- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Showing posts with label Desert And Drink. Show all posts
Showing posts with label Desert And Drink. Show all posts

Sunday, October 4, 2009

Happy 1st Aniversary ; Tahun Masihi - Nasi Dhal, Daging Hitam Berempah, Acar Nyonya & Sirap Bandung Soda

Happy 1st wedding anniversary...ceh, tamak btul aku, 2 kali nk sambut...actually klau ikut bln masihi, wedding anniversary aku ari ni; 4 okt...nasib la jatuh pd ari tak keje...takde buat aap2 sambutan pn sbb poket dh kosong..duit byk guna utk raya ari tu, gaji pn blom...setakat ni blom ada apa2 plan nk gi mn2, so pg2 td dh start bperang kt dapur...spt yg dijanjikan...ari tu kan aku ada ckp hubby request aku masak sesuatu...ni dia; nasi dhal. Tak tau la mn dia dpt ilham suruh aku masak nasi ni..tkial2 cari resepi kt internet..thanx to kak liza & suejoshua krn paparkan resepi ni kt blog masing2..lps study a few days 9lama tuh nk study) aku decided follow resepi kak liza tp aku tepek gak resepi suejoshua tu utk future reference...side dish aku masak daging hitam berempah (ni pn hubby punya idea suruh masak gara2 mkn kat cerana tempoh hari)...resepi pn aku jupe kt internet slps berusaha mcari dgn gigihnya sepjg hari..thanx to trymasak & tak lupa hidangan sayur (aku mn la boleh mkn tanpa sayur wp hubby tak pndang sayur2 ni) aku prepare acar nyonya hasil ciptaan mat gebu..maka terhasil la hidangan yg aku rasa agak istimewa ari ni....nasi dhal + daging hitam berempah + acar nyonya + air sirap bandung soda (resepi waheedeana77) + kek (tempah kt kedai jer)


NASI DHALL
Sumber :
Kak Liza

Bahan
5 cawan beras bathmati
6 cawan air biasa
1/2 cawan susu cair
3 s/b minyak sapi
2 s/b minyak
rempah tumis – bunga lawang, kulit kayu manis,
buah pelaga & bunga cengkih
1 cawan kacang dhal [basuh dan rendam air panas]
3 helai daun pandan - disimpul
daun sup - mayang kasar.
garam
pewarna kuning

Bahan Kisar
2 labu bawang besar
3 ulas bawang kecil
5 ulas bawang putih
3 cm halia

½ cawan kacang gajus goring ]hiasan
bawang goring ]

CARA MASAK:
1. Panaskan miyak dan minyak sapi dalam bekas periuk nasi eletrik [Rice Cooker].
2. Tumiskan bahan tumis dan daun pandan dan masukkan pula bahan kisar. Biarkan sehingga wangi.
3. Masukkan beras, air, susu cair, daun sup, garam dan kacang dhal.
4.Pindahkan peiuk kedalam Rice Cooker. Masak saperti nasi biasa.
5 Bila telah kering, kacau dan hidangkan.
6. Hiaskan dengan kacang gajus dan bawang goreng.
7. Hidang nasi dengan ayam goreng dan gulai daging + kentang...




Nasi Dhal
Sumber :
suejoshua

BAHAN-BAHANYA:
•100 ml minyak masak
•3 s/b minyak sapi
•125 gm kacang dhal - direndam hingga kembang
•800 gm beras basmathi - dicuci dan toskan airnya
•125 ml susu sejat (susu cair)
•1 liter air
•2 s/b serbuk pati ayam - maggi
•Sedikit daun pudina - dihiris
•Sedikit bawang goreng
•Sedikit kismis
•Sedikit garam

•BAHAN A:
•10 biji bawang merah - dimayang
•3 biji bawang putih - dimayang
•4 cm halia - dititik
•Rempah tumis - 4 beradik

CARA-CARANYA:
•Panaskan minyak dan minyak sapi, tumis bahan A hingga wangi, masukkan kacang dhal sambil digaul rata, kemudian masukkan air, susu sejat, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa, gaul rata dan biarkan hingga mendidih, masukkan beras dan gaul rata dan tutup periuk, teruskan masak seperti masak nasi biasa, bila nasi kering, taburkan kismis, bawang goreng dan daun pudina, tutup periuk seketika kemudian gaul gembur-gemburkan nasi dan bolehlah dihidangkan bersama kari atau lauk pauk yang lain.




