- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Showing posts with label Traditional Cake / Kuih Muih. Show all posts
Showing posts with label Traditional Cake / Kuih Muih. Show all posts

Tuesday, October 20, 2009

Kuih Sepang

Korang prnh mkn kuih sepang ke idok? Serius, aku tak tahu...dgr kata ada kuih sepang rebus, kuih sepang kukus & ada yg digoreng. Aku bjaya jupe resepi yg dikukus & digoreng jer...blom cuba lg tp jatuh hati bila tengok kuih ni kt dlm satu program masakan, klau x silap resepi dr istana, mcm tu la lbih kurang...


Kuih Sepang
Sumber: Majalah Perempuan Disember 2000
Gambar :
Iszati

Bahan-Bahan:

Bahan inti:
1 biji kelapa parut
1 cawan gula merah
2 cawan gula pasir
3 helai daun pandan

1 peket tepung pulut
1 biji kelapa (ambil santannya)
Garam

Cara:
1. Gaulkan tepung pulut dengan sedikit garam dan sedikit santan sehingga sebati.
2. Untuk membuat inti, satukan semua bahan ke dalam kuali dan masak dengan api perlahan hingga inti kekuningan.
3. Bentukkan adunan tepung pulut tadi seperti membuat karipap dan letakkan inti. Buat sampai habis.
4. Letakkan kuih ke dalam pengukus dan tuang baki santan. Kukus hingga masak.




Kuih Sepang (I)
Sumber: Majalah Saji Oktober 1998
Gambar :
azq

Bahan-Bahan:
200 ml air sejuk
100 gm tepung pulut
1 helai daun pandan
200 gm kelapa muda parut
60 gm gula enau atau gula melaka
3 gm garam
250 gm air
100 ml susu skim
50 ml santan pekat

Cara:
Kisar daun pandan dengan 1 cawan air sejuk tapis, dapatkan airnya. Bancuh tepung pulut dengan air pandan dan uli menjadi doh. Masak gula enau dengan 1/2 cawan air dan apabila gula telah hancur, masukkan kelapa parut dan masak lagi hingga kering. Canai tepung yang telah diuli sebesar bola ping pong, leperkan dan masukkan inti kelapa tadi ditengahnya. Bentukkan seperti karipap dan aturkan di dalam dulang pengukus. Curahkan campuran susu skim dan santan yang ditambah sedikit garam dan kukus lebih kurang 20 minit sehingga masak.




Kuih Sepang
Sumber :
nutriweb

Hidangan untuk 5 orang

Bahan-bahan
125 g (1 cawan) tepung pulut
5 g (1 helai) daun pandan, dimesin dengan 250 ml (1 cawan) air dan ditapis

Untuk inti
50 g (1/2 cawan) kelapa muda parut
100 g (1 keping) gula anau
125 ml (1/2 cawan) air

Untuk kuah
125 ml (1/2 cawan) santan pekat, iaitu 125 ml (1/2 cawan) air dengan 40 g kelapa parut
125 ml (1/2 cawan) susu rendah lemak
secubit garam

Cara menyediakannya
1. Untuk membuat inti kelapa, masak gula anau dengan 1/2 cawan air sehingga gula anau hancur. Kemudian masukkan kelapa parut dan masak lagi sehingga inti agak kering. Kacau sekali sekala untuk meng�elakkan inti daripada hangus. Ketepikan.
2. Untuk membuat kuah, campurkan santan, susu rendah lemak dan garam. Ketepikan.
3. Bancuh tepung pulut dengan air daun pandan dan uli sehingga menjadi doh.
4. Bentukkan doh seperti bola ping pong, leperkan dan masukkan inti kelapa ditengahnya.
5. Bentukkan seperti karipap dan aturkan di dalam dulang pengukus and terus dikukus selama lebih kurang 5 minit.
6. Kemudian curahkan kuah tadi dan kukus sehingga masak selama lebih kurang 20 minit.




