- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Showing posts with label Western And Breakfast. Show all posts
Showing posts with label Western And Breakfast. Show all posts

Wednesday, September 16, 2009

Onion Ball

Ni resepi kpd mrk2 yg suka giler dgn bawang besar bombay tu (mcm aku). Dh lama aku jupe resepi ni tp duk terperuk jer. Semlm jer ada mood nk buat. Kebetulan semlm beli bawang bombay yg saiznya agak besar. Wangi dgn bau bawang...hubby surrender, dia mkn inti jer, tu pn dia asingkn cendawan & cili bengala.


Onion Balls
Sumber :
kokibaru

Bahan Utama & Bahan Sos:
5 biji bawang bombay ukuran sedang
2 sdm bawang bombay cincang
1 sdm tepung gandum
1 sdm sos tiram
1 sdm kicap masin/cair
1/2 sdt serbuk cili
1 sdm kicap manis
250 ml air rebusan
2 sdm margerine

Inti:
100 gr cendawan butang - cincang
250 gr daging ayam cincang
100 gr cili benggala merah - potong dadu kecil
1/2 sdt serbuk oregano
1/2 sdt serbuk paprika
1/2 sdt cili
1 sdt garam
3 sdm serbuk tepung roti putih

Cara membuat:
1. Ambil bawang bombay, potong bahagian atas, keruk bahagian tengah hingga berbentuk mangkuk. Asingkan 50 gr bawang bombay yang dikeruk, cincang halus.
2. Buat inti: panaskan margerine, tumis bawang bombay cincang hingga harum, masukkan daging ayam, masak hingga berubah warna. Tambahkan cendawan butang, cili benggala, oregano, serbuk paprika, lada dan garam, masak hingga bahan btul2 masak. Selepas bahan ini hampir sejuk, masukkan ke dalam bawang bombay yang telah dikeruk tadi. Taburkan serbuk roti. Jika suka boleh digantikan keju parut untuk ditabur ke atasnya.
3. Buat sos: Cairkan margerine, tumis bawang bombay hingga harum, masukkan tepung gandum, kacau rata. Tambahkan air rebusan, masak hingga adunan menjadi kental, masukkan lada, garam, sos tiram, kicap masin dan kicap manis, kacau rata.
4. Tuang sos di pinggan berisi bawang bombay, tutup dengan aluminium foil, panggang dalam oven hingga masak.

Saturday, July 25, 2009

Happy Birthday To Me - Beef Steak & Kentang Oregano



Happy birthday to me. Tepat 12 tgh mlm td hubby wish pd aku. Birthday keberapa? Dh 34 pn, dh tua tp seronok sgt sbb this year birthday aku jatuh pd hari minggu. So byk agenda bleh dibuat bersama. Klau tak, takkan nk amik cuti lg kot semata2 nk sambut birthday aku? Lgpn birthday kali ni kami sambut for the first time sebagai suami isteri. Bagus kan. Bln july ni byk org yg aku kenal celebrate birthday; hubby, my mom, aku & my boss. & pd kesempatan ni aku nk wish happy 34th birthday gak pd kembar2 aku (lain mak lain bapak) wherever they are; maini & mamak (nama sbenar dia rezil). Maini ni member masa kt uum manakala mamak geng satu class masa kt pusat matrik uum. Tak tau la mn diaorg skrg. Lps grad seme bawak haluan masing2, cuma rezil jer aku tau serba sedikit pkembangnnya melalui facebook.
Sempena hari jadiku ini juga, kitaorg masak agak special hari ni utk dinner. Siang harinya merayap smpai ke KL, hubby belanja mkn my fave cake kt secret recipe; chocolate indulgence. Ptg baru blik umah. Penat mmg la dh penat tp sbb dh plan awal2 nk masak utk dinner mlm ni & seme bhn pn dh beli & tersedia, daging pn aku dh perap sblom kluar td cuma perlu buat sos sahaja, so nak tak nak kna la masak. Nsib baik hubby sanggup tolong. Introducing Beef Steak. This is my first try actually tp nsib baik mjadi. Jd tak jd tak kesah as long as sedap & special since ari ni a special day so kna masak special cikit ler. Aku follow resepi beef steak sos lada hitam kak hanieliza. Side dish aku buat kentang oregano (tak tau la matching tak gabungan 2 dishes ni tp bg aku sedap jer) juga resepi from kak liza. Thanx kak liza coz' resepi2 ini tlh mjdkan hari ni tersgt istimewa.


