While i was clearing my cupboard, i found 1/2 packet of spaghetti. Fikir2 nak buat apa dgn spaghetti tu..ermm, i thought of making spaghetti bolognesse but i'm out of minced meat. I only have fish (ikan selayang to be exact) in the freeze. I've coconut milk, tauge, kerisik, so i think it's enough to make laksa johor since laksa johor was eaten with spaghetti.
Last time when i told my husband that laksa johor used spaghetti instead of usual laksa (laksa beras) or beehoon or laksa kuning, he didn't believed it. Maybe bcoz' he never eat it or see it. U know what did he said? Lately they used spaghetti bcoz' they've modernized the laksa but surely b4 this they used usual laksa or instant laksa since spaghetti was brought here by foreigners?Is it true?Did the johorean eat spaghetti with kuah laksa from the beginning?
Last time when i told my husband that laksa johor used spaghetti instead of usual laksa (laksa beras) or beehoon or laksa kuning, he didn't believed it. Maybe bcoz' he never eat it or see it. U know what did he said? Lately they used spaghetti bcoz' they've modernized the laksa but surely b4 this they used usual laksa or instant laksa since spaghetti was brought here by foreigners?Is it true?Did the johorean eat spaghetti with kuah laksa from the beginning?
Laksa Johor
Sumber: Penyulawa (FRD)
Bahan Utama
1 atau 2 pek speghetti - rebus spt arahan di pek
Bahan untuk direbus dan dikisar (jgn buang air rebusan)
1 kg ikan kembung putih (ikan parang sweeter la walau banyak tulang but expensive)
250 gm udang putih yang kecil2 tu... (yg ni option jer tp kalau bubuh lg sedap)
100 gm ikan bilis basah (option jugak, jarang bubuh sebab susah dapat boleh abaikan)
Bahan Kisar
15 butir bawang merah (lebih pun sodap)
10 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit (pakai serbuk pun boleh)
8 batang serai - dihiris
1 inci lengkuas
2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih (halus)
sedikit udang kering
belacan
1 senduk cili kisar
minyak untuk menumis
Bahan Lain
2 sudu besar kerisik
250 gm santan pati (beli terus kat pasar RM1)
asam keping garam secukup rasa
serbuk perasa secukup rasa (tak suka boleh diganti ngan sedikit gula)
Cara Membuat Kuah
1. Panaskan minyak di dalam periok. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau harumnya.
2. Masukkan santan dan ikan yang telah dikisar bersama airnya. Tambah air kalau terlalu pekat. Masukkan sekali asam keping. Biar hingga mendidih. Sesekali kacau supaya tak berkerak di dasar periuk.
3. Bila dah menggelegak, masukkan kerisik, garam dan serbuk perasa/gula. Kalau kurang rasa masam boleh tambah asam keping lagi. Kecilkan api sedikit tapi tidak terlalu kecil. Biarkan mendidih selama 1/2 jam lagi supaya bahan kuah jadi mesra dan pekat.
4. Siap untuk dihidang.
Untuk Ulam/ Hiasan
daun selasih/daun kesum - hiris nipis
bunga kantan - hiris nipis
kacang panjang - potong kecil
taugeh
timun - buang empulur dan hiris nipis
asam limau
bawang besar - belah dua dan dimayang
lobak masin - dicincang
sambal belacan (kisar cili merah + belacan)
Kaedah menghidang
1. Masukkan speghetti ke dalam pinggan. Sendukkan sedikit kuah.
2. Taburkan bahan ulam/hiasan tadi.
3. Bubuhkan sambal belacan dan perahkan asam limau.
4. Dengan menggunnakan tangan, gaulkan laksa dan ambil sedikit masukkan ke dalam mulut anda. Buat sehingga habis licin. Jangan lupa menjilat jari...
Laksa Johor
Kiriman : Riezanie
Bahan Kuah:
600 gm isi ikan tenggiri (direbus & dikisar)
2 liter air rebusan ikan
1 sudu besar pes udang
1 sudu kecil cili kisar
2 batang bunga kantan
2 tangkai daun kesum
2 keping asam gelugur
4 ulas bawang merah (dikisar)
Sedikit halia (dikisar)
600 gm laksa (direbus)
1 biji timun (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 tangkai daun salad (dihiris)
1 batang bunga kantan (dihiris)
1 tangkai daun kesum (dihiris)
Cara:
Masukkan semua bahan kuah ke dalam periuk. Masak hingga mendidih & kuahnya pekat. Masukkan laksa ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Kemudian bubuhkan sayur-sayuran.
Laksa Johor Puteri Restoran
Sumber : Majalah Mingguan Wanita
Gambar : Mamasya
Bahan-bahan :
1/2 kilo ikan (ikut suka - sebaiknya guna ikan parang)
1 inci lengkuas )
3 ulas bawang putih )
2 biji bawang besar ) dikisar
Sedikit belacan )
1 sudu udang kering )
2 batang serai - diketuk
1 paket kecil rempah kari ikan
2 sudu makan kerisik
500 gm santan
Asam dan garam secukup rasa
Cara membuat :
1. Rebus ikan - ambil isinya dan kisar bersama bahan-bahan tersebut di atas.
2. Tumiskan bahan-bahan bersama satu paket kecil rempah kari ikan hingga naik bau.
3. Masukkan santan berserta isi ikan tadi. Kacau hingga pekat.
4. Asam dan garam secukup rasa. Akhir sekali, masukkan kerisik.
5. Nota : Bahan lain yang dimakan bersama spageti iaitu timun (dimayang), bawang besar (dihiris), daun selasih, tauge(tak payah celur), sambal belacan. Lebih enak dimakan bersama lobak asin.
Laksa Johor
Sumber: Buku Resipi Selera Perantau
Bahan-Bahan:
1 kg laksa
Belacan sebesar ibu jari
2 biji timun (dihiris)
2 kuntum bunga kantan (dihiris)
Seikat daun kesum
6 biji cili kering
Sedikit garam
2 pokok daun salad (dihiris)
¼ kg tauge
2 biji limau nipis
Bahan Kuah:-
6 ekor ikan kembung atau tenggiri(rebus dan tumbuk)
2 batang serai (dititik)
4 sm halia (ditumbuk)
6 sm lengkuas (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
4 ulas bawang merah atau 2 labu bawang besar (ditumbuk)
3 keping ika kurau kering(ditumbuk)
2 camca besar kerisik
2 biji kelapa atau 1 peket santan serbuk (ambil tiga cawan pati santan)
Cara:
Campurkan ikan yang telah dimesin ke dalam santan. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk hingga naik baunya. Masukkan santan yang bercampur dengan ikan tadi. Masak hingga mendidih baru diangkat. Cili, belacan dan garam ditumbuk halus untuk dijadikan sambal. Hidangkan bersama sayuran yang telah dihiris tadi.
