- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Showing posts with label Vegetables / Kerabu / Salad. Show all posts
Showing posts with label Vegetables / Kerabu / Salad. Show all posts

Saturday, October 10, 2009

Rendang Pucuk Pegaga

Hubby keje ari ni tp 1/2 ari jer sbb ptgnya nk gi beraya kt umah adik aku kt bndr baru sg buloh..actually ni first time kami ke rumah dia...aku pn first time gak..sejak bhijrah ke KL & dia kwin, aku blom bkesempatan ke umah dia sbb takde transport sblom2 ni..skrg dh ada transport takde alasan la...lgpn dia slalu dtg umah aku time mlm bawak anak2 & my SIL jln2..anak2 dia ni mbesar dlm kete jer sbb kejap2 ajak ayahnya bawak gi jln...tgh nangis pn bleh diam bila ajak naik kete...
So tghari mmg tak masak la sbb mmg dh reserve perut utk mkn kt umah dia...dia masak nasi putih & lauk pauk apart of biskut raya...my SIL org gemas N9, so masakan yg dihidangkn msti la specialty dr sana; rendang ayam daun puding (tak ku tahu daun puding boleh wat rendang), daging salai masak lemak cili api (my feveret aku nih...pedas smpai bdesing telinga), rendang pegaga (very unique & aku sgt suka), udang + pucuk ubi kayu masak lemak tempoyak cili api (camno la ari ni aku tak asyik ulang jamban...somo eh pedeh gilo), sambal belacan (ni satu lg tp eden mmg tak sentuih ler), ikan masin (hubby yg request...adik aku pn mmg hantu dgn ikan masin ni)...humang oi, mmg kenyang giler smpai skrg... sblom blik sempat lg tapau rendang pegaga & bjaya dptkn resepi from my SIL...

RENDANG PUCUK PEGAGA
Sumber : My SIL

Bahan-bahan :-
Pucuk pegaga
Santan kelapa
Ikan bilis
Kunyit hidup
Cili api
Serai
Asam keping
Garam secukupnya

Cara-cara :-
1. Tumbuk lumat kunyit hidup & cili api atau kisar halus
2. Didihkan santan, kunyit, cili api & ikan bilis di dalam periuk
3. Bila sudah mendidih, masukkan pucuk paku, asam keping, serai dan garam secukup rasa
4. Masak sehingga kering. Siap untuk dihidang




Rendang Pucuk Pegaga
Sumber :
elaira

Bahan-bahan.
- cili api segenggam, kunyit hidup sebesar ibu jari sepanjang satu inci setengah - ditumbuk lumat.
- santan kelapa dari satu biji setengah kelapa (bergantung sebanyak mana pucuk pergaga itu) - ambil kira2 4 cawan santan sahaja - pekat.
- ikan bilis, serai 2-3 batang, daun limau purut 3-4 helai

Cara-cara.
- masukan cili dan kunyit yang ditumbuk dalam kuali, masukkan santan pekat tambahkan 2 keping asam keping, masak sehingga kuah masak dan mulai susut. Memang ia akan kelihatan seperti tidak cukup kuah, tetapi sekejap lagi nanti air dari pucuk pegaga itu akan keluar dan 'membanjiri' kuali anda huhu...
- masak lah sehingga kuah kering, masukkan ikan bilis, serai yang telah diketuk dan daun limau purut. Kacau selalu sehingga kering dan berminyak.
- siap!