BEEF STEAK

Bahan
500 gm daging steak/tenderloin [bersihkan]
1 s/b kicap pekat
1 s/k madu/gula
1 s/b sos plum

bahan kisar
1 s/k lada hitam
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang
1 batang serai
1 inci halia

Cara:
1. Daging dipotong lebar setebal 1 cm [1/2 inci].
2. Gaulkan semua bahan yg disediakan dan perapkan selama 4 atau 5 jam.
3. Masukkan semua bahan dalam non-stick pan dan tutupkan dgn tudung.
4. Masakkan atas api sederhana sehingga air kering dan daging lembut.
5. Angkat daging dan sediakan sos.

SOS LADA HITAM

Bahan
1 s/b lada hitam
1 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 s/b sos tomato
1 s/b kicap pekat

Cara.
1. Gunakan non-stick pan yg merebuskan daging tadi.
2. Panaskan semua bahan termasuk bahan lebihan daging dalam non-stick pan tadi.
3. Bila mendideh, tuangkan dalam mangkuk dan sediakan sayuran untuk hidangan.

SAYURAN
Salad bulat[potong kecil]
tomato segar [potong baji/nipis]
kentang goreng [potato chips]
baked beans[ panaskan sikit]

Susunkan semua saperti dalam gambar dan tuangkan sos lada hitam.





KENTANG OREGANO

Bahan
500 gm kentang
1 biji cili capsikum ]
1 labu bawang besar ] potong dadu
2 biji cili hijau ]
1/2 cawan kacang merah besar [optional..gunakan dalam tin]
2 s/b roasted cashewnut
2 s/b butter
1 s/b dry oregano
garam

Cara
1. Kentang dibuangkan kulit dan potong kecil. Rebus sehingga masak. Toskan.
2. Panaskan butter dan gorengkan kentang sehingga nampak keperangan.
3. Masukkan bawang besar, cili capsikum, cili hijau dan garam. Kacau rata.
4. Bila nampak layu masukkan kacang merah dan cashewnut.
5. Taburkan dry oregano dan kacau rata. Tutup api.
6. Hidangkan dengan ayam panggang.

Wednesday, July 1, 2009

Kacang Phool

Ni seme gara2 tengok maria tunku sabri mkn kacang phool dlm rancangn jjcm. Klau tak silap, hidangn ni mjd santapan org arab. Lg enak jika di mkn dgn roti perancis. Klau tak silap famaous kt singapore & selatan semenanjung; johor.
Mula2 fikir gak, cmner la rupa kacang @ apa itu kacang pool. Ingatkan kacang panggang dlm tin tu. Lps recce kt internet, baru la tau rupanya kacang parang tp lg senang guna kacang parang dlm tin. Nk guna yg fresh pn boleh tp klau tak silap kna rendam lama gak la spy dia lembut. Gi pasaraya beli jenama kimball 'Foul Medammas' spt yg disaran oleh merpati66 (sila rujuk gambar kt sebelah).
Dh dpt bahan utamanya, kna plak cari resepinya. Mcm2 resepi aku jupe, semuanya menarik. Ada yg simple, ada yg begitu 'mewah' ingredientsnyer. That's why nape aku post mcm2 resepi kt sini. Bukan apa, saje utk rujukan. Mn la tau kot2 la nk ubah2 selera sbb lain org lain caranya, lain seleranya. Aku? Ari ni aku cuba resepi diana dulu. Len kali resepi org lain plak.


KACANG PHOOL HAJAH KAMISAH
Sumber :
resepidiana

untuk 15 orang

Bahan-bahannya
6 -7 tin kacang phool/ kacang parang, 4 tin blender kasar + 3 tin diramas supaya ia sedikit berbiji-biji
5 sudu makan minyak sayuran
3 sudu makan rempah kari daging babas
1 sudu makan serbuk lada putih
200 gram daging cincang, digoreng tanpa minyak

Bahan untuk kisar
1 sudu makan jintan halus
1/2 sudu makan jintan kasar
2 biji bawang besar
1 inci halia
4 biji bawang putih
1 cawan lada kering kisar

Bahan Hiasan
6 biji telur, digoreng buat mata lembu setengah masak
2 biji bawang besar, didadu
4 batang lada hijau, dipotong serong
20 sen limau kasturi
1 tin minyak sapi, dicairkan

Cara-caranya
Panaskan minyak sayuran, tumis lada kering kisar sehingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar dan masak sehingga ia naik bau. Masukkan rempah kari daging, serbuk lada putih, daging cincang, kacang phool yang telah diblender kasar dan juga diramas. Masukkan garam dan ajinamoto (jika suka). Kalau terlalu pekat boleh tambah sedikit air. Jangan terlalu banyak nanti cair tak sedap. Bila sudah mendidih, sudah sedia untuk dihidangkan.

