- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Showing posts with label Cookies. Show all posts
Showing posts with label Cookies. Show all posts

Thursday, October 15, 2009

Biskut Suji Badam & Biskut Tintan Kelapa

Syawal dh nk smpai ke penghujungnya...esok kami nk balik kg sbb 17hb tu adik aku nk bertunang...mlm td sempat lg bakar biskut raya...eheh, dh nk abis bln raya msih nk bakar biskut? Tak eh, cousin aku lah yg request, katanya raya ari tu tak puas mkn biskut raya, aku plak tak sempat nk buatkn kuih raya utk dia...bukan byk tempahan pn (takde sape yg tempah pn) tp blik keje bdn dh penat tu pn nsib baik sempat wat utk umah sndiri, umah my parents & umah PIL..
Mlm aku wat biskut suji..sblom raya ari tu dh siap beli seme bhn nk wat biskut suji ni tp tak sempat dong...so dr terbuang mcm tu jer, mlm td gigihkan gak la buat..seme suka biskut ni ok sbb dia cair dlm mulut...aku pilih resepi biskut suji badam kak intan ni sbb dia guna minyak masak instead of minyak sapi (minyak sapi none ado masa tu)...aku wat 1/2 adunan jer sbb nk tunaikan hasrat org jer...pg td plak aku wat biskut tintan kelapa...masa raya ari tu dh wat biskut kelapa resepi matgebu tp kali ni nk wat biskut kelapa maklang plak, lgpn bhn2 nk wat biskut ni masih ada balance lg...gigih betul wat kuih raya wp raya dh nk abis...happy sb dpt tunaikan hasrat org tau...



BISKUT SUJI BADAM KAK INTAN
Sumber :
resipidiana

Bahan-bahannya
1 kg tepong gandum
350 gm badam, dikisar
400 gm gula halus ( gula tepong)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate soda
secubit garam
Minyak makan secukup nya

Cara-caranya
1. Masukkan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali minyak. Gaul rata.
2. Masukkan minyak sedikit sedikit hingga menjadi satu dough yg boleh diterap.
3. Bakar dalam oven pada suhu 170’C sehingga biskut masak.
Note : Untuk 1 adunan, minyak masak yang D gunakan dalam anggaran 2 ¾ cawan – 3 cawan. Anda agakkan mengikut kelembapan tepung yang digunakan. Biskut ini mudah untuk dicanai dan mudah untuk diterap, tak banyak kerenah.





BISKUT TINTAN KELAPA
Sumber: Maklang
Kiriman :
resipidiana
Bahan-bahannya
1 cawan kelapa kering
1 cawan gula
1 cawan butter
1 biji telur (ambil kuning)
1 1/4 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung sagu/ubi
1 sudu besar baking powder
1 sudu besar esen vanila
pewarna hijau (jika suka)
sedikit kismis utk hiasan

Cara-caranya
1. Pukul butter dan gula hingga kembang
2. Masuk kuning telur, pewarna hijau, esen vanila dan kelapa.
3. Masuk campuran tepung tadi dan uli.
4. Canaikan dan terap ikut suka.

Saturday, September 12, 2009

Biskut Sarang Semut & Almond Suji

Ari ni lg bsemangat buat cookies. Ye la, ari khamis ni dh nk blik kg, dh xde masa lg. Masa sgt suntuk. So bila ada kelapangn tu, havoc la buat biskut. Ari ni kan aku tak keje...dgn gigihnya lps sahur, relax2 jap. Lps solat subuh terus mulakan operasi...pg ni aku buat biskut sarang semut. Suka mkn tp tak prnh buat sndiri..thn ni tak kira, nk buat sndiri gak. Bpusing2 sblom ni cari alat nk parut sarang semut tu smpaikn hubby aku geleng kepala tengok bini dia ni...parut2, dpt la 2 balang. Lps tu buat lg 1 lg adunan yg sama, nk msuk tghari baru siap. 2 balang mn cukup, byk umah nk kna agih.
Ptg buat taik mata sbb dh penat...mlmnya baru sambung operasi..kali ni buat biskut almond suji lak. Suka sgt biskut suji...so thn ni kna try buat sndiri..alhamdulillah mjadi...puas hati..buat 2 adunan jer utk mkn sndiri...so kwn2, jom buat biskut.


