Early this morning (at about 1.15am), my husband & i ate nasi kunyit with gulai ikan tongkol at hentian chendor on our back to trganu. Even though it's already late, we are still have appetite to eat. Hahaha...we can even eat at anytime actually bcoz' we love to eat.
We are very lucky today bcoz' one of my relative held wedding ceremony for her daughter. Apart of having nasi minyak, my mom as a 'penanggah' brought back nasi kunyit. My sister-in-law also brought back nasi kunyit from her house in gemas n9. She cook chicken rendang to eat with nasi kunyit but since my father was not kin to eat that rendang, i asked my mom to cook gulai ikan tongkol. So once again we ate nasi kunyit with gulai ikan tongkol but this time we can eat a lot.
I know that others prefer pulut kuning with chicken/beef/mutton curry/rendang but with trganurian prefer gulai ikan tongkol. It's the best. Try it & u'll know but please, to have a pure gulai ikan tongkol, u MUST use rempah gulai & rempah masak cap bunga ros bcoz' its taste will defer from other rempah kari. & that's what my mom taught.
PULUT KUNING
Sumber : Kak Madiha
We are very lucky today bcoz' one of my relative held wedding ceremony for her daughter. Apart of having nasi minyak, my mom as a 'penanggah' brought back nasi kunyit. My sister-in-law also brought back nasi kunyit from her house in gemas n9. She cook chicken rendang to eat with nasi kunyit but since my father was not kin to eat that rendang, i asked my mom to cook gulai ikan tongkol. So once again we ate nasi kunyit with gulai ikan tongkol but this time we can eat a lot.
I know that others prefer pulut kuning with chicken/beef/mutton curry/rendang but with trganurian prefer gulai ikan tongkol. It's the best. Try it & u'll know but please, to have a pure gulai ikan tongkol, u MUST use rempah gulai & rempah masak cap bunga ros bcoz' its taste will defer from other rempah kari. & that's what my mom taught.
PULUT KUNING
Sumber : Kak Madiha
Bahan-bahan
1 kg beras pulut – cuci bersih dan rendam semalaman bersama serbuk kunyit dan asam gelugur
2 keping asam gelugur
1 s/b serbuk kunyit
3 cawan santan pekat (ni MaDiHa agak2 je ni..lupa nak sukat )
1 – 2 s/k garam larutkan bersama santan
Cara2
Panaskan periuk pengukus. Toskan beras pulut dan masukkan beras ke dlm periuk kukus. Jika periuk kukus anda jenis yg berlubang besar.. kena alaskan dahulu dasarnya dengan daun pisang atau kain maslin. Boleh juga gunakan kain lampin baby yg belum pernah diguna.. ingat tu.. yg belum diguna yer… hehe.. Kukus selama setengah jam. Keluarkan pulut ke dalam besen dan tuangkan santan lalu diarong rata (dikacau2). Kukus lagi setengah jam dan bolehlah diangkat.
PULUT KUNING
Sumber : Kak Liza
Bahan
1 kg beras pulut [ dibasuhkan]
3 keping asam keping
3 s/b kunyit serbuk...bancuh dan tapiskan
air secukupnya untuk merendam pulut.
1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat]
garam
gula
Cara:
1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 5 jam untuk mendapatkana warna kuning. [sekali sekala gaulakan bahan ini supaya beras pulut ini rata warna kuningnya]
2. Toskan beras pulut dalam tapisan.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang.
5. Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk.
6. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.
7. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula.
8. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan.
9. KUkuskan semula sehingga naik wap lagi.
10. Bila telah naik wap, tutup api dapur dan tekan pulut dalam acuan ]jika mahukan pulut berbentuk]
11. Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging.
Pulut Kuning
Sumber: Masakkan Idaman Melayu 1977
Bahan-Bahan:
2 cawan beras pulut (dikosek & ditoskan)
air yang mencukupi untuk meliputi pulut
1 sudu serbuk kunyit (dicampurkan)
2 ulas bawang putih
¼ sudu garam
1 ¾ cawan santan
2 helai daun pandan
Cara:
Masukkan bawang putih ke dalam air kunyit & rendamkan beras pulut ke dalamnya selama sekurang-kurangnya 3 jam. Toskan beras itu & buangkan bawang putih itu. Satukan garam & santan dalam sebuah periuk besar. Kacaukan hingga mendidih & masukkan beras pulut & daun pandan. Teruskan mendidih selama 1 minit, Kemudian kecilkan api.Masak dengan bertutup hingga pulutnya masak & kering. Buangkan daun pandan. Isikan pulut itu ke dalam pinggan & hidangkan panas-panas dengan rendang atau singgang ayam.