Cara Menghidang
Sendukkan kacang phool kedalam pinggan. Ambil satu sudu makan minyak sapi yang telah dicairkan tuangkan atas kacang phool. Ini untuk membangkitkan dan juga menyedapkan kacang phool. Taburkan sedikit bawang yang telah didadu, hirisan cili hijau dan sebutir telur goreng. Limau kasturi letakkan ditepi. Sesuai dihidangkan dengan roti perancis.




KACANG PHOOL MAMI ASMAH LAILI
Kiriman :
resepidiana

Bahan-Bahan
1 tin kacang PHOOL MEDAMAS masukkan didalam mangkuk
1 tin kacang kuda putih dan pecah-pecahkan
1 tin bake beans
1/2 kilo daging cincang
Beberapa biji telur, digoreng mata lembu
2 biji bawang besar, dipotong dadu kecil
3 biji lada hijau, dihiris kasar
3 biji lada merah, dihiris kasar
6 biji limau kasturi, dibelah 2
Sedikit daun ketumbar dan daun pudina
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR
20 biji lada kering
20 biji bawang merah
5 biji bawang putih dikisar halus
2 sudu teh penuh rempah beriani
Sedikit halia

Cara Cara
Tumis bahan kisar sehingga garing dan wangi. Masukkan daging dan sedikit air. Masukkan semua kekacang dan gaul rata. Biarkan mendidih sehingga dagingnya empuk dan pekat sedikit. Masukkan garam beserta daun ketumbar dan pudina. Rasa, jika ada yang kurang, tambah.

CARA MENGHIDANG
Tuang kacang Phool kedalam mangkuk. Hias dengan telur mata lembu, bawang dadu, lada hiris dan limau kasturi. Enak dilawankan dengan roti Perancis.




Kacang Phool
oleh:
zara_klate

Bahan-bahan ( 4-5 org )
2 tin kacang phool - dikisar tapi tak terlalu halus
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2-3 batang lada hijau*
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan
sedikit tomato puree
sedikit garam dan serbuk perasa
minyak utk menumis

Bahan Tabur
bawang besar - didadu kecil
buah tomato - didadu kecil
lada hijau - dipotong serong
bebrapa biji limau kasturi - dibelah dua
telur mata lembu (telur nie digoreng dgn sedikit minyak sapi)
hiris bahan yg bertanda *

Cara-cara
1. panaskan minyak. tumis bahan yg dihiris berserta serbuk ketumbar dan jintan.
2. setelah wangi dan naik bau, masukkan tomato puree. biarkan skejap.
3. masukkan kacang phool yg dikisar tadi (kalo pekat taruk sedikit air). dikacau. masukkan sedikit garam dan serbuk perasa.
4. masaklah dgn api yg kecil sbentar hingga kluar minyaknye.
5. angkat dan hidangkan dgn bahan taburan serta telur mata lembu. dan perahkan sepotong limau.
6. jika suke, bleh diambil sedikit lebihan minyak sapi yg digunakan utk menggoreng telur tadi dan diletakkan di atas kacang phool.




Kacang Foul/Pool or Kacang Parang
Sumber :
merpati66

Bahannya:-
1 tin kacang foul/pool
5 biji cili hijau
3 ulas bawang putih
2 ketol bawang besar
1/2 sudu jintan manis/putih
1/2 inci halia

caranya :
1. blender cili dan semua bawang & halia
2. tumis jintan hingga garing - masukkan bahan yang diblender
3. tadi masak hingga garing.Masukan kacang dalam kuah .
4. Bila kacang dah empuk boleh dihidangkan dengan telur goreng mata kerbau.




Kacang Phool
Sources :
Sherri Anne

Here's the recipe:
450g foul medammes (half-blended)
250g minced beef (I've earlier sauteed these with 1 tsp garlic, 1/2 tsp ginger & 1 tblsp curry powder)
Half cup water
Onions*
3 cloves garlic*
1cm ginger*
5 pcs dried red chillies*
*All these ingredients to blend together to become a paste for frying
Salt to taste
Virgin oil

Garnish:
Egg cooked sunny-side-up
Green chillies (sliced)
Onions (chopped coarsely)
Lime

How to:
1) Heat virgin oil in frying pan. When it's hot, fry the onion paste till fragrant.
2) Add in the foul medammes and half cup of water. Leave to boil.
3) Once the mixture starts to boil & become a little thick in consistency, add in salt.
4) Give it a stir and turn off the heat.