BISKUT SARANG SEMUT
Sumber :
Kak Liza

Bahan
250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum.....]
100 gm tepung jagung.......] di ayak
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla

hiasan
Sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil(warna-warni)
secukupnya paper-cup kecil

Cara
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit).
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.




Suji almond
~ Zubaidah Chepa
Sumber :
nurkas

Bahan-Bahan
150 mentega
30 gm minyak sapi
80 gm gula caster
1/2 sudu teh esen vanilla
50 gm serbuk badam
60 gm tepung suji
220 tepung gandum
1/4 sudu kecil serbuk penaik

Hiasan
Kuning telur dan badam nib

Cara-Cara
1. Sebatikan mentega, minyak sapi, gula dan esen vanilla.
2. Kemudian masukkan pula tepung suji, tepung gandum, serbuk badam dan serbuk penaik.
3. Uli lembut adunan dan terap dengan acuan bulat atau acuan pilihan sendiri.
4. Sapukan kuning telur dan taburkan dengan badam nib.
5. Panaskan ketuhar, bakar pada suhu 140 darjah celcius selama 30 minit atau sampai kekuningan.

Friday, September 11, 2009

Tat Gulung & Tat Dahlia

Mcm biasa, operasi di tgh mlm & di subuh hari. Tgh mlm (as usual lps isyak) operasi tat gulung. Nsib baik hubby nk tolong...dia gentel2kan jem nenas (dulu aku slalu buat sndiri jem nenas tu tp this time beli yg siap jer sbb malas nk buat)..gebu sungguh tat gulung aku...thanx to mamafami sbb hasilkn resepi yg sedap & mudah utk diikuti..Subuhnya plak aku taram tat dahlia plak...kak liza punya cara...kebetulan jem nenas yg dh dibulat2kan oleh hubby ku mlm td byk lagi, aku buat la jenis ni plak, baru ada kelainan wp rasanya lebih kurang sama...bukan org tau pn kan...


PINEAPPLE TART
Source : Baya and copied from
Cek De Sam's Fotopages copied from mamafami's fp

Ingredients :
226g butter, at room temperature (I used margarine)
1 egg yolk
1 teaspoon vanilla essence
1 tablespoon sugar
2 tablespoons (heap) cornflour
2 1/2 tablespoons (heap) custard powder
1 tablespoon milk powder
2 1/2 cups flour

Topping :
1 egg yolk
a few drops of yellow coloring

Filling :
I used the ready made pineapple jam

Method :
1. Cream butter, egg yolk, vanilla essence and sugar. I didn't use my mixer.
2. Add cornflour.
3. Add custard powder.
4. Add milk powder.
5. Finally add enough flour until a soft dough is formed.
6. Place a bit of dough into the cookie press mould. Pipe out the dough about 2 inches length.
7. Place the filling on top and roll. Arrange on the baking tray.
8. Bake in a preheated oven at 175 C for 20 - 25 minutes.




TAT DAHLIA
Sumber :
Kak Liza

Bahan
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Jem Nenas..
boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek
atau..
1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula
1/2 cawan air ]
1 cawan gula

Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning

Cara.
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan. - Aku guna acuan dahlia
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