Gulai Ikan Tongkol
Sumber : Kak Liza
Bahan
1.5 kg ikan tongkol ]
50 gm asam keping ] potong...bersih dan rebuskan
garam secukupnya ]
60 gm rempah kari ikan
10 gm serbuk ketumbar
5 gm serbuk jintan
80 gm cili mesin
4 ulas bawang kecil [tumbuk halus]
3 cm lengkuas [tumbuk kasar]
500 santan pekat
30 gm gula merah
30 gm kerisik
50 ml air asam jawa
minyak unyuk tumis
cili api dan belimbing buluh
Cara memasak:
1. Tumiskan bawang sehingga wangi. Masukkan cili dan rempah yang dibancuh dgn sedikit air asam jawa. Biarkan garing.
2. Masukkan rebusan ikan dan santan. Biarkan mendideh.
3. Perlahan api dan masukkan kerisik, gula merah, belimbing buluh dan cili api.
4. Biarkan api perlahan-lahan sehingga gulai naik minyak.
**GULAI IKAN TONGKOL**
oleh: minami133
Bahan-bahan
$ 1 tin santan
$ 1 biji bawang besar
$ 3 ulas bawang putih
$ 2 cm halia
$ 4 cm lengkuas } di'blend'
$ 15-20 tangkai cili kering
$ 2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
$ 6 keping asam keping
$ garam dan secubit ajinomoto
$ gula
$ 5-6 biji cili padi
$ 1 ekor ikan tongkol
$ 1 cm belacan
Cara-cara:
Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan(kalo tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.). Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi.
GULAI IKAN IKAN TONGKOL
Sumber : Kak NoorMasri
Bahan-bahan:
1 ekor ikan aya / tongkol yang sederhana besar (600 g)
2 sudu besar cili kering kisar } jika suka boleh tambah lagi
3 sudu besar rempah gulai nasi dagang } byk dijual di Pantai Timur (kacau dgn sedikit air panas utk dijadikan pes)
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji kelapa – dijadikan 4 cawan santan
2 cm. halia
2 cm. lengkuas
4 keping asam gelugur
1 cm kunyit hidup
2 sudu besar gula melaka
5 - 6 biji buah belimbing buluh
10 biji cili kecil
1 sudu besar kerisik
garam dan serbuk perasa secukup rasa
5 sudu besar minyak untuk menumis
Cara membuatnya:
1. Ikan dipotong berkeping-keping dibasuh dan dibersihkan
2. kemudian direbus dengan sedikit air
3. Masukkan garam dan 2 keping asam gelugur
4. Biarkan sehingga mendidih dan hampir kering airnya
5. Diangkat dan biarkan sejuk ( Boleh juga disediakan sehari lebih awal atau disimpan satu malam kemudian dibuat gulai )
6. Bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit ditumbuk lumat
7. Panaskan minyak dan masukkan cili kisar diikuti dgn bahan yang telah ditumbuk lumat kemudian bila wangi dan agak garing masukkan pes rempah. Tumis sehingga pecah minyak
8. Masukkan santan. Kacau sehingga mendidih
9. Masukkan ikan yang telah direbus tadi, 2 keping asam gelugur dan gula melaka
10. Biarkan ia mendidih sehingga menjadi pekat sedikit
11. Masukkan cili kecil dan buah belimbing
12. Biarkan mendidih seketika baru diangkat
GULAI NASI DAGANG
Sumber : afandi
BAHAN - BAHAN
1 1/2 kg ikan tongkol
1 bungkus ( 35 gram ) rempah gulai ( kuning )
2 sudu besar rempah masak ( hitam )
130 gram bawang merah - di tumbuk / kisar
5 hiris lengkuas - di tumbuk/ kisar
4 hiris halia - di tumbuk/ kisar
4 ulas bawang putih - di tumbuk / kisar
4 sudu besar cili boh
Gula melaka
Garam, ajinomoto
Santan - 1 biji kelapa
CARA MEMASAK
1. Ikan di rebus dengan sedikit air dengan secubit garam dan 2 keping asam keping
2. Santan pekat ( kepala santan ) di masak sehingga naik minyak di campur cili boh dan biarkan naik minyak.
3. Masukkan bahan-bahan yang di kisar/di tumbuk dan kedua-dua rempah hingga naik minyak \, akhir sekali masukkan lebihan santan tadi, garam, gula melaka dan ajinomoto.
No comments:
Post a Comment