Kuih Sepang
Sumber :
edazman

Bahan-bahannya:
3 biji pisang - ikutlah pisang apa2 pun ( dilenyek )
Santan pekat - guna setakat kita nak menguli
Tepung pulut - secukupnya ( ari tu eda guna dlm 1 1/2 cwn)
1 s/k garam
Inti kelapa - sila rujuk resepi kat kuih koci

Cara-caranya:
1.Campurkan pisang yg telah dilenyek bersama tepung pulut.Gaul sebati.
2.Kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit.Jgn byk2, nantikan lembiklah..Bila dah jadi spt kita buat onde2 tu, stoplah dr menambah tepung dan santan tadi.
3.Jgn lupa buh garam masa mengaul ya!
4.Slps itu bulatkan kecil2 dan masukkan inti kelapa.Kemudian buat bentuk bujur.
5.Bila dah selesai proses membujur, goreng dgn api yg perlahan.Kalau tak , hanguslah jadinya....Dan isi dlm pun tak masak....

Friday, August 28, 2009

Ondeh-ondeh Labu

Ari ni hubby pesan tak payah masak. Dia nk beli lauk yg dh siap jer kt banting. So aku buat kuih je la. Teringin nk mkn yg manis2, terdetik di hati nk buat buah kacik-ca. Hehehe...msti korang pelik, apa la jenis kuih ni yer. Ni org kg aku yg panggil, bhs standardnya onde2 @ buah melaka. Onde2 yg biasa tu dh slalu sgt buat, onde2 keledek pn dh try ari tu. Ari ni nk try onde2 labu plak. Bukan labu air tu tau tp labu kuning tu...my mom panggil labu peringgi...resepi pilihan ari ni dicedok dr resepi.mesra.net sbb seme bhn2 yg dinyatakan dh ada kt umah. Nk cuba resepi sayang suhana & syahmi pn boleh gak tp satu2 la kan...


Onde-onde Labu
Sumber: Majalah Jelita Januari 1997
Gambar :
zumurphy

Bahan-Bahan:
1 biji labu sederhana besar
200 g tepung pulut
1 ketul gula melaka, dipotong dadu
1 periuk kecil air
½ biji kelapa parut
Sedikit garam

Cara:
Labu dipotong dadu dan direbus hingga empuk. Lenyek labu sebelum digaul tepung pulut hingga sebati. Buat bebola kecil dan isi tengahnya dengan dadu gula melaka. Masak air di dalam periuk hingga mendidih. Masukkan bebola labu di dalam air mendidih. Angkat apabila ia terapung. Golek bebola labu di atas kelapa parut yang digaul sedikit garam.




Onde-onde Labu
Posted by
Sayang Suhana

Ingredients
abt 350g pumpkin, boiled, drained and mashed
200g glutinous rice flour
50g tapioca flour
1 tbsp ghee
1 block of gula melaka/palm sugar - slivered
The Coconut
abt 2 cups of grated coconut (without skin)

Method
1. Steam the coconut with a pandan leaf for a few minutes. Add abt a tsp of salt and mix evenly.
2. Mix pumpkin flesh, both flour and ghee and work into a nice smooth dough. Add water if it's too dry or add more flour if it's too wet. Make a small ball, thumb a hole in the centre, insert some slivered palm sugar, pinch dough back together and roll back into a ball.
3. In a pot of boiling water with a knotted pandan leaf, slide the balls and boil them. They will float once they're cooked.
4. Drain out excess water and immediately dump into the steamed coconut. Roll until it's fully coated. Serve.




Onde-Onde Laboo
oleh:
syahmi

Bahan-bahan ( 20-30 biji )
1/4 biji labu
1 sudu besar tepung gandum
Tepung pulut secukupnya
Gula merah
Kelapa parut + garam

Cara-cara
1.Rebus labu hingga empok. Toskan airnya dan lenyek hingga hancur. Sejukkan.
2.Uli labu dengan campuran kedua-dua tepung hingga menjadi doh bulat.
3.Ambil sedikit doh , isikan dengan gula merah dan gentel bulat2. Ulang hingga doh habis.
4.Rebus bebola2 dalam air mendidih. Bebola akan timbul bila ia sudah cukup masak.
5.Angkat bebola yang timbul dan terus golekkan dalam kelapa parut.
6.Atur dalam piring dan hidangkan.