Note: You do not want the mixture to be too dry nor watery. The mixture tends to be thicker and drier when cooled. If it gets to dry, just add in a little hot water & stir before serving. If it's too watery, leave it to boil for another 3-5mins.

To serve:
1) Fry egg.
2) Scoop some foul-medamme mixture into a bowl. Topped with egg.
3) Serve chopped onions, green chillies & lime at the side.
4) Serve hot with baguette.




Kacang Phool
Posted by
m3rni3

Ingredients

Condiments
6 limes, halved
2 onion, chopped
2 grean chillies, chopped
6 sunny side ups eggs

The beans
3 onion, 2 ground and 1 roughly chopped
5 pips garlic
1 cm ginger
5 cm cinnomon stick
1 star anise
1 tbsp ground dried chilli
1 tsbp curry powder
250 gm minced meat, precooked
2 cans broad beans
ghee
salt

Method
1. In a blender, grind onion, garlic and ginger. Put aside.
2. In a blender, grind the broad beans roughly.
3. Pound cinnamon stick and star anise in a pestle and mortar.
4. Heat some ghee in a pot and fry the ground and pound ingredients and curry powder till fragrant and crisp.
5. Put in minced meat and lastly the broad beans.
6. Add salt to taste and cook thru.
7. Plate the kacang phool and top it off with lime, chopped onion, chopped green chilli and sunny side up. Serve with warm baguette.




Kacang Phool
Sumber : cranko21

Bahan-Bahan:
4 tin kacang foul (atau rendam kacang parang semalaman dan rebus hingga empuk - then kisar separuh kasar separuh halus - terpulang)
1 tin kecil minyak sapi

Bahan2 kisar:
1 sdm ketumbar - di sangar
1/2 sdm jintan manis - di sangar
1/4 sdm jintan putih - di sangar
3 biji bawang besarr
2 biji bawang putih
garam & gula secukup rasa

Taburan diatas kacang phool:
Bawang besar & tomato (potong dadu)
Lada hijau (dihiris)
Limau kasturi (dibelah dua)
Telur goreng mata lembu (make sure goreng ngan minyak sapi)

Cara Cara :
1. Panaskan minyak sapi di campur ngan sedikit minyak makan dlm periuk
2. Tumis bahan2 yg di kisar hingga naik bau.
3. Masukkan kacang parang yg sudah di mesin dan rasa garamnya dan tunggu hingga mendidih
4. Hidangkan dgn bahan2 taburan dan sedikit minyak sapi di atasnya dan beberapa keping roti perancis

Nota :
1. kalau nak masukkan daging kisar (letakkan sedikit rempah kari - dlm 1.5 sudu masa menumis bahan2 kisar)
2. Ada org suka mesin lada merah sedikit untuk rasa pedas2 sikit.




Kacang Phool
Kiriman : sweet_17
Gambar :
heldamelissa

Bahan-bahan
1 tin kacang pool brand kimball (untuk 3-4 org)
daging cincang/daging potong kecik2
rempah sup/rempah kari
halia
bawang putih
bawang merah
minyak sapi
telur digoreng dengan minyak sapi

Cara-cara
1. tumiskan halia, bwg putih, bwg merah sampai kekuningan (guna minyak sapi)
2. masukkan daging dan rempah
3. masukkan kacang pool- kacang dilenyek2kan
4. tunggu sampai daging empuk
5. untuk hiasan- hirisan bawang besar- potong dadu, lada merah, limau kasturi




Kacang Phool
Sumber: Abg Rozzan

Bahan-Bahan
2 tin kacang parang rebus dlm tin
- separuh kisar halus, separuh lagi kisar kasar sedikit, ambil airnya sekali.
2 biji bawang besar (saiz besar, dipotong dadu kecil2)
3 biji tomato buah (dipotong dadu)
250 gm daging kisar
1 sudu teh ketumbar + ½ sudu teh jintan halus- optional (sangai, kisar halus)
secukup minyak masak
air secukupnya

Bahan-Bahan Sampingan
secukup telur digoreng mata lembu
(pada minyak menggoreng telur dicampurkan sedikit minyak sapi)
secukup bawang besar (potong dadu)
secukup lada hijau/merah (hiris)
limau kasturi (belah dua)
roti perancis (potong dan bakar sebentar)

Directions:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang dadu dan kacau. Masukkan tomato dan kacau lagi hingga layu. Masukkan daging kisar dan ketumbar/jintan lalu kacau rata hingga empuk.
2. Kemudian masukkan kacang parang tadi dan kacau rata-rata. Kalau sudah cukup masin, jgn bubuh garam. Angkat dan hidangkan.