DAGING HITAM BEREMPAH
by
TryMasak

Ingredients
1) Daging - dipotong kiub (500g)
2) Bawang Besar (2 biji)
3) Halia (1 inci)
4) Kayu Manis (1 batang)
5) Serbuk Jintan Manis (1 sudu besar)
6) Serbuk Lada Putih (1 sudu kecil)
7) Serbuk Kari Daging (2 sudu besar)
8) Serbuk Jintan Putih (1 sudu besar)
9) Minyak Sapi (1 1/2 sudu besar)
10) Minyak Masak (2 sudu besar)
11) Sos Cili (1/4 cawan)
12) Tomato Puri (1/4 cawan)
13) Pes Cili (1/2 cawan)
14) Kicap Pekat (4 sudu besar)
15) Gula (1 sudu kecil)
16) Garam (secukup rasa)

Directions
1. Kisar hancur bawang besar dan halia bersama sedikit air.
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak diikuti dengan rempah ratus. Tumis seketika hingga wangi.
3. Apabila naik bau, cairkan minyak sapi. Kemudian, masukkan bahan-bahan kisar tadi, dan pes cili.
4. Kacau rata dan masukkan gula.
5. Renehkan hingga pecah minyak dan masukkan daging, sos cili, tomato puri, kicap dan juga sedikit garam.
6. Bagi menambah rasa dan bau, masukkan daun kari.
7. Masak di atas api yg kecil supaya daging meresap sebati bersama semua rasa.
8. Biarkan hingga kuahnya kering dan daging empuk, sebelum dihidang.




Acar Nyonya
Sumber :
Mat Gebu

Bahan Sayur :-)
2 biji timun, kerat 4, buang empulur dan hiris macam batang mancis
1 batang lobak merah, kerat 4, hiris macam batang mancis
2 bii bawang besar, belah 8 setiap biji
2 biji cili merah, kerat dua, buang biji dan hiris memanjang
2 biji cili hijau, kerat dua, buang biji dan hiris memanjang
100 g bunga kubis, cuci dan potong kecil (tak letak sebab tak de)

Bahan Perisa :-)
80 ml cuka makan
4 camca besar gula
2 camca teh garam

Bahan Kisar :-)
3 biji buah keras
2 batang serai, dihiris halus
20 g udang kering, rendam 10 minit dan toskan
4 biji cili merah
1/2 cm hirisan lengkuas
1 inci kunyit hidup

Bahan Lain :-)
60 g kacang tanah goreng, ditumbuk kasar
20 g bijan, sangai hingga kuning keemasan

Cara membuatnya :-)
1.Satukan semua bahan2 sayur dalam satu bekas, gaul rata. Satukan bahan2 perisa, kacau hingga larut. Kemudian tuang ke dalam bahan2 sayur, gaul rata dan biar 30 minit.
2.Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar hingga garing, gunakan api sederhana. Angkat dan biarkan rempah betul2 sejuk.
3.Toskan sayur2an tadi, kemudian gaul bersama rempah hingga rata. Masukkan juga kacang tanah dan bijan, gaul hingga semua mesra dan simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 2 jam sebelum dihidangkan......Yum yum...jom makannn!!!!




Sirap Bandung Soda
Sumber :
waheedeana77

Bahan2nya
600ml air
½ tin susu cair
1 tin Aiskkrim Soda F&N
6 sudu gula
Sedikit garam
Sirap Ros secukupnya
Air Batu secukupnya

Cara2nya:-
1. Masukkan kesemua bahan2 diatas kecuali Aiskrim Soda dan air batu, kacau sehingga larut. Adjust rasa manis, kaler merah, lemak dan susu cair sendiri yer bergantung tekak masing2 dan seperti yg dikehendaki.
2. Akhir sekali masukkan aiskrim soda, kacau sebati dan tarik dahulu air ini sebelum diminum bersama air batu secukupnya.Nyamannnn!!!!