Monday, July 27, 2009

Onde-onde Keledek

Semlm hubby beli onde2 kt gerai area umah kitaorg. Sedap la plak sbb dh laaamaaa tak mkn. Biasa mkn time bln puasa jer. Dulu masa duk dgn parents, aku hnya tau gentel2 onde2 ni. Adunannya slalu my mom yg bancuh. Tp sejak duk kl ni aku dh reti buat ondeh2. Tak pose pn aku buat tp dh lama tak buat nih sbb takde stok tepung pulut kt umah. Kebetulan awal bln ari tu dlm sesi memenuhkan stok brg2 dapur kt umah, aku beli mcm2 tepung including tepung pulut. Tjumpa la plak resepi onde2 keledek ni, terus nk cuba sbb diluar kebiasaan & spt yg aku prnh ckp, aku ni pantang nmpak kuih2 yg bwarna hijau, msti terus jatuh cinta. Stok keledek slalu ada kt umah sbb hubby suka beli. Dia suka buat kuih mek comel tu. Dia mmg terer buat kuih tu & dia yg ajar aku cara2 nk buat mek comel ni. Hubby ckp onde2 keledek ni mmg sedap sbb ada rasa keledek. Tak sia2 aku cuba buat. Aku tepek resepi hana, kak rossya, fauziah, alaf21 & sue shanizam. Bukannya apa, aku dpti resepi diaorg berbeza antara satu sama lain. Aku ikut resepi hana sbb sempoi & tak byk bahan.


Onde-Onde Keledek
Kiriman :
Hana

Bahan-Bahan
350 gm tepung pulut
250 gm keledek
3 sudu makan air pandan
secukup air - hana campur garam skit
200 gm gula melaka
1 biji kelapa di kukus bersama sedikit garam dan daun pandan
*hana gune kelapa kering jerk+ngan air panas n garam skit. al-maklum lerr..hehe

Cara-Cara
1. Gula melaka di potong kecil-kecil.
2. Keledek direbus dan di lecek.
3. Tepung pulut diayak dalam sebuah mangkuk.
4. Masukkan keledek dan air pandan.
5. Dikacau rata dan jadikan tepung pulut menjadi doh.
6. Ambil sedikit doh dan dijadikan seperti bola kecil.
7. Lubangkan ditengah nya untuk meletakkan sedikit gula melaka.
8. Sediakan air untuk dimasak, letakkan doh onde-onde.
9. Apabila ia timbul angkat dan golekkan diatas kelapa parut yg telah dikukus tadi.




Onde-onde keledek
Sumber :
rossya

Bahan :
500g keledek (mesti keledek putih)
1 cawan tepung keledek (atau secukup nya)
1/2 biji kelapa parut putih , di kukus sebentar
1 keping gula melaka , di racik
1 c.teh pandan paste dan sedikit pewarna hijau
garam secukupnya

Cara-cara :
1. Kupas kulit ubi keledek, cuci bersih dan rebus dengan sedikit garam sehingga empuk
2. Setelah empuk, lecek sehingga halus. Masukkan tepung keledek, pandan pes dan pewarna hijau.
3. Uli sehingga lembut. Ambil sedikit adunan dan dileperkan. Isikan sedikit racikan gula Melaka dan bentukkan bulat seperti bebola kecil. Buatlah sehingga habis. Didihkan air didalam periuk.
4. Masukkan beberapa biji bebola ini dan biarkan sehingga ia timbul di permukaan air.
5. Bila ia timbul, bererti onde-ondenya sudah masak. Angkat sambil di toskan lalu di digaulkan dengan kelapa parut.

Tips: Jika ingin membuat onde-onde labu, gantikan sahja ubi keledek dengan labu.




Ondeh-ondeh Keledek
Sumber :
fauziah

BAHAN-BAHAN
1 buku keledek saiz sederhana – rebus sehingga empuk.
30 g tepung ubi
30 g tepung gandum
1 -2 camca besar air pandan pekat
¼ kepng gula melaka – dicincang
½ camca besar gulapasir
3 camca besar kelapa parut – dibuang kulit arinya
sedikit garam
8 helai daun pisang bersaiz 3 inci x 5 inci untuk dibuat kelongsong

CARA
1.Sediakan keledek. Berus keledek, rebus dengan kulitnya sehingga masak.
2.Cincangkan gula melaka dan campurkan rata-rata dengan gula pasir untuk dijadikan inti.
3.Campur dan gaulkan sedikit garam dengan kelapa parut putih rata-rata.
4.Buangkan kulit keledek da lecekkan keledek dalam mangkuk adunan.
5.Campukan tepung dan air pandan pada keledek yang dilecek. Gaul rata supaya menjadi doh yang kental.
6.Sediakan air untk merebus dalam periuk. Masak air anggaran ½ periuk.
7.Gelekkan doh di atas papan canai hingga menjadi sosej panjang dengan diameter ½ inci dan kerat menjadi keratan kecil sama besar.
8.Bentukkan tiap-tiap sekeping menjadi bulat kemudian ratakannya sedikit dan masukkan adunan gula melaka ke dalamnya, bungkus gula dan golekkannya supaya menjadi bulat semula. Buat seperti ini sehingga habis semua doh.
9.Masukkan dalam air mendidih sehingga timbul di permukaan air.
10.Toskan dengan senduk berlubang dan golekkan ke dalam kelapa yang bergaram.
11.Hidangkannya dalam kelongsong atau bakul daun pisang.




