- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Showing posts with label Chinese Food. Show all posts
Showing posts with label Chinese Food. Show all posts

Friday, July 10, 2009

Chee Cheong Fun

Sesekali best gak mkn mknan bangsa lain tp kna make sure HALAL. Since we're living in malaysia, rakyatnya berbilang bangsa, so makanan pn mcm2 varieties la. Nk kata aku a big fan of chinese food tak jugak. Boleh bilang la chinese food yg aku dh mkn. Lgpn nk cari chinese food yg btul2 sama rasanya dgn yg original ttp halal agak susah. Plus aku nk bgtau a secret ni, aku tak reti mkn guna chopstick. Mmg tak reti...hahaha...malu jer
Ari ni aku nk post resepi chee cheong fun or rice noodle roll. Mmg sedap tp klau nk mkn kna la abaikn makna chee cheong tu. Nk tau mknanya cuba2 la tnya kwn2 anda yg berbangsa cina. Aku malas la nk tulis kt sini, kan ada yg tak lalu nk mkn. Long time ago (mmg dh lama smpai tak ingat bila), aku prnh mknan ni kt Penang. Mula2 ingatkn laksam ker sbb btk dia mmg sama, tekstur pn lbih kurang tp di mkn dgn kuah ala2 kicap. Tiba2 tertengok la 1 program tv (cooking programme) yg introduce chee cheong fun ni & maka dgn itu tkenang la saat2 dulu masa mkn kuih ni (btul ke aku panggil kuih?), keenakannya. Erm, nk cari kt kl ni aku tak tau kt mn. Nk gi penang rasa mcm tak berbaloi, jauh sgt. So, mcm biasa la, cuba2 la cari resepi ni kt internet & dh dpt pn. Aku cuba buat resepi from Alaf21. Mmg mjadi. Tp bg yg malas nk buat 'kuetiau' aka 'rice noodle' sndiri, bleh jer buat cara wanahere yg guna kuew teow yg ready made. Lg mudah.


CHEE CHEONG FUN
Source : Alaf21
Picture :
lilyng2000

Cara membuat ‘kuetiau’nya

Bahan-bahan
580-590 ml air
Garam
1 camb minyak
110 g tepung beras
15 g tepung jagung
1½ camb tang mee fun atau tepung kanji gandum

Cara membuat ‘kuetiau’nya
Ayak semua jenis tepung ke dalam mangkuk. Masukkan air perlahan-lahan dan kacau menjadi adunan yg tidak bergentel. Campurkan garam dan minyak, biar 1 jam kemudian tapiskan. Sendukkan adunan ke dalam tin yg dilengser minyak. Kukus lapisan chee cheong fun selama 5 min atau hingga masak. Gulung sebaik saja diangkat. Potong nipis dan celur di dalam air mendidih yg diletak di dalam mangkuk. Ketepikan selama 5 min. Tapiskan dan masukkan ke dalam mangkuk besar. Campurkan bahan sos dan gaul rata. Hidangkan dengan bahan sampingan.

Bahan sos
2 camb sos barbeku
2 camb kicap cair
1 camt minyak bijan
2 camt sos cili
2 camb bijan goreng
2 biji cili hijau, dihiris

Bahan sampingan
3 biji cili merah, dihiris
4 bebola ikan, dicelur & hiris
4 keping tauhu goreng, dibelah 4
6-8 batang kangkung, dicelur
4 biji telur, dibuat dadar & hiris
4 keping kek ikan, goreng & potong
Sedikit bawang goreng




Chee Chong Fun
oleh: wanahere

Bahan-bahan ( 3 Orang )
Kuew Teow 1 bungkus

Sos Tomato / Tomato Puree
Kicap manis
Kicap cair
Cili yang sudah dikisar
Gula
Garam

Barang untuk hiasan
Daun bawang, bawang goreng, bijan

Cara-cara
1.Kuew teow direbus sebentar
2.Tumis, cili kering yang sudah dikisar, sudah agak masak masukkan sos tomato /tomato puree. Selepas itu kicap cair, kicap manis digaul sekali hingga sebati... sos akan mula nampak pekat tambahkan sedikit air masak
3.last sekali masukkan gula sedikit serta garam secukup rasa.. Jika mahu kuah nye pekat masukkan sedikit tepung jagung.. selesai.. untuk dimakan




CHEE CHEONG FUN
Sumber: Cranko21

Ingredients:

Bahan A
250gm tepung beras
30gm tepung jagung
3 cwn air rebusan udang
2 sdm minyak masak