Laksa Johor
Sumber: Aneka Hidangan Mi Alaf 21
Bahan Kuah:
600 gm isi ikan tenggiri (direbus & dikisar)
2 liter air rebusan ikan
1 sudu besar pes udang
1 sudu kecil cili kisar
2 batang bunga kantan
2 tangakai daun kesum
2 keping asam gelugur
4 ulas bawang merah (dikisar)
Sedikit halia (dikisar)
600 gm laksa (direbus)
1 biji timun (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 tangkai daun salad (dihiris)
1 batang bunga kantan (dihiris)
1 tangkai daun kesum (dihiris)
Cara:
Masukkan semua bahan kuah ke dalam periuk. Masak hingga mendidih & kuahnya pekat. Masukkan laksa ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Kemudian bubuhkan sayur-sayuran.
Laksa Johor
Kiriman: Puti Mazura Mashudi
Sumber: Family Secret
Untuk kuah
1.seekor ikan tenggiri/parang sederhana besar - rebus, separate the flesh from the bones, blend separately
2.dua ekor ikan kembung - as above
3.segenggam udang hidup - rebus dan blend
4.segenggam udang kering - rebus dan blend
5.ikan kurau kering (sebesar tapak tangan)- rebus dan blend
Note: bahan 1 dan 2 boleh buat sekali, bahan 3,4,5 boleh buat sekali Air rebusan jangan dibuang. Guna air yang cukup cukup shj.
6.20 ulas bawang merah (shallots)- blend
7.10 ulas bawang putih - blend
8.dua peket kecil perencah kari ikan Adabi - mix with a little water to form paste
9.asam jawa - segenggam - bancuh dengan air rebusan ikan(boleh adjust ikut taste)
10. 10 cili kering (rebus dan blend) or boleh guna dua sudu cili boh (kalau
tak suka pedas, jangan guna langsung)
11. santan (from sebiji kelapa) boleh guna santan segera
12. kerisik (tiga/empat sudu makan/dari 1 biji kelapa)
13. gula, garam
14. minyak untuk tumis
15. 2 serai, dititik (atau boleh blend dengan bawang)
Cara:
Method (throughout the process, api sederhana and keep stirring)
1.Perapkan ikan & udang yang telah dihaluskan dengan santan selama 2 jam.
2. Masukkan cili boh (if using)and paste kari, goreng sampai terbit minyak, masukkan kerisik dan gaul rata.
3. Masukkan isi ikan, udang, ikan kering and udang kering
4. Masukkan air asam jawa (bancuh dengan air rebusan)
5. Bila agak mendidih, masukkan santan, adjust airnya
6. Biar mendidih
7. Adjust the gula and garam
8. Biarkan mendidih and boleh rasa, kalau kurang masam boleh masukkan 1 atau 2 keping asam gelugor.
Cadangan Hidangan:
1. Satu peket spaghetti, rebus al dente* - laksa Johor ni kalau guna laksa beras tak sedap
2. Sebiji timun - hiris bulat dan mayang halus (macam batang mancis pun boleh)
3. Taugeh - basuh
4. Daun selasih - basuh dan mayang
5. Bawang besar - basuh dan mayang halus
6. Daun kesum (optional) - basuh dan mayang
7. Jeruk lobak (optional) - basuh dan hiris nipis
8. Limau kasturi - belah dua (for one serving)
9. Sambal - (10/15 cili kering rebus/cili merah dan 10 biji bawang merah di blend halus, belacan bakar anggaran 1 inci diameter + gula + garam secukup rasa)
Method
Masukkan spaghetti dalam pinggan, masukkan timun and ulam ulam lain, pour sesenduk kuah, bubuh sambal belacan dan perahkan limau, (orang yang nak makan tu gaul rata rata)
Tambahan:
1. Makan dengan tangan lagi best.
2. (* to get the al dente texture, Didihkan air, masukkan spaghetti dengan sesudu olive oil/cooking oil and garam selama 10-15 minit(ikut instruction kat packaging), toskan dan bilas dengan air sejuk. This is to avoid the pasta from continuing cooking in its own heat. kalau tak bilas, nanti jadi kembang dan berkanji)
Laksa Johor
Kiriman: Sarimah Othman
Sumber: kawan-kawan dan keluarga
Bahan A
200 g spagetti
10 ml minyak masak
1 sd kecil garam halus
1 liter air
Bahan B
300 g isi ikan tenggiri/makeral
1 liter air
Bahan C
5 ulas bawang merah (tumbuk halus)
3 ulas bawang putih (tumbuk halus)
10 g udang kering (tumbuk halus)
3 cm halia (tumbuk halus)
1 batang serai (diketuk)
2 cm lengkuas (ditumbuk halus)
3 sudu serbuk kari
1 tangkai kulit kayu manis
1 sudu kerisik
2 biji buah pelaga
2 tangkai bunga lawang
2 cawan santan kelapa
20 ml minyak masak
2 keping asam gelugor
1 liter air
garam secukup rasa
Bahan D
2 tangkai daun kesum (dihiris halus)
1 biji timun (dihiris halus)
2 biji bawang besar (dihiris halus)
3 biji telur rebus (dipotong dua)
½ biji nenas (dihiris halus)
2 biji cili merah (dihiris halus)
Bahan E
5 tangkai cili merah
5 cm belacan (dibakar)
5 biji limau nipis (dipotong dua)
Cara:
1. Rebus bahan A sehingga spagetti lembut sepenuhnya, ditoskan airnya dan diketepikan.
2. Rebus bahan B sehingga ikan masak dan blender halus isi ikan tersebut. Simpan air rebusan ikan tadi.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, udang kering, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, serai, lengkuas dan sebuk kari. Setelah naik bau, masukkan air, air rebusan ikan, isi ikan yang telah diblender dan didihkan. Kemudian masukkan santan, asam gelugor dan kerisik. Kacau di atas api sederhana sehingga kuah mendidih dan pekat.
4. Sediakan bahan D dan susun di dalam bekas yang berasingan.
5. Tumbuk belacan yang telah dibakar bersama cili merah hingga halus. Letak belacan dan cili tumbuk di dalam bekas bersama-sama limau nipis yang telah dipotong.