TIPS: ** Jangan masukkan airkrim soda dahulu jikalau mahu dapatkan air yg sempurna, kalo DERHAKA akan jadilah air sirap bandung seperti air susu basi kerana susunya timbul n terapung**

Sunday, September 13, 2009

Tom Yam Seafood, Ayam Goreng Kunyit Berempah & Puding Raja

Hubby call tnya bhn yg nk diletak dlm tomyam. Rupanya dia duk kt econsave tgh beli brg nk masak utk berbuka semalam (rajinnya hubby aku..muah3). Aku sampai umah, dia dh pn smpai dulu. Katanya dia nk masak tomyam seafood. Actually 2 minggu lps masa gi econsave, hubby beli paste tomyam kung adabi. Ari ni terlaksana jugak hasrat nk buat tomyam tu (beberapa ari lps dia ada beli tomyam campur kt kedai tp punya la dia mbebel x sedap gara2 ada lengkuas dlm tomyam tu...hubby mmg tak suka ada lengkuas dlm tomyam dia). Hubby bersihkan udang & sotong (siap potong ada btk lg mcm keropok udang double deckers tu), ketam mmg dh ada kt umah (lama dlm freezer tu), sementara aku siapkn bhn sayur. Yg memasaknya hubby, aku tolong siapkn bhn jer. Sambil2 tu aku sediakan puding raja, puding hidangan istana pahang. Dh lama dpt resepi ni, tp asyik lupa nk beli pisang jer, td suruh hubby beli pisang kt econsave. Aku buat cara sempoi mamadzie69. Resepi asal dr istana pekan aku tepek kt bawah sekali. Mn la tau ada sape2 nk buat mcm tu kan.
Sementara masak tomyam, hubby perap ayam. Katanya nk wat ayam goreng kunyit berempah. Mcm ayam goreng kunyit biasa tu cuma hubby campur rempah kari ayam/daging. Mkn nasi btambah2...sape? Aku la tu, hubby mmg mcm dh jd sumpahan, klau dia masak, ckit jer dia mkn, katanya dh kenyang hidu bau mknan masa masak + dia dh 'kenyang' tengok isteri dia mkn btambah2 masakan dia...yo la tu...psstt, gambar ni sekadar hiasan jer yer...kpd yg empunya gambar, izinkan sy guna gambar anda yg cantik ini dlm post sy kali ini, tak bmaksud utk plagiat karya anda, sekadar hiasan jer...



Tom Yam Kung
Hubby's Recipe


Bahan-bahan (untuk 2 orang makan)
Udang }
Sotong } kuantiti ikut suka
Ketam }
1 biji bawang besar
2 batang serai
5-6 biji cili api - diketuk
1 biji tomato - dibelah 4
3 batang putik jagung - dipotong memanjang
Sedikit bunga kobis
3 helai daun limau purut
1 batang lobak merah - dipotong memanjang
1 peket pes tom yam kung adabi
Garam, gula & serbuk perisa secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara
1. Panaskan air secukupnya. Bila air dh sedikit menggelegak, masukkan udang, sotong & ketam. Biarkan seketika seafood tu 1/2 masak.
2. Lps tu masukkan pes tom yam. Kacau.
3. Bila kuah dh menggelegak, masukkan serai & daun limau purut.
4. Kemudian masukkan cili padi, putik jagung, bunga kobis & lobak merah. Kacau.
5. Akhir sekali masukkan tomato, bawang besar, garam, gula & serbuk perisa secukup rasa. Siap.





Ayam Goreng Kunyit Berempah
Hubby's Recipe


Bahan-bahan
1 cawan isi ayam bahagian dada (bahagian lain pn boleh asalkan isi) - dipotong kecil
Serbuk Kunyit
Rempah kari ayam/daging
Garam, Gula & Serbuk perisa secukup rasa
1 biji bawang besar - dihiris bulat
1 ulas bawang putih - diketuk
1 biji cili merah - dipotong
10 biji sweet peas (kacang peas)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Perap ayam bersama garam, gula, sebuk perisa, serbuk kunyit dan rempah kari.
2. Panaskan minyak. Goreng ayam hingga garing.
3. Masukkan bawang putih, bawang besar, cili merah & sweet peas hinggaa sedikit layu.
4. Angkat dan hidang.





