- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Saturday, January 17, 2009

Ayam Penyet

Ayam penyet? Sound funny heh. I kept on hearing that name from tv or radio. I wonder how does it look like? At first i thought the chicken has been smashed down bcoz' penyet in trganu means something like 'lenyek' or crushed down. But when i see the picture of the ayam penyet dishes, the chicken looks nice & 'perfect', not been crushed. So how come it was called ayam penyet?
After searching in the net, now i know that the ayam penyet (”ayam” is “chicken”; “penyet” is “to flatten”) is an authentic indonesian dish of chicken that is deliberately smashed with a wooden mallet after deep-frying, apparently to loosen the meat from the bone.
So here are the ayam penyet's recipe even though they didn't smashed the chicken as they're supposed to do.



Ayam Penyet
Sumber : Harian Metro
Gambar : rinnchan


Bahan A (Goreng dan kisar) — untuk merebus ayam 50 ketul
> Buah keras — 250 gram
> Ketumbar — 50 gram
> Bawang merah dan putih — 500 gram
> Kunyit — 600 gram
> Garam — 375 gram
> Air — 20 cawan

Bahan B (untuk menggoreng ayam)
> Bawang putih — 900 gram
> Kunyit — 25 gram
> Telur — lima biji

Bahan untuk sambal penyet:
> Cili padi — 10 gram
> Bawang putih — 10 gram
> Tepung maizena — secukup rasa
> Minyak masak — dua sudu makan

Cara membuat sambal penyet:
Semua bahan sambal penyet, kecuali minyak panas ditumbuk sebelum dicampur dengan minyak panas dan sedia untuk dihidangkan.

Cara membuat ayam penyet:
Semua bahan A digoreng dan digiling dengan penggiling. Ayam dan bahan A (yang siap digiling) dikukus. Bahan B kecuali telur digoreng dan dikisar bersama telur sebelum dimasukkan garam secukup rasa. Apabila ayam siap dikukus, angkat seketika dan sapukan bahan B (yang siap dicampur) kepada ayam yang dikukus. Selepas itu, goreng dan tunggu sehingga masak. Ayam kemudian dipenyetkan dan siap untuk dihidangkan.





Ayam Penyet
Sumber : aqiern


Untuk Ayam-

Bahan-bahan:

Ayam 1 ekor (potong potong 8)
Direbus selama 10 min.
Tos kan. Air tadi jgn dibuang dulu. Bleh simpan for soup and tuk masak nasi.

Bahan2 utk dikisar:
Jintan Manis 1/2 sudu besar
Jintan Putih 1/2 sudu besar
Biji Ketumbar 3 sudu besar
Serbuk Kari Ayam 1 sudu besar
Serbuk Kunyit 1 sudu besar
Serbuk Lada Putih 1/2 sudu besar
Bawang putih 3 ulas
Halia 1cm
Air sikit
Garam 1 sudu kecil

Cara
1. Kalau nk sedap lagi, jintan ngan ketumbar disangar dulu kasi bau dia naik, baru
kisar. Tapi kalau tak nak pun takpe. Lepas da kisar, tambah
2. Dah siap pes ni, lumur kat ayam yg dah potong tadi, perap overnite, kalau ada lebih pes, simpan, leh goreng tempe ngan taufu...
3. Bila nak goreng, golek2 kan atas tepung beras sikit, jadi crispy

Untuk sambal-

* Goreng dengan minyak sikit (pan fry lah):
Cili merah 20 batang (tambah kalau nk lagi pedas)
Cili padi 10 biji
Bawang kecil 10 biji, hiris
Bawang putih 3 biji, hiris
Tomato 5 biji, potong 4
Belacan About 5 cm
Ikan Bilis 2 sudu

Cara
1. Ikan bilis di goreng sampai crispy. Lepas tu goreng belacan. Dah angkat, masukkan bawang merah n bawang putih, hiris halus2 dan masukkan cili.
2. Bila dah layu, masukkan tomato. Semua ni pakai minyak yg same.
3. Sejukkan sebelum blend pakai food processor ataupun tumbuk (Jgn halus sangat, kasar2 sikit, ada texture)
4. Then masukkan dlm periuk to heat it up, and add garam. Rasa dulu, pasal belacan dah ada, mayb you don need to add too much salt. Gula Melaka Abt 2-3 tablespoons (according to taste)
5. U can do this the night before, so u can taste, n keep in the fridge. Nak pakai, juz heat up
6. U can add daun salad, tomato, timun n ulam2 on the side