ONDEH ONDEH KELEDEK
Sumber : alaf21
Gambar :
fiqah99

Bahan-bahannya:
600 gm keledek (jenis jingga)
60 gm bijan putih
50 gm tepung serba guna
50 gm tepung pulut
1-2 sudu besar air
½ sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng

Bahan inti:
125 gm gula melaka (dicincang)
2 sudu besar gula pasir

Cara membuatnya:
1. Kupas keledek dan rebus hingga empuk. Letak di dalam mangkuk besar dan lecek ketika masih panas.
2. Ayak tepung serbaguna, tepung pulut dan garam ke dalam mangkuk tadi. Uli menjadi doh. Tambah sedikit air jika adunan masih keras. Tambah pula sedikit tepung serba guna jika adunan lembik.
3. Bahagikan kepada 18-20 bebola kecil. Campurkan gula melaka dan gula pasir di dalam mangkuk kecil. Ketepikan.
4. Buatkan lubang di tengah bebola. Isikan dengan sedikit campuran gula. Tangkupkan pula menutup inti. Bentukkan semula seperti bebola.
5. Celup bebola di dalam sedikit air. Kemudian golekkan di dalam bijan hingga bersalut sepenuhnya. Ulangi hingga habis adunan.
6. Panaskan minyak yang banyak di atas api sederhana. Goreng bebola berbijan sampai keemasan. Angkat dan tuskan minyaknya. Sajikan.




Onde-onde Keledek
Sumber :
sue shanizam

Bahan-Bahan:
tepung pulut
air pandan
sedikit garam
sedikit air kapur
1 ketul ubi keledek bersaiz kecil
gula kabung/melaka dipotong kecil
kelapa parut (putih)

Cara:
1. Bancuh tepung pulut bersama air pandan, air kapur dan sedikit garam.
2. Masukkan ubi rebus yang telah direbus dan dilecek ke dalam bancuhan tepung.
3. Pastikan bancuhan tidak terlalu kering atau terlalu lembab.
4. Bentukkan bulat-bulat mengikut kesukaan anda.
5. Masukkan gula melaka yang telah dipotong tadi ke dalam tepung dan bentukkan bulat.
6. Pastikan air mendidih sebelum anda masukkan buah melaka tadi. Apabila ia timbul, bolehlah diangkat dan terus masukkan ke dalam mangkuk yang berisi kelapa parut.

Tambahan:
1. Air kapur tidak perlu terlalu banyak kerana ia akan menjejaskan rasa.
2. Ubi keledek akan membuatkan buah melaka tidak terlalu kenyal ketika dikunyah dan memberikan bunyi 'pop' ketika anda menggigitnya.

Sunday, July 26, 2009

Apam Kentang

Aku ni mmg pantang tengok mknan & kuih2 yg warna hijau, msti cepat jatuh hati. Wp tak tau rasanya, otak terus ckp msti sedap. Maklum la favorite colour hijau selain drpd biru. Tgh duk fikir nk buat apa utk minum ptg sambil selongkar bekas brg2 kt dapur, terus teringat resepi apam kentang yg tpampang dlm fp kak madiha. Masa tengok kuih tu mmg dh terasa nk buat terus tp penyakit M.A.L.A.S. tu slalu ada. Lgpn bab2 kuih ni aku rajin buat ari minggu jer waktu hubby ada. Baru syok makan. Hubby duk tnya nk masak apa masa aku tgh kupas kentang & bila aku sebut apam kentang dia terus mengerutkn muka, pelik agaknya. Aku ckp blom prnh rasa & cuba buat pn tp ari ni saje2 nk cuba, mn la tau sedap. Lantas hubby ckp alang2 nk buat, buat lbih ckit so that esok dia bleh bawak ke banting. Hubby mmg suka suruh aku masak agar2 ke, puding ke on the night sblom dia ke banting sbb dia nk bawa bekal, nk agih2kan kt budak2 keje skali. Suka la budak2 indonesia & bangladesh tu dpt mkn. Bhn2 seme dh ada, tak payah nk merayap ke kedai, so mula la projek try & error aku. Nsib baik jd & hubby pn ckp sedap. Mkn dgn kelapa parut sedap, mkn mcm tu jer pn sedap. Tak sabar nk dgr komen budak2 kt site esok.
Kt bawah tu plak aku saje tepek resepi from ummizaihadi. Lbih kurang jer tp resepi dia guna air kelapa & air suji. Apa tu air suji? Aku cuba cari kt internet tp yg aku jupe air daun suji; air yg diperolehi drpd daun suji. Sama ke? Tp daun suji tu klau tak silap orang indonesia yg panggil, hampir sama dgn daun pandan tp ada sedikit perbezaan. Sape2 yg ada info?