Puding Raja
oleh:
mamadzie69

Bahan-bahan ( 15-20 orang )
2 tin susu cair (dicampur sedikit air)
2 sudu besar tepung kastard (dibancuh dengan sedikit air)
1/2 sudu teh garam
5 sudu besar gula (atau mengikut kemanisan sendiri)
sesikat pisang lemak manis yang kulitnya baru sedikit kuning dibuang kulit dan digoreng dengan minyak sehingga kekuning-kuningan lalu ditoskan.
1/2 paket prune
1 paket gajus masin
1 tin cocktail

Cara-cara
1.susu cair bersama gula dan garam dikacau di atas api perlahan sehingga sedikit mendidih lalu dicampur dengan tepung kastard yang sudah dibancuh.
2.kacau lagi sehingga mendidih sedikit lalu di campur dengan cocktail. Agak mendidih sedikit dicampur buah prune dan diangkat.
3.Di dalam bekas yang sesuai diatur pisang lemak manis yang telah digoreng tadi lalu dituangkan bahan yang telah dimasak tadi ke atasnya. Akhir sekali biji gajus masin ditabur di atasnya.
4.Setelah agak sejuk disimpan dalam peti sejuk sehinggalah waktu menghidangnya.





Puding Raja
Sumber :
mdpekan


Bahan-bahan
•4 sikat pisang lemak manis – dibuang kulit
•1 cawan biji gajus – digoreng
•2-3 genggam urat emas/jala emas
•200g buah prun – dipotong empat
•Buah ceri merah/hijau
•2 sudu besar minyak sapi*
•Minyak untuk menggoreng

Untuk Kuah Puding
•1 tin (410 g) susu cair/sejat
•3 biji telur – diambil kuning sahaja
•Daun pandan – disimpul
•Air sebanyak ½ tin susu
•1-2 cawan gula (ikut rasa)
•Esen vanila
*untuk mengelakkan pisang dari melekat

Cara memasak
•Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh.
•Goreng pisang sehingga kuning. Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak yang berlebihan.
•Goreng biji gajus.

Kuah Puding
•Pukul kuning telur bersama susu cair/sejat dan air. Tapis untuk membuang pusat putih telur.
•Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Jangan guna api besar dan kacau selalu supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.

Cara Menghidang
•Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan urat emas.
•Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus. Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.





Jala Emas
Sumber :
mdpekan


Bahan-bahan
•30biji telur ayam – diambil kuning sahaja
•800g gula halus
•3 helai daun pandan
•8 cawan air
•Daun pisang untuk dibuat corong

Cara memasak
•Tapis kuning telur dan pukul sedikit.
•Masak gula bersama air sehingga hancur dan mendidih. Tapis dan kemudian masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Apabila air tersebut mendidih dan berbuih halus, uraikan atau pusing keliling periuk kuning telur dengan corong daun pisang atau corong tembaga ke dalam air gula tersebut.
•Angkat dan tuskan.
•Kiraikan urai emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang satay atau garfu.
•Hidangkan.

Cara Memasak
•Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas


Friday, September 11, 2009

Cup Corn Jagung Manis

Sebagai pencuci mulut utk buke pose ari ni. Balance jagung manis yg aku masak sayur semlm. Nk buat bubur malas sbb hubby mcm tak nak mkn jer, so aku buat jagung manis cup corn tu la. Hubby suka jagung mcm ni, dia slalu beli klau kuar jln2 kt shopping complex. Klau blik kg pn dia suka beli kt hentian putra, mkn dlm bas. Aku postkan 2 resepi jer kt sini; kiriman nurkasih & hana. Dua2 guna bhn sama jer cuma cara sukatan jer ckit berbeza. Pilih la cara mn yg senang.
Menu utama utk buka pose? Nasi putih + pajeri nenas (beli) + ayam percik (beli). Sblom pose ari tu konon2 btekad tak nk beli mknan kt bazaar ramadhan, nk masak la konon, last2 beli gak...hubby punya keje la ni, konon2 nk jln2 cuci mata kt bazaar, last2 dia ckp, ayang tak payah masak la ptg ni, kita beli jer...tp kami msih sedar diri...beli 1 @ 2 jenis lauk jer; lauk utama & klau takde kuah, beli kuah mcm pajeri tu. Nasi & sayur masak sndiri, air plak buat sndiri gak.


