- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Showing posts with label Main Course - Fish. Show all posts
Showing posts with label Main Course - Fish. Show all posts

Wednesday, October 21, 2009

Ikan Masak Halia

Ari ni sakit tekak so malas nk masak...beli kt kedai jer utk dinner..aku mkn bubur nasi, hubby mkn nasi dgn tomyam & ayam paprik...
So ari ni nk citer apa yg aku masak utk lunch masa adik aku dtg ari isnin lepas...tiba2 jer dia ckp nk dtg amik brg yg dia pesan dr kg sbb kebetulan dia mmg ada kt area cheras masa tu...hubby suruh masak ajak dia makan tghari sekali...mulanya nk masak udang & sotong tp nsib baik teringat yg dia msti tak nk mkn since dia baru jer lps kna chicken pox (adik aku ni dh tua2 baru nk kna chicken pox & akibatnya plan dia nk blik kg sempena majlis pertunangan adik kami terpaksa dibatalkan)..nsib baik ikan ada (ni seme stok sblom balik kg ari tu..beli byk masa gi pasar borong selayang)..since nk cepat hubby wat ikan saga masak halia...resepinya sebijik dgn resepi dr lynn lynn kt bawah ni cuma hubby guna ikan saga (aku tak tau la apa org lain panggil tp hubby ckp nama ikan tu ikan saga...dia besar tp leper, mcm ikan cermin tp lg besar dr ikan cermin)...sayur tak sempat nk masak sbb masa adik aku smpai, baru jer lps goreng ikan tu...so mkn dgn ulaman jer la; kacang botol yg aku bawak dr kg...


Ikan Masak Halia
Sumber :
lynn lynn

Bahan bahan
5 Ikan Kembung / tenggiri [atau ikut suka mu la ]
6 Ulas bawang putih } tumbuk
1 Bj bawang merah besar } tumbuk
2-3 inci halia } hiris halus - ikut suka kalau nak lebih lagi
8 batang cili padi siam } hiris halus
2-3 sd mkn sos tiram
4 sd mkn minyak masak - ikut suka kalo nk lebih
garam secukup rasa
1/2 cawan air
1 sd mkn tepung jagung - utk pekatkan kuah

Cara menyediakan
Ikan di goreng dahulu jgn terlalu garing [ketepikan dalam pinggan].Kemudian tumis bawang merah dahulu kemudian baru masukkan bawang putih dah halia biarkan sehingga semua agak layu.Kacau,masukkan cili padi gaul masukkan sos tiram biarkan sebentar.Masukkan air dan tambah sedikit garam secukup rasa.Kemudian masukkan tepung jagung yg telah di campurkan sedikit air.Biar sebentar.rasakan garam kalau dah ngam boleh laa padam api dapor n hidang lew

Monday, October 12, 2009

Asam Pedas Ikan Tenggiri & Telur Dadar Udang

My PIL dtg ke KL ari ni since esok hubby kna attend court session kt mahkamah selayang..diaorg btolak dgn bas dlm pukul 12pm, smpai KL dlm pukul 8pm lbih..hubby gi jemput diaorg kt hentian putra..kesian diaorg penat jln jauh tp nk wat cmner takde anak2 lain yg nk hantar diaorg ke KL...
Smpai umah kami, terus hidangkan dinner yg dh siap dimasak sejak ptg...kami hidangkan ikan masak asam pedas (style KL, bukan style terengganu...beza tau..ciplak resepi kak liza), ulaman spt pucuk pegaga (aku tanam sndiri...dh mbuahkan hasil skrg tp cukup utk mkn sndiri je la), budu (dh namanya org ganu, kna la ada budu nk cicah ulaman), telur dadar udang (ikut resepi kak Nor), ikan masin goreng & air sirap. Sempoi jer sbb ari ni ari keje, so tak sempat nk masak yg grand2..


ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI
Sumber :
Kak Liza

Bahan
500 gm ikan tenggiri [potong 3 keping dan bersihkan]
5 niji terung panjang [potong kecil]
1 biji buah tomato [belah 4]
1/2 cawan jus asam jawa
5 tangkai daun kesum
4 s/b minyak masak
3 cawan air
secubit gula
garam

bahan mesin
15 tangkai cili kering [kalau nak pedas boleh tambah]
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 s/k kunyit serbuk

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak dan wangi.
2. Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendideh.
3. Masukkan ikan, terung & garam dan biarkan sehingga mendideh lagi.
4. Masukkan dan daun kesum.
5. Perlahankan api dan biarkan sehingga naik minyak dan terung lembut.
6. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.