Rendang Pegaga
Sumber : ninoZ

bahan-bahan:
pegaga
udang hidup [ganti udang kering pun bleh..masuk sekali dgn bahan kisar]
santan

dikisar halus: [serba sket je]
bawang merah
bwg putih
halia
lengkuas
kunyit hidup
serai
cili kering - seeded, rendam n toskan

sedikit kerisik
gula merah
garam secukup rasa

cara-cara:
1. masuk semua bahan kecuali pegaga ke dlm kuali n renih hingga pekat
2. then baru masukkan pegaga..
3. masak seketika..jgn terlampau lama or terlampau kering..bior lembab2 sket baru sedap

Saturday, October 3, 2009

Hot Dog Sweet & Sour, Ikan Selar Berlado Dan Sayur Chap Chai

Ari ni hubby keje gak, so duk sorang2...sarapan nasi lemak bungkus jer...lunch aku masa hotdog sweet & sour ciptaan puan noorma kita...resepi sempoi tp sedap weh...ptg plak, aku masak ikan selar berlada resepi maklang & sayur chap chai resepi dr diana..hotdog dh nk abis dikerjakan oleh aku, sbb tu masak ikan selar...lgpn dh kt seminggu ikan selar duk dlm freezer, beku mcm batu dah...sayur chap chai tu utk aku tp huby cbuk duk kutip udang..


Hotdog Sweet and Sour
Nukilan
Noorma

Bahan-bahan
>4 batang hotdog-dipotong pendek
>cendawan butang
>karot
>kacang pis
>batang leek
>bawang merah-dihiris
>bawang putih-diketuk
>sos tomato
>sedikit sos cili
>sedikit sos tiram
>daun sup, daun bawang-ditabur
>telur

Cara-cara
1.Tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau.
2.Masukkan semua jenis sos tadi, bersama sayur-sayuran dan hotdog.
3.Letak sedikit garam (jangan banyak sbb sos dh masin)
4.boleh letak air untuk mengempukkan sayur-sayuran tadi (kalo suka)
5.biar kering sedikit dan angkat.
6.Buat telur dadar-pukul telur dan panaskan kuali. Tebarkan telur ke seluruh kuali agar mendapat lapisan yang nipis dan besar.
7.Biar hingga masak,
8.padamkan api dan letak hotdog yang dimasak tadi ditengah-tengah. Balut kemas
9.Ambil pinggan dan tangkupkan diatas telur tadi.
10.Dengan berhati-hati, terbalikan kuali dan sedia untuk dihidangkan.




Ikan Selar Berlado
Sumber :
Maklang

a.Bahan utama:
Ikan selar dibersihkan, dilumurkan dengan garam dan kunyit lalu digoreng sehingga garing. Angkat dan toskan.

b.Bahan2 untuk dikisar:
5 biji lada merah
4 biji cili padi ( sekiranya mahu pedas lagi, tambah aje cili padinya)
3in x 3in belacan yang telah dibakar
sebiji bawang besar
1 biji tomato sederhana besar

c. Bahan lain
2 helai daun limau purut
sedikit garam dan gula

Caranya:
1. Tumis bahan2 yang dikisar sehingga naik minyak.
2. Masukkan garam dan gula serta daun limau purut.
3. Masukkan ikan tadi dan digaul rata dengan sambalnya. Biarkan sebentar supaya sambal meresap dalam ikan.




SAYUR CHAP CHAI
Sumber :
resipidiana

Bahan-bahannya
1 ikat sayur sawi, dipotong selebar 3 inci
2 paket jagung muda, dibelah 2
1 biji kobis yang kecil, dipotong selebar 2 inci
6 ekor udang
1 biji bawang besar, dihiris
3 ulas bawang putih, dicincang
4 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air
sedikit bancuhan tepung jagung
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan pula bawang besar dan udang.
2. Bila udang telah masak, masukkan sos tiram dan juga air.
3. Masukkan pula kobis dan jagung muda. Gaul rata. Bila telah setengah masak masukkan sawi. Gaul hingga sebati.
4. Masukkan pula bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuahnya.
5. Sedia untuk dihidang.