APAM KENTANG
Sumber :
Nor Mariah FP
Kiriman : Kak Madiha

Bahan-bahan
200 gm gula pasir (MaDiHa kurangkan ke 180gm)
200 ml air
1 helai daun pandan, disimpul
200 g tepung beras
150 g kentang yang telah dikupas kulitnya
100 g tepung gandum
1 camca teh instant yeast
1 camca teh baking powder
1/2 camca teh garam
1 camca teh pandan paste (MaDiHa letak esen pandan ¼ sudu teh)
1 sudu teh pewarna hijau (tak sampai 1 sudu teh kot..)
250 ml santan dari 1/2 biji kelapa

Bahan-Bahan Tambahan
Kelapa parut putih
Secubit garam
(tak guna kelapa pun.. mkn kosong camtu pun dah sedapp )

Cara Membuatnya
1. Kentang dipotong kecil dan rebus hingga lembut dan dikisar bersama santan, ketepikan.
2. Satukan gula pasir, air dan daun pandan, masak hingga gula larut dan sukat 300 ml, biar suam. (oleh kerana MaDiHa kurangkan sukatan gula.. jd tak cukup 300 ml.. kena tambah air lagi)
3. Dalam satu bekas, satukan kentang yg dikisar bersama santan dan semua bahan lain lalu digaul rata. Tuang air gula suam dan kacau hingga sebati.
4. Rehatkan adunan 30 - 40 minit. (1 jam pun takper.. hingga adunan nampak naik & berbuih2)
5. Panaskan kukusan, sapu sedikit minyak pada acuan apam, dan panaskan 2 minit dalam kukusan. Tuangkan adunan apam dan kukus selama 30 minit (jika guna loyang besar). 15 minit (jika guna loyang kecik2 mcm MaDiHa )
6. Hidangkan dengan kelapa parut yg digaul garam jika suka




Apam Kentang
Oleh :
ummizaihadi

Bahan-bahan ( (lebihkurang 18 - 20 biji) )
200 gm gula pasir
175 ml air kelapa
25 ml air suji (x letak pn xpa, tambah je air suam sebanyak ni)
1 helai daun pandan
200 gm tepung beras
175 gm kentang - kukus dan lecek jadikan 150 gm
100 gm tepung gandum
1 sudu teh yis segera
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh garam halus
2 - 3 titis pewarna hijau
1/8 sudu teh pes pandan
250 ml santan dari 1/2 biji kelapa
acuan secukupnya/bekas takir

Cara-cara
1.Reneh gula, air kelapa, air suji dan daun pandan hingga mendidih (jadikan 300 ml). Biarkan suam panas.
2.Tuangkan ke dalam tepung beras dan kentang lecek yang telah digaul sebati terlebih dahulu.
3.Setelah sejuk, masukkan tepung gandum, yis, serbuk penaik, garam, pewarna hijau dan esen pandan.
4.Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau selama 10 minit hingga adunan sebati.
5.Rehatkan selama 40 - 50 minit.
6.Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama 30 minit dengan api yang besar. (Letakkan acuan kosong dulu dalam kukusan selama 1 - 2 minit sebelum dituang adunan).
7.Apabila apam telah naik dan merekah, bolehlah diangkat, sejukkan. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. (Kukus dulu parutan kelapa, garam bersama daun pandan untuk mengelakkan kelapa cepat basi)

Saturday, July 18, 2009

Kerabu Emping

Ni edisi kumpul resepi makanan yg dh lama sgt tak mkn, nostalgia sungguh. Nak buat mmg takde la sbb nk cari bhn utama tu sukar ckit kt kl ni. Kerabu emping ni aku prnh mkn masa menuntut ilmu kt kedah dulu. Masa tu kt umah member aku kt jitra. Mak & tok dia mmg pakar buat kuih, siap amik upah buat kuih karas lg. So ari ni edisi menepek resepi jer. Masak? Ari ni gantung segala periuk belanga sbb hubby ajak mkn kt kedai jer.