Cara Menghidangkannya
Sediakan pinggan dan sendukkan kacang phool ke dalamnya. Setelah telur digoreng mata lembu, angkat dari kuali dan bubuh telur tu ke atas kacang phool. Scoopkan sedikit minyak (yg telah dicampur minyak sapi tadi) dan tuang ke atasnya. Taburkan bawang dadu, lada hijau/merah di sekeliling kacang phool ini dan perahkan jus dari sebiji limau kasturi. Enak dimakan waktu hangat2 dgn roti perancis.




Kacang Phool
Sumber :
relaxkejap

Blend halus lalu tumis dgn minyak sapi:-
2 tins kacang phool
1 tin tomato paste (puree)
1 sudu makan jintan halus (disangai dulu)
1 sudu makan jintan kasar (disangai dulu)
1 ½ sudu makan ketumbar (disangai dulu)
sedikit minyak sapi

Cara-cara:
Hidang bersama bahan2 yg lain.




Kacang Phool
Sumber :
relaxkejap

Bahan-bahan:-
1 tin kacang parang (buang air & cuci bersih)
½ kilo tulang kambing
½ cawan dhal merah
½ cawan dhal kuning
2 biji tomato (belah 2)
2 biji bawang besar (belah 4)

Cara-cara:-
1. Rebus kesemua bahan2 hingga daging empuk.
2. Keluarkan kacang2 yg belum betul2 pecah lalu dimesin.
3. Masukkan kedlm periuk semula dgn api yg kecil.

Rempah tumis:-
1 sudu makan jintan halus
1 sudu makan jintan kasar
1 ½ sudu makan ketumbar
1 sudu kecil lada hitam
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
minyak

Cara-cara:-
1.Layangkan di kuali jintan,ketumbar & lada hitam.
2. Kemudian kisar kesemua bahan.
3. Panaskan minyak & tumiskan rempah hingga garing & wangi.
4. Kemudian masukkan rempah itu ke dlm periuk kacang phool tadi.
5. Kacau & biarkan masak lagi. Biarkan pekat & naik minyak.

Bahan hiasan:-
1 biji telur digoreng mata lembu dgn minyak sapi
1 biji bawang besar dipotong kecil2
1 btg lada merah & hijau dipotong kecil2
minyak sapi cair utk dituang panas2
1 biji limau nipis diperah apabila makan
Jgn lupa roti perancis. Dipotong serong & bakar sekejap.




Kacang Phool
Petikkan Dari Buku Masak Hidangan Seri Majlis
Resepi oleh Cik Junaidah Jaafar
Kiriman
yusrosqis
Gambar
Fida

Ingredients:
1 Tin Kacang Full Medammas
1 Tin Kidney Beans
(Campurkan dalam mangkuk kedua-dua jenis kacang bersama airnya dan pecah-pecahkan tapi juga boleh di blend setengah halus)

1 Tin Bake Beans (Jgn Di Pecahkan)
500gm Daging Cincang
Garam Secukup Rasa dan Serbuk Perasa (Jika Perlu)
Telur Goreng Mata Lembu
Lada Merah & Hijau (Di Hiris Kasar)
Limau Kasturi

Bahan Kisar :
20 Biji Lada Kering (Buang Bijinya)
20 Ulas Bawang Kecil
5 atau 6 Ulas Bawang Putih
1 Sudu Teh Jintan Kasar
1 Sudu Teh Jintan Halus
Halia Sebesar Ibu Jari

Directions:
1. Tumis rempah kisar hingga garing. Masukkan daging cincang. Masukkan sedikit air. Masak hingga daging empuk. Masukkan garam dan serbuk perasa.
2. Masukkan kacang Ful Medammas dan Kidney Beans yg dipecah atau dikisar dengan airnya sekali. Biarkan mendidih.
3. Biarkan ia berair kerana ia akan menjadi pekat bila sejuk. Selepas itu baru masukkan Bake Beans dengan airnya sekali dan dikacau. Bila mendidih, matikan api,
4. Semasa menghidang tuangkan Kacang Ful dalam mangkuk. Hias atasnya dengan sekeping telur mata lembu, lada hiris, bawang dadu dan perahan limau kasturi. Lawankan dengan roti perancis bakar yang panas ataupun roti bawang putih.




