merah
2 ulas bwg putih
1 inci halia
sebatang kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 iji buah pelaga
2 bj kentang
1 btg lobak
1 mangkuk air panas br masak
lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam
daun sup, daun bawang & bawang goreng
Cara-cara
1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
2. Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6
3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda
7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang
Sup Ayam Kick Puyer....
Oleh : Dzulkeflai bin H. M.Nor
Bahan-Bahan
(A)
Ayam seekor (di potong ikut suka hati)
(B)
Rempah perencah sup adabi 1 pkt(60 sen)
Rempah kurma adabi 1/2 pkt (60 sen/spkt)
Sup Ekor bunjut adabi 1 pkt.
(C)
Ubi kentang 6 - 8 biji.(dibelah 4 memanjang)
(D)
Bawang merah besar 3 biji
Bawang putih 5 ulas
Halia 2 inci
(E)
Daun bawang dan daun sup (RM2.00)
garam secukup rasa.
ajinamoto secukupnya.
air untuk dibuat kuahnya ikut suka.
berapa hendak di buat.
minyak untuk menumis 5 - 6 sudu besar.
Cara Membuatnya
i) Minyak kelapa dipanaskan kemudian ditumis bahan-bahan (D)yang sudah dihiris.
ii) Biar bahan-bahan tadi masak hingga naik bau dan berwarna kuning kemudian masukkan bahan (B) bubuhkan juga sedikit air supaya rempah itu betul- betul masak. Masak sehingga rempah itu semua garing dan naik minyak tetapi rempah-rempah itu hendaklah di bancuh dengan air sehingga pekat kecuali sup bunjut itu.
iii) Setelah semua bahan tadi sudah garing dan naik bau masukkkan ubi kentang yang sudah dipotong tadi.
iv) masukkan air untuk kuah tadi dan biar sehingga ubu kentang itu empuk atau boleh dimakan.(kalau nak tahu macam mana ia dah masak cucuk dengan garpu kalau sudah lembut ia sudah masak).
v) masukkkan ayam (A) yang sudah di potong dan dibasuh bersih itu ke dalam periuk yang berisi kuah tadi.
vi) Biarkan mendidih dan ayam empuk masukkan garam, ajinamoto dan rasa sama cukup atau tidak rasa sup ayam itu.Akhir sekali sesudah masak dan anda puas hati dengan rasanya masukkan daun sup dan daun bawang yang sudah dipotong lebih kurang 1-2 cm panjangnya.
CUBA LAH RASA RESIPI INI. IA ADALAH RESIPI ISTERI SAYA. RESIPI INI ADALAH RESIPI KEGEMARAN KAWAN-KAWAN PEJABATNYA APABILA BERTANDANG KE RUMAH. SELAMAT MENCUBA
Sup Ayam
Sumber : Munir Utara Online
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (disiang,asingkan kulit & lemaknya,ketepikan)
1 sudu kicap cair
Garam & lada sulah secukup rasa
2 kuntum bunga lawang
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 labu sedang bawang
4 ulas bawang putih 2.5 cm halia (dikikis kulitnya & biarkan sebuku
4 cawan air ]
250 gm ubi kentang (dipotong dadu kecil-kecil)
Garam secukup rasa
Bawang merah goreng
Daun bawang dicincang
Daun sup yang dicincang
Lada-lada hiris yang telah dijeruk
Cara:
Potongkan ayam kepada ketulan-ketulan & perasakan dengan campuran kicap. Perapkan selama 15-20 minit. Panaskan kulit & lemak yang telah diketepikan itu di atas api yang besar.Dapatkan minyaknya & tapis. Tuangkan ke dalam periuk lain.Pijarkan atas api yang sederhana & masukkan rempah-rempah kering. Tumis selama 1-2 minit,kemudian masukkan bawang,bawang putih & halia. Goreng hingga layu.Besarkan api.Masukkan ayam & bahan perasa selebihnya.Goreng hingga rata kuningnya,kemudian kecilkan api.Masukkan air,ubi kentang & garam. Didihkan perlahan-lahan hingga ayam & ubi kentang empuk. Padamkan api itu. Sesuaikan rasanya & isikan ke dalam mangkuk-mangkuk sup yang berasingan.Taburkan atasnya dengan bawang merah goreng,daun bawang & daun sup.Hidangkan segera dengan lontong atau roti.Hidangkan lada dalam pinggan yang berasingan.
No comments:
Post a Comment