Friday, October 2, 2009

Kacang Panjang Goreng Berlado Dan Ayam Betutu

Hubby call ptg td ckp nk balik...fikir nk masak apa ek...kacang panjang goreng berlado (stok kacang pjg byk lae)...main dish; ayam betutu...ala2 ayam percik pn ada, ayam panggang biasa pn ada...juga dipanggil ayam panggang dlm daun pisang so klau nk lg ori, bakar ayam yg dibungkus dgn daun pisang...klau x silap ni resepi dr seberang..x kesah la, jnji sedap..utk resepi ayam betutu ni aku ada 2 resepi tp kali ni aku masak resepi yg pertama, yg ke2 yg aku jupe dlm harian metro len kali plak...


Kacang Panjang Goreng Berlado
Nukilan
Noorma

Bahan-bahan
>kacang panjang-dicuci bersih dan dipotong pendek
>cili merah*
>cili padi-jika suka pedas*
>bawang putih*
>bawang merah*
>sebiji telur
>garam, perasa

Cara-cara
1.Bahan bertanda * ditumbuk lumat, dan kemudian tumis hingga naik bau.
2.Masukkan kacang panjang, boleh tambah sedikit air untuk bagi empuk.
3.Bila kacang dh hampir masak, pecahkan telur dan kacau rata.
4.Biar sekejap agar telur masak.
5. Letak garam dan perasa, kacau dan bolehlah diangkat.
Siap




AYAM BETUTU
Sumber :
jphpk

Bahan-bahan
1 ekor ( 1½ kg ) ayam besar
5 sdm minyak, untuk menumis
daun pisang/aluminium foil, untuk pembungkus

Bahan untuk ditumbuk
7 biji cabai merah dan 5 cabai besar
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu makan ketumbar
1½ sudu makan serai, dihiiris halus
1 sudu makan lengkuas dicincang
½ sudu teh serbuk pala
2 sudu teh kunyit dicincang
2 sudu teh halia dicincang
garam dan gula menurut selera

Cara-cara
1. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga wangi dan kering. Angkat dan sejukkan. Bahagikan kepada dua bahagian.
2. Campur satu bahagian ke dalam Masukkan dalam rongga badan ayam, semat lubangnya dengan cungkil gigi. Dan sebahagian lagi dilumur pada permukaan ayam dan di bawah kulit.
3. Bungkus dengan beberapa lapis daun pisang, ikat ketat dengan tali. Panggang dalam oven dengan panas 180°C, selama 2-3 jam sampai masak.
4. Angkat, potong-potong dan hidangkan.
5. Catatan: sebelum dipanggang, boleh juga dikukus lebih dulu ± 45 minit, kemudian dipanggang selama 1 jam.




Ayam Betutu (ayam panggang dalam daun pisang)
Sumber :
Harian Metro

Bahan A:
18 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3 batang serai (dihiris halus)
5 daun limau (dihiris)
6 biji buah keras (dicincang)
5 sentimeter (sm) halia (dicincang)
8 sm kunyit (dicincang)
8 sm cekur (dicincang)
1 sudu lada hitam (ditumbuk halus)
5 cili padi (dicincang)
1 sudu biji ketumbar (ditumbuk halus)
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak

Bahan B:
Seekor ayam (kira-kira dua kilogram)
Daun pisang secukupnya untuk membalut ayam
Kertas timah atau kertas minyak secukupnya untuk membalut ayam

Cara memasak:
1. Masukkan bahan A ke dalam mangkuk besar dan sebatikan semua bahan.
2. Sapu campuran tadi di seluruh kulit ayam, masukkan lebihan campuran ke dalam badan ayam.
3. Semat ayam dengan lidi (guna batang serai dan lilitkan ayam di sekelilingnya), kemudian balut dengan beberapa lapis daun pisang.
4. Balut dengan kertas timah atau kertas minyak, kemudian kukus selama 50 minit.
5. Selepas itu, masukkan ayam ke dalam ketuhar dengan kepanasan 180 darjah celsius dan panggang selama 30 minit sampai masak.