Jagung Manis
Sumber :
nurkasih

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
500 gm jagung ( leh dpt dbhgn frozen )- saya guna jagung fresh
2 s b butter
4 s b susu pekat manis ( kemanisn ikut suka )
secubit garam

Cara-cara
1. Kukus jagung dlm 20 minit..lg lama lg sedap :)
2. Jagung dh masak..dlm bekas lain..masukkan jagung yg masih panas2, gaul dengan butter, susu pekat manis dan tabur secubit garam.
3. Sebatikan..dh siap....enak dimakan semasa masih panas2..




Jagung Manis
Sumber :
Hana

Bahan-bahan
•1 cwn@cup jagung (biasa ada jual kat pasaraya yg biji2 dlm plastik @ klu rajin kutil ler jagung rebus tuh! hahaha) hana gune jagung tin jerk :D
•1 sudu susu pekat - nk lemak manis lg leh tmbh!
•1 sudu marjerin@butter - nk lebey pon bleh! ikut suka!
•secubit garam

Cara-cara
•kukus jagung hingga masak.
•bila jagung kukus dh masak, masukkan dlm mangkuk.
•masukkan marjerin,susu n garam. gaul sebati.
•siap! boleh la dimakan panas2... klu sejuk marjerin akan mbeku n rasa dh tk sedap! :)
*klu gune jagung dlm tin just panaskan atas kuali nk buh marjerin,susu dan garam secukup rasa yer! pastu ngap!! sonang baitu! ;) klu nk gune microvawe pong bleh!

Monday, September 7, 2009

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran : Puding/Agar-agar Tembikai


Slmt menyambut nuzul al-quran pd seme. Sama2 la kita menghayati isi kandungannya & menghidupkan mlm2 yg mulia ini dgn bertadarus.
Aku dh lama teringin belajar buat puding ni. First time aku mkn masa adik aku btunang dulu (ntah thn berapa tp adik aku pn dh lama kawin & dh ada 2 org anak). Pihak perempuan jdkan puding tembikai ni sebagai hantaran kpd pihak lelaki yakni adik aku. Masa dpt puding tu, seme duk puji betapa cantiknya puding tu hingga sayang nk mkn (last2 bahagi2kan kpd seme masa tu gak sbb kami akan balik ke tpt masing2 yg berlainan).
Ni edisi cuba jaya + manisan berbuka pose. Aku ikut resepi mamasya. Dlm hati dh tekad, klau jd ni aku akan buat puding ini sebagai hantarn majlis pertunangn adik aku oktober nti sbbnya dh jnji dgn adik nk sumbangkn sesuatu. Dan hasilnya agak memuaskan hati tp next time boleh improve lg. A little bit sad sbb hubby sentuh ckit jer sbb putih telur tu tak dimasak. Dia biasa la, apa2 yg pantang dia mmg dia kureng ckit...tak pe la, len kali masak utk diri sndiri je la..
Apart of resepi mamasya, aku tepek resepi cikmanggis yg mgunakan santan & cincau sebagai biji tembikai (interesting) & tak lupa resepi from citarasawan. Perbezaannya, anda baca la sndiri.


