- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Friday, January 9, 2009

Nasi Beriani Udang

Nasi Beriani Udang
Sumber : Chef Wan

Nasi

Bahan-bahan
4 cawan beras basmati
5 cawan air stok *
20 biji bawang merah }
2 biji bawang besar } dihiris nipis
4 cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
2 btg serai - dititik
2 inci halia - dihiris nipis
1 mangkuk kismis kuning - direndam dgn air panas selama 20 minit
Sedikit kacang badam/gajus
Sedikit daun pudina & daun ketumbar
Mentega secukupnya
Minyak zaitun secukupnya

Cara-cara
1. Panaskan mentega + minyak zaitun.
2. Tumiskan bawang merah & bawang besar hingga layu.
3. Masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih & bunga lawang. Tumis hingga bawang garing.
4. Masukkan buah kismis & kacang badam/gajus.
5. Masukkan halia, daun pudina & serai. Biarkan semua bahan garing/masak.
6. Kemudian masukkan air stok & kacau.
7. Bila air sudah menggelegak, masukkan beras yg telah dicuci & ditoskan. Kacau & biarkan air kering/setengah masak.
8. Masukkan udang berempah yang telah dimasak. Kacau rata. Jika suka, masukkan bawang goreng & daun pudina. Biarkan nasi masaka dalam 15 minit.

Air Stok

Bahan-bahan
Air secukupnya
Garam secukupnya
1 camca besar stok ikan bilis

Cara-cara
Didihkan air, kemudian masukkan garam & stok ikan bilis. Kacau & biarkan ia mendidih. Siap.

Udang Berempah

Bahan-bahan
500 gm udang besar - dicuci (jangan dibuang kulit)
6 ulas bawang putih }
2 biji bawang besar } dipotong dadu
1 inci halia - dihiris nipis
2 camca besar rempah beriani
Sedikit lada hitam - ditumbuk
Sedikit serbuk paprika - boleh juga guna serbuk cili
1 mangkuk kecil yogurt/tairu - boleh juga guna plain yogurt Nestle
Garam secukup rasa
Daun ketumbar & daun pudina (optional)
Air limau nipis dari 2 biji limau nipis
Minyak zaitun & mentega secukupnya

Cara-cara
1. Perapkan udang bersama rempah beriani, lada hitam, serbuk paprika, yogurt/tairu, daun ketumbar, daun pudina & air limau nipis. Biarkan seketika.
2. Panaskan minyak zaitun & mentega. Tumiskan bawang putih, bawang besar & halia hingga garing.
3. Masukkan udang yang telah diperap tadi.
4. Masukkan garam secukup rasa. Kacau rata.
5. Masak selama lebih kurang 5 minit.
6. Masukkan udang yang telah masak ke dalam nasi tadi & kacau.




Beriani Udang Kelanang
Sumber : puncakkasih

Ingredients:
1 kg beras siam
I kg udang... kalo kaya: udang harimau/galah... atau udang tesko utk golongan sederhana... moekekkekek...
2 sudu minyak sapi..
2 sudu minyak masak
3 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu teh lada sulah
1 sudu teh jintan manis..
1 sudu teh jintan putih
kayu manis
bunga lawang..
bunga cengkih
buah pelaga
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 ketul halia
1/2 tin tomato puri
1/2 tin susu cair
2 batang daun bawang
2 btg daun saderi
2 helai daun ketumbar
garam

Directions:
1. Bawang putih, merah dan halia dimayang halus.
2. Panaskan minyak..tumis kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang, buah pelaga, jintan manis, jintan putih, ketumbar dan tomato puri. masukkan juga bawang merah, bawang putih dan halia. masak hingga naik bau.
3- Masukkan susu cair dan masak hingga pekat hingga pecah minyak.
4- masukkan udang, daun ketumbar dan saderi.. garam jgn lupa.
Tips: minyak kena byk skek... aku dah test resepi nih byk kali ... ikut resepi minyak yg ciput nak pecah minyak punyalah payah...
5- Beras dimasak macam biasa. bersama minyak sapi dan seberapa minyak yg buley didapati dr hasil tumisan tadi.. masak nasik hingga setengah kembang.
6 - Kemudian nasi tuh dimasukkan dalam pengulus dan masukkan hasil tumisan tadi berselang seli.. kukus sehingga masak.