Untuk Nasi-

1. Boleh pakai paste Nasi Ayam yg dah siap brand Woh Hup
2. Juz follow the instructions on the bottle, masak macam nasi biasa,
3. Boleh pakai beras biasa atau beras Basmati, Serai 1 btg, dititik
Daun pandan 3 helai, cuci, ikat

Soup-

1. Rebusan ayam tadi jangan dibuang. Clear up the minyak yg timbul tu until u get a clear soup.
2. Add pepper, Daun sop/ Daun bwg/ Pepper




AYAM PENYET
Posted by JUNAIDAH (DUNIA DECORATION)


Bahan sambal:
3 ulas bawang putih
8 biji cili merah
sedikit garam
1 sudu minyak masak

Bahan rebusan ayam:
1 ekor ayam
400 gm bawang merah (digoreng)
400 gm bawang putih (digoreng)
100 gm kunyit (digoreng)
100 gm buah keras (digoreng)
75 gm halia (digoreng)
10 gm kecur (digoreng)
10 gm lengkuas (digoreng)
2 kg gula merah (digiling dengan air)
50 gm serbuk ketumbar (digiling dengan air)
100 gm serbuk lada (digiling dengan air)

*Campurkan kesemua bahan goreng dan giling ke dalam periuk yang berisi air.Masukkan ayam dan kukus sehingga empuk.

Bahan goreng:
800 gm bawang putih (kisar)
5 biji telur
2 sudu serbuk kunyit
1 auns ketumbar
20 gm tepung pulut

Campurkan kesemua bahan di atas ke dalam pengisar.Kisar hingga lumat.Kemudian gaulkan dengan ayam yang telah direbus tadi sehingga sebati.Goreng ayam sehingga kekuning-kuningan.Letakkan sambal ayam yang telah disediakan tadi ke atas ayam yang telah digoreng.Sedia dihidangkan.





AYAM PENYET
resipi : Mat Gebu
kiriman : cek de sam


Bahan-Bahannya :
6 kepingan peha ayam
2 camca besar minyak
3 helai daun salam (bay leaf)
2 camca besar pati santan
1 camca besar ketumbar biji, disangai hingga wangi*
1/2 camca teh, jintan manis, disangai hingga wangi*
2 batang serai, dihiris halus*
1 camca teh gula*
1 camca teh garam*
120 g hirisan lengkuas* - mula2 suspen jugak tp mmg pakai byk lengkuas
1 biji cili merah*
2 cm kunyit hidup*
4 keping hirisan halia*
3 ulas bawang putih*
3 biji buah keras*(*dikisar halus)

Cara membuatnya :
1. Ayam dibuang kulit, perap dengan jus lemon dan sedikit garam selama 10 minit, cuci dan toskan. Kemudian cucuk ayam tadi dengan garfu. Ketepikan.
2. Masukkan ayam tadi dalam bekas plastik (tupperware), tuang bahan2 kisar dan masukkan santan. Gaul rata dan lumur pada semua bahagian ayam tadi. Perap 30 minit hingga 1 jam. (mat perap 1 malam)...
3. Panaskan kuali, masukkan minyak masak dan masukkan ayam bersama bay leaf. Kecilkan api dan kecutkan ayam selamat 10 minit sehingga sedikit kering. Kemudian panggang dalam ketuhar pada suhu 200C hingga masak (kurang lebih 45 minit hingga 1 jam). Bergantung pada oven masing2.




Ayam Penyet
Sumber : Maz1


Resepinya :
1)Seekor Ayam dipotong 16(Terpulanglah nak potong brapa)
2) 1 senduk serbuk jintan putih
3) 1/2 senduk serbuk jintan manis
4) 1 senduk serbuk ketumbar
5) 2@3 sudu gula (ikut suka)
6) 1/2 senduk serbuk kunyit
7) garam secukupnya
8) 1@2 senduk bawang goreng
9) sedikit tepung gandum( utk tabur-lbh kurng segenggam je)

Cara2:
A) 1 - 7 = Gaulkannya sampai sebati.
B) (A) + 8 + 9 = Perap bbpa jam.
C) Goreng dgn api sederhana.