Agar-Agar Tembikai
Sumber :
mamasya

Bahan-bahan ( 2 bekas besar yg bulat )
* 20 gm agar² panjang (direndam )
* 1-1½ cawan gula pasir (ikut citarasa)
* 4 1/2-5 cawan kecil air
* 4 biji putih telur
* sedikit pewarna hijau utk kulit
* sedikit perwarna merah/kuning utk isi
* sedikit kismis utk biji
* sedikit essence rose (jika suka)/saya guna daun pandan saja

Cara-cara
1. pukul putih telur hingga kembang.
2. sementara itu, masak agar² bersama gula dan air sehingga agar² larut. Masukkan esen rose
3. tapis agar² yg larut tu kedalam putih telur yg telah dipukul dan pukul lagi hingga betul2 sejuk dan kedua2nya betul2 bercampur(pastikan dipukul hingga bahagian dasar bekas,seelok2 bekas yg agar lebar)
4. tuangkan kedalam bekas bulat besar.
5. tarukkan sedikit pewarna merah/kuning di tengah agar² dan kacau dgn chopstick (atau lidi satay) dgn segera sebelum membeku. jgn kacau sehingga terkena dasar bekas.
6. letakkan kismis di permukaan agar² tadi. dan masukkan di dlm fridge.
7. bila agar² sudah sejuk dan beku, keluarkan dari bekas dan terbalikkan lalu disapu dgn pewarna hijau sbg kulit.Gunakan berus utk menyapu bahagian kulit(kalau guna pewarna yg cair tak perlu dicampur lagi dgn air)
Siap dan boleh dipotong, jemput makan.....




Puding Tembikai
Sumber :
cikmanggis

Bahan-bahanya:
2 sudu besar agar-agar serbuk
950 ml air
250 gm gula pasir
1 biji putih telur

150 ml santan pekat
3 helai daun pandan

1 sudu besar cincau yg sudah dihiris halus(saiz biji tembikai)
Pewarna merah dan hijau
Air ais secukupnya

Mangkuk bulat saiz buah tembikai

pemukul telur

Cara menyediakannya:
•Masukkan agar-agar serbuk ,daun pandan dan air kedalam periuk dan jerang sehingga mendidih.
•kacau sehingga larut dan masukkan santan pekat.kacau hingga rata dan biarkan mendidih sebelum dituangkan kedalam manggkuk bulat dan diletakkan dalam besen berisi air ais agar adunan agar-agar cepat sejuk
•pukul putih telur sehingga keras dan menjadi putih.bila agar-agar sejuk sedikit baru masukkan putih telur tadi,Guna pemukul telur pukul perlahan lahan sehingga adunan sebati
•bila adunan separuh beku masukkan sedikit pewarna merah dibahagian tengahnya ,dgn menggunakan garfu kacau dibahagian tengahnya sahaja tanpa menyentuk bahagian tepi dan bawah
•bila bahagian tepi dan bawah mula keras masukkan cincau yang dihiris tadi untuk jd biji tembikai ,kemudian dinginkan dlm peti ais
•Bila puding beku sepenuhnya keluarkan dari manggkuk dan terbalikkan.sapukan pewarna hijau untuk jadikan kulit tembikai




Agar-agar Tembikai
Sumber :
resipi citarasawan

Bahan-bahan
10 g serbuk agar-agar
160 g gula pasir
800 ml air
1 camt esen ros, jika suka
4 biji putih telur
120 g gula kaster
pewarna merah & hijau

Cara membuatnya:
1. Jerang agar-agar, gula pasir serta air hingga mendidih dan gula larut. Masukkan esen dan perlahankan api ke tahap paling rendah. Putar putih telur dan gula kaster hingga separuh kental. Basahkan mangkuk bulat (boleh memuatkan 2 liter). Ambil 1/8 agar-agar panas, warnakan hijau.
2. Campurkan dengan 1/8 putih telur. Kacau hingga sebati kemudian tuang ke dalam loyang. Bentukkan mengikut mangkuk (sebagai kulit tembikai). Biar keras sedikit. Ambil 1/8 agar-agar panas lagi, campurkan dengan 1/8 putih telur dan kacau. Tuang ke dalam loyang. Bentukkan seperti bahagian putih pada tembikai (antara kulit dan isi). Campurkan warna merah pada baki agar-agar, campurkan dengan baki putih telur. Ratakan di dalam mangkuk (sebagai isi tembikai). Biar keras sebelum disimpan di dalam peti sejuk.