Nasi Beriani Udang
Sumber: Keluarga - Masakan dan Kuih Traditional Malaysia

Bahan-Bahan:
600 gm. udang yang sederhana besarnya
2 tin susu beras siam
2 tin susu air
4 sudu makan minyak sapi
2 labu bawang besar (dimayang halus)
1 genggam bawang merah ditumbuk hingga lumat
2 hiris halia dipotong sepanjang 1 sm.
2 ulas bawang merah (dimayang halus
2 ulas bawang putih (untuk ditumis)
1 helai daun pandan
Sedikit kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga.

Cara:
Udang dibersihkan kemudian buangkan kulit kepalanya. Beras dicuci dan ditoskan airnya. Masukkan minyak sapi di dalam periuk kemudian tumiskan bawang yang telah dimayang tadi bersama halia, kayu manis, cengkih dan buah pelaga. Apabila telah naik baunya, masukkan 2 tin susu cair. Setelah itu masukkan bawang yang sudah ditumbuk tadi dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Apabila mendidih masukkan beras dan daun pandan. Kemudian masaklah seperti memasak nasi biasa. Lebih elok dimasak di dalam periuk elektrik. Gorengkan udang di dalam kuali yang berasingan sehingga separuh masak, kemudian diangkat. Bila nasi telah hampir masak masukkan udang ke dalam nasi sambil diratakan. Kemudian bolehlah dikecilkan api dan tutupkan periuk nasi. Apabila nasi telah kering masukkan bawang besar yang telah dimayang tadi. Gaul-gaulkan sehingga sebati. Setelah itu bolehlah dihidangkan bersama sebarang acar.




Nasi Beriani Udang
Sumber : Fp Fifi Fad
Kiriman : Mamasya

Bahan dan Cara ;
Salut udang dgn kunyit dan garam. Goreng dalam minyak + minyak sapi. Ketepikan. Tumis bawang besar [1 labu], bawang kecik [2 ulas], bawang putih [5 ulas] dan halia [1"] dalam minyak goreng udang tadi. Semua bawang dan halia mesin kering, atau kalau rajin cincang. Dah layu bawang, masukkan rempah beriani . Serbuk rempah beriani tu campur skit air - buat paste. Ala..cam buat gulai tu Masak rempah tu lama2x skit. Sambil2x tu kacau nanti berkerak pulak periuk. Dah masak rempah, masukkan tomato ranum [2 biji yg dicincang]. Kemudian, fresh milk [1 pot] dan air [4.5pot, air kena kurangkan skit baru nasi tak lembik]. Biar air mendidih dan masukkan garam. Masukkan beras basmathi [4 pot] + gajus. Biar nasi separa kering, tambah kacang peas dan kismis + udang goreng. Masak sampai nasi kering.
*tak ada kacang peas jadi tukar guna mix vegie saja.




Nasi Beriani Udang
Sumber : Kak Liza

Bahan Bahan
500 gram udang besar - bersihkan
1 kg beras bathmati
1/2 cawan lobak merah - potong dadu
2 biji buah tomato - potong dadu
5 cawan air
1 cawan susu cair
3 sudu besar minyak
3 sudu besar minyak sapi
garam

Bahan Tumis
5 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
2 centimeter halia - dihiris
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara Cara
1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan beras dan goreng rata.
3. Masukkan udang, buah tomato, lobak merah dan garam. Kacau rata.
4. Masukkan air dan susu cair. Masakkan seperti nasi biasa.
5. Bila dah nasi kering, kacau rata (gemburkan) dan biarkan kering lagi.
6. Hidangkan dengan salad atau acar timun.

1 comment:

armouris said...

info tentang khasiat kismis kat sini - Rahsia Kismis.

Update terkini isu-isu semasa kesihatan ada di infokesihatan@twitter.


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).