KACANG PHOOL
Sumber : rozzan

(untuk 10-12 orang)

Bahan-Bahan
500 gm kacang parang (rendam semalaman)
150 ml minyak masak
5 sudu besar minyak sapi QBB
3 biji bawang besar (potong dadu)
3-4 sudu besar cili kering kisar
2 biji tomato buah (potong dadu)
300 gm daging lembu (kisar)
1 tin kecil tomato puri (kira-kira 70 gm)
2 sudu besar jintan manis (sangai & tumbuk/kisar halus)
1 sudu teh lada hitam serbuk
2 sudu teh garam (atau secukup rasa)

Untuk Taburan
secukup limau kasturi (dibelah dua)
secukup cili hijau/merah
secukup bawang besar (dipotong dadu)
secukup telur mata lembu
roti perancis (dibakar sebentar)

Cara:
1. Kacang parang direbus dgn secukup air sehingga empuk. Kemudian kisar sehingga ¾ halus dgn menggunakan lebihan air rebusan tadi. Kalau suka, segenggam kacang ini dibiarkan sebiji-sebiji.
2. Panaskan campuran minyak & minyak sapi di dalam periuk. Tumis bawang besar sebentar lalu masukkan cili kering kisar. Kacau dan masak sehingga cili garing lalu masukkan tomato buah. Kemudian, masukkan daging kisar dan kacau lagi. Kalau perlu bubuh sedikit air.
3. Seterusnya, masukkan kacang parang yg telah dikisar tadi. Gaul/kacau rata-rata lalu masukkan tomato puri, jintan manis, lada hitam dan garam. Kacau sehingga rata dan matikan api.
4. Hidangkan dengan cili hijau/merah, bawang besar dadu, perahan jus limau kasturi, telur mata lembu dan roti perancis.




BISTIK KACANG PHOOL
Sumber :
ibusha

bahan2nya :
1. 1 tin kacang parang(foul medammas-buang air kisar halus)
2. 2 biji bawang besar
3. 2 biji bawang putih
4. sedikit halia
5. 1 1/2 sudu besar rempah bistik( sy pakai brand minah)
6. 2 sudu besar tomato sos
7. 1 biji tomato(dadu kecil2)
8. daging cincang 200gm
9. garam, gula secukup rasa(sy gunakan 1 cube rusuk maggi, klu dah ltk ni tak yah pakai garam)
10. air, minyak

bahan hiasan :
telur goreng mata lembu
bawang goreng
lada hijau hiris
limau kasturi
roti

caranya :
2,3,4,5 kisar... panaskan minyak tumis bahan2 kisar ...tumis hingga garing atau hingga keluar minyak...masukan daging cincang, kacau hingga daging masak...masukan tomato dadu, tomato sos, kacang parang kisar dan kacau slu...lepas tu masukan air sikit, klu pekat blh tambah air lagi...masukan garam,gula kacau lagi..apabila masak padam api...

cara menghidang :
ltk telur goreng atas bistik kacang phool...taburkan lada, bawang goreng, limau...apabila hendak makan blhlah diperahkan limau kasturi...bistik kacang phool ini di makan dengan roti biasa atau roti perancis.




kacang phool
Sumber : blackmore

bahan-bahan
1 bungkus kacang parang-direndam hingga kembang, direbus hingga empuk & dikisar halus

bahan tumis
3 biji bawang besar diparut
5 ulas bawang putih-dikisar
sedikit halia di kisar
1 sudu kecil jintan halus disangar dan dikisar halus
2 sudu makan rempah kari daging
1/4 botol tomato sos
garam & serbuk perasa secukupnya
minyak
(resipi ni seharusnya pakai minyak sapi sepenuhnya-tapi memandangkan rasa muak, my sis pakai minyak masak aje)

cara-cara
tumis bawang putih & halia hingga naik bau.. masukkan jintan & bawang besar... masak hingga naik bau.. masuk kan tomato sos.. rempah kari.. tumis lagik hingga garing... masuk kan sedikit air & kacang yg telah di kisar tadi...garam secukup rasa.... masak hingga mendidih dan kuah nya pekat..