Thursday, September 10, 2009

Biskut Dahlia & Tat Nenas

Biskut raya lg...kemaruk buat biskut...oven baru so semangat dia lbih ckit la kan. Sblom2 ni pinjam oven my sister-in-law (dia ada 2 oven, so dia bg pinjam 1)..hubby suruh beli sndiri, so last weekend masa gi econsave ada nmpak oven murah, terus beli...lps ni nk guna lasak2 pn tak takut sgt, maklum la harta sndiri. Lps solat isyak mlm td aku mulakan operasi godek2 tepung & mentega. Biskut dahlia lg sbb demand utk biskut ni amat tinggi di kalangn family aku. But this time aku buat lain ckit dr yg lps, biskut dahlia dwiwarna..aku cilok resepi fauzia norizan. Nk buat biskut sama pn biar la ada kelainan ckit.
Lps subuh plak aku buat biskut tat nenas (sempat oi sbb pkul 9am baru aku btolak dr umah ke opis) tp ni bukan tat gulung ok, tat gulung kna buat operasi lain sbb remeh & amik masa ckit. Aku buat tat nenas bunga tu. Actually dua2 kuih ni mmg nostalgia buat aku. Dulu2 mmg tak reti buat kuih. Asyik mkn kuih raya kt umah org jer, so rasa mcm tak puas mkn ckit. Nk mkn byk malu...aku pn mula la cari2 resepi kt buku, masa tu nk beli oven tak mampu, so aku bakar biskut dlm kuali yg ditaruk pasir kt dlmnya spy kepanasannya berkekalan (aku tak ingat mn aku dpt idea ni). Punya la rancak buat kuih smpaikan terkorban sebiji kuali mak aku...sedar2 bocor kuali tu sbb terlalu panas...kihkihkih..nsib baik mak tak marah..masa tu hnya 2 biskut jer yg aku pndai; biskut dahlia & tat nenas btk bunga ni la...so tiap2 thn raya msti buat..


Biskut Dahlia
Sumber : Fauzia Norizan

Bahannya
250 gm. butter
200gm. gula icing
1 biji kuning telur
1 camt. vanila
350 gm tepung gandum
100 gm.tepung ubi
perwarna merah, esen rose dan manik kilat.

Cara Membuatnya
1. Putar butter dengan gula hingga kembang, masukkan telur dan vanila dipukul lagi hingga sebati.
2. Masukkan tepung kedua-duanya gaul hingga menjadi doh yang lembut.
3. Ambil adunan timbang 250 gm [3 bahagian] jadikan doh warna asal dan selebihnya letak esen rose sedikit dan pewarna merah dan bahagi 3 bahagian juga.
4. Ambil satu bekas leraikan 1bahagian warna asal dan 1 bahagian warna merah. Dengan berhati-hati jadikan satu bahagian semula nampak macam dot-dot merah dan putih.
5. Ambil acuan [105] masukkan sedikit adunan dan ditekan. [dapat 4 keping biskut].
6. Letak manik tekan sedikit supaya bila dah masak nanti dia tak tertanggal.
7. Bakar seperti buat biskut yang lain juga bila dah masak apa tunggu lagi ngaplah.

Nota :-
Adunan ini tak boleh disimpan terlalu lama nanti ia jadi keras dan susah untuk ditekan.




PINEAPPLE TART
Source :
Mamafami

Dough Ingredients :
4 cups flour
2 eggs
2 scoops (senduk nasi) margarine
2 tablespoons castor sugar
1/2 teaspoon baking powder

Method :
1. Beat margarine and sugar.
2. Add in egg.
3. Add in the sifted flour with baking powder and make into a soft dough.
4. Roll thin about 1/2 cm thick. Cut using the tart cutter (as per photo).
5. Put a bit of pineapple jam on top and a tiny dot of dough or any shape (for example a 'V' shape out of the dough) on the jam.
6. Bake till slightly brown.

Jam Ingredients :
1 cup of grated pineapple
1 cup sugar
1 stick of cinnamon
a bit of yellow coloring

Method :
Cook all the ingredients till thick and let it cool. Ready to use.


Tuesday, September 8, 2009

Berbuka At Cerana & Biskut Raya : Biskut Dahlia, Biskut Kelapa Delima & Biskut Green Princess