Kerabu Emping Padi
oleh:
mama kastam tioman

Bahan-bahan ( sekeluarga )
300 gm emping padi
100 gm kelapa parut putih
1 ekor ikan kembung bakar
5 ulas bawang merah ( kecil )
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk lada hitam
Sedikit ajinomoto

Cara-cara
1. Ikan di ambil isinya kemudian di tumbuk bersama bawang kecil dan bawang putih. Ketepikan.
2. Sangai ( goreng tanpa minyak ) emping di dalam kuali sehingga garing dan rangup. Angkat dan ketepikan.
3. Masukan pula kelapa parut serta ikan yang telah di tumbuk bersama bawang tadi kedalam kuali. Masukan juga semua perasa, garam dan serbuk lada hitam.
4. Sangai sehingga garing dan ringan. Masukan pula emping tadi. Gaul sehingga sebati, tutup api.
5. Sedia untuk di makan..

Sunday, July 12, 2009

Kuih Lompang

Bila mkn kuih ni msti ingat arwah nenek sebelah ayah. Kiranya arwah ni isteri ke2 arwah atuk. Diaorg kawin slps my grandma aka isteri atuk terdahulu aka my father's mom meninggal (aku tak sempat kenal pn arwah nenek tu). Wp dia ni nenek tiri aku tp tiap kali dia pergi pasar manir tiap2 ari sabtu, msti dia bawa balik kuih utk cucu2 dia. Sblom blik umah dia (umah dia sbelah umah aku jer), dia msti singgah umah kami utk agih2kan kuih yg dia beli. Boleh dikatakn setiap sabtu arwah msti gi pasar manir utk pasarkn bakul buatannya. Arwah mmg pakar buat bakul dr buluh & rotan. Antara kuih yg arwah slalu beli ialah kuih ni sbb senang nk bagi2 antara adik beradik kami yg ramai. Kami adik beradik panggil kuih lesung...kelakar ek. Maybe sbb btk dia mcm lesung. Kami adik beradik mmg suka kuih ni sbb dia warna warni; hijau, merah, putih, kuning. Lps tu, lg byk kelapa, lg kami suka sbb lemak2 masin.
Sblom aku mulakn aktiviti menulis resepi, aku nk menyatakan kekeliruan ckit. Apa beza kuih lompang dgn kuih kosui? Ada org ckp bezanya dr segi pgunaan gula; kuih kosui guna gula melaka, manakala kuih lompang guna gula biasa. Ye ke? Confuse2. Serius ckp my mom mmg tak prnh buat kuih ni. Nape? Ntah la. Malas kot...hehehe...Dh lama dh beli bekas kecil yg comel2 tu. Masa beli takde niat pn nk buat kuih apa tp beli sbb geram dgn btk & corak dia smpaikan hubby bising bila aku beli tp just buat perhiasan jer. Skrg ni baru tahu nk guna buat apa. Takde la hubby nk bising2 lg.


Kuih Lompang
oleh:
zara_klate


Bahan-bahan ( 40 - 45 biji )
½ paket tepung beras
1 cawan tepung kanji
air kelapa (diambil dari sebiji kelapa)
1 cawan gula pasir (leh dilebihkan sket jika suke manis)
2 helai daun pandan
sedikit air jika perlu
pewarna yg disukai

Cara-cara
1.gula pasir dimasak bersama air dan daun pandan sehingga larut. pastu disejukkan.
2.tepung kanji dan tepung beras dicampur lalu dimasukkan air gula yg disejukkan tadi serta air kelapa. kacau hingga rata dan tak bergentel.
3.sekiranya adunannya masih pekat, leh ditambahkan sedikit air. kacau rata. (kalo adunan tu tak melekat kat senduk, kira da ok la tu). adunan dibahagi 2-3 bahagian dan letakla pewarna yg disukai. kacau rata.
4.smentera itu panaskan periuk kukus. bila mendidih, letak acuan skejap dlm periuk kukus. kemudian tuangkan adunan tadi ke dlm acuan yg telah dipanaskan. kukus hingga masak.
5.bolehla dimakan dgn kelapa parut putih yg digaul dgn sedikit garam. jika takde acuan, leh diganti dgn loyang.