bahan taburan
bawang goreng atau bawang kecil yang didadu - ikut selera masing2
lada sulah jika hendak lagi pedas
daun sop
lada hijau di hiris
limau kasturi dibelah dua
telur yang digoreng dgn minyak sapi..

cara2 menghidang
senang saja...ambillah seberapa banyak kuah kacang nie dan letakkan dipinggan...telor yang telah digoreng ngan minyak sapi nie diletakkan diatasnya...ambil sedikit minyak sapi (yang dibuat goreng telur) tadi dan tuangkan keatas telor dan kuahnya...taburkan bahan2 taburan tadi dan bila nak makan...perah limau kasturi tu ke atasnya...makan dgn roti perancis...

Saturday, May 9, 2009

Wesak Day : Sandwich Telur dan Tuna



Happy wesak day to my buddhist friend, especially to my officemate; evon & ah bee & my boss; mr yap & his family.
Mlm td hubby suggest utk gi bkelah esok. Saya ingat dia demam ke sbb tetiba jer. Tak pernah2. Dulu masa duk kl, tak pernah pn dia ajak saya bkelah sdgkn umah saya sbelah jer taman tasik titiwangsa. Klau aku saya pn dia tak nak. Bila dh kawin ni, rajin plak ajak saya ke sana ke sini. So saya pn tnya la nk gi mn sbb klau setakat area housing area ni ada la kwsn bukit tp biasa org gi hiking jer kt ctu. Then baru saya ingat, sungai congkak. Tak jauh sgt dr sini. So sg congkak, here we come. It was my second time there. Dulu prnh gi dgn opis mate, lepak2 smbil chit chat. My hubby plak tak pernah gi, so saya la tunjuk jalannya.
Bila nk gi bkelah, kna la ada makanan & minuman. Hubby ckp tak payah masak makanan yg complicated, masak yg simple2 jer sbb utk 2 org jer. So bukak jer mata pg ni, goreng beehoon. Then buat sandwich telur. Dh lama tak buat sandwich ni, so buat byk gak. I like. Dulu masa duk kl, slalu beli sandwich telur & tuna kt bakery mediya. Best sgt. Skrg kna buat sndiri la. Air plak, air sirap jer. Pukul 10am baru btolak. Smpai sana org punya la ramai. Maklum la public holiday. Nasib baik cari port yg bagus & terlindung. Hubby mandi tp saya just main2 air jer sbb org ramai sgt. Zohor baru blik umah. Beehoon abis, sandwich pun abis. Punya la byk mkn. Biasa la lapar bila sejuk2 ni lepas main air.
Utk sandwich saya guna resepi syahmi yg simple ini.


Sandwich telur
oleh:
syahmi

Bahan-bahan ( 2 orang sahaja )
6 keping roti
1 butir telur
1 sudu kecil mayonis
Garam / serbuk lada hitam
Timun/ tomato ( dihiris )
Mentega untuk disapu pd roti

Cara-cara
1. Hancurkan telur. Perasakan dengan garam atau serbuk lada hitam.
2. Campurkan dengan mayonis dan kacau rata.
3. Sapukan roti dengan mentega dan ratakan adunan telur di atas roti.
4. Aturkan hirisan timun atau tomato. Lapik dengan sekeping roti lagi.
5. Potong mengikut bentuk yang disukai.



Sandwich Telor
oleh: azizanasmah

Bahan-bahan ( 7-8 org )
Roti gardenia panjang
5 biji telor rebus dibuang kulit dan dilecek/dihancurkan
2 / 3 sudu besar mayonese
Garam sedikit(secukup rasa)
Lada sulah (secukup rasa)
Lada hitam/cili api potong(agak-agak)
*Sedikit margerin/planta.
*1 biji tomato dihiris nipis
*½ btg timun dibuang kulit dihiris nipis

Cara-cara
1. Campurkan kesemua bahan kecuali bahan bertanda *.
2. Gaul hingga semua bahan sebati dan secukup rasa.
3. Sapu roti dgn margerin.
4. Letak inti sandwich.
5. Kemudian letak tomato dan timun.
6. Siap..! Sedap juga kalau dibuat sandwich telor bakar.