Edisi 07.09.2009. Semlm bukan main rajin buat biskut raya. Ptg tu dr pkul 4pm smpai 6.30pm duk bakar biskut raya. Lama bukan main. Ptgnya aku buat biskut feveret aku; biskut dahlia. Resepi aku follow kak liza's. Dpt la dlm 2 balang. Sakit tgn duk menekan acuan tu. Begitu ralit buat biskut sbb hubby siang2 ckp nk berbuka kt luar. Katanya nk belanja aku, nk bawa aku ke suatu tpt yg dh lama dia jnjikan. Pkul 7.05pm baru nk btolak. Haru gak sbb x smpai 15 minit lg nk buka pose. Lor, rupanya hubby bawa aku ke restoran cerana. Actually hubby dh lama nk bawa aku mkn kt sini, dia dh jnji sejak kitaorg blom kawin lg. Akhirnya semlm tertunai juga jnjinya. Restoran ni kt batu 7 jln cheras. Dekat jer dgn umah aku. Duduk skejap, order, blom sempat smpai mknan dh pn waktu berbuka. Smentara tunggu mknan, buka pose dgn sky juice & kurma. Org tak la ramai sgt, tp ramai yg pilih hidangan buffet. Kami tak mau buffet sbb rasa mcm rugi jer. Byk mahal RM45++ seorg tp blom tentu mampu mkn sebyk tu. So we decided order ala-carte jer; nasi putih, tomyam campur (order small aje utk kuah), sotong ranggup spicy (ok tp huby ckp klau mcm ni dia pn bleh buat), kerabu mangga (very delicious), ikan kembung bakar (mcm ikan rebus jer, kecik plak tu, sgt tak puas hati), watermelon fresh juice for me & jus durian belanda for hubby. Seme skali dlm RM50 jer, nk habiskn seme tu pn dh x larat, kenyang giler beb. Nk pegi lg ke? Klau ada nk belanja mcm ari ni apa salahnya...
Blik umah relax2 lps solat. Mlm ckit teruskn operasi buat biskut raya ke-2; biskut kelapa delima. Dh lama aim resepi mat gebu ni utk hari raya, akhirnya tercapai jua hasratku utk mbuatnya...Suka hati sgt sbb dua2 jenis biskut mjd & hubby jd tester pertama. U know what, he like thit very much...ni yg lg bsemangat nk buat biskut nih..
Pg td as usual bgn awal sbb masak utk sahur (mlm td kan buka pose kt luar so takde lauk balance...masak sempoi jer, ikan mata besar goreng & udang black pepper. Lps sahur, hubby terus ke banting. Mata aku tak ngantuk plak, so ke dapur semula bkin biskut lg (wah giler ni buat biskut...mn taknya, nk kna buat utk diedarkan kt 4 umah...my parents, my in-law, my house kt kl ni & my cousin). Buat biskut yg dh lama aku idamkan; green princess.


BISKUT DAHLIA
Sumber :
Kak Liza

Bahan
225 gm butter
110 gm gula ising
1 biji kuning telur
1/2 s/k esen vanilla
70 gm tepung jagung
120 gm tepung kastad
170 gm tepung rose/tepunng gandum
ceri merah sebagai hiasan

Cara
1. Gaulkan butter dan gula ising sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. kacau rata.
3. Ayakkan semua tepung dan masukkan dalam bancuhan butter sedikit demi sedikit.
4. Gunakan acuan dahlia dan pamkan dalam loyang.
5. Letakkan ceri merah ditengah adunan yg dipamkan.
6. Bakar dalam oven suhu 170'c selama 15 - 18 minit.
7. Sejukkan betul dan simpan dalam balang kedap udara.




Biskut Kelapa Delima
Sumber :
Mat Gebu

Bahan Utama:-
225 g tepung jagung (cornstarch)"Brown & Polson"*
150 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
125 g gula aising
75 g kelapa kering, kisar halus
25 g serbuk badam
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
1/2 camca teh esev vanilla
155 g mentega

Untuk Hiasan:-
Ceri merah, dipotong kecil
Kelapa kering
1 kuning telur, untuk disapu

Cara membuatnya:-
1.Serbuk badam dan kelapa yang dikisar halus tadi digaul bersama2 tepung yang telah diayak. Ketepikan.
2.Dalam mixing bowl, masukkan telur, gula aising dan esen vanilla, pukul hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Peringkat ini adunan akan menjadi seakan2 serbuk roti.
3.Perlahankan speed, dan masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi hingga adunan bertukar menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Keluarkan doh dari mixer, bulat2kan dan tutup dengan tuala lembap.
4.Bahagikan doh tadi kepala 3 bahagian. Ambil satu bahagian dan canai diantara dua helai plastik menggunakan torak (alat penggelek) setebal 1/2 cm, terap ikut acuan kegemaran dan alihkan ke dulang pembakar. Buat hingga siap.
5.Sapu kuning telur, hias ceri potong dan tabur sedikit kelapa kering. Bakar pada suhu 150C selamat 10 - 12 minit. Angkat dan alihkan biskut atas jaringan. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....




