- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Thursday, January 8, 2009

Lempeng

Do u like 'lempeng'? Have u ever eaten lempeng? Lempeng was used to be eaten by poor people bcoz' it was the cheapest food & easy to make. My mom said it was the food of lazy people bcoz' it was very ez to make. I still remember while i was small, my mom always made lempeng either plain lempeng or lempeng nyior (kelapa) bcoz' at that time our life was quit hard. & i'm not ashame to say that i used to 'hate' lempeng bcoz' i ate it frequently.
But now i've to admit that once in awhile i made lempeng myself (even though b4 this i never made it myself) especially we're run out of money. But i do love lempeng kosong eaten with kuah kari...mcm roti canai pun ada.
This morning i make lempeng again for breakfast bcoz' i've no idea what to eat & what to cook, but i only make basic lempeng with flour, a pinch of salt & water. Easy hah...
Some people called lempeng pancake but i think there are dissimilarities between them bcoz' we use milk in pancake to stir instead of plain water in lempeng. & bcoz' of that pancake was fluffy compared to lempeng.
Since i know how to make lempeng bodoh (lempeng kosong tu le), so here i jot down a few different lempeng recipes. Mcm2 nama, mcm2 cara...


Lempeng
Sumber & Gambar : Jeni

Bahan-bahan
2 cawan tepung
3 cawan air
1 biji telur
2 sdb minyak masak
Garam secukup rasa

Cara
1. Campurkan kesemuanya dah gaul hingga takde ketul-ketul. Kalau nak senang blendkan sahaja.
2. Panaskan frying pan atas api perlahan. (Dapur saya numbernya sampai 12 so saya buat takat 4 1/2 sahaja).
3. Apabila pan sudah cukup panas, tuangkan batter dan terus lenggang-lenggangkan pan supaya batter tu membentuk bulat dan nipis.
4. Agak-agak sudah masak (kering di sebelah bawah) alihkan permukaannya.
5. Biarkan sekejap dan angkat.
6. Gulungkan ia macam nak buat laksam. Kemudian potong menyenget.
7. Siap untuk dicicah. Cukup terangkat bila dimakan dengan kari ikan atau sambal ikan bilis.



LEMPENG KELAPA
From: Roslina Ashikin Muda roslinaam@tnb.com.my

Bahan-bahannya hampir sama...
Tepung gandum
Segenggam kelapa parut
Sedikit garam
air
Tak perlu gula kerana apabila dicampur kelapa dah lemak manis..

Cara-cara...
Ambil secubit garam, bancuh dgn air. Masukkan kelapa parut . masukkan tepung
gaul jangan cair tapi pekat sikit...
Sapukan kuali dgn minyak biasa dan tuangkan adunan...ratakan kemudian balikkan...
hidang panas-panas...



Lempeng Epal
Sumber: Majalah Wanita Jun 1996

Bahan-Bahan:
3 biji epal (dibuang kulit dan hiris nipis)
60 gm mentega
1 sudu teh serbuk kayu manis
120 gm gula kastor 50 gm tepung gandum
½ sudu kecil serbuk penaik
4 biji telur (asingkan kuning dan putihnya)

Cara:
Panaskan mentega dan masukkan serbuk kayu manis dan gula. Biar cair dan alihkan sebentar. Tuang ke dalam acuan kek bulat berukuran 10 cm dan aturkan hirisan epal. Panaskan di dalam ketuhar selama 10 minit. Sementara itu pukul telur kuning telur bersama gula dan masukkan susu segar. Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. Kacau rata. Ketepikan sebentar. Di dalam mangkuk berasingan, pukul putih telur hingga kembang dan masukkan ke dalam adunan kuning telur tadi. Tuang adunan ke atas epal yang telah disusun dan bakar selama 10 minit. Bila masak, letak di atas pinggan dan hidang semasa panas. Epal sepatutnya di bahagian atas.



Lempeng Samurai
Sumber: Majalah Perempuan April 1998

Bahan-Bahan:
150 gm lempeng
50 gm mangga India (dihiris)
100 ml krim segar
1 biji kuning telur
50 gm gula
10 kacang pistachio
1 skop ais krim berperisa kacang macademia

Bahan untuk membuat lempeng:
225 gm susu
25 gm gula
10 gm mentega
1 biji telur
900 gm tepung gandum
Sedikit garam

Cara:
1. Gulung hirisan mangga dengan lempeng dan letakkan di atas piring.
2. Campurkan kuning telur dan tuangkan di atas lempeng.Bakar selama 2 minit.
3. Hidangkan dengan kacang pistachio dan satu skop ais krim.
4. Bagi cara membuat lempeng pula, tapiskan tepung gandum dan masukkan susu, gula dan garam.
5. Tapis sekali lagi dan masukkan mentega yang telah dicairkan.
6. Masukkan sedikit adunan ke dalam periuk dan masakkan sehingga siap.




