- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Tuesday, January 6, 2009

Kerang Masak Lemak

I've no idea how to cook when it comes to kerang. The only things that came to my mind are kerang rebus, kerang bakar, rendang kerang & sambal kerang. That's why i rarely bought kerang bcoz' of its cooking method limitness.
Last time i cooked lala masak lemak cili padi. I asked my husband whether we can cook the same dish using kerang but my husband said he never ate it & he thinks that it won't taste that good.
So yesterday i tried looking for the recipe of kerang masak lemak cili api & i managed to find a few. Some take off the shell & others didn't. But since i'm too lazy to take off the shell, i instantly put the kerang with its shell in the pot to make kerang masak lemak cili api & the taste was good. I can't wait to cook this again to my husband since he's not home yesterday.

Kerang Masak Lemak Cili Api
- My Own Recipe -

Bahan-bahan
I/2 kilo kerang - dibersihkan
10 biji cili api - ikut citarasa
1 inci kunyit
1 keping asam keping
Garam
Serbuk perasa
2 biji ubi keledek - dikupas kulit
1 batang serai - dititik
1 mangkuk santan

Cara-cara
1. Masukkan santan ke dalam periuk bersama cili api & kunyit yang telah ditumbuk, asam keping, serai & kerang. Kacau.
2. Masukkan ubi keledek yang telah dikupas kulitnya.
3. Akhir sekali masukkan garam & serbuk perasa secukup rasa.
4. Sedia untuk dihidangkan.



Kerang masak lomak
oleh: waheeda

Bahan-bahan ( 4 org )
cili padi ikut nak pedas
kunyit 1 inci
serai 2 btng
* bahan2 diatas dikisar
4 btng kacang panjang
1 mangkuk santan dari 1 biji kelapa
garam dan ajinomoto secukup rasa

Cara-cara
1. bersih kan kerang masuk kan santan dan bahan kisar kemudian masak sambil dikacau.
2. last sekali masukkan kacang dah siap hidang kan panas2 sodap....


Kerang Lemak Kuning
Kiriman: aisyasofea
Sumber: resipi sendiri (masakan ibu)

Bahan-Bahan:
2 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
sedikit halia (dihiris)
1 kilo kerang (direbus dan dikopek)
santan pekat dan santan cair (dari 1 biji kelapa)
3 biji ubi kentang
2 batang serai (diketuk)
garam
ajinomoto
sedikit minyak untuk menumis

Cara:
1. tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
2. masukkan serai. Tumis sehingga bawang kekuningan.
3. masukkan santan beserta garam dan ajinomoto.
4. masukkan ubi kentang.
5. setelah ubi kentang empuk masukkan kerang.
6. kacau kuah di permukaan sahaja supaya kuah tidak berketul.



Kerang Masak Lemak Serai Pedas
Sumber : rinchan
Kiriman : maklang

Bahan-bahan:
1 kg kerang, direbus dan dikeluarkan isinya
7 batang serai dan 1 in lengkuas, dikisar
1 biji bwg besar, 3 biji bwg putih, dikisar
1 inci halis diketuk
Cilipadi dikisar, ikut suka kepedasannya
Sedikit serbuk kunyit
1/2 mangkuk santan pekat
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
Daun kunyit, dipotong kasar

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar dan halia.
2. Bila dah naik minyak dan agak masak, masukkan kerang dan serbuk kunyit. Kacau sekadar mesra kerang dan bahan2 tumis tadi.
3. Tuang santan dan masukkan asam gelugur.
4. Perasakan dengan garam dan gula. Masak sehingga kuah agak pekat.
5. Masukkan daun kunyit. Kacau sebentar dan angkat.

Nota maklang : takder daun kunyit, letak daun limau purut pun takper..hiris halus jer.



KERANG MASAK SERAI
Sumber : sklaloh.kelantan.edu.my

Bahan-bahan
2 kg kerang direbus - ambil isi
1/2 kg santan pekat
2 sudu makan kerisik
4 batang serai - dipotong nipis
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
7 biji cili padi
7 tangkai cili kering
1 sudu besar ketumbar(rempah biji)
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
2 keping asam keping
garam secukup rasa

Cara :
1. mesin halus bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, cili kering, ketumbar, jintan putih & jintan manis.
2. panaskan minyak & tumis bahan dimesin tadi hingga wangi.
3. masukkan kerang & santan.
4. apabila mendidih masukkan serai & asam keping serta garam secukup rasa.
5. biar pekat baru angkat.
6. boleh dimakan dengan nasi ataupun ketupat.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).