Telur Dadar Udang
Sumber :
K. Nor

Bahan-bahan:
4 bj telur
isi udang ~ potong kecik
3 sudu besar susu cair
1 bj bawang besar ~ potong dadu
1 bj cili merah ~ potong dadu
daun kucai/daun saderi/daun bawang ~ dihiris
garam
sedikit minyak

Cara-cara:
1. Campurkan kesemua bahan2 dan kacau hingga sebati.
2. Panaskan minyak dlm frying pan.
3. Tuang adunan telur ke dalam frying pan dan goreng hingga masak.

Saturday, October 3, 2009

Hot Dog Sweet & Sour, Ikan Selar Berlado Dan Sayur Chap Chai

Ari ni hubby keje gak, so duk sorang2...sarapan nasi lemak bungkus jer...lunch aku masa hotdog sweet & sour ciptaan puan noorma kita...resepi sempoi tp sedap weh...ptg plak, aku masak ikan selar berlada resepi maklang & sayur chap chai resepi dr diana..hotdog dh nk abis dikerjakan oleh aku, sbb tu masak ikan selar...lgpn dh kt seminggu ikan selar duk dlm freezer, beku mcm batu dah...sayur chap chai tu utk aku tp huby cbuk duk kutip udang..


Hotdog Sweet and Sour
Nukilan
Noorma

Bahan-bahan
>4 batang hotdog-dipotong pendek
>cendawan butang
>karot
>kacang pis
>batang leek
>bawang merah-dihiris
>bawang putih-diketuk
>sos tomato
>sedikit sos cili
>sedikit sos tiram
>daun sup, daun bawang-ditabur
>telur

Cara-cara
1.Tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau.
2.Masukkan semua jenis sos tadi, bersama sayur-sayuran dan hotdog.
3.Letak sedikit garam (jangan banyak sbb sos dh masin)
4.boleh letak air untuk mengempukkan sayur-sayuran tadi (kalo suka)
5.biar kering sedikit dan angkat.
6.Buat telur dadar-pukul telur dan panaskan kuali. Tebarkan telur ke seluruh kuali agar mendapat lapisan yang nipis dan besar.
7.Biar hingga masak,
8.padamkan api dan letak hotdog yang dimasak tadi ditengah-tengah. Balut kemas
9.Ambil pinggan dan tangkupkan diatas telur tadi.
10.Dengan berhati-hati, terbalikan kuali dan sedia untuk dihidangkan.




Ikan Selar Berlado
Sumber :
Maklang

a.Bahan utama:
Ikan selar dibersihkan, dilumurkan dengan garam dan kunyit lalu digoreng sehingga garing. Angkat dan toskan.

b.Bahan2 untuk dikisar:
5 biji lada merah
4 biji cili padi ( sekiranya mahu pedas lagi, tambah aje cili padinya)
3in x 3in belacan yang telah dibakar
sebiji bawang besar
1 biji tomato sederhana besar

c. Bahan lain
2 helai daun limau purut
sedikit garam dan gula

Caranya:
1. Tumis bahan2 yang dikisar sehingga naik minyak.
2. Masukkan garam dan gula serta daun limau purut.
3. Masukkan ikan tadi dan digaul rata dengan sambalnya. Biarkan sebentar supaya sambal meresap dalam ikan.




SAYUR CHAP CHAI
Sumber :
resipidiana

Bahan-bahannya
1 ikat sayur sawi, dipotong selebar 3 inci
2 paket jagung muda, dibelah 2
1 biji kobis yang kecil, dipotong selebar 2 inci
6 ekor udang
1 biji bawang besar, dihiris
3 ulas bawang putih, dicincang
4 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air
sedikit bancuhan tepung jagung
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan pula bawang besar dan udang.
2. Bila udang telah masak, masukkan sos tiram dan juga air.
3. Masukkan pula kobis dan jagung muda. Gaul rata. Bila telah setengah masak masukkan sawi. Gaul hingga sebati.
4. Masukkan pula bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuahnya.
5. Sedia untuk dihidang.

Wednesday, September 9, 2009

Menu Sempoi - Ikan Bilis Kari

09.09.09, sungguh cantik no ni kan. Tu singkatan tarikh ari ni; 09.09.2009. Apa yg special ari ni? Biasa2 jer hinggakan masak utk sahur awal pg td pn sempoi giler; ikan bilis kari. Biasa aku goreng bilis dgn bawang & cili padi jer, ari ni nk try resepi yg ceera & syana dh try buat. Best sgt mkn dgn nasi panas. Serius, aku masak ni saje utk sahur.