BISKUT GREEN PRINCESS
sumber : majalah saji sept'07
copy dr fp
kak liza

Bahan A
100gm mentega
75gm minyak sapi
60gm gula kastor
1/2 sudu kecil pewarna hijau epal

Bahan B
50gm serbuk badam
15gm tepung beras
220gm tepung gandum

Bahan hiasan :
coklat masakan putih
manik gula warna warni

Cara
1. Pukul mentega,gula kastor, minyak sapi dan pewarna hijau epal sehingga sebati.
2. Kemudian, masukkan tepung beras dan tepung gandum dan gaul sebati. Masukkan serbuk badam. Rehatkan adunan seketika
3. selepas itu, bolehlah diuli dan canai doh dan terapkan acuan
4. Bakar pada suhu 175C selama 20 minit
5. Setelah sejuk, paip atau lorek dgn coklat masakan putih dan taburkan manik gula warna warni.


Wednesday, December 31, 2008

Tat kelopak

Last week i found this recipe by chef lin in kosmo. It looks yummie & it taste yummie also & i've tried it this morning. Actually i made it last night. Macam nak raya lak buat cookies...actually i made it for new year celebration + it has been a long time since i made cookies out of festive season.


Tat kelopak
- Chef Lin -

Bahan-bahan
120 gm marjerin
120 gm mentega
60 gm gula aising
1 biji kuning telur
1 sudu teh vanila
330-350 gm tepung gandum diayak
50 gm tepung jagung diayak

Bahan Jem Nenas
450 gm parutan nanas - tapis
1 camca besar jus limau - tapis
180 gm gula pasir
1 batang kulit kayu manis

Cara membuat
1. Pukul marjerin, mentega, gula, kuning telur dan vanila hingga sebati.
2. Masukkan bahan ayak. Gaul rata menjadi doh.
3. Canai setebal 4 mm. Terap dengan acuan berbentuk kelopak pecah 6.
4. Angkat dengan hujung pisau dan tekan ke dalam mangkuk kertas.
5. Tekan jem yang sudah dibentuk bulat di tengahnya.
6. Canai nipis sebahagian doh, potong bentuk jejari dan letak di atas jem.
7. Bakar pada suhu 175 C selama 15-20 minit atau hingga keemasan.
8. Untuk jem. Jerang semua bahan atas api sederhana hingga agak kering. Angkat dan biar sejuk.



Tiga Kelopak Berstrawberi
Sumber: Majalah Jelita Januari 1998

Bahan-Bahan:
275 gm mentega
125 gm gula pasir
3 biji kuning telur
1 biji putih telur
300 gm tepung halus
50 gm tepung jagung
50 gm tepung kastard
75 gm susu tepung

Bahan-bahan hiasan secukupnya:
Jem strawberi
Gula serbuk

Cara:
Putar mentega bersama gula pasir hingga ia kembang. Masukkan telur, putar ia sebentar. Akhir sekali masukkan tepung halus bersama tepung jagung, tepung kastard dan susu tepung. Uli adunan hingga ia sebati dan menjadi doh. Bahagi doh dua bahagian. Canai doh setebal 5 mm. Terap doh dengan acuan berkelopak tiga. Sebahagian lagi doh diterap dengan acuan sama tetapi berlubang pada ketiga-tiga kelopaknya. Buat hingga habis doh. Susun kedua-dua doh di atas tin bakar yang dilengser dengan sedikit mentega. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit. Sapu sedikit jem strawberi pada permukaan tat tidak berlubang. Tabur gula serbuk ke atasnya.

