- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Friday, January 23, 2009

Sup Ketam

After seeing a crab soup in a tv show a few days ago, i'm looking forward for the it. & today i managed to find a few crab soup's recipe for me to try on.


Sup Ketam Al Rahba City
Sumber ; Raidah

Bahan-bahan:
Ketam
Bawang besar ~ dihiris
Halia ~ ditumbuk
1 biji tomato dibelah 4
Daun sup dan bawang goreng
Serbuk lada hitam
Garam secukup rasa dan sedikit serbuk pati ikan bilis(kalau suka)
Air.

Cara penyediaan:
1. Ketam dibelah 2 dan dibersihkan.
2. Panaskan air di dalam periuk dan masukkan bawang dan halia.
3. Apabila air mendidih, masukkan ketam dan tomato biarkan seketika.
4. Letaklah serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
5. Angkat dan letaklah didalam mangkuk.
6. Bolehlah dihidangkan dengan ditabur daun bawang dan bawang goreng. Maaflah ye masa buat ni i tak de daun bawang dan bawang goreng..




Sup Ketam Simple
oleh: zai_fadilah

Bahan-bahan ( 1 family )
4 ekor ketam (dibelah 2)
3 ulas bawang merah (dimayang halus)
1 liter air (kalo nk kuah byk, bleh lebihkan air)
1 tangkai daun sup & bawang (dipotong kasar)
bawang goreng
garam secukup rasa

Cara-cara
1. Masukkan bawang dan air, renehkan sehingga mendidih
2. Masukkan ketam diikuti dgn garam, kacau sekejap dan biarkan mendidih
3. Masukkan daun sup & daun bawang..kacau lagi
4. Setelah masak, taburkan bawang goreng, boleh dihidangkan. NOTE: jgn letak garam byk sgt coz nanti akan hilangkan rasa manis ketam tu..




Sup Ketam
Sumber : Noorjannah

Bahan2 :-
4 ekor Ketam
4 biji Buah Pelaga
3 inci Kulit Kayu Manis.
2 Kuntum Bunga Lawang
10 Ulas Bawang putih - Tumbuk Lumat
5 Ulas Bawang Merah Kecik - Tumbuk Lumat gak.
Halia sebesar Ibu Jari ] Ketuk skit.
2 sudu besar Lada hitam/lada putih ] Tumbuk Lumat
Sepeket Kecik Rempah Sup
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak
Bawang goreng, daun sup ] untuk hiasan + menyedapkan tekak

Cara Memasak :
1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih
2. bancuh bersama rempah sup utk dijadikkan paste
3. Panaskan minyak, tumis bunga lawang, kayu manis, buah pelaga sehingga naik bau
4. Kemudian masukkan campuran PASTE tadik tuh bersama halia, biarkan kejap sambil2 dikacau.
5. Agak2 dah wangi masukkan air dan biar mendidih.
6. Kemudian, masukkan ketam, biarkan dalam +/- 10 minit untuk air ketam tu sebati.
7. Apabila masak masukkan daun sup dan bawang goreng




Ketam Rebus Berapi
Sumber : Noorjannah

Bahan2 :-
3 ekor ketam
2 batang serai ] titik
2 ulas bawang putih ] ketuk
seinci lengkuas ] ketuk
sedikit lada hitam ] tumbuk halus
5 biji cili api - nak lagi pedas tambah kuantiti ] ketuk
garam secukup rasa

Cara2 :-
1. Masukkan air ke dalam periuk biarkan mendidih
2. Masukkan ketam yang telah dibersihkan dan biarkan seketika
3. Masukkan kesemua bahan2 tadi dan biarkan dalam 5 - 10 minit
4. Apabila ketam sudah mesra dengan bahan2 tadi tambah garam dan perisa secukup rasa
5. Biarkan seminit dan tutup api
6. Taburkan sedikit daun bawang semasa menghidang



SUP KETAM SUKAHATI KAKTINY

barang yang perlu :
ketam 2 ekor (wajibler ada - if ayam, dh jadi sup ayamler kan... ) - setiap sekor dibelah dua
bawang besar satu labu - dibleder dgn secawan air..
1/2 kiub ayam
satu bungkus so'on (rendam jap dlm air)
1/2 liter air
1 biji ubi kentang - dibelah 12 (dipotong dadulah maksudnya tuh..)
1/4 batang carrot - di potong dadu jugak
6 ketul fish ball - dibelah dua setiap seketul
sebiji telur ayam (pecahkan telur dlm mangkuk asing and kacau merah dan putih telur bagi sebati)
garam secukup rasa
minyak masak - lebih kurang 2 sudu (jgn byk - kolestrol..)
daun sup - hiris halus - utk taburkan

nak buatnya camni:
1. panaskan minyak.. pastu masukkan bawang besar yang dh diblender tadi - biar sekejap bagi naik bau - then masukkan kentang dan carrot - kacau sampai bawang besar tadi ala2 kering skit airnya.. (atau sampai ubi dh lembut skit)..
2. pastu masukkan kiub ayam tu - and kacau lagi sampai kiub ayam tu dh hancur.. toskan so'on dan masukkan bersama 1/2 liter air..
3. biarkan seketika - then masukkan ketam.. biarkan sehingga mendidih - biar lama skit pun takper, sampai so'on tu kembang dan ubi-ubi empuk betul..
4. rasa kuah - masukkan garam (jika perlu - jgn masuk ajinomoto - dlm kiub dh ada..)
5. kacau dan tgk kuah.. dah pekat sikit (kalau nak pekat lagi, masukkan sikit tepung jagung), masukkan fish ball.. (boleh jugak nak masukkan bunga kobis kalau nak.. SUKA HATI LAH KORANG NAK MASUKKAN APA PUN.. BUKAN ADA DO's AND DON'Ts pun..)
6. rasa kuah - if dah ok rasanya and dah empuk semuanya - ketam pun dah masak - kuatkan api - biar sup tu menggelegak - then masukkan telur perlahan-lahan sambil sebelah tangan lagi kacau sup (bagi telur tu ber'selerak' kat dlm sup..)
7. Biar sekali mendidih jer then tutup api..
8. Tabur daun sup ke dalam mangkuk hidang.. (nak tabur bawang goreng and lada sulah or serbuk lada hitam pun ok juga.. ni kan resepi yang takder term and condition - so, suka hati korangler..)




Sup Ketam
Kiriman: aida bt ibrahim
Gambar : Ida

Bahan-Bahan:
2 ekor ketam
sedikit minyak masak utk menumis
½ inci hali
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 biji buah tomato
sedikit daun bawang
sedikit daun sup
garam

Cara:
ketam dibersihkan dan diketepikan. Tumis bawang merah dan bawang putih selepas kekuningan masukan halia. Masukan air kemudian masukan ketam rebus sehingga masak. Kemudian masukkan bauh tomato, daun bawang dan daun sup untuk hiasan tambahkan sedikit cili besar yang dipotong nipis.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).