Bahan B
150gm udang kering – tumbuk atau mesin kering - halus
100 gm udang hidup - optional
hirisan daun bawang
1 batang - lada merah di potong kecil2 (nipis2 & halus2)
garam secukup rasa

Bahan C – Taburan semasa menghidang
Biji bijan yg dah di sanggar/di bakar
Sweetened soy sos
Sedikit minyak bijan
Sedikit sos cili / sambal
Hirisan lada merah
Hirisan daun bawang
bawang goreng (optional)

Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan2 A dlm blender dan mesin halus. Tapiskan.
2. Campurkan Bahan B dan kacau rata.
3. Panaskan loyang 4 segi yg dah di oles sedikit minyak (kalau takde buat pakai tudung periuk cam buat laksam tu pun boleh laaaa) dlm kukusan sebentar dan tuangkan 1 - 2 senduk bancuhan tadi, ratakan dan dan kukus selama 2 – 3 minit. 4. Bila dah masak gulung dan angkat. (ada org alas sehelai kain putih yg bersih dlm loyang tu tuk memudahkan mengulung)
5. Potong kecil2 dan taburkan bahan2 C. Sedap di makan panas.

Sunday, June 21, 2009

Chang


Dulu masa jln2 kt pasar mlm tepi rumah saya kt jln pekeliling, msti nmpak kuih ni. Yg jualnya berbangsa cina. Slalu duk terfikir, apa la yg dibungkus & diikat, kemudian digantung. Hubby ckp dlm tu beras. Aku tak prnh la tengok dr dekat. Ingatkn daun yg mbalut tu daun pisang. Nk tnya boss pn tak tau cmner nk tnya coz' aku tak tau namanya. Cuma ari tu jer aku tengok rancangn ho chak kt 8tv (ni favo programme aku) & diaorg perkenalkn mknan ni, siap ajar cara nk bungkus lg. Rupanya org panggil chang, diperbuat drpd beras pulut, ada inti di dlmnya (mcm2 jenis inti) & dibalut dgn daun buluh. Huhuhu...punya la jakun. Almaklum la, kt kg dulu tak prnh tengok. Cina kt trganu pn bape kerat jer. Klau chinese, inti dlm tu guna pork, so dipanggil bak chang coz' bak means pork & kuih ni biasa dibuat special utk Bak Chang festival, hari sempena memperingat kematian seorg penyajak cina yg tkenal. Klau tak silap thn ni disambut pd penghujung bln mei. Patut la byk org jual kuih ni kt area aku.
Dh nmpak kuih ni, terus surf internet cari resepi. Trust me, teknik membalut chang ni agak rumit sbb dia ada teknik tsendiri utk mdptkn btk yg dikehendaki iaitu 3 segi & 4 segi. Biasa aku tengok org jual dlm btk 3 segi & dgr citer btk 4 segi lg rumit. Kna practice byk kali la jwbnya nnti. Aku blom ada seru lg nk buat kuih ni cuma aku nk tau bhn yg biasa org guna. So aku jot down la recipenya kt sini utk tatapan seme & rujukn aku pd masa akan dtg. Mn la tau tiba2 aku mimpi ke nk buat kuih ni tp jnji kna cukup bhn terutama daun buluh tu. Mcm susah jer nk dpt kt kl ni. Kt kg byk pokok buluh tp bleh ke guna daun buluh tu? Refer punya refer, dpt info daun buluh bleh diganti dgn daun pandan yg besar. Alright...


Chang (zong zi)
oleh: skyblue


Bahan-bahan ( 20-24 biji )
60 helai daun buluh (biar lebih, takut ada yg pecah)
Tali untuk mengikat (8x60cm panjang, diikat kat satu hujung dan dibahagikan 3 setiap satu)
1 kg pulut (direndam 3-4 jam)
1 kg ayam atau daging (dipotong 48 ketul)
200gm kacang merah (direndam 1 malam)
24 biji buah belangan kering (direndam semalam)
½ cup (60gm) udang kering
10+2 (stand by) biji kuning telur masin (dibelah dua setiap satu)
24 biji buah belangan kering (direndam semalam)
12 kuntum cendawan shiitake kering (direndam dan dipotong dua)

Bahan-bahan untuk Daging
*1 sudu besar minyak masak
*2 ulas bawang putih
*2 ulas bawang kecil
*1 batang kayu manis
*1 sudu kecil gula
½ sudu besar serbuk 5 spices
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
2½ sudu kecil garam (biar masin, sebab kuah ni diguna utk pulut)
½ cawan air

Bahan-bahan untuk Pulut
1 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang kecil
1 sudu kecil serbuk lada putih
½ sudu kecil serbuk 5 spices

Cara-cara
1. Daun buluh direndam semalam dan direbus ½ jam bersama tali yg dipotong, supaya daun jadi lembut dan senang dilipat nanti.