Wednesday, September 24, 2008

Samperit/Semperit/Samprit

I love samperit.& it is easy to make.So i've decided to make it when i go back to my hometown next week. I realized there are various way to decorate the cookie, either we can make it a traditional way (all yellow) or pair it with chocolate flavour.& i've seen people dip part of the cookie into melted chocolate. So today i try to jot down as many recipe as possible i found in the net for our reference.




biskut samperit
oleh: waheedeana


Bahan-bahan ( 130-140 biji )
250 gram butter/margerin
1 cawan gula halus/icing
1 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung ubi
2 titik pewarna kuning
1 sudu teh esen vanilla
* ekstra tepung gandum & ubi 1/2 cawan*

Cara-cara
1. pukul telur dan gula halus/icing sebentar dan masukkan pula butter, esen vanilla dan pewarna kuning dan gaul kesemuanya hingga rata
2. masukkan tepung ubi dan tepung gandum dan uli sehingga menjadi doh
3. jikalau doh masih lembik tambah ekstra tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi sederhana lembik ( lembut ) agar mudah di terap
4. sebelum menerap doh tadi tutup doh dengan tuala basah.**doh mudah keras dgn sendiri kerana tepung ubi sentiasa tutup dgn tuala basah agar lembut** jgn biar doh terdedah.
5. terap doh memanjang di dalam dulang pembakar setiap satu barisan potong kepada 4 bahagian
6. ulangi menerap doh sehingga selesai
7. bakar didalam oven pada suhu 150c selama 15 minit-20 minit





SAMPERIT MARBLE
~ Kak Liza ~


Bahan
280 gm butter
130 gm gula kastor
270 gm tepung ros/tepung biskut
70 gm tepung jagung
70 gm tepung kastad
1 s/k coklat emulco
hirisan badan [hiasan]

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehinga sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan jagung yg telah diayakkan sedikit demi sedikit.
3. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
4. Campurkan coklat emulco pada 1 bahagian manakala 1 lagi dibiarkan adunan asal.
5. Gunakan acuan samperit bunga cina dan pamkan adunan coklat dalam loyang angaran 3 cm.
6. Pamkan adunan asal bersebelahan doh coklat yg telah diletakkan dalam loyang.
7. Letakkan hirisan badam sebagai hiasan.
8. Bakar dalam oven suhu 170'C selama 12 - 15 minit.
9. Bila sejuk simpan dalam balang kedap udara.




SAMPERIT LAPIS
~ Kak Liza ~


Bahan
280 gm butter
130 gm gula kastor
270 gm tepung ros/tepung biskut
140 gm tepung jagung
1 s/k coklat emulco
coklat cair
manik warna warni kecil

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehinga sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan jagung yg telah diayakkan sedikit demi sedikit.
3. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
4. Campurkan coklat emulco pada 1 bahagian manakala 1 lagi dibiarkan adunan asal.
5. Gunakan acuan samperit pamkan adunan coklat dalam loyang sepanjang 2 inci.
6. Pamkan adunan asal diatas doh coklat yg telah diletakkan dalam loyang.
7. Bakar dalam oven suhu 170'C selama 12 - 15 minit.
8. Bila telah sejukkan pamkan coklat cair atas biskut dan taburkan manik warna warni.
9. Bila coklat telah beku simpan dalam balang kedap udara.


SAMPERIT ISTIMEWA


Bahan A :
4 biji kuning telur (direbus)
100 gram gula kastor
¾ sudu kecil garam

Bahan B :
100 gram minyak jagung Daisy

Bahan C :
40 gram tepung gandum
100 gram tepung naik sendiri
80 gram tepung jagung
40 gram tepung kastard
(campur bahan C sekali)

Bahan D :
½ sudu kecil coklat emulco

Hiasan : Sapuan telur berkilat
1 biji telur
1 sudu besar susu cair
Kepingan badam secukupnya

Cara membuat sapuan berkilat daripada telur :
Campurkan telur dan susu cair, kemudian tapis. Sapuan telur digunakan untuk mengilatkan biskut supaya biskut tidak mudah hangus apabila dibakar.

Cara membuat biskut :
1. Putar bahan A selama 4 minit. Masukkan minyak jagung & putar selama selama 1 minit. Masukkan bahan C & putar lagi selama 1 minit.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian & letakkan dalam mangkuk berasingan.
3. 1 bahagian adunan diletakkan coklat emulco dan diramas sehingga sebati untuk mendapatkan warna coklat. 1 bahagian adunan lagi dibiarkan warna asal.
4. Adunan coklat dimasukkan ke dalam acuan semperit & dipicit memanjang kira-kira 5 cm.
5. Kemudian, adunan berwarna asal dipicit bersebelahan untuk menjadi satu biskut.
6. Biskut disapu dengan telur dan dihias dengan kepingan badam.
7. Bakar pada suhu 175 C selama 22-25 minit.