Ikan Bilis Kari
Sumber :
Ceeramoon

Bahan2 yang wajib ada adalah:
Ikan bilis
Bawah putih
Bawah merah @ besar
Kari ikan
Cili padi

Pastu nak tambah apa2 lagi pun boleh, like ketang ke kan.. tapi bagi aku cukup la dengan ikan bilis and bawang sajork.. =D

Cara memasak:
1. Mula2, ko goreng ikan bilis tu sampai separa garing.. jangan garing sangat, kang mau plak hangus bila 2ndtime ko masukkan dalam kuali..
2. Lepas goreng, ko alihkan 1st ikan bilis tu..
3. Then tumis plak bahan2 yang lain..Minyak kena banyak tau.. jangan skit sangat, sebab nak kasik basah2 skit.. kalau kering nauuuuuu nanti jadik hangus bila ko masukkan kari..
4. Masukkan bawang putih, bawang merah and cili padi.. lepas tu gaul2.. baru masukkan kari dalam setengah sudu if untuk dua orang makan.. kira ko main agak2 je la..
5. Dah kaco2 tu, baru masukkan ikan bilis yang digoreng tadi.. gaul2 skit, dah siappppppppppppppp
6. Garam takyah bubuh sebab ikan bilis dah cukup masin..
7. Siap...Sudah boleh di makan dengan nasik panas...



ikan bilis kari
sumber :
syana

bahan2:
ikan bilis
bawang2
cili api
serbuk kari

cara:
1) goreng garing ikan bilis.pastu angkat ketepikan
2) tumis segala bwang cili tu
3) da layu msk serbuk kari
4) gaul sekata. masukkan ikan bilis

Monday, August 31, 2009

Selamat Hari Merdeka : Ayam Sos Nenas, Tembikai Susu Goreng, Bendi Goreng Dengan Udang Kering & Jus Apple Kasturi Dan Asam Boi

Rakyat didahulukan, prestasi diutamakan. Tu tema hari kemerdekaan thn ni. Selamat hari merdeka. Thn ni jatuh pd bln pose, so takde la sambutan grand2 mcm sblom2 ni, takde lg pertunjukan perarakan mcm slalu2 tu. Ye la, bulan pose, kna la hormat, lgpn kesian kt peserta2 perarakan tu nnti, tahan ke tekak tu? Aku prnh join perarakan sempena hari kemerdekaan, penat weh. Dh la jln jauh, panas lak tu, dahaga giler. Klau bulan pose, maunyer ada yg pengsan. Tak pasal2 ada yg batal pose, sape nk tanggung?
Jatuh plak ari isnin, maka panjang la cuti kali ni. Hikmah bulan pose, bleh rehat2. Boleh masak yg grand2 ckit...ye la tu...mcm boleh caya aku ni. Malas yg amat. Pelik kan, klau hari keje tu rajin plak masak, kna plak bcuti pd hari keje, dia punya semangat bekerja tu terbawa2 wp cuti ari tu. Tp bila btul cuti mcm weekend ke, public holiday ke, liat sungguh, semangat nk buat keje tu turut hilang. Dulu2 masa bujang, weekend & hari cuti bmakna dapur pn bcuti. Pg2 ari dh kuar cari breakfast kt kedai. Kadang2 skip lunch. Ptg dh merayap ke kedai lg cari dinner. Klau tgh2 mlm tu lapar lg, baru la sibuk ke dapur cari maggi, tu pn main rendam dlm air panas jer. Klau malas sgt @ kehabisan stok maggi, buat air teh 'o' panas cicah dgn biskut kering. Punya la malas. Ceh, pjg plak menceceh ari ni!
Dh kawin ni kna la rajin. Klau malas pn, kna la merajinkan diri jugak utk diri sndiri & hubby. Kna plak dpt hubby yg suka mkn, kejap2 mkn, kejap2 mkn. Lg tak abis makanan tu, lg tu la duk usung pinggan. Tu la tabiat hubby aku klau ari minggu. Klau ari keje, dia mcm takde selera sgt nk mkn sbb penat katanya. Ari minggu kan ari bsantai, so takde keje nk buat, so mkn je la kejenya. Cmner la dua2 tak kembang..nk diet la konon tp makin bertambah berat ada la...ish3, sabo je la...
Tp tu citer bulan tak pose. Bila dh pose, kekerapan mkn tu kurang ckit dh; time buka pose, lps solat isyak & sahur. Dh cuti2 mcm ni, byk la agenda utk mknan bbuka pose. Jd utk merealisasikn agenda kami, lps asar kami ke econsave segar perdana. Sempat shopping brg nk masak sbb econsave tu dekat jer dgn umah. Juadah buka pose kami semalam; nasi putih, ayam sos nenas (resepi nk mengabiskan stok nenas semlm..cilok resepi kt sajionline), ikan bawal cermin goreng (hubby ada sebut nama panggilan dia kt kgnya tp aku dh lupa..hubby suka ikan ni tp jarang2 jupe kt pasar, kbetulan gi econsave ada & besar plak tu, terus hubby rembat sekor & klau korang nk tau rupa ikan ni, klik kt sini), bendi goreng + udang kering + fishball (cilok dr blog ct delima..aku buat berkuah ckit & aku tak taruk cili kering tp aku taruk fishball sebijik2...hubby main kutip fishball tu jer), tembikai susu goreng (juga nk abiskn stok..cilok kt sajionline gak), air jus apple & asam boi (cilok kt blog anawahid) & tak lupa buah kurma. Itu je, dh cukup kenyang dh.