SANDWICH TELUR
sumber : Syikin & Nacnie
kiriman : kak madiha

Bahan2
Roti gardenia secukupnya (guna roti lain pun boleh gakk.. marah kompeni roti lain dok iklan gardenia jer...)
3 biji telur rebus
3 batang crab stick direbus & dicarik2kan.. (MaDiHa tak bubuh pasal takde stok)
3-4 s/b mayonese
sedikit pepper
Salad & tomato (tak letak... anak tak suka sayur mentah)

Cara2
-telur rebus dilenyek hancur & campurkan dengan crab stick, mayonese & pepper. kacau rata.
-bolehlah dibuat sandwich.. dan hidang sebagai sarapan.. sedappp..



Roti Telur Mayo
oleh: m3rni3


Bahan-bahan ( 4 orang )
5 biji telur rebus, dikupas kulitnya
garam dan lada putih, secukupnya
4 sudu makan mayonnaise
daun lettuce
tomato, dihiris
8 keping roti sandwich
margarine

Cara-cara
1. Satukan telur, garam, lada putih dan mayonnaise dan kacau rata.
2. Sapukan margarine di atas roti than langsung sapukan telur mayo tadi.
3. Top kan dengah daun lettuce dan hirisan tomato.
4. Akhir sekali, lapik kan dengan sekeping lagi roti.


Ni plak sandwich 2-in-1; telur & tuna. Mulanya nk buat 2 jenis sandwich; sandwich telur & sandwich tuna, tiba2 my hubby ckp x payah buat sandwich tuna, nnti xde org nk mkn. Hubby sardin dia mkn tp tuna dia kureng ckit. Me plak sebaliknya. So since tuna dh beli, i decided to mixed-up the tuna & egg according to yanmie's recipe. Best gak eh, ada dua2 rasa.




Sandwich Tuna Bersama Telur ala Yanmie
Sumber :
Yanmie

Bahan-bahannya
Minyak Zaitun *terpulang pd anda nk guna minyak apa*
Roti Wholemeal 2kpg
Tuna 1 sudu
Telur 1 biji
kobis
timun
serbuk lada hitam

Cara-cara buat
1. panaskan minyak zaitun pastu masukkan telur dan hancur2kan telur tu
2. kemudian masukkan Tuna dan kobis. msk sekejap aje. pastu tambahkan sedikit serbuk lada hitam. last sekali taburkan timun yg dihiris halus
3. pastu blh lah di angkat dan diletakkan atas roti dan tekap kan.
4. potong ikut suka hati dan blh lah dinikmati..ehehe



Tuna Sandwich + Egg
Sumber :
Noorma

Bahan-bahan
~roti sandwish secukupnya
~isi tuna-ditoskan airnya
~mayonis
~bawang merah-dicincang (tp aku tak letak, sbb anak2 tak suka)
~black pepper (kalo suka pedas)
~telur rebus -dipotong nipis
~crab stik-digoreng dulu kemudian disiat-siat
~timun, tomato-dihiris nipis

Cara-cara
1.Tuna dihancurkan kemudian gaul bersama mayonis dan serbuk lada hitam. Boleh tambah bawang merah yg dicincang kalo suka
2.Sapukan roti dengan butter dan buang kulit tepinya
3.Letak inti tuna, kemudian lapiskan dengan telur dan crab stik
4.Letak timun dan tomato kalo suka.
5.Tutup balik dengan roti. Kemudian potong.
6.Siap dan bolehlah dimakan


Tuna Egg Sandwich
SUBMITTED BY: LISALC98

INGREDIENTS
1 (6 ounce) can tuna, drained
3 hard-cooked eggs, peeled and chopped
1 cup chopped celery
1 tablespoon mayonnaise
salt and pepper to taste
4 slices whole wheat bread

DIRECTIONS
In a medium bowl, stir together the tuna, eggs, celery and mayonnaise. Season with salt and pepper to taste. Place half of the mixture onto 1 slice of bread and the other half on another slice of bread. Top with remaining slices of bread. Serve.


Sandwich Tuna dan Telur
Sumber :
valentine

Bahan-bahan ( 4 orang )
roti (ikut suka, roti ape2 aje..roti hotdog tu pun bleh..)
telur
susu segar
garam
pepper
tuna
cili sos
mayonis (optional)
minyak sket

Cara-cara
1. gunakan non stick pan. sapu minyak sket.
2. telur dicampurkan dengan susu segar, garam n pepper. buat scramble egg..bila hampir masak, masukkan tuna tadi. masukkan cili sos dan mayonis jika suka. gaul rata. angkat.
3. sapu roti dengan butter/mayonis...letakkan salad n tomato dan campuran tuna dan telur tadi.


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).