Lempeng tuna
Resepi dr sifu hanieliza ni tp jun copy dr umah ummi..
Kiriman : yummylicious

Bahan-bahan
1 tin tuna/sardin
2 cawan tepung gandum
1 biji telor
1 cawan susu segar
3 sudu besar mentega cair
1 sudu kecil baking powder
1 batang carrot kecil (parut)
1 biji cili merah (cincang)
1 biji cili hijau (cincang)
2 tangkai daun bawang (racik)
garam

Cara Membuat:-
1. Cincangkan/hancurkan tuna/sardin.
2. Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk besar dan gaul rata.
3. Panaskan kuali leper (non-stick pan) dengan api perlahan.
4. Ratakan sedikit minyak dan tuangkan sesenduk adunan. Ratakan.
5. Bila sudah nampak masak, terbalikkan sebelah yang lain.
6. Bila kedua-dua belah sudah masak, boleh lah diangkat dan hidangkan panas-panas.




LEMPENG PISANG
oleh: kakfiza

Bahan-bahan ( 4-5 Org )
7 biji pisang emas
5 sb gula
11/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan kelapa muda (parut)
1/2 st garam

Cara-cara
1. Lecek pisang hingga halus
2. kemudian masukkan gula,garam dan kelapa parut.
3. masukkan tepung sedikit2 dan gaul rata.
4. panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak ,sendukkan adunan tadi dan leperkan di dalam kuali.
5. Balik2kan hingga kedua2 bhgian masak.
6. Angkat dan bolehlah di hidang sbgai sarapan @ minum ptg.




Lempeng arab
oleh: princessharyati

Bahan-bahan ( 5 keping )
1 1/4 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar fresh yoghurt
1/2 cawan fresh milk
3 sudu besar olive oil
Secubit garam
2 biji bawang besar di cincang halus-halus
Feta cheese
2 biji telur di pukul

Cara-cara
1. Campurkan- tepung,fresh yogyurt,fresh milk,olive oil, garam dan sedikit air. Kacau sehingga sebati -buat seperti nak buat lemping jangan terlampau cair sangat.
2. Panaskan pan- letak 1/2 sudu butter kemudian ambil sesunduk kemudian letakdi dalam pan. Tabarkan kuali agar tepung tadi lepir. Setelah tu letak bawang, feta cheese 1-2 inci dan 2 sudu besar telur di atasnya.
3. Kemudian lipat lempeng menjadi half bulatan, dan lepas tu lipat lagi menjadi suku. kemudian angkat. ulangi sehingga adunan lemping tu habis. Siap utk disantap. sedap ni ..



LEMPENG PANDAN

Bahan2nye
Tepung Gandum - 3 cawan
Sedikit garam ( 1/2 sudu kecik...)
3 sudu besar gula halus.
Daun Pandan - 3 helai.
Air - 2 cawan...

Care membuatnye
1. Masukkan tepung , gule , garam , air ... gaulkan dgn sudu atau tangan...
2. Gaul sehingga sebati...
3. Daun pandan ditumbuk dan dapatkan airnye sahaje...
4. lepas tu panaskan kuali... dan bentukkan macam bentuk lempeng/capati...
5. Dah siap, boleh dimakan...


LEMPENG APAM KAMPUNG.
From: RAJA NAZIHA RAJA HALID Naziha@uniten.edu.my

Bahan-bahan dan cara adunan lebih kurang sama juga cuma ditambah:
2 sudu kecil bicarbonate soda
instead of gula putih saya bubuh gula perang/merah
tiada air pandan, cuma air biasa digaul hingga adunan nampak ada bubble sedikit, macam orang buat apam balik tu.

Cara masaknya:
1. Masuk 1 senduk adunan ke tengah kuali yang panas dengan sedikit minyak/marjerin.
2. Gelekkan kuali supaya adunan jadi bulat agar tengah lempeng ini tebal, tetapi sekelilingnya nipis biar garing
3. Nampak sudah garing, dilipat dua dan angkat dari kuali.
4. oh sedap tau dan makan bersama sambal tumis, tuna curry dan sebagainya.
5. Selamat mencuba.




Lempeng pisang
Sumber : buku MAKANLAH SAYANG oleh DR. FATIMAH ARSHAD.
Kiriman : Kaklong Syikin

Bahan2nya;
2 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan susu segar
2 camca besar margerin
2 camca besar gula 6 camca teh baking powder
secubit garam

bahan tambahan oleh saya sendiri:
1-2 cawan pisang lenyek

Cara2nya:
1.Ayak tepung dengan baking powder
2. Pukul telur hingga kembang
3. Masukkan gula & pukul lagi
4. Masukkan semua bahan kecuali margerin dan gaul/pukul hingga basah rata (jangan dipukul keterlaluan)
5. Panaskan kuali leper & sapukan margerin
6. Curahkan 1/2 cawan adunan
7. Apabila keluar buih, balikkan.
6. biarkan hingga kekuningan.