BISKUT SEMPERIT DWI WARNA


Bahan-bahannya
300 gram mentega
160 gram gula aising
100 gram tepung jagung
160 gram tepung kastard
240 gram tepung gandum
2 biji kuning telur

Hiasan:
Ikut suka dan kehendak masing2. Pancitan coklat masak putih & coklat, celup dgn coklat pun boleh, ceri, celorak celorik dgn garisan coklat.

Cara-caranya
1. Pukul buter, gula aising hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
3. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati.




Gambar sekadar hiasan

BISKUT SAMPERIT (1)


Bahan
170 g mentega
1 1/2 cawan gula aising
4 biji kuning telur
1 camt vanila
1 cawan tepung kastard }
3/4 cawan tepung jagung } bahan ayak
1/4 cawan tepung ubi }
1-1 1/2 cawan tepung gandum}

Cara
Pukul mentega dan gula hingga sebati. Masukkan kuning telur dan vanila, pukul lagi rata-rata. Satukan dengan bahan ayak dan uli menjadi doh. Isikan ke dalam acuan samperit kemudian tekan ke atas tin pembakar berlengser dan potong mengikut panjang yg disukai. Bakar pada 175 C selama 15-20 min atau hingga masak.


BISKUT SAMPERIT (2)


Bahan
250 g mentega
150 g gula aising
1 biji telur
1 camt vanila
320-350 g tepung gandum }
150 g tepung kastard } diayak
1 camt serbuk penaik }
50 g tepung aiskrim vanila

Cara
Pukul mentega dan gula hingga sebati. Masukkan telur dan vanila, putar lagi 2-3 min. Bubuh semua bahan ayak dan tepung aiskrim, gaul menjadi doh. Isikan ke dalam acuan samperit dan tekan atas tin pembakar berlengser. Potong ikut suka kemudian bakar pada 175C selama 15-20 min atau hingga masak.


Biskut Samperit

Bahan-Bahan:
1 cawan mentega
¾ cawan gula halus
1 biji telur
1 camca teh Vanila
Secubit garam

Satukan:
1 ½ cawan tepung jagung
¾ cawan tepung gandum
¾ cawan tepung kastad
1 camca teh baking powder

Cara:
Pukul mentega dengan gula hingga rata. Masukkan telur & vanila dan dikacau lagi
hingga sebati.Masukkan tepung-tepung yang telah disatukan & garam sedikit-sedikit ke dalam adunan & gaul hingga habis.Akhir sekali diterap dan bakar dengan suhu 170'C


SEMPERIT CIKGU SITI

Bahan-bahan:
1 tin (340g) butter cap GOLDEN CHURN (Australian butter - tin kaler kuning).
1 tin tepung jagung cap RAMA-RAMA.
1/2 tin tepung gandum (sukat pakai tin tepung jagung td).
1/2 tin susu pekat.
1 cwn gula halus.
1 st esen vanila.
1 st baking powder.
1 bj kuning telur.

Cara-caranya:
1. Gaul sebati tepung jagung, tepung gandum, gula dan baking powder.
2. Masukkan kuning telur. Gaul lg.
3. Masukkan susu. Gaul lg.
4. Masukkan butter. Gaul rata dan uli hingga doh lembut dan boleh dimasukkan ke dlm acuan "tekan" semperit.
5. Bakar hingga masak.



Biskut Semperit Kasih
~ Saji Online ~

BAHAN-BAHAN:
250 gm mentega
125 gm gula aising
1 biji telur
280 gm tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu serbuk penaik
100 gm kismis

CARA MENYEDIAKAN:
1. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi.
3. Campurkan tepung jagung, tepung kastard, serbuk penaik, kismis dan garam ke dalam adunan dan gaul sebati sehingga menjadi doh yang lembut.
4. Gunakan acuan semperit untuk membentukkan.
5. Terapkan di atas dulang pem­bakar dan bakar pada suhu 170 0C selama 15 minit.


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).