Ayam Sos Nanas
Sumber :
sajionline

BAHAN-BAHAN:
1/2 biji nanas * balance nenas semlm, sbb tu masak resepi ni
5 ketul peha ayam
4 sudu besar sos tomato
3 sudu sos cili
1 labu bawang besar
1 biji capsicum
Sedikit susu cair

CARA MENYEDIAKAN:
1. Goreng ayam dengan sedikit tepung Koki Thai sehingga garing.* Aku goreng pakai tepung gandum jer.
2. Masakkan sos tomato, sos cili, gula, garam dan susu cair.
3. Setelah mendidih, masukkan bawang, capsicum dan nanas yang dipotong dadu.
4. Letakkan ayam goreng dalam nanas yang telah dikeluarkan isinya.
5. Curahkan sos di atas ayam yang telah digoreng dan sedia dihidangkan.




Ikan Bawal Cermin Goreng
Picture :
Azita

(Lumur dgn garam & serbuk kunyit jer, goreng smpai garing)




Tembikai Susu Goreng
Sumber :
sajionline

BAHAN-BAHAN:
1/2 biji tembikai susu

BAHAN SADURAN:
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung pulut
1 sudu kecil gula
Air secukupnya
Secubit garam

BAHAN HIASAN:
Sirap strawberi
Mayonis

CARA MENYEDIAKAN:
1. Potong tembikai susu mengikut kesesuaian.
2. Bancuhkan bahan saduran se­hingga sebati. Panaskan minyak dan celupkan tembikai susu di dalam bahan saduran tadi.
3. Kemudian goreng sehingga masak atau kekuning-kuningan. Setelah masak, angkat dan tuskan.
4. Hiaskan dengan mayonis dan sirap strawberi. Hidangkan.




Bendi Goreng Dengan Udang Kering
Resepi dari Kak Ummi
Kiriman :
CT Delima

Bahan-bahan:
15 batang bendi - basuh dulu kemudian potong serong
1 cawan isi ayam - yang dipotong kiub
Sebungkus fish ball - dibelah dua
3 ulas bawang merah - di tumbuk halus
2 ulas bawang putih - di tumbuk halus
1 biji cili merah - hiris serong * aku taruk 2 biji
1 sudu besar cili kisar * aku tak taruk sbb hubby tak nk pedas sgt
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar air asam jawa
sedikit garam

Cara-cara:
1. Panaskan minyak, masukkan bawang merah, bawang putih, udang kering dan cili... goreng sebentar dan masukkan cili kisar, kacau - kacau 3 - 5 minit.
2. Kemudian masukkan isi ayam, goreng lagi hingga ayam masak sedikit.
3. Masukkan kicap, fish ball dan juga sayur bendi. Kacau sebentar dan masukkan air asam jawa (untuk menghilangkan lendir bendi).
4. Masukkan garam dan sedikit air. Masak bendi hingga lembut sedikit. Matikan api, siap dan boleh dihidang.




Jus Apple Kasturi Dan Asam Boi
Sumber :
anawahid

Bahan-bahan ( 3 orang )
5 biji apple hijau
9 biji asam boy
Gula
Ais batu
Air masak
6 biji limau kasturi

Cara-cara
1. Potong apple hijau dan buang bijinya.
2. Blend bersama air dan gula
3. Kemudian masukkan kedalam jug.
4. Tuang jus tadi kedalam gelas perahkan limau kasturi 2 biji dan masukkan 3 biji asam boy dan ais.
5. Anda boleh tambah gula ikut rasa selera anda.

Saturday, August 29, 2009

Pecal Ikan Siakap

Dh lama teringin nk buat ikan masak pecal ni tp malas nk masak bila mkn sorang2. Time hubby ada ni la bleh masak. Biasa org guna ikan pari/ikan keli/ikan sembilang/talapia utk masak pecal tp aku tpaksa switch kpd ikan laut lain sbb hubby tak mkn ikan pari, ikan keli, ikan sembilang & talapia. Aku punya la nk memandai guna ikan laut selain ikan pari sbb ikan tu jer yg sah2 hubby mkn. Mulanya was2 gak nk masak sbb bila tengok resepi seme