KUIH KOSU
Sumber : Kak Jie Jie


Bahan

A
1 cawan tepung beras
3/4 cawan tepung jagung
1 cawan air
1 sudu besar esen vanila
secubit garam
pewarna ikut suka

B
2 cawan air mendidih
1 cawan gula. Kalau tak nak manis kurangkan gula

Topping
kelapa parut,seeloknya yang muda
sedikit garam

Cara:
1. Panaskan pengukus. Masukkan daun pandan ke dalam air pengukus
2. Satukan semua bahan A kecuali pewarna dan kacau biar sebati. Ketepikan
3. Dalam bekas yang lain, satukan semua bahan B dan kacau sehingga gula hancur
4. Bahagikan kepada 3 bekas. Masukkan pewarna yang disukai bagi setiap bekas.
5. Tuangkan ke dalam acuan. Kukus anggaran 15 minit atau sehingga kuih berlubang dan berkilat.
5. Biarkan sejuk baru keluarkan dari adunan. Letakkan kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam di dalam lubangnya. Siap untuk dihidangkan




Kuih Lompang
oleh:
Hazel

Bahan-bahan ( 40 biji )
2 1/2 cawan Tepung Beras
1/2 cawan Tepung Sagu
1 cawan Gula
1 sth Air Mawar
4 cawan Air (2 cawan campur dgn Tepung / 2 cawan masak dgn gula)
Daun Pandan

Cara-cara
1.Satukan Tepung Beras & Tepung Sagu.
2.Lalu, gaulkan bersama 2 cawan air. ketepikan.
3.Masak gula bersama 2 cawan air dan daun pandan hingga mendidih.
4.Tuangkan air gula kedalam adunan tepung dan gaul rata. Tapiskan.
5.Masukkan sedikit Air Mawar. Gaul rata. Asingkan kepada 2-3 mangkuk. Lalu warnakan dengan warna kegemaran anda.
6.Panaskan kukusan, bila mendidih, letakkan acuan di dalam kukusan dan biarkan panas selama 5min.
7.Lalu tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 20min. 8.Sajikan bersama kelapa parut yang telah dikukus bersama sedikit garam dan daun pandan. Selamat mencuba..




KUIH LOMPANG
Sumber : familiazam

Bahan-bahannya:
Tepung beras 100 gm
Gula 210 gm
Air 500 gm
Tepung Sagu 60 gm
Daun pandan 3-4 helai (diambil jusnya)
Air kapur 1/2 sudu teh
Kelapa parut 40 gm

Cara-cara membuatnya:
1. Campurkan 1/2 bahagian air (250 gm) dengan gula.
2. Didihkan sehingga semua gula larut.
3. Biarkan sejuk ke suhu bilik. Campurkan tepung beras, tepung sagu dengan 1/2 bahagian air (250 gm) lagi. Campurkan jus pandan dan sirap gula dengan adunan tadi sehingga rata. Tuangkan adunan kedalam cawan yang telah dipanaskan dan kacaukan dengan sudu sehingga rata. Stimkan selama 25 minit. Hidangkan dengan kelapa parut.




Kuih Lompang
Sumber :
Rini

Bahan-bahannya:
•2 1/2 cwn tepung beras
•1/2 cwn tepung ubi
•1 cwn gula
•1 sdt esen vanilla/rose
•4 cwn air
•Dn. pandan
•Kelapa parut & garam
•Pewarna (ikut suka)

Cara-cara bikin:
•Panaskan kukusan.
•2 cwn air dicampur ke dalam tepung beras dan tepung ubi. Mesrakan.
•2 cwn air lagi dimasak dengan gula dan daun pandan.
•Satukan kedua-dua bahan ini. Letak esen vanila.
•Boleh bahagikan kepada beberapa bahagian dan titiskan warna.
•Tuangkan bancuhan ke dalam acuannya. ( acuan kecil berwarna merah ). Sebelum itu acuannya hendaklah dioles dengan minyak sedikit agar bila kita hendak keluarkannya ketika sudah masak nanti kuih tak melekat.
•Kukus kuih dalam masa 15 minit.
•Tunggu kuih sejuk sekejap baru kita cungkil dari acuannya.
•Taburkan kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikit garam.
•Sedia untuk di ngap.