Cadangan Hidangan:
Ambil pinggan sederhana besar, letakkan spagetti, tuang kuah laksa, tabur bahan D dan letakkan sesudu sambal belacan serta picit 1 ulas limau nipis di atasnya. Sedia untuk dimakan.
Laksa Johor Pak Atan
Kiriman: Farina ahmad
BAHAN A
Setengah ekor ikan tenggiri atau 5 ekor ikan kembung
10 ekor udang basah (kecil)
BAHAN B
3 biji bawang besar
6 biji bawang putih
satu inci halia
satu inci lengkuas
5 batang serai
BAHAN-BAHAN LAIN
1 paket Spaghetti
satu mangkuk rempah kari
kerisik
2 atau 3 biji santan kelapa
asam keping
satu inci lengkuas
garam
serbuk perasa (jika mahu)
BAHAN TAMBAHAN
sengkuang
timun
taugeh
daun kesum
daun selasih
limau kasturi
lobak asin
sambal belacan
Cara:
Spaghetti direbus dan di toskan.
Untuk kuah laksa:
1. Rebus ikan dan udang bersama asam keping. Toskan ikan yang sudah direbus dan asingkan tulang. Kisar isi ikan dan udang menggunakan air rebusan tadi.
2. Kisar bahan B dan campurkan dengan serbuk kari. Tumis bahan tersebut dan masukkan asam keping. Setelah sudah naik minyak, masukkan santan. Kemudian masukkan isi ikan tadi dan air lebihan rebusan untuk mengurangkan kepekatan. Masukkan seinci lengkuas tanpa perlu dipotong. Tambah garam dan serbuk perasa. Setelah mendidih, masukkan kerisik. Biarkan mendidih dan perlu di kacau sekali sekala.
3. Hiris nipis sengkuang, timun, daun kesum dan daun selasih.
4. Belah dua limau kasturi
Laksa Johor Special
Kiriman: Ummi family's
Bahan-Bahan:
1 peket mee laksa (dicelur & ditoskan)
½ kilo ikan parang (direbus & diasingkan isi dan tulang, dikisar)
1 senduk minyak
Santan cair
Garam, serbuk perasa
BAHAN TABUR:
250gm taugeh (dibuang ekor & dicelur)
2 biji bawang besar (dihiris tipis)
2 biji timun (dibuang kulitnya & empulurnya,dihiris halus)
30gm daun kesum (digunting halus)
Sedikit lobak jeruk
5 biji limau kasturi (dipotong)
BAHAN GILING:
2 batang serai
2 ulas bawang putih
12 batang lada kering (direndam & ditoskan)
10 biji bawang merah
1 peket kerisik
1 senduk serbuk kari
1 batang kayu manis
BAHAN UNTUK SAMBAL:
Sedikit belacan yang telah dibakar
10 tangkai lada merah
Sedikit serbuk perasa
(dikisar bersama)
Cara:
1. Tuangkan minyak sesenduk kedalam periuk. Tumiskan bahan giling sehingga naik bau. 2. Masukkan santan, garam & serbuk perasa. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan ikan yang telah dikisar.Kemudian siap untuk dihidangkan.
Cadangan Hidangan:
MAsukkan Mee laksa kedalam mangkuk. Taburkan taugeh,limau kasturi,timun,daun kesum,bawang besar,lobak jeruk & sambal belacan. Tuangkan kuah diatasnya. Kemudian bolelah dihidangkan dan dinikmati bersama keluarga. SELAMAT MENCUBA!!!
Laksa Johor
Kiriman: Zuraina
Sumber: Elmie
Bahan-Bahan:
•Santan - 2 biji
•Ikan parang - ½ ekor (kurang sikit dari ½ ekor pun boleh....) - rebus,buang tulang dan tumbuk. Air rebus ikan jangan buang.
Bahan untuk dikisar:
•bawang merah (6 - 7 biji)
•bawang putih (3 biji
•halia ½ ibu jari),
•serai (2 btg),
•kunyit hidup sedikit
Bahan
•Cili giling - 2 sudu besar - campur dalam rencah blender kat atas ni.
•Rempah kari ikan - ½ peket kecil - campur sekali ngan rencah and cili giling
•Udang kering - 3 atau 4 sudu besar - ditumbuk
•Asam gelugur - 2 keping
•Lengkuas - ½ ibu jari - dititik
•Kerisik
•Garam
•Sedikit gula melaka
•Spaghetti – rebus sehingga al-dente
•Timun -hiris nipis
•Bawang merah besar - dihiris nipis
•Sambal belacan
•Daun selasih
•Taugeh kecil - cuci bersih jangan dicelur
•Limau kasturi - belah dua dan dibuang biji
Cara buat kuah:-
•Mula- mula masuk santan dalam periuk, masukan bahan yang dikisar, ikan tumbuk, udang kering, lengkuas dan asam gelugur.
•Masukkan satu mangkuk nasi air ikan rebus.
•Masak atas api sederhana. Masukkan garam dan sedikit gula melaka. Kacau selalu. Kalau rasa terlebih pedas dari lengkuas, angkat lengkuas dan buang. Janji ada semua rasa,cukup.
•Masukkan pula kerisik.
•Tengok kuah, kalau terlalu pekat masukkan lagi air ikan rebus.
•Kalau air rebusan tidak ada, air panas pun boleh. Kalau ikan & udang dah masak, tutup api.
Cadangan Hidangan:
Makan dengan timun hiris bulat, bawang besar hiris bulat, daun selasih (kalau tak ada ni, tak ada kick), taugeh hidup, dan akhir sekali jangan lupa sambal belacan dan limau kasturi. Pehhhh...terangkat….
Laksa Johor
oleh: DianaA
Bahan-bahan ( 15 orang )
# Bahan untuk Kuah Laksa #
750 gram ikan tenggiri, direbus dan ambil isinya
3/4 cawan rempah kari ikan
1/2 cawan kerisik
1 cawan air
2 kotak kecil santan KARA (2 biji santan kelapa)
4 batang serai, dititik
2 inci lengkuas, dititik
garam secukup rasa
serbuk perasa, jika suka
minyak untuk menumis
# Bahan untuk dikisar #
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
# Bahan untuk Sambal (Dikisar) #
20 biji cili padi thailand
6 -8 batang lada merah hidup
# Bahan untuk Hiasan #
2 kilo mee laksa, dicelur dan toskan
kerang rebus
fishcake
tahu kering
timun (kupas kulit, buang hatinya dan hiris halus)
tauge
daun kesum
Cara-cara
1. Isi ikan dikisar bersama air rebusan ikan dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik bersama rempah yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan kerisik, gaul rata. Masukkan pula rempah kari ikan dan 1 cawan air. Gaul hingga sebati.