* Ayam penyet ni sbnarnya ayam gorenglah..Cuma ingredientnya lebih dr ayam goreng biasa..
* Dimakan bsama sambal belacan, tempe goreng, sayur kangkong tumis, dan ulam2an. Sungguh mnyelerakan...




AYAM PENYET PALEMBANG [cranko21]
Sumber : http://cyberita.asia1.com.sg/


Bahan-Bahan A (untuk merebus ayam):
1 ekor ayam(belah empat)
1 batang serai
2 ibu jari halia
5 ulas bawang putih
2000 ml air
garam secukup rasa

Caranya:
- Ketuk halia, serai dan bawang putih kemudian masukkan ke dalam sebuah periuk yang besar, bersama air, garam dan ayam.
- Rebus ayam selama 20 minit atau sampai ayam timbul.
- Keluarkan ayam dari air rebusan dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air batu.
- Tujuannya ialah untuk menghentikan proses memasak supaya ayam tidak hancur apabila digoreng.
- Ketepikan air rebusan ayam untuk sup dan nasi.
-Biarkan ayam dalam air batu selama beberapa minit kemudian toskan.

Tip: Setelah anda keluarkan ayam daripada air rebusannya, segeralah masak nasi.
Apabila nasi tanak, ayam pun sudah siap untuk digoreng dan dihidangkan bersamanya.

Bahan-Bahan B (untuk goreng ayam):
2 biji telur175 gram tepung beras
50 gram jintan biji (boleh ditambah jika suka. Cuci, toskan dan sangan jintan kemudian tumbuk)
1 sudu teh kunyit serbuk
1 sudu teh rempah kari daging
1 sudu teh lada serbuk
garam dan air secukupnya

Caranya:
- Dalam sebuah bekas yang besar, satukan semua bahan yang kering.
- Pecahkan telur ke dalam adunan bahan kering ini dan adun hingga rata.
- Tuang air sedikit-sedikit ke dalam adunan sambil mengacaunya. Pastikan adunannya tidak terlalu pekat dan tidak cair.
- Panaskan secukup minyak dalam kuali kemudian celup ayam ke dalam tepung dan gorenglah ayam secara terendam hingga ayam masak.

Bahan-Bahan C (untuk nasi dan sup):
1 kilo beras (cuci dan toskan)
150 gram mentega
1 cawan minyak masak
1/2 cawan minyak bijan
6-8 helai daun pandan
1 batang serai
5 ulas bawang putih (ketuk)
garam secukup rasa
air rebusan (stok) ayam secukupnya

Caranya:
- Tapis secukup air rebusan ayam dan tuang ke dalam periuk nasi. Masukkan mentega, minyak, beras, daun pandan, serai, bawang putih dan garam. Kacau sedikit supaya semua bahan rata dan masaklah nasi seperti lazimnya.
- Untuk supnya, tapis baki air rebusan ayam tadi, tuang ke dalam periuk dan campurkan dengan sebuku kiub stok ayam. Masak hingga kiub larut. Masukkan secukup hirisan daun sup (saderi), daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan bersama ayam dan nasi.

Bahan-bahan D (untuk sambal dan ulam):
2 batang lada merah
3 biji lada padi
10 ulas bawang kecil
3 labu tomato
100 gram ikan bilis goreng
100 gram belacan
secukup ulam (kacang botor, ulam raja, timun, penggaga)

Caranya:
- Goreng lada padi, lada merah, bawang kecil dan belacan selama lima minit. Angkat dan toskan minyaknya kemudian tumbuk bersama ikan bilis goreng hingga lumat
- Sajikan bersama ulam, nasi dan Ayam Penyet.

Bahan-bahan E (untuk Sos Hitam):
1/2 botol sos tiram
1/2 botol air
segenggam gula pasir
sedikit minyak bijan

Caranya:
- Satukan semua bahan dalam periuk kecil dan masak hingga sos mendidih.

Nota 1: Oleh kerana ayam sudah direbus, anda tidak perlu menggorengnya terlalu lama agar ayam tidak keras.
Setelah masak, ayam hendaklah diketuk atau dipenyetkan sebelum dihidangkan.
Nota 2: Jika suka, anda boleh juga buat sambal belacan.
Anda boleh menggunakan lima batang lada merah, 3 biji lada padi, 1/2 camca gula melaka, 1 biji tomato dan 1 sentimeter belacan bakar. Satukan semua bahan ini dan tumbuk hingga lumat.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).