- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Monday, January 5, 2009

Pizza

I love pizza. Ingat pizza, ingat pizza hut. Previously, once a month my husband & i went to pizza hut to eat pizza. Our choice is surely hawaiian chicken pizza bcoz' we love chicken & since my husband didn't eat vege, pineapple suits him very well.
I've seen a lot of ways & recipes how to make pizza but still i've no 'keberanian' to make pizza. May be someday will be....So herewith i attached a few of recipes that have catch up my eyes....jom jamu mata...


Piza
Oleh Chef Lina

Bahan Doh
250 gm tepung roti
1/2 sudu teh gula kastor
1/2 sudu kecil garam
2 sudu teh mentega
1/2 sudu kecil bread softner
1/2 sudu kecil bread improver
5 gm yis segera
125 ml air suam

Bahan Sos
2 sudu teh minyak
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1 labu bawang besar - didadu
400 gm tomato dalam tin - dikisar
300 ml air
2 sudu teh puri tomato
1 kiub stok daging (jika suka)

Bahan Atas
1 sudu teh minyak
100 gm ayam cincang
4 batang sosej - dihiris nipis
3 keping nanas dalam tin - didadu
1 sudu teh oregano kering
100 gm keju mozarella - diparut

Cara membuat
1. Untuk sos : Panaskan minyak, tumis bawang putih & bawang besar.
2. Bila wangi, masukkan semua bahan lain. Kacau sekali-sekala hingga mendidih. Perlahankan api & renihkan hingga pekat. Biar sejuk.
3. Untuk doh : Gaulkan tepung roti dengan lima bahan seterusnya.
4. Bila sebati, masukkan yis & kacau rata-rata.
5. Tuangkan sedikit demi sedikit air suam hingga menjadi doh.
6. Uli 10 minit. Letakkan doh dalam mangkuk yang dilengser minyak.
7. Tutup dengan tuala & biarkan di tempat hangat sehingga naik 2 kali ganda.
8. Bahagikan & canai setebal 6 mm.
9. Untuk bahan atas : Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak. Masukkan sosej. Kacau 2 minit & angkat.
10. Ratakan bahan sos, kemudian taburkan dengan campuran ayam, sosej, nenas, oregano & keju.
11. Bakar pada 200 darjah Celsius selama 30 hingga 35 minit atau hingga masak.

Nota :
1. Jangan gunakan air panas kerana fungsi yis akan terbantut. Hanya gunakan air suam. Namun begitu, jika anda menguli dengan mesin, lebih sesuai menggunakan air sejuk. Ini kerana kepanasan doh meningkat dengan sendirinya bila diuli dengan mesin dalam jangka masa yang agak lama.
2. Doh mesti diletak di tempat hangat supaya mudah kembang. Tempat paling baik adalah di dalam kereta yang diletakkan di bawah matahari terik.
3. Cara lain ialah menyediakan bekas besar atau periuk pengukus berisi air mendidih. Letak mangkuk berisi doh dengan penutup tuala. Kemudian tutup pengukus itu dan biarkan.
4. Untuk menjimatkan masa, boleh gunakan sos piza di dalam botol. Jika tidak cukup masa, campurkan sos tomato dan sos cili. Kemudian sapukan di atas doh piza.
5. Bagi yang tidak mempunyai masa atau kesabaran untuk menguli doh piza sendiri, boleh gunakan roti pitta


PIZZA TERENGGANU

Bahan-Bahan (1 biji pizza)

Kulit Pizza
250 gram Tepung Gandum
5 gram (1/2 packet kecil) Yis Segera
3/4 cawan Air
1 sudu teh Garam
1 sudu teh Gula
1 sudu makan Susu tepung
1 sudu makan Minyak makan

Inti (Topping) Pizza
2 sudu makan Minyak makan
4 sudu makan Tomato sos (jika suka pedas guna sos cili)
2 batang Sosej ayam (boleh ganti tuna, sardin, ayam dll)
1/4 cawan Sayur capur (boleh ganti lain-lain sayur kesukaan anda)
100-250 gram Keju berparut

Cara-Cara
1. Oven dipanaskan dahulu pada suhu 220-230 darjah C (400-440 darjah F)
2. Larutkan yis dan gula kedalam air suam hingga naik bueh halus
3. Masukkan larutan yis kedalam tepung gandum dan masukkan garam, minyak makan dan susu
4. Uli adunan hingga sebati (tidak melekat)
5. Perap adunan hingga naik kepada saiz 2 kali ganda
6. Canai adunan supaya boleh dimasukkan kedalam acuan pembakar (bergaris pusat 10-12 inci)
7. Sapukan permukaan adunan dengan minyak makan dan sos tomato. Lapiskan dengan sayur campur dan sausage yang telah dipotong kecil dan lapiskan dengan keju berparut.
8. Peramkan adunan pizza hingga 30 minit
9. Bakar pizza dalam oven selama 25 hingga 30 minit

Pizza Senang
posted by Ogyrosli

Bahan:
2 pcs pizza base (beli yg frozen, malas nak menguli)
1 botol kecil Leggo's Tomato Puree
1/2 pkt cheese (shredded cheese, lupa nama but sold in a green plastic packet)
3 pcs dada ayam, potong kecil-kecil
1/2 pkt chicken sausages
1/2 cup nenas masak (cut to small cubes)
1/2 capsicum merah
1/2 capsicum hijau
1 biji bawang besar (yg warna putih), potong-potong
1 biji bawang besar (yg warna putih), hiris
sedikit oregano
sedikit basil
garam secukup rasa
olive oil utk menumis (minyak biasa pun boleh)

Cara:
1. Panaskan sedikit olive oil. Masukkan bawang besar. Kacau sebentar dan masukkan ayam. Masak hingga ayam empuk. Masukkan chicken sausage dan goreng hingga masak. Masukkan garam dan rasa. Tutup api.
2. Sapukan tomato puree atas pizza base. Sapu rata ye. Sapuan yang tebal.
3. Taburkan cheese. Taburkan oregano dan basil
4. Letakkan ayam dan sausage yang dah masak tu.
5. Tabur lagi cheese.
6. Taburkan nenas, capsicum dan bawang.
7. Tabur lagi cheese, oregano dan basil
8. Bakar dalam oven selama lebih kurang 7 minit.
9. Selamat mencuba.


Hawaiian Pizza
Kiriman : damiacyan

bahan-bahan
200 gram tepung highprotein (tepung buat roti)
125 ml air suam
1 s/k yis segera
1 s/b marjerin
1 s/k gula
1 s/k susu tepung (optional)- amik susu tepung damia sikit hehehe ..: )..
sedikit oregano

Topping
nenas, bwng besar, tomoto hiris, sos tomato, Hirisan ayam yang telah digoreng dgn sedikit minyak dan lada sulah. mozarella cheese.

cara-cara:
masukkan semua bahan dlm mangkuk adunan, kemudian uli hingga licin anggaran 15 minit, pastu perap dlm 1 jam gurai, ataupun hingga doh naik 2 kali ganda, then baru letak toping or ape je yang anda suke..letak cheese n sos tomato byk2 pun takpe baru best..bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25 minit or hingga keperangan, makan panas-panas dan doh ni leh buat dlm 2 biji pizza saiz sederhana. selamat mencuba..


Home made pizza
oleh: tulip77

Bahan-bahan ( loyang 11" )

** Untuk doh pizza **
200g / 2 cawan tepung gandum
20g / 2 st yis segera
3g / 1/2 st garam
5g / 1 st gula
10g / 2sb minyak sayuran atau minyak zaitun
1/2 cwn air suam untuk menguli

** Untuk sos pizza **
1 labu bawang besar - cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 biji tomato - cincang halus
2 sb minyak masak
3 sb tomato puri
2 sb sos tomato
3/4 st gula
1 st oregano
garam & gula

** Untuk Topping **
Udang, sosej, daging ayam, daging lembu
Lada benggala hijau atau merah, tomato
Cendawan butang, bawang besar, nenas
Keju untuk pizza

Cara-cara
** Untuk doh pizza **
1. Campur tepung gandum,yis,garam,gula dan minyak dalam mangkuk besar. Gaul rata. Masuk air suam sikit2 dan uli hingga jadi doh lembut & tidak lekat di tangan.
2. Sukatan air bergantung pada tepung gandum yang digunakan, agak2 supaya doh tidak melekat di tangan. Masuk doh dalam bekas besar yang telah disapu sedikit minyak.Tutup bekas dgn plastik cling.
3. Letakkan mangkuk dalam tempat yang panas selama 60minit supaya doh naik sekali ganda.
4. Minyakkan acuan pizza atau loyang yang nak digunakan. Canai doh menjadi bulat setebal 2cm. Masuk doh dalam loyang hingga menutupi loyang. Biarkan sebentar 10minit supaya kembang sedikit.
5. Cucuk adunan dengan garpu supaya tak gelembung semasa membakarnya. Kemudian bolehlah disapu permukaannya dengan sos pizza.
6. Parutkan 1/3 keju. Taburkan pula sayur,daging atau ayam serta bahan2 lain mengikut selera sendiri. Akhir sekali taburkan baki keju tadi.
7. Bakar selama 25-30minit pada suhu 200 degree.

** Untuk sos pizza **
1. Tumis bawang hingga naik bau. Masuk bahan2 yang lain. Masak sampai agak pekat. Tutup api & sejukkan sebentar.


pizza daging lembu
oleh: haiza hailam

Bahan-bahan ( sesiapa boleh makan )
200 gm tepung gandum
sedikit garam
1 sudu kecil yis kering
125 ml air

bahan-bahan untuk topping:-
daging lembu setin
mixed vegetables
lobak diparut sikit
sos tomato
sedikit garam

Cara-cara
1. bahan-bahan untuk kulit piza dicampur dan diuli sehingga sebati. Biarkan selama 45- 60 minit. Tutup doh tersebut dgn kain yg lembab.
2. canai doh tersebut setebal 0.5 cm. cucuk dengan garfu keseluruhan doh tersebut. Bakar pada suhu 200 darjah selama 12-15 minit.
3. Untuk topping:daging lembu dimasak dengan mixed vegetables,lobak dan bubuh sedikit garam.
4. Sapu sos tomato kat kulit piza.Taburkan daging lembu bercampur mixed vegetables tadi di atas kulit piza.
5. Masukkan piza ke dalam oven sekali lagi,bakar pada suhu 200 darjah kira-kira 8 minit.


PIZZA MADU ISTIMEWA
Sumber : familiazam

Hidangan untuk: 8 orang

Bahan untuk doh Piza:
250 gm tepung berprotin tinggi
15 gm yis segera
1 camca teh gula
125 ml air suam
2 camca besar minyak

Bahan lain:
500 gm hirisan daging ayam
1 peket tumisan ayam madu maggi
1/2 cawan sos tomato maggi
1 camca besar oregano
2 labu besar bawang besar, dihiris
1 biji timun, dihiris
1 biji cili merah, dihiris
150 gm parutan keju mozzarela

Cara-cara membuatnya:
1. Campurkan bahan doh pizza.
2. Uli doh hingga lembut dan tidak melekat pada jari.
3. Letakkan doh pada mangkuk yang telah disapu sedikit minyak dan tutup dengan kain lembab supaya ia naik.
4. Bila doh telah naik 2 kali ganda, uli lagi selama 5 minit.
5. Canai doh setebal 1 cm dan terap dengan acuan bulat berukuran 9 cm.
6. Letak diatas tin pembakar dan cucuk permukaan dengan garpu; ketepikan.
7. Sementara itu gaul daging ayam dengan tumisan maggi.
8. Sapukan sos maggi keatas pizza dan tabur oregano.
9. Susun campuran ayam, letak sayuran diatasnya dan tabur keju mozzarela.
10. Bakar dalam ketuhar bersuhu 200 darjah C selama 15-20 minit hingga keju cair.
11. Keluarkan dari ketuhar dan hidangkan segera.


Pizza
kiriman : fazizaid

Ingredients:
1 1/3 cup Warm water (105F)
1/4 cup Non-fat dry milk
1/2 teaspoon Salt
4 cups Flour
1 tablespoon Sugar
1 pk. Dry yeast
2 tablespoons Vegetable oil (for dough)
9 ounces Vegetable oil (3 oz. per pan)
Butter flavored Pam

***Sauce: ***
1 (8 Ounce) Can Tomato Sauce
1 teaspoon Dry Oregano
1/2 teaspoon Marjoram
1/2 teaspoon Dry Basil (fresh basil for an authentic Italian taste thanks Debbie)
1/2 teaspoon Garlic salt

Method:
Put yeast, sugar, salt, and dry milk in a large (2 qt.) bowl. Add water and stir to mix well. Allow to sit for two minutes. Add oil and stir again. Add flour and stir until dough forms and flour is absorbed. Turn out on to a flat surface and knead for about 10 minutes. Divide dough into three balls. In three 9" cake pans, put 3 Oz. of oil in each making sure it is spread evenly. Using a rolling pin, roll out each dough ball to about a 9" circle. Place in cake pans. Spray the outer edge of dough with Pam. Cover with a plate. Place in warm area and allow to rise for 1 to 1 1/2 hours.

Sauce:
Combine ingredients and let sit for 1 hour.

For Each Nine Inch Pizza:
1. Preheat oven to 475F
2. Spoon 1/3 cup sauce on dough and spread to within 1" of edge.
3. Distribute 1 1/2 Oz. shredded mozzarella cheese on sauce.
4. Place toppings of your choice in this order: Pepperoni or Ham Vegetables Meats (cooked ground sausage or beef)
5. Top with 3 Oz. mozzarella cheese
6. Cook until cheese is bubbling and outer crust is brown


PIZZA DAGING
- Kak Liza -

Bahan A
500 tepung roti
1 paket yeast mauripan
2 s/b gula
1 s/k garam
1 biji telur

Bahan B
3 s/b majerin/shorterning
250 ml air

cara:
1. Gaul rata semua bahan A sehingga sama rata.
2. Masukkan air dan uli sehingga sebati.
3. Masukkan majerin dan uli lagi sehingga menjadi doh yg lembut [anggaran 10 minit]
4. Bahagikan adunan pada 4 doh besar dan leperkan .
5. Biarkan adunan naik sedikit (lebih kurang 15 minit) dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan 180 C selama 10 minit.
6. Keluarkan dan taburkan bahan yang disediakan...ikut pilihan yang disukai.
7. Bakar lagi sehingga nampak keju mozzarella cair.

INTI PIZZA

bahan
400 gm daging kisar [peroikan daging dan toskan]
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji capsicum kecil
3 keping nanas -
1 cawan cendawan butang [belah 4]
2 biji tomato
100 gm parutan keju mozzarella
1 s/b minyak
3 s/b cili sos [jika nak pedas..tambahkan cili mesin]
1 cawan tomato sos
1 s/k serbuk daun aregano
garam

cara
1. Potong dadu semua bahan.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
3. Masukkan daging kisar dan tambahkan garam serta daun aregano, tomato sos dan cili sos.
4. Kacau hingga daging empuk. Biarkan sehingga pekat.
5. Ratakan inti atas doh yang sudah di sapukan tomato sos.
6. Aturkan tomato, capsicum, cendawan, nanas dan sedikit keju di atas ayam.
7. Bakar hingga masak dalam suhu 180'C
8. Taburkan lebihan keju dan bakar sekejap hingga keju cair
9. Hidangkan.

NOTA:
sekiranya mahukan inti lain boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa sendiri.
antaranya rendang daging..sambal udang..sambal sardin dan sebagainya...


PIZZA ROTI
- Kak Madiha -

Bahan2
6 keping roti
6 sosej ayam/daging - direbus dan potong serong
1/4 cili capsicum - potong dadu
(boleh tambah lain2 sayuran spt mixed vege - rebus dulu, atau apa2 sayuran yg sesuai)
3 biji telur - campur garam sikit dan buat scrambled
(kita tambah inti daging yg kita guna utk cara berlauk hari tu - kalau takde ni pun takper..)
mozarella cheese secukupnya
sos cili secukupnya
butter secukupnya

Cara2
Sapukan roti dengan butter. Kemudian sapukan sos cili. Aturkan sosej atas roti. Taburkan inti daging cincang, cili capsicum dan scramble egg. Kemudian last.. taburkan mozarella cheese. Bakar dlm ketuhar sehingga cheese mencair dan roti nampak sedikit garing. Hidang semasa panas.


PIZZA BASE (Nurul_Anati)
(from fp MamaFaMi)
Kiriman : Kak Madiha

Ingredients (A)
1 kg high protein flour
8 tablespoons milk powder
2 tablespoons sugar
1 teaspoon shortening
1 teaspoon dough softener
a pinch of salt

Ingredients (B)
2 tablespoons instant dry yeast
400ml water (boiled and cooled)
120ml luke warm water
100ml cooking oil
2 tablespoons castor sugar

Method :
1. Mix well ingredients (A)
2. In a small bowl, mix yeast and cooled water. Add in the lukewarm water and castor sugar. Stir till sugar dissolves and set aside until frothy.
3. Pour the yeast mixture into (A) and knead till soft and smooth dough is formed.
4. Divide the dough into 8 balls. Cover with damp cloth. Leave for about 25 - 30 minutes or till doubled the size.
5. Roll flat and place on a greased (with oil) pizza pan.
6. Lightly prick the dough with a fork.
7. Spread the sauce and put the toppings.
8. Bake in a preheated oven at 180 celcius till done.

The sauce

Ingredients :
4 Fresh tomatoes ~ diced - (MaDiHa guna 2 biji yang besar)
1 Onion ~ diced
2 Garlics ~ crushed
8 pcs chicken frankfurther - sliced (ini MaDiHa tambah)
300 gram chicken fillet cut into cube (ini MaDiHa tambah)
1 pcs capsicum - cut into cube(ini MaDiHa tambah)
1 can button mushroom - sliced (Ini MaDiHa tambah)
3 tablespoons tomato sauce
4 tablespoons chili sauce (MaDiHa tambah)
1/2 teaspoon celery salt (guna garam biasa)
a bit of dried sweet basil - (MaDiHa tak bubuh takde stok)
a bit of dried oregano
a bit of sugar
Olive oil (MaDiHa guna sunflower oil)

Method :
1. Heat olive oil and put in the garlic till fragrant.
2. Add in the diced onion. Saute till soft.
3. Add chicken & frankfurther.
4. Add diced tomatoes and stir. Add a litthe of water.
5. Add tomato sauce, sugar, celery salt, sweet basil and oregano.
6. Cook till the sauce is thick.

Note :
MaDiHa buat 750 gram tepung sahaja dan dapat 3 biji pizza bersaiz besar... masa nak sediakan pizza tu.. sapukan sedikit sos cili & sos tomato pada doh yg sudah dicanai dlm pan (kita guna loyang biasa saja) kemudian bubuhkan sos yg dimasak tadi.. dan aturkan cil capsicum dan taburkan cheese. sepatutnya menggunakan mozarella cheese.. tp kita guna cheese slice sebab mozarella takde stok kat rumah.. malas nak gi beli


PIZZA ROLL BUN
Kiriman : Mat Gebu

Bahan Doh:-
120 ml air
250 g tepung roti
40 g gula halus
40 g mentega
30 g telur
10 g susu tepung
1 camca teh yis
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
1/2 cawan parutan keju cheddar
Secubit garam

Bahan Inti:-
1 batang sosej ayam berlada hitam "Ayamas", belah 4 dan hiris nipis2
1/2 biji lada benggala hijau, didadu kecil2
5 biji black olive, hiris nipis2
1 camca teh jeruk capers
1 cawan parutan keju mozarella
1 cawan sos tomato (resipi di bawah)
Sedikit parutan keju mozarella*
3 biji black olive, hiris nipis*
Sos tomato*(*untuk hiasan)

Bahan Sos Tomato:-
1 tin plum tomato dalam tin, diramas
1 biji bawang besar, didadu halus
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar tomato puree
2 helai daun bay
1 camca teh Oregano
1 camca teh gula
Secubit garam
3 camca besar minyak zaitun (olive oil)

Cara membuatnya:-
1. UNTUK DOH:- Satukan semua bahan dalam satu bekas, kecuali mentega, gaul rata dan uli hingga menjadi doh. Gaulkan mentega sedikit demi sedikit sambil diuli hingga mendapat doh yang lembut, anjal dan licin. Bulat2kan doh dan letak dalam satu bekas, tutup permukaan bekas dgn plastic cling dan biar doh rehat 1 jam hingga naik gebu sekali ganda. KAEDAH LAIN:- Satukan semua bahan2 dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan on kan. Biar sampai doh siap.

2. UNTUK SOS:- Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, bila bawang lembut, masukkan daun bay dan tomato puree. Masak hingga terbit minyak. Tuang plum tomato yang diramas tadi, masukkan oregano, garam dan gula. Kacau rata dan masak hingga sos pekat sedikit. Ketepikan untuk kegunaan kemudian.

3. UNTUK PIZZA ROLL BUN:- Keluarkan doh dari mangkuk, uli 5 minit dan canai empat persegi berukuran kurang lebih ( 14 x 12 ) inci. Tuang sos tomato dan ratakan, tabur hirisan sosej, lada benggala hijau, black olive, jeruk capers dan keju mozarella. Gulung seperti kita membuat swissroll. Kemaskan hujungnya. Potong kepada 10 bahagian sama besar dan alihkan ke dalam bekas sesuai (mat guna paper cup berdiameter 5 inci). Biar lagi 40 minit hingga naik gebu. Tabur sedikit keju, hirisan black olive dan sedikit sos tomato pada setiap potongan. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 10 - 12 minit. Boleh dihidangkan panas bersama sos cili atau mayonies...Selamat mancuba.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).