Wednesday, September 30, 2009

Ayam Masak Lada Hitam + Cili Benggala & Pisang Goreng Bali

Balik dr keje aku terus masak...since sorang2 aku masak cincai je la; ayam goreng kunyit & terung masak sambal..bg aku dh best dh, lgpn lengkap lauk dgn sayur...dlm pkul 8 mlm tup2 hubby call ckp nk balik umah...masa tu dia ada kt subang sbb hntar budak keje dia ke sana...dia dh malas nk blik banting terus + esok pg2 kna jemput skali budak kejenya ke banting, dia decide nk balik umah..kelam kabut aku masak sbb lauk yg aku masak sblom tu tinggal secoit jer, ye la aku masak utk sorang jer...
Bukak freezer, kluarkan ayam & cili benggala...nasib baik ayam dh dinyahbeku tadi, so boleh terus masak...maka terhasil la ayam masak lada hitam + cili benggala..time kasih la cik kieah sbb resepi sempoi anda jd penyelamat sy mlm ni...saya tambah nama masakan tu jd cili benggala sbb sy taruk cili benggala byk gara2 stok byk kt freezer, hubby la ni beli byk2 padahal dia tak mkn pn, aku sorang yg tibai..
Lps dinner huby suruh goreng pisang...actually ari tu my mom bg sesikat pisang nangka yg blom masak...kebetulan kt umah di kg ayah aku byk tanam pokok pisang ni (feveret aku) & ada buah yg dh tua...ari ni ada yg dh start masak, so aku buat pisang goreng bali sbb resepi ni tak pakai tepung (gara2 tepung dh abis blom beli), dinyatakan bahawa resepi ni dipanggi pisang goreng bali sbb ianya tdk menggunakan tepung sebagai batter...kelapa parut ada lg, so do marjerin...jom mkn


Ayam masak lada hitam + Cili Benggala
oleh:
cik kieah

Bahan-bahan ( 2-4 org )
3 ketul isi ayam (Bahagian Dada-potong dadu)
1 biji bawang merah (Dihiris)
2 biji bawang putih (Ketuk/hiris)
2 Inci Halia (Hiris/Ketuk)
2 sd Lada Hitam (tumbuk kasar) nak lagi pedas tambah buat 4 sd
2-3 batang cili merah (utk hiasan je..)
1 biji cili benggala (patong dadu) ikut selera jika suka
2-3 sd minyak masak
bahan perasa - garam,ajinamoto,gula

Cara-cara
1.panas minyak untuk tumis bawang putih, halia, bawang merah (goreng hingga naik bau)
2.masukan lada hitam & kacau sebati
3.Akhir sekali masukkan hirisan ayam dan cili benggala, garam, ajinamoto,gula
4.Untuk hiasan tambah cili merah yang telah dihiris untuk hiasan...agar nampak menarik




Sblom tu aku masak terung masak sambal...resepinya tak yah la yer, seme org dh tau nih...




Pisang Goreng Bali
Sumber :
bungamekar

Bahan:
Pisang Nangka (pilih yg dah setengah masak, kalu x berapa masak, rasa kelat still ada)
Gula Pasir
Gula Merah
Mentega (i guna planta soft)
Kelapa Parut Putih

Cara2:
1. Pisang dibuang kulit.Jangan belah, biarkan sebiji2.
2. Sapukan lebih kurang 2/3 sudu planta soft di dalam pan fry beserta lebih kurang 3 or 4 sudu gula pasir.Pastikan gula larut dan tidak hangit.Atas api sederhana.
3. Masukkan pisang sebiji2. (Ndak senang, gunakan penyepit / chopstick semasa mengaulkan pisang di dalam pan fry.) Untuk memastikan pisang tidak hancur.
4. Bila pisang sudah sebati dengan larutan (pastikan juga, pisang benar2 sebati dengan larutan dan kering – tidak berkuah). Angkat dan toskan.
5. Hidangkan bersama2 dengan kelapa parut putih & gula merah.Siap.