Friday, September 4, 2009

Salad Irma & Red Rubbies

Tak tau la nape nama salad ni salad irma tp irma tu mcm nama org jer, mungkin nama org yg reka resepi ni kot...x kesah la. Aku mmg suka sayur2 hijau ni apatah lg skrg ni konon2 nk jaga diet, bdn rasa mcm makin kembang (wp puasa). Semangat btul nk diet, konon2 nk lbihkn mkn salad smpaikn hubby sanggup beli mayo utk aku. Tjupe la plak resepi salad ni, aku blom try nih...sgt senang & kebetulannya ari ni seme bhn2 tu mmg ada dlm peti ais aku kecuali arthicoke tu (aku pn tak tau sayur apakah itu...cuba cari dlm tenet, jupe info dia tp sah2 aku tak prnh mkn & tengok sayur ni). Salad ini sungguh senang utk disediakan...potong je segala sayuran, then mix them up dgn mayo, siap. Salad ni aku buat sahur...jgn tak percaya.
Juadah buka pose plak aku buat kuew teow goreng jer sbb hubby kata tak nak mkn nasi utk buka pose (last2 pkul 12am ajak aku gi kedai tomyam cari nasi sbb lapar, sbb tu time sahur aku mkn salad jer, perut kenyang lg bantai nasi dgn hubby kt kedai). Utk pemanis mulut aku buat red rubbies (gara2 tengok kak madiha buat red rubbies, paksa hubby gi tesco cari sengkuang cina ni). Klau korang nk tengok step2 buat red rubbies ni, jenguk kt sini, siap dgn resepi skali.


Salad Irma
Sumber :
sajionline

BAHAN-BAHAN:
300 gm bunga kubis
100 gm kacang buncis
150 gm timun
100 gm asparagus
100 gm tomato (celur)
1/2 biji salad bulat
200 gm artichoke (dalam tin)
10 gm parseli
200 gm mayonis

CARA MENYEDIAKAN:
1. Artichoke dipotong dadu bersama timun yang telah dibuang biji.
2. Kacang buncis dan asparagus dipotong panjang 4 cm, bunga kubis dipotong kecil.
3. Kesemua sayuran ini dicelur dan dituskan.
4. Kemudian gaulkan dengan mayonis hingga rata dan disejukkan sebelum dihidang.
5. Hidangkan dengan daun salad bulat bersama tomato yang telah dicelur.




Red Rubbies
Sumber : Mat Gebu

Bahan Utama :-)
300 g water chesnut (sengkuang cina)
1 camca teh pewarna merah*
2 camca besar air*(*disatukan)
4 camca besar tepung ubi
2.5 liter air ais
3 liter air

Bahan Lain :-)
Air gula (masak 3/4 cawan gula pasir dengan 3/4 cawan air dan 2 helai daun pandan)
500 ml santan pekat/susu cair/susu segar*...... (Saya pakai susu cair)
1/2 camca teh garam*(*disatukan) ...... (Saya skip yang ini)
Air batu secukupnya

Cara membuatnya :-)
1.Kupas sengkuang cina (kalau susah nak dapat, boleh guna sengkuang biasa), cuci dan potong dadu, rendam dalam bancuhan warna merah dan biar 20 minit. Toskan dan masukkan ke dalam beg plastik. Masukkan tepung ubi dalam beg plastik tadi, dan goncang hingga sengkuang tadi disaluti tepung ubi, ayak untuk membuang lebihan tepung.
2.Panaskan 3 liter air hingga mendidih, masukkan sengkuang cina yang bersalut tepung ubi tadi dan biar hingga timbul. Cedok keluar biji2 delima yang timbul tadi dan terus masukkan ke dalam bekas berisi air ais. Buat hingga siap dan biar biji delima berendam dalam air ais.
3.CARA PENYEDIAAN :- Dalam mangkuk sesuai, cedok keluar isi biji delima mengikut kuantiti yang dikehendaki, tuang pati santan dan juga air gula mengikut tahap kemanisan yang diingini. Letak air batu seckupnya. Boleh dihidangkan sebagai pencuci mulut...Selamat mencuba!!!

One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).