KUIH LOMPANG CHEEFF PERASA JAGUNG
Sumber :
cheeff
Gambar :
mamafami

BAHAN BAHANNYA
1 bungkus tepong jagong
1 cawan air kelapa putih (Kelapa putih diparut dan diperahkan)
1/2 kilo gula (Dimasak gula itu dan disejukkan seketika)
1 cawan perasa jagung atau 1 cawan biji jagung yang direbus dan kisar halus
Sedikit bahan pewarna merah dan hijau
2 helai daun pandan
1/2 biji kelapa putih yang diparut
20 tenpat acuan kaca kecil kuih lopang

CARA CARA MEMBUATNYA
1. Campurkan air kelapa putih dan air gula bersamaa tepong beras, perasa jagung atau kisaran jagung dan sedikit air kedalam tempat bekas dan dikacaunya hingga rata. Biarkannya selama 10 minit supaya tepong beras itu kembang.
2. Sediakan 3 bekas koleh dan tuangkannya campuran tepong beras itu kedalam ketiga tiga bekas itu. Serta masukkan pewarna merah pada koleh pertama dan pewarna hijau pada koleh kedua dan koleh ketiga dibiarkan warna asalnya. Kacau rata rata semua bancuahn itu.
3. Sediakan kukusan panas dan masukkan daun pandan kedalan kukusan supaya ia berbau wangi. Masukkan semua acuan acuan kaca kecil itu untuk dikukus selama 1 minit supaya bancuhan itu tidak melekat.
4.Selepas itu tuangkan bancuhan itu kedalam setiap acuan kaca kecil ikut cita raa masing masing dan kukuskannya selama 15 minit.
5. Selepas kuih lopang itu masak, dicungkilnya dengan perlahan menggunakan pisau kecil atau sudu dan boleh disediakan diatas piggan hidangan beserta taburan kelapa putih yang dikukus di atas KUIH LOMPANG tadi. (PERINGATAN: Kelapa putih hendaklah dikukus untuk menggelakkanya menjadi basi dan berbau).




KUIH LOMPANG
Sumber : rozzan

Ingredients:
110 gm tepung beras
80 gm tepung ubi
200 ml air
(Satukan dan gaul rata)

250 gm gula pasir
200 ml air
2 helai daun pandan
(Didihkan atas api sehingga gula larut, sejukkan sebentar)

½ biji kelapa parut
(bubuh secubit garam, gaul & kukus sebentar)

Cara:
1) Satukan tepung beras dan tepung ubi. Masukkan air lalu dikacau rata. Ketepikan.
2) Masak gula bersama air dan daun pandan sehingga gula larut. Biarkan sejuk sebentar. Kemudian masukkan air gula ini kedalam bancuhan tepung tadi, dikacau rata lalu ditapis.
3) Letakkan acuan kuih lompang (Chinese teacups) ke dalam kukusan. Biarkan air dalam kukusan itu mendidih. Setelah itu, tuang adunan kuih ke dalam acuan-acuan tadi sehingga 3/4 penuh. Kukus selama 8 to 10 minit. Bila dah masak, keluarkan.
4) Masukkan acuan kuih yg baru dan ulang proses mengukus sehingga adunan selesai. Biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum di keluarkan dari acuan. Hidangkan bersama kelapa parut.




KUIH LOMPANG (kosui)
Sumber :
mieza

Bahan-bahan :
* 500 g tepung beras
* 1 sudu besar tepung jagung
* 600ml air
* 1/2 sudu besar kapur makan
* secubit garam
* 280 g gula melaka
* 155 g gula perang
* 125 g gula pasir
* daun pandan
* 250 g kelapa parut

Cara :
1. Satukan air, gula melaka, gula perang, gula pasir, daun pandan dan garam.
Jerangkan di atas api yang kecil & kacau hingga semua gula-gula itu hancur.
Besarkan api & didihkan hingga menjadi pekat.
2. Padamkan api dan tapis. Birakan sejuk.
3. Masukkan campuran gula melaka tadi ke dalam adunan tepung ubi dan tepung jagung. Kacau rata hingga supaya tidak berketul-ketul.
4. Tapiskan dalam ke dalam acuan yang telah dihangatkan. Kukus hingga masak.
5. Rendam acuan-acuan itu dalam air sejuk untuk menyejukkan. Keluarkan dari acuan & golek-golekkan dalam kelapa parut.

One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).