Tuesday, September 29, 2009

Goreng Kacang Panjang + Hati & Pedal Ayam

Hubby tak blik ari ni, tidur kt site...so utk dinner aku masak sempoi je la utk mkn sorang...resepi 2in1; goreng kacang panjang bersama hati & pedal ayam (feveret aku sepjg zaman nih)...aku masak cara aku, resepi cincai2 jer..nk resepi lain, jengok2 la kt bawah2 nun...


Goreng Kacang Panjang Bersama Hati & Pedal Ayam
Resepi : Aku reka sndiri
Gambo :
hazila

Bahan-bahan
Kacang panjang - dipotong ikut suka pjg mn pn
Hati & pedal ayam secukupnya - potong kecil2 (tp jgn kecik sgt, nnti hancur)
Bawang putih - diketuk
Bawang besar - dibelah 6/8
Cili merah - dipotong
Kicap lemak manis - jika suka
Garam, gula & serbuk perisa secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara
1. Panaskan minyak dlm kuali. Goreng pedal & hati ayam hingga 3/4 masak (agak2 ler).
2. Masukkan bawang putih, kacau hingga bawang putih naik bau.
3. Masukkan kacang panjang. Kacau lagi.
4. Masukkan kicap, garam, gula & serbuk perisa. Gaul hingga sebati.
5. Akhir sekali masukkan bawang besar & cili merah. Kacau. Biarkan seketika. Siap.
Note : boleh juga klau nak masukkan sedikit air jika mau ia berkuah/jika ia terlalu kering.




Hati ayam tumis kacang
Post by: lestari
Gambo :
zawiyah

bahan2:
4 ketul hati ayam
6 batang kacang panjang
1 biji bawang besar(dipotong 8)
1 batang cili merah(dibelah tengah)
cili padi(ikot kepedasan masing2...)

Cara membuatnya:
1.bersihkan hati ayam td,kemudian digaul dengan sedikit kunyit dan garam...pastikan potong tidak terlalu kecil.
2.goreng hati ayam td sehingga garing,pastikan minyak tdak terlalu byk.
3.kemudian masukkan cili..bawang...kacang panajng td kedlm gorengan tersebut.
4.tambah sedikit bahan perasa(ajinamoto n garam) mengikut rase kemasinan masing2
5.tumis seperti biasa..dan tambh air sedkit sahaja pabila kacang telah masak(jangan terlalu lembik kacang hilang zat kang)




Kacang panjang goreng ngan hati dan pedal ayam
oleh:
putra_yanty

Bahan-bahan ( satu family )
10 batang kacang panjang
3 ketul hati ayam
3 ketul pedal ayam
3 biji bawang putih
4 biji bawang merah
2cm kunyit
3 biji cili padi
garam dan minyak masak

Cara-cara
1.potong kacang panjang, hiris hati dan pedal ayam kecil-kecil. Kemudian, tumbuk kunyit, sebiji bawang putih serta garam. Perapkan bahan yang ditumbuk tadi dengan hati dan pedal ayam yang telah dihiris.
2.Kemudian, gorengkan (tanpa minyak) hati dan pedal sehingga kering. Kemudian, masukkan minyak secukupnya.
3.Sambil menggoreng hati dan pedal tu, hiriskan bawang putih, bawang merah dan cili padi. Bila hati dan pedal tadi dah agak2 keperangan, bolehlah dimasukkan bawang2 dan cili padi tadi.
4.Bila semua bawang tu dah layu, bolehlah dimasukkan kacang panjang. Goreng sehingga kacang panjang tu masak, tapi jgn terlalu lama sangat.
5.Bolehlah dihidangkan untuk satu keluarga.