Lempeng Berinti Keledek
Kiriman : suteraputih77

Lempeng :-
200gm tepung gandun
1 butir telur ayam
secubit garam
200ml air
3 sudu besar susu cair

Intinya :-
200gm keledek
200gm bawang besar
100gm mentega
10gm lada putih
10gm garam

cara-caranya :-
1. bahan2 lempeng disatukan.
2. bahan untuk inti dimasak diatas api.
3. panaskan kuali non stik ...
4. ambil sesenduk adunan lempeng ditebar di atas kuali... bila kekuningan ambil inti diletak di tengah2 dan dilipat dua , dan diangkat.
5. sedap di makan panas-panas sebagai sarapan pagi atau minum petang..



LEMPENG MENAWAN INDAH
Sumber : indah1285

Bahan-bahan
1/2 kg tpg gandum
1/4 tin susu cair
3 sudu susu pkt manis
2 sudu lemak sayur
1 biji kelapa muda - parut
air kelapa dr belahan kelapa td
garam.

Cara
campur semua bahan, jgn pekat n terlalucair, sedang2 ek... lbh cair dr nk wat cekodok... letak sedikit butterdlm kuali non stick senduk n leperkan dlm kuali... tutup n balikannnti...... bes mamam dgn kari kamben....



LEMPENG COKLAT
Sumber : 100 Resepi Masakan Kuih-Muih Malaysia

Bahanbahan :
1) 3 biji telur
2) 1 sudu makan gula kastor atau gula perang
3) 1 gelas susu segar
4) 1 cawan tepung naik sendiri
5) 1 sudu makan serbuk koko
6) 2 sudu makan mentega cair
7) Madu (untuk cicah)

Cara :
1) Pukul telur dan gula sehingga kembang.
2) Masukkan susu dan tepung berselang seli.
3) Masukkan mentega cair dan gaulkan rata dan sebati.
4) Panaskan kuali leper (pan) dan sapu rata minyak masak/mentega
5) Tuang sebahagian adunan tadi ke atas kuali. Balikkan apabila satu bahagian separa masak. Angkat setelah masak. Buat hingga habis.
6) Hidangkan bersama madu.
7) Sedia untuk dihidangkan.



LEMPENG PISANG
Sumber : 100 Resepi Masakan Kuih-Muih Malaysia

Bahanbahan :
1) 2 sisir pisang berangan masak (lecek)
2) 1 cawan tepung gandum
3) ½ cawan gula
4) ½ biji kelapa parut (ambil yg putih sahaja)
5) ½ sudu teh garam
6) Daun pisang secukupnya

Cara :
1) Masukkan tepung dan gula ke dalam pisang yang telah dilecek dan gaul rata.
2) Kaut 1 senduk adunan pisang dan ratakan di atas daun pisang. Jgn terlalu tebal.
3) Taburkan kelapa ke atas adunan pisang tadi dan lipat dua daun pisang.
4) Bakar di atas kuali leper (pan) sehingga separa masak dan balikkan. Bakar hingga masak.
5) Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan panas.



Lempeng Berinti Pisang
Sumber : anakku.net

(Hidangan : 4 Orang)

Bahan-bahan:
200 g tepung gandum
250 ml susu segar
150 ml air
5 biji pisang abu yang telah masak
3 biji telur
2 sudu makan minyak
1/2 sudu makan gula kastor
Garam secukup rasa

Cara Memasak:
1. Pukul telur bersama dengan susu segar, gula kastor dan garam hingga sebati.
2. Kemudian masukkan air dan tepung, kacau rata.
3. Setelah itu masukkan pula minyak dan dikacau lagi.
4. Panaskan kuali tidak melekat dan leperkan adunan di dalamnya. Masak sehingga kekuningan.
5. Kemudian hiris pisang dan sedia dinikmati bersama lempeng tadi.




Lempeng Pisang
Kiriman : Kak Madiha

Bahan2
5 biji pisang masak (MaDiHa guna pisang putar/ pisang masam)
1 cawan tepong gandum (ikut suka nak buh byk mana.. kalau suka pisang lebih.. kurangkan tepungnya)
3 sudu besar gula (ikut suka juga nak manis boleh lebihkan)
secubit garam
sedikit minyak utk mengoreng (MaDiHa guna planta)
jika suka boleh campur 2 ~ 3 sudu kelapa parut yg agak muda (takde pun takper)

Cara menyediakan
1. Pisang dilecek bersama gula & garam hingga hancur.
2. Campurkan tepung gandum & kelapa parut sehingga rata.
3. Panaskan kuali bubuh sedikit minyak. (MaDiHa bubuh 2 sudu kecil planta).
4. Masukkan sesenduk adunan pisang dlm kuali dan ratakan. Biar sehingga masak & agak garing kemudian balikkan. (Tambah sikit minyak jika perlu.) Bila masak kedua2 belah.. angkat & bolehlah dinikmati semasa panas2 atau sejuk pun sedap jer..

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).