4. Masukkan isi ikan yang telah dikisar. Masukkan pula santan, garam secukup rasa dan serbuk perasa jika suka.
5. Jika kuahnya agak pekat boleh tambah sedikit lagi air.
# Cara untuk menghidang Laksa #
1. Letak mee laksa dalam mangkuk, letakkan sedikit kerang rebus, fishcake, tahu kering dan tauge. Kemudian tuangkan kuahnya.
2. Hiaskan pula dengan timun, daun kesum dan sambal. Sedia untuk dimakan.
Laksa Johor Ori
oleh: freeda_3210
Bahan-bahan ( 12-15 orang )
1 paket sphagetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)
**Bahan A - (direbus dan dimesin - asingkan) **
Ikan kembong + ikan parang - 1 kilo (ikan parang optional)
udang basah 100gm
isi ikan kurau - 20 gram dibakar
1 1/2 paket kecil udang kering 50gm
**Bahan B (dimesin)**
bawang besar - 3 biji
cili kering - 15 tangkai
halia - 2 ibu jari
lengkuas - 2 ibu jari & kunyit hidup - 2 ibu jari
serai - 2 batang diketuk
asam keping - 2 keping
santan pekat 1 kotak / lebih
1 paket kerisik
1 paket kecil rempah kari
bawang putih -3/4 ulas
**Bahan Hias**
limau kasturi belah 2 dan buang biji
timun di racik halus
tauge buang ekor (segar)
jeruk chaipo (dihiris kasar / yang sudah siap cincang dalam paket)
bawang besar hiris halus
lada merah/lada hijau dihiris
Daun kesum / daun selasih / daun pudina diracik halus
Kicap kipas udang / kicap manis
**Sambal Belacan**
-lada merah 5/6 biji
-Belacan melaka - 30 gram dibakar
-Bawang Merah 1 biji kecil
Cara-cara
1. rebuskan ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan
2. **Penyediaan kuah** : Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi
3. Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit
4. masukkan ikan/udang/udang kering dan ikan kurau kering yang dimesin.
5. masukkan santan pekat diikuti dengan 2 mangkuk air dan masukkan asam keping
tambah garam dan gula untuk rasa
6. masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk
7. **Sambal belacan** : mesinkan semua bahan dan hidangkan
8. SELAMAT MENCUBA
Laksa Johor
Sumber : johordt.gov
Bahan-Bahan
- 1 paket sphagetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)
Bahan A - (direbus dan dikisar - asingkan)
- 1 kg Ikan kembung + ikan parang
- 100 gram udang segar
- 20 gram isi ikan kurau - dibakar
- 50 gram udang kering
Bahan B (dimesin)
- 3 biji bawang besar
- 15 tangkai cili kering
- 5 cm halia
- 5 cm lengkuas
- 2 batang serai
- 3 asam keping
- 300 ml santan
- 1 biji kelapa parut (dijadikan kerisik)
- 1 paket kecil rempah kari
- 3 atau 4 ulas bawang putih
Bahan Ulam
- limau kasturi belah 2 dan buang biji
- timun diracik halus
- taugeh dibuang ekor (segar)
- jeruk chaipo (dihiris kasar / yang sudah siap cincang dalam paket)
- bawang besar hiris halus
- lada merah/lada hijau dihiris
- kicap manis
Sambal belacan
- 5 biji lada merah
- 30 gram belacan bakar
- 1 biji bawang merah
- garam
Cara-cara
Rebuskan ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar (diasingkan tulang) dan kisar hingga halus bersama air rebusannya.
Penyediaan Kuah
- Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi
- Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit
- masukkan ikan, udang, udang kering dan ikan kurau kering yang dikisar.
- masukkan 2 mangkuk air.
- masukkan asam keping
- tambah garam dan gula secukup rasa
- masak sehingga pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 hingga 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan lama walaupun tidak disimpan di dalam peti sejuk.
Sambal Belacan
- mesinkan semua bahan dan hidangkan
Laksa Johor
Sumber : myselera
Bahan-bahan
1 bungkus spageti
500 gm ikan kerisi/parang
500 gm udang basah
300 gm ikan kurau kering - ditumbuk halus
4 sudu udang kering - yg sudah ditumbuk
3 sudu kerisik
1 biji kelapa - diambil santan
30 tangkai cili kering - dikisar
8 ulas bawang merah
2 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
1 sudu serbuk lada hitam
5 keping asam gelugur
sedikit daun pudina & daun kesum
3 btg serai dititik
sedikit minyak untuk menumis
Untuk dihidang bersama
Timun, tauge, kacang panjang, hirisan bawang besar, cili merah dan pudina.
Cara menyediakan spageti
Panaskan air dan biarkan mendidih sebelum dimasukkan spageti. Bila lembut dan hampir diangkat masukkan minyak di dalamnya. Toskan. Letakkan ramuan-ramuan laksa sebelum dituangkan kuahnya. Makan dengan sambal cili ( cili merah & belacan ditumbuk dan masukkan sedikit garam). Sedap dimakan ketika panas.
Cara menyediakan kuah
1. ikan direbus dan ditoskan airnya. Simpan airnya untuk dijadikan kuah.
2. Buangkan tulang dan masukkan ke dalam pengisar. Kisar halus.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah digiling. Tuangkan santanke dalamnya. Masukkan serai dan daun kesum.
4. Biar ia mendidih dan masukkan garam secukup rasa.
Laksa Johor
- sudipkayu -
# Bahan untuk Kuah Laksa
400 gram ikan mackerel dlm tin (carik yg dlm sunflower oil)
2 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu besar kerisik
1/2 cawan santan pekat
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
Air secukupnyer
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Bahan Kisar
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Secubit belacan
# Bahan untuk Sambal (Dikisar) #
6-7 biji cili padi thailand
1 inci Belacan
Air limau nipis secukupnyer
Bahan untuk Hiasan
500 gram spagetti (direbus mcm biasa)
Taugeh
Salad
Hirisan kcg panjang
Telur rebus
* ikut suka la...kat sini limited choice.
Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik bersama bahan kisar. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan kerisik, gaul rata. Masukkan pula rempah kari ikan dan 1 cawan air. Gaul hingga sebati.
3. Masukkan isi ikan yang telah dikisar. Masukkan pula santan dan garam secukup rasa.
4. Jika kuahnya agak pekat boleh tambah sedikit lagi air.
Cara nak makan pulak
Letak mee laksa dalam mangkuk, letakkan accessory atau bhn hiasan mengikut suka. Bubuh sambal belacan. Siramkan kuah...dan makan!!
LAKSA JOHOR
Hakcipta Terpelihara : Hana
bahan2:
1 paket speggetti .. direbus, toskan & gaul ngan margerin skit biar tak lekat..
6 ikan kembung..rebus, amik isi,blend & jgn buang air rebusannya..
6 bwg merah..kisar
2 bwg putih..kisar
skit lengkuas..kisar
skit halia..kisar
2 serai..kisar
1 paket kari Adabi..bancuh ngan air
skit asam jawa..bancuh ngan air
skit udang kering..tumbuk
12 cili kering..kisar
1 sudu ketumbar.. kisar
skit jintan.. kisar
1 biji kelapa..1/4 kerisik, 3/4 santan
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
1 ikat daun kesom
2 bunga kantan
bahan sampingan:
daun kesom
daun selasih.. rasanya kat KL susah nak cari..
kacang panjang diracik
timun dipotong membulat..
bawang besar dipotong membulat
taugeh
tauhu digoreng, dipotong kecil2
limau kasturi
sambal belacan.. ummpphhh.
caranya:
1. panaskan minyak dan tumis bahan2 yg dikisar tadi.
2. biar sampai naik wangi..
3. masukkan udang kering,rempah kari dan rebusan ikan tadi.
4. masukkan ikan yg dikisar tadi.
5. masukkan gula melaka, air asam jawa,kerisik, garam dan santan.
6. last sekali masukkan bunga kantan ngan daun kesom.
7. hidangkan speggeti bersama kuah dan bahan sampingan tadi...
8. kalau korang nak tambah pak aji.. leh..
LAKSA JOHOR
Sumber : NoorMasri
Bahan-bahan: Anggaran untuk 6-7 orang
500 g spaghetti- direbus hingga lembut.
500 g ikan selayang/parang }direbus
200 g udang basah- direbus }
100 g udang kering }
1 sudu besar ketumbar }
1/2 sudu besar jintan manis }
1/2 sudu kecil jintan putih } dikisar
2 cm halia }
1 cm lengkuas }
2 ulas bawang putih }
6 ulas bawang merah }
1-2 batang serai }
1 sudu besar kerisik
2 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar rempah kari ikan
1 biji kelapa - jadikan 5 cawan santan
garam secukup rasa
2 keping asam keping/gelugor
4 sudu besar minyak untuk menumis
Cara membuat kuahnya:
1. Rebus ikan seketika. Tapis tetapi air rebusan jangan dibuang. Ambil isi ikan dan kisar bersama udang basah & kering.
2. Panaskan minyak. Tumis semua bahan yang telah dikisar bersama cili kisar (kecuali ikan dan udang) dan rempah sehingga garing.
3. Masukkan santan, air rebusan ikan, kerisik, asam keping, ikan dan udang yang telah dikisar halus
4. Biarkan sehingga mendidih dan pecah minyak. Jika kuah terlalu pekat boleh tambahkan skit air.
5. Spaghetti direbus hingga lembut, toskan dan gaul dengan sedikit minyak untuk mengelakkan ianya melekat antara satu sama lain.
Bahan Ulam:
1 biji timun
1 kuntum bunga kantan
4 batang kacang panjang
4 biji limau kasturi
20 helai daun selasih
Sedikit daun kesum
200 g taugeh
Cara menyediakan ulam:
Timun, bunga kantan, daun kesum, daun selasih dan kacang panjang dipotong halus.
Taugeh dibuang ekor (jangan dicelur)
Limau kasturi dibelah 2.
Cara menghidang:
Letakkan spaghetti di dalam pinggan kemudian letakkan kuah, ulam dan ditambahkan dengan sambal belacan dan limau kasturi.
LAKSA JOHOR
Sumber : obiza
(Untuk 40 Orang)
Bahan A: Dikisar
3 kg ikan kembong - rebus dan ambil isi
3 inci ikan parang besar - rebus dan ambil isi (PILIHAN)
3 inci ikan kurau kering -bakar dan tumbuk (PILIHAN)
Bahan B: Dikisar
1 mangkuk udang basah - isi sahaja dan rebus
1 cawan udang kering - rendam
Bahan C: Dikisar
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 ulas bawang besar
10 biji lada merah basah
1 inci belacan - bakar
Bahan D: Dikisar
8 batang serai besar - potong kecil
4 inci halia besar - potong kecil
2 inci langkuas besar - potong kecil (PILIHAN)
Bahan E: Untuk ditumis
1 batang serai - dititik
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris kasar
Bahan lain:
2 senduk minyak masak - untuk menumis
1 mangkuk rempah kari ikan - rendam dahulu jika kering
3 biji kelapa - dapatkan LEBIH KURANG 2 periuk nasi santan cair
1 mangkuk kecil kerisik kelapa (KALAU LEBIH BANYAK LEBIH SEDAP)
2 sudu cili giling
1 sudu teh lada sulah
7 keping asam gelugor
1 genggam asam jawa diperah untuk ambil semangkuk air asam garam secukup rasa
Ajinomoto bungkusan RM 0.10 (PILIHAN)
Cara membuat kuah:
1. Panaskan minyak.
2. Tumiskan Bahan E hingga naik bau wangi.
3. Masukkan rempah kari dan terus tumiskan.
4. Bila bau tumisan sudah naik, masukkan bahan-bahan lain. (Bahan A, B, C, D, santan, kerisik, air asam jawa, asam gelugor, lada sulah, garam dan ajinomoto).
5. Apabila mendidih, kecilkan api dan biarkan kuah mereneh dengan perlahan sehingga naik minyak.
6. Keluarkan asam gelugor apabila kuah sudah cukup masam.
Bahan lain
3 paket Sphagetti (500 gm)
- didihkan satu periuk air yang dimasukkan sedikit garam (1 sudu untuk setiap paket).
- Apabila air mendidih, masukkan sphagetti dan didihkan sehingga sphagetti masak (warna mula putih dan putus apabila dipicit).
- Masukkan air sejuk sehingga sphagetti boleh dipegang.
- Tapis dan gulung sphagetti menjadi gegelung kecil yang dipanggil "cap".
- Susun cap sphagetti atas kain untuk mengelakkan dari melekat.
3 batang mentimun
- Buang kulit luar. Kerat melintang menjadi beberapa buku kecil.
- Potong secara keliling menjadi satu kepingan nipis yang panjang.
- Jangan ambil empulur.
- Gulung kepingan mentimun dan hiris secara melintang menjadi gegelung yang halus.
1/2 kilogram tauge
- Beli yang belum kena rendam dalam air.
- Buang ekor dan simpan. Basuh sebelum dihidang.
4 biji bawang besar - Belah dua. Hiris nipis secara melintang.
Jeruk Lobak
Sambal belacan (+limau)
Daun Kesum (PILIHAN)
Daun Selasih (PILIHAN)
Daun Pudina (PILIHAN)
Hal-hal lain
1. Kalau tidak ada ikan parang, ikan tenggiri boleh digunakan.
2. Cili basah boleh digantikan dengan cili boh.
3. Rempah atau kerisik boleh ditambah ketika memasak kuah.
4. Kuah menjadi lebih pekat dan sedap apabila direnehkan lama di atas api. Oleh itu jika kuah hendak digunakan untuk makan pukul 10.00 pagi, eloklah kuah mula ditumis pada malam sebelum itu dan direnehkan lebih sehingga naik minyak sebelum api ditutup.
LAKSA JOHOR
Bahan Utama
1 kg ikan kembung (direbus dan diambil isinya)
Bahan A
20 tangkai cili kering (dicelur) }
10 ulas bawang merah }
4 ulas bawang putih }
3 batang serai } dikisar
sedikit lada hitam }
3 cm lengkuas }
3 s/besar udang kering }
500 gm udang basah }
sedikit daun kesom
sedikit daun kemangi
Bahan B
3 s/besar gula melaka
1/4 cawan air asam jawa
1 peket spaghetti (direbus)
2 biji kelapa parut (diambil santan)
1/2 biji kelapa parut (dibuat kerisik)
garam secukup rasa
sedikit daun kesom
sedikit jus limau kasturi
sedikit sambal belacan
sedikit air rebusan udang
Cara Menyediakannya
1. Panaskan minyak di kuali kemudian tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi.
2. Masukkan kerisik, gula melaka, air asam jawa, garam, daun kesom, jus limau kasturi, sambal belacan, air rebusan udang dan santan ke dalam periuk tadi.
3. Didihkan.
4. Sajikan bersama bahan-bahan hiasan seperti timun, limau kasturi dan sambal belacan.
Laksa Johor
Sumber : Nutrition Society of Malaysia
Hidangan untuk 5 orang
Bahan-bahan
250 g (5 cawan) mee laksa/spaghetti
250 g (2 keping) ikan parang/tenggiri
125 ml (1/2 cawan) susu rendah lemak
60 ml (1/4 cawan) pati santan
15 g (1 sudu makan) kerisik
10 g (2 keping) asam keping
5 g (1 sudu teh) gula pasir
5 g (1 sudu teh) garam kasar
500 ml (2 cawan) air
Bahan-bahan (A) untuk digiling
100 g (1/3 cawan) udang basah, dibuang kulit
50 g (1/2 cawan) udang kering
50 g (1/2 biji) bawang besar
25 g (5 ulas) bawang merah
10 g (2 ulas) bawang putih
10 g (1 sm) halia
10 g (1 sm) lengkuas
60 g (2 batang) serai, dihiris halus
10 g (1 sm) kunyit hidup
30 g (1 bungkus) rempah kari ikan
Untuk Hiasan
300 g (1 biji) timun, dibuang kulit dan dihiris halus
150 g (1 batang) lobak merah, dihiris halus
100 g (1/2 cawan) kacang panjang, dipotong kecil
90 g (1 biji) bawang besar, dihiris bulat
30 g (2 biji) limau nipis, dipotong serong
250 g taugeh, dibuang ekor
daun kesom dan daun selasih, dihiris halus
1 mangkuk sambal belacan kulit limau nipis
Cara memasak
1. Giling bahan-bahan (A) sehingga lumat.
2. Siang dan cuci ikan dengan asam dan garam. Rebus ikan. Buang tulangnya dan giling isi hingga halus.
3. Masukkan bahan-bahan yang bercampur rempah tadi dan air rebusan ke dalam periuk. Jerang air atas api. Kacau rata dan biarkan sehingga garing dan naik baunya.
4. Masukkan susu rendah lemak dan setelah mendidih beberapa kali, masukkan pati santan dan asam keping.
5. Masukkan garam, gula dan kerisik. Kuah laksa ini elok dijerang lama sedikit supaya semuanya mesra dan agak pekat. Sambil dijerang kacau selalu.
6. Celurkan mee laksa di dalam air mendidih yang dibubuh sedikit garam. Setelah lembut, angkat dan cuci dengan air sejuk. Toskan segera.
7. Untuk menghidang, menuang kuah ke atas mee laksa, diikuti daun kesom, daun selasih, taugeh, timun, lobak merah dan kacang panjang. Jika suka, taburkan juga hirisan bawang. Boleh juga dimakan dengan sambal belacan dan perahan air limau nipis.
Laksa Johor Jelita
Sumber : Jelita Mac 1995
Bahan-bahannya
500 g spageti, direbus hingga lembut
1 biji timun, dihiris bulat
Daun kesum, dihiris halus
Tauge, dicelur
Sedikit cili merah dan belacan, dibuat sambak
Limau kasturi
Bahan-bahan kuah
Minyak untuk menumis
5 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
2.5 cm halia, dihiris
1 bungkus rempah kari ikan
1 mangkuk pati santan daripada sebiji kelapa
3 batang serai, dititik
2.5 cm lengkuas, dititik
1 hiris ikan parang, dipelah dua, dipanggang 3/4 masak dan dikisar
1 1/2 mangkuk santan cair
5 keping asam gelugur
200 g udang, direbus
50 sen udang kering
1/2 biji kelapa parut, dibuat kerisik
Garam secukupnya
Cara membuat kuahnya
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan kacau rata.
3. Masukkan pati santan, serai dan lengkuas. Biar kuah mendidih.
4. Masukkan isi ikan yang dikisar, kacau hingga sebati dan biar ia mendidih baru dimasukkan santan cair dan asam gelugur. Biar ia mendidih lagi baru dimasukkan udang, udang kering, kerisik dan garam. Masak hingga kuah pekat di atas api perlahan baru diangkat.
5. Hidangkan spageti bersama kuah dan bahan-bahan lain.
Laksa Johor Jati
Sumber : Mariam Yusof (mesra.net)
Kiriman : Mak Lang Azie
Bahan Kuah
500 gm ikan tenggiri(rebus ambil isi)
150 gm udang kering (rendam -mesin)
sekeping isi ikan kurau kering (bakar mesin)
20 biji bawang kecil
20 tangkai cili kering
10 biji bawang putih
1 inci halia
2 senduk kari ikan (adabi)
10 keping asam keping
1 biji kelapa (kerisik)
1 biji kelapa (ambil santan 10 cawan)
5 batang serai
2 inci lengkuas (ketuk)
1 paket sphageti (rebus 10 minit)
50 sen taugeh (mklang tak letak pun)
Daun selasih/kesom
Timun (buang isi/biji) racik halus
Limau kasturi
Lobak asin halus (tak letak pun)
Sambal belacan
Cara
1. Cili kering, bawang kecil dan bawang putih,serai, udang kering hendaklah dimesin dan diasingkan.
2. 1/2 cawan minyak di masukkan kedalam periuk dan tumiskan cili mesin,diiukuti dengan bawang. biarkan garing sedikit.
3. Bancuh serbuk kari dengan air dan masukkan kedalam tumisan tadi dan diikuti dengan isi ikan, udang serai, asam keping, kerisik, santan, isi ikan keriang dan jangan lupa rasa garam dan gulanya secukup rasa.masak sehingga semuanya sebati.
Laksa Johor
Kiriman : Mcik Pcik
Bahan-bahan
* 1 bungkus spageti
* 500 gm ikan kerisi/parang
* 500 gm udang basah
* 300 gm ikan kurau kering - ditumbuk halus
* 4 sudu udang kering - yg sudah ditumbuk
* 3 sudu kerisik
* 1 biji kelapa - diambil santan
* 30 tangkai cili kering - dikisar
* 8 ulas bawang merah
* 2 cm halia
* 2 cm lengkuas
* 2 cm kunyit hidup
* 1 sudu serbuk lada hitam
* 5 keping asam gelugur
* sedikit daun pudina & daun kesum
* 3 btg serai dititik
sedikit minyak untuk menumis
Untuk dihidang bersama
Timun, tauge, kacang panjang, hirisan bawang besar, cili merah dan pudina.
Cara menyediakan spageti
1. Panaskan air dan biarkan mendidih sebelum dimasukkan spageti. Bila lembut dan hampir diangkat masukkan minyak di dalamnya. Toskan.
2. Letakkan ramuan-ramuan laksa sebelum dituangkan kuahnya.
3. Makan dengan sambal cili ( cili merah & belacan ditumbuk dan masukkan sedikit garam). Sedap dimakan ketika panas.
Cara menyediakan kuah
* ikan direbus dan ditoskan airnya. Simpan airnya untuk dijadikan kuah.
* Buangkan tulang dan masukkan ke dalam pengisar. Kisar halus.
* Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah digiling. Tuangkan santanke dalamnya. Masukkan serai dan daun kesum.
* Biar ia mendidih dan masukkan garam secukup rasa.
Laksa Johor Halimah Halimah
Sumber : halimah halimah
Bahan A
500 gm ikan tenggiri (rebus atau panggang dan diblender)
200 gm udang hidup (rebus dan diblender)
Bahan B - diblender semua sekali
8 biji bawang kecil merah
4 biji bawang putih
1 in halia
3 batang serai
1 in lengkuas
10 - 15 biji cili kering
3 sudu besar ketumbar
2 sudu besar jintan manis
11/2 sudu besar jintan putih
(rempah kalau hendak senang gunakan sahaja rempah kari ikan)
Bahan C
2 tbsp kerisik
700 gm - 1000 gm santan
Spegetti 1 bungkus
Bahan D - Ulam-ulam
Timun - potong jgn ambil pulurnya
Daun Kesum - hiris
Kacang Panjang - hiris
Daun Salam - hiris
Bunga Kantan - hiris bagi wangi
Taugeh buang ekor
Limau Kasturi belah 2
Lobak masin hiris halus
Bahan E - sambal belacan biasalah membuatnya
Cara Membuatnya
1. Tumis bahan-bahan rempah hingga wangi, masukkan ikan & udang yang telah diblender tadi, masak hingga mendidih, kemudian masukkan santan tambah sedikit air ikut kecairan yang dikehendaki.
2. Ketika ini masukkan kerisik, garam, asam keping ikut suka atau nak masuk aji masokkan lah, masak lama dengan api perlahan biar rempah-rempah mesra.
3. Jerang air didalam periuk dan masukkan minyak dlm 4tbsp serta garam untuk merebus spegetti. Rebus spegetti hingga kembang, tapis dan basuh spegetti di air yang mengalir.
4. Gulung spegetti, jika melekat pd tangan, selalu basahkan tangan ketika menggulung.
5. Cara nak makan? biasalah ambil spegetti yang telah digulung tadi, taburkan ulam-ulam, tuangkan kuahnya dan akhir sekali sambal belacan. Sambal belacan ini yang akan menyedapkan selain kuah laksa itu sendiri.
Laksa Spaghetti
Sumber : Anjung Seri
Bahan-bahan
300 gm spaghetti
4 sudu besar minyak masak
70 gm udang kering, tumbuk kasar
5 cawan air
1 tin sup tomato
300 gm udang segar, buang kulit
1/2 cawan pati santan
garam dan gula secukup rasa
Kisar :
16 tangkai cili kering, rendam
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Hiasan :
2 biji telor rebus, belah 2
2 keping tauhu goreng, hiris
100 gm tauge, buang akar dan celur
2 biji tomato, hiris
daun bawang, daun sup, cincang
bawang merah goreng dan cili merah hiris
Cara Membuatnya
1. Masak pasta mengikut arahan pada bungkusan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai wangi.
3. Add in udang kering dan terus kacau sehingga garing.
4. Add in air, sup tomato, udang. Biar kuah di atas api perlahan selama 10 minit dan tambahkan santan, garam dan gula.
5. apabila kuah mendidih, padam api. Untuk menghidang, letak pasta dalam mangkuk, tuang kuah dan tabur bahan hiasan.
Laksa Johor
Sumber : lynnhassan
Bahan-bahan
200g isi ikan tenggiri
50g udang kering (I pakai yg jenis mahal ,selalu beli kat Perak, jenis mahal sekilo dlm RM35, tak masin sangat, kalau you all pakai udang kering biasa, kurangkan dlm 30g kot)
Ikan direbus, toskan, ambil isi ajer. Blend dengan 450ml air rebusan ikan dan udang kering
Bahan-bahan menumis
125g bawang merah kecil
30g bawang putih
10g lengkuas dititik
2 batang serai
2 bungkus serbuk kari ikan
850g santan
300g air (air + air rebusan ikan -kalau ada lebihlaaa)
50g kerisek
2 keping asam keping saiz sederhana
daun kesum (anggaran 10 batang, ambil daun ajer)
2 btg bunga kantan dipotong 2 atau 3 ikut suka
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
Cara membuatnya
-Panaskan minyak, tumiskan lengkuas yg dititik dan serai . Masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dikisar, sampai naik bau.
-Masukkan serbuk kari dan tumis lagi.
-Masukkan bancuhan isi ikan yg telah diblend dengan udang kering, gaul sehingga sebati
-Masukkan daun kesum, bunga kantan dan asam keping.
-Masukkan santan dan kacau lagi.Bila dah sebati, masukkan kerisek dan garam.Tuang 300g air agar tidak begitu pekat, sedikit demi sedikit. Masak kesemua bahan sehingga betul2 masak.
-Hidangkan dengan timun, bawang besar yg dihiris, sambal belacan, limau kasturi, tauge mentah dan lobak hancur.
-spagetti direbus dengan air yg diletakkan 1 tbsp garam. Masak sehingga betul2 kembang...toskan. Lalukan bekas tos dlm air masak, goyang2 untuk membasuh. Tos lagi...****
-Kalau nak pedas sikit, waktu menumis bolehlaa letak cili boh, I tak suka pedas sebab sambal belacan dah pedas.....
-Kalau kuah pekat sangat, boleh diadjust dengan santan cair..I suka pekat2
-Sometimes, bila blend isi ikan tu..I letak 1/2 inci isi ikan tenggiri masin
LAKSA JOHOR
Sumber: Chef Wan
Kiriman: Nursara4
Bahan Utama
1 kg ikan kembung (direbus dan diambil isinya)
Bahan A
20 tangkai cili kering (dicelur) }
10 ulas bawang merah }
4 ulas bawang putih }
3 batang serai } dikisar
sedikit lada hitam }
3 cm lengkuas }
3 s/besar udang kering }
500 gm udang basah }
sedikit daun kesom
sedikit daun kemangi
Bahan B
3 s/besar gula melaka
1/4 cawan air asam jawa
1 peket spaghetti (direbus)
2 biji kelapa parut (diambil santan)
1/2 biji kelapa parut (dibuat kerisik)
garam secukup rasa
sedikit daun kesom
sedikit jus limau kasturi
sedikit sambal belacan
sedikit air rebusan udang
Cara Menyediakannya
1. Panaskan minyak di kuali kemudian tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi.
2. Masukkan kerisik, gula melaka, air asam jawa, garam, daun kesom, jus limau kasturi, sambal belacan, air rebusan udang dan santan ke dalam periuk tadi.
3. Didihkan.
4. Sajikan bersama bahan-bahan hiasan seperti timun, limau kasturi dan sambal belacan.
laksa johor
[ninoZ]
Bahan-bahan
spaggethi[guna Honig the best] - celur, toskan n gaul sket dgn minyak or butter
ikan parang +ikan kembung - rebus, deboned n kisar
isi ikan kurau kering - bakar pastu kisar halus
udang kering - rendam then kisar halus
dikisar halus A:
bwg merah
garlic
cili kering - seeded, rendam then toskan
sedikit garam
dikisar halus B:
serai
lengkuas
halia
ketumbar biji - rendam n toskan
sedikit jintan manis
rempah kari - bancuh dgn sedikit air jadikan paste
kelapa - cungkl isi pastu hiris nipis2 then bakar@cungkil then salai dulu pastu hiris kecik then di kisar halus [or gantikan dgn kerisik :D]
santan sket
asam keping/asam jawa
garam gula secukup rasa [preferably gula melaka]
daun kesom
bunga kantan
Cara-cara:
1. panaskan minyak..tumis bahan A hinggga naik bau then masukkan bahan B n kacau lagi hingga naik bau..then baru masukkan rempah kari.. masak sampai hilang bau rempah dia..
2. then masukkan isi ikan, udang kering, ikan kering, kelapa bakar, asam keping, daun kesum n bunga kantan..masak api perlahan.. biar merenih then masukkan santan..renih lagi bior lama sket
3. kalau pekat sgt..tambah je santan pemancar atau air
4. dekat2 nak masak..perisakan garam gula secukup rasa..[kalau buh awal2 karang termasin lak.. nayaaa]
5. siap kuah laksa johor
bhn garnish:
daun kesum - mayang halus
daun selasih - mayang halus [yg ni kalau tak dak..me tak buat laaa laksa johor]
kacang panjang - hirs halus
timun - pare bulat pastu hiris nipis
taugeh - buang ekor
lobak asin - rendam kejap then toskan n cincang halus
sambal belacan
limau kasturi
bwg besor kuning - potong bulat nipis2
Laksa Johor kegemaran Nash
Sumber : mStar Online
Ramuan:
600 gm isi ikan tenggiri (direbus & dikisar)
2 liter air rebusan ikan
1 sudu besar pes udang
1 sudu kecil cili kisar
2 batang bunga kantan
2 tangakai daun kesum
2 keping asam gelugur
4 ulas bawang merah (dikisar)
Sedikit halia (dikisar)
600 gm laksa (direbus)
1 biji timun (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 tangkai daun salad (dihiris)
1 batang bunga kantan (dihiris)
1 tangkai daun kesum (dihiris)
Cara:
Masukkan semua bahan kuah ke dalam periuk. Masak hingga mendidih & kuahnya pekat. Masukkan laksa ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Kemudian bubuhkan sayur-sayuran.
Laksa Johor Kak Mie
Kiriman : pakupakis
Bahan-bahan:
300gm spagetti(rebus dan simpul)
4 keping isi ikan tenggiri tanpa tulang(sederhana saiz)@ 1 kilo(parang,tenggiri,kembung)
2 cawan santan@ 1 tin stn segera
1 bungkus kecil rempah kari ikan
200gm kerisik
2-3 keping asam keping
garam gula secukup rasa
Bahan kisar:
150 gm bawang merah/besar
50 gm bawang putih
1 cm halia
50 gm lengkuas
2 batang serai
100gm udang kering
2-3 s/besar cili kering paste
Caranya:
1)Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2)Masukkan serbuk kari paste
3)Masukkan isi ikan sehingga mendidih then santan,asam keping dan akhir sekali kerisek.
4)Cukupkan rasa garam gulanya dan biarkan agak pekat kuahnya baru sedap.
Dressingnya:
Timun potong halus
Bawang besar(hiris tipis)
Daun kesum(hiris halus)
Limau kasturi
tauge
sambal belacan{cili besar,belacan,garam &gula)
No comments:
Post a Comment