2. Bersihkan daun buluh dengan sponge atau kain, potongkan hujung daun yg panjang dan tajam. Rendam dalam air bersih dan diketepikan.




3. Ayam/Daging: Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan-bahan * dan tumis sampai nampak perang sikit. Masukkan daging, cendawan dan buah belangan, dan juga bahan-bahan untuk daging yg lain kecuali air. Goreng sampai dah jadi kering baru tambah air dan masak lagi untuk 15 minit. Padam api dan tapiskan kuah.
4. Pulut: Panaskan minyak dan tumis bawang bersama udang kering sampai nampak perang sikit. Masukkan pulut dan kacang merah, goreng seketika dan masukkan kuah dari (3). Masukkan juga lada putih dan 5 spices, kacau sehingga serbati dan kering.

5. Balut: Ambil 2 helai dau buluh seperti dalam gambar. Sebelah yg licin tu untuk dalam. Kalau buat saiz kecil, guna 1 helai daun yg besar.






6. Lipat daun buluh seperti dalam gambar. Sebelah licin kat dalam.







7. Isikan sedikit nasi pulut, buat lobang ditengah-tengah seperti dalam gambar.







8. Masukkan 2 keping daging, 1 keping cendawan, 1 biji buah belangan dan ½ biji kuning telur masin. Letak secukup pulut untuk tutup isinya.






9. Tutup dgn daun buluh dan tekan sedikit seperti digambar.






10. Terbalikkan dan buatkan/betulkan tanduk seperti dalam gambar.







11. Pegang daun kat tepi, lipatkan hujung daun.







12. Patahkan tulang daun (tapi jagan sampai putus) untuk membentuk tanduk.






13. Ikat melintang. Jagan ikat terlalu ketat sebab pulut akan kembang sikit bila masak.





14. Ulang sampai habis.




15. Panaskan air dan rebus selama 2 jam dgn api kecil. (kena tutup dgn tudung)








Kiam Bak Chang (Savoury Dumplings)
Source ; kuali.com


Ingredients
1000g glutinous rice, soaked overnight then washed and drained well
Bamboo leaves and raffia string for wrapping

Filling:
400g deboned chicken meat
150g dried mushrooms
200g dried chestnuts - soak in boiling water, discard the impurities then boil until soft; drain away the water
10 salted egg yolks
100g dried prawns - soak in warm water, remove the impurities then chop into small pieces.
100g split green peas - soak overnight, drain and add a pinch of salt and mix well
2 tsp chicken stock granules

Seasoning:
2 tbsp Chinese Five Spice powder
3 tsp salt
2 tsp sugar
1/2 tsp pepper
1 tbsp rice wine
3 tsp dark soya sauce
2-3 tbsp oil
3 cloves garlic - chopped finely
6 shallots - sliced thinly

Method
1. Soak bamboo leaves in boiling water overnight. Clean and wipe the leaves with a damp cloth.
2. Heat oil and saute shallots and garlic until fragrant. Add chicken meat, dried prawns, chestnuts, mushrooms and seasoning. Stir well. Add 1/2 cup water and 2 tsp chicken stock granules. When chicken is cooked, switch off fire and dish out filling ingredients.
3. Mix glutinous rice with 2 tbsp oil, 1 tbsp five spice powder, 1 tbsp dark soya sauce and 1 tsp salt. Stir thoroughly. Heat kuali and stir-fry seasoned glutinous rice till heated through. Remove to a big basin and stir in split green peas. Mix well.
4. Take two bamboo leaves, make them overlap slightly and fold into a conical shape. Put 1 tbsp rice into the funnel base. Add 1 tbsp filling and a piece of salted egg yolk. Cover with some more rice. Fold leaves over rice to form a triangular prism. Tie with raffia string.
5. Boil a large pot of water and add 2-3 tsp salt. Drop the bundles of dumplings in and boil for 1 1/2 - 2 hours over medium slow fire. Top constantly with boiling water to maintain level of water at all times. When cooked, remove the dumplings and hang to dry.


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).