Hati Ayam Goreng Kicap Kacang Panjang
Sumber :
HaSue

Bahan2:
•200g hati ayam-potong pada saiz disukai-cuci bersih dan toskan
•Kacang panjang-potong dalam 1.5inci
•2 tangkai cili merah*
•5-10 cili padi*
•3 Ulas bawang merah*
•2 Ulas bawang putih*
•1/2 labu bawang besar*
•0.5cm halia*
•2-3 asam gelugor/1 sudu makan jus pekat asam jawa
•Kicap pekat secukupnya-sue guna ayam brand
•Garam dan perasa secukupnya
•1/3 cawan minyak masak untuk menumis

Cara2:
1.Bahan bertanda * ditumbuk lumat-sue letak dalam pengisar bahan kering n kisar terus jer
2.Panaskan minyak dan tumis bahan2 dikisar tadi sehingga naik bau dan garing
3.Masukkan hati ayam dan perlahankan sedikit api. Kacau perlahan untuk mengelakkan hati ayam terlampau hancur.Biarkan jus hati tu keluar supaya hati ayam kurang hanyir.Masukkan asam gelugor/jus asam jawa.
4.Setelah itu,tambahkan sedikit air dan masak sehingga hati ayam benar2 masak..
5.Pastikan air sudah garing sebelum masukkan kacang panjang,garam,perasa..Masukkan juga cili yang dihiris seperti dalam gambar sebagai penyeri masakan.Kacau rata
6.Sebatikan rasa dan padamkan api setelah kacang masak..Selamat mencuba
Note : Jika tak mahu hati ayam tuh hancur,boleh lah direbus dahulu bersama sedikit garam yer.tq k nor :)

Tuesday, September 15, 2009

Kerabu Ikan Bilis

Ni menu buka pose sampingan ari ni. Aku cadang nk beli lauk jer kt pasar mlm, sekali hubby call dia on the way blik umah. Hubby ckp dia nk singgah kedai beli sup ekor, so dia suruh masak telur dadar kosong sebagai lauk sampingan. Yg lain2 tu dia suruh aku fikir sndiri. Kt umah ada kacang panjang jer, ingat nk goreng jer. Aku saje lalu depan pasar mlm tu, nmpak bunga kantan yg segar. Dh alang2 beli bunga kantan, wat kerabu best gak ni sebagai menu sayuran....dang2 tu gak teringat resepi kerabu ikan bilis...sgt lengkap menu ini sbb ada ikan (bilis) & sayuran skali...sgt sesuai utk dijdkan menu sampingan...aku suka ikan bilis, sayuran lg la...takpe hubby tak mkn sayur pn, dia boleh mkn ikan bilis..misi hari ni berjaya..thanx to al-bajuri for the great recipe. Klau nak buat lg sempoi, ikut jer cara maklang..lg mudah.


Kerabu Ikan Bilis
Posted by
AL-BAJURI

Bahan-bahan:
- Ikan Bilis Halus - yang telah digoreng
Sukatan : lebih kurang setengah mangkuk
- 3 ulas bawang besar
- 6 biji limau kasturi
- Beberapa helai daun limau purut
- Kacang panjang
- 2-3 kuntum bunga kantan
- Cili padi
- 3 batang serai
- Sos ikan
- Gula

Method :
1. Potong kesemua bahan-bahan (melainkan limau, sos ikan dan gula) dan gaulkan
2. Potong dan perah limau kasturi yang telah dibuang biji
3. Campurkan dengan 3 sudu besar sos ikan. Tambahkan 3 sudu teh gula.
4. Gaul sehingga sebati
5. Campurkan bersama bahan-bahan yang telah dipotong.
6. Sedia untuk dihidang. "Selamat menjamu selera'



KERABU IKAN BILIS
Sumber :
ulampegaga

Bahan:
Ikan bilis - digoreng garing

Bhn hiris:
Timun (suka timun jepun lagik sbb kaler dia yg hijau mengancam)
Carrot
Bwg besor
Cili padi

Tomato - ptg dadu
Cili capsicum - ptg dadu
Garam
Gula
Perahan asam limau

Cara
Gaul kesemua bhn di atas.

One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).