Every time i ate laksa, i'll eat either northern laksa (laksa penang/Laksa kedah/laksa perlis) or eastern laksa (laksa trganu/kelantan). But a few days ago i found out about laksa thailand/laksa siam. I guess it's worth it to try something different when the outcome was really good.
Laksa thailand was different with other laksa bcoz' it uses daun limau purut as one of the main ingredient. Thai's food is very synonim with daun limau purut.
Laksa thailand was different with other laksa bcoz' it uses daun limau purut as one of the main ingredient. Thai's food is very synonim with daun limau purut.
Laksa thailand
oleh: rosnani
Bahan-bahan ( sajian 8-10 org )
1 paket laksa kering (rebus & toskan)
7-8 ekor ikan sardin/kembung/selar (rebus, asingkan isi)
1 biji kelapa (perah dlm 7-8 cawan santan)
8-10 helai daun limau(mayang halus)
1 1/2 labu bwg besar (potong 8 bhgn=besar2)
bahan utk kisar
isi ikan yg diasingkan tadi
10-13 btg cili padi merah
1 sudu teh lada hitam
2 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas
2 btg serai
1 inci halia
bahan ulam :
7-8 ulas bawang putih (potong nipis2, goreng bersama sedkit minyak sampai perang-ini wajib nih utk ulam)
kacang panjang=potong nipis2(pilihan)
timun diracik(pilihan)
kobis =mayang halus(pilihan)
taugeh (pilihan)
Sawi jeruk - hiris nipis (pilihan)
Klik di sini untuk isi bahan
Cara-cara
1. korang campur semua bahan blender dgn santan & bwg besar, masak dgn api sederhana. Bila menggelegak, masukkan daun limau purut dimayang tadi. masukkan garam & aji.
2. lepas tu biarkan kuah dia surut sket(pekat) dlm 1/2 inci. Lepas tu timbang rasa masin maneh, lemak..
3. resepi asal ade batang pisang yg lembut(pokok pisang ade rebung ker?). batang pisang tu dikupas sampai jumper isi paleng dlm dan putih bersih. potong nipis2 , terus masukkan dlm periuk masak bersama kuah. batang pisang tu akan jadi lembut & rasa dia sedap...manis2 jer..(maner lar nak carik kat KL neyh, btg pisang pon kena bayor..)
4. NOTE: terluper plak, resepi asal ade serbuk cili. Korang leh buat sindri jerk..basuh cili kering, lap dgn kain bersih. goreng tanpa minyak atas api perlahan sampai nampak agak garing. Jgn sampai hangus, biler dah agak sejuk, korang blend hancur sampai jadi serbuk.(ini utk yang tahan pedas ajer)
Laksa Thailand
Oleh : nina_eiznie
Bahan-bahan
600 gm bihun kasar
Bahan Kuah
6-7 ekor ikan kembung
2.5 cm kunyit hidup
2.5 cm belacan
2.5 cm lengkuas
6 biji cili kering
4 biji cili merah
1 biji kelapa(bahagikan santan pekat and santan cair)
5 labu bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
3 sudu besar minyak
5 helai daun limau purut
Asam jawa secukup rasa
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Bahan-bahan untuk hiasan:
Bawang putih(hiris nipis..dan goreng kekuningan dgn minyak 5 sudu besar)
1 labu bawang besar (dimayang)
3 biji cili merah (dihiris)
1 biji timun (dihiris halus)
1/2 kobis (dihiris halus)
1 kuntum bunga kantan
Taugeh (mentah)
Cara:
Celur bihun hingga masak, tos dan ketepikan. Rebus ikan kembung. Apabila masak, angkat dan siat-siat isinya. Lecek isinya sehingga halus dan tiada tulang. Tumbuk atau mesin cili kering bersama bawang merah dan bawang putih. Tumbuk lengkuas, kunyit hidup, serai berasingan dan ketepikan. Panaskan minyak. Masukkan bahan yang dimesin bersama belacan. Kacau hingga kuning. Masukkan kemancar santan dan kacau perlahan-lahan. Masukkan pati santan dan kacau lagi. Masukkan ikan, daun limau purut, lengkuas dan air asam jawa. Masukkan garam dan sedikit gula. Mayang bawang besar, hiris cili merah, taugeh, kobis, timun dan bunga kantan untuk hiasan. Apabila menghidang, letakkan bihun yang telah dicelur dan taburkan Bahan-bahan Hiasan di atas bihun dan bawang putih goreng. Tuangkan kuah. Jika suka tambahkan otak udang.
Laksa Siam
Sumber: Masakan Tradisional Utara 1991
Bahan-Bahan:
600 gm bihun kasar
600 gm ikan kembung
2.5 cm kunyit hidup
2.5 cm belacan
2.5 cm lengkuas
6 biji cili kering
4 biji cili merah
1 biji kelapa
5 labu bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
8 sudu besar minyak
3 helai daun limau purut
Asam jawa secukup rasa
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Bahan-bahan untuk hiasan:
1 labu bawang besar (dimayang)
3 biji cili merah (dihiris)
1 biji timun (dihiris halus)
1 biji nanas
3 ikat daun pudina
1 kuntum bunga kantan
Cara:
Celur bihun hingga masak, tos dan ketepikan. Rebus ikan kembung. Apabila masak, angkat dan siat-siat isinya. Lecek isinya sehingga halus dan tiada tulang. Tumbuk atau mesin cili kering bersama bawang merah dan bawang putih. Tumbuk lengkuas, kunyit hidup, serai berasingan dan ketepikan. Panaskan minyak. Masukkan bahan yang dimesin bersama belacan. Kacau hingga kuning. Masukkan kemancar santan dan kacau perlahan-lahan. Masukkan pati santan dan kacau lagi. Masukkan ikan, daun limau purut, lengkuas dan air asam jawa. Masukkan garam dan sedikit gula. Mayang bawang besar, hiris cili merah, nanas, timun dan bunga kantan untuk hiasan. Petik daun pudina sehelai-sehelai. Apabila menghidang, letakkan bihun yang telah dicelur dan taburkan Bahan-bahan Hiasan di atas bihun. Tuangkan kuah. Jika suka tambahkan otak udang.
Mi Siam
Kiriman : sweetaste
Bahan-Bahan kuah:
cili paste abt 2 cawan
bawang besar 2 ulas - kisar
bawang putih ulas - kisar
kacang tanah goreng 1 cawan kisar
setengah botol taucu ( saltedbeans) buang air nya sikit dan kisar
setengah paket air asam
cara-cara masak kuah :
-panaskan minyak dan tumis bahan kisar iaitu bawang,bwg putih dan cili paste
hingga naik wangi ..tumis dlm 20 minit..setelah itu masuk kan garam dan gula ikut rasa..
-ambil sedikit sambal di atas untuk di goreng bersama mi nanti
-Baru lah tuangkan air asam,gaul rata hingga mendidih
-Masukkan kacang kisar dan taucu..gaul rata dan biarkan mendidih..kalau agak pekat masukkan air dan biarkan ianya mendidih lagi..bubuhkan garam dan gula sekali lagi ikut cita rasa anda..
-kuah ini seharusnya ada rasa masam manis dan pedas..baru sedap!
Cara-cara goreng mi:
1 pkt bihun cap lada
* rendam sekejap
* Masukkan sambal tadi ...dgn sedikit air..tuangkan bihun tadi dan gaul sehingga rata..kalau suka boleh letak taugek dan daun kucai..matikan api dan hidangkan bersama kuah serta bahan2 yg lain
Hiasan:
taugek
daun kucai
telur rebus
tahu goreng di potong dadu
limau sambal
Mee Siam
Kiriman : Djbu
Bahan-bahan untuk mee siam:-
Bee hoon [di rendam hingga kembang]
Hiasan Mee Hoon
Daun Kucai [dipotong halus-halus]
Tahu [di potong dadu kemudian di goreng]
Limau Sambal [5 bijik di belah dua]
Lauk [kuah] Mee Siam
* Di mesinkan semua...
Udang kering [agak-agaklah]
Bawang Besar 1 bijik
Bawang Putih 3 bijik
Lada kering sikit
Cara-cara
-> Tumiskan semua bahan-bahan tadi kemudian masukkan bee hoon yang telah kembang, gorengkan hingga sebati semua [sama je macam goreng mee hoon tu]. Jangan lupa letak sedikit perasa ajinamoto dan garam sikit. Kemudian bolehlah di angkat.
Bahan-bahan untuk mee siam...
Ayer asam [agak2lah]
Bawang putih 3 ulas & bawang besar 1 bijik
kacang tanah [agak2]
serai 3 btg & lengkuas dan lada boo sedikit
Tauchu 1/2 botol [di tos buangkan airnya]
->> di mesin semua ni
Cara-cara
1. Tumiskan bahan-bahan untuk lauk mee siam ni, kemudian perahkan air asa agak-agaklah, bergantung pada banyaknya mee siam kita tu, setelah mendidih lauk tu masukkan sedikit perasa ajinamoto & garam, dan sedikit gula [lauk mee siam ni kena ada manis sikit baru sedap]
2. kalau lauk dah masak boleh di letak mee dalam mangkuk dan siram kuah tu dan bolehlah di hidangkan
resepi dari nenek pun [mak kepada ibu]
Tips: kalau nak lagi sedap buatlah sambal tumis lepas tu letakkan di atas mee siam kita tu dan makan, mesti sedap hingga menjilat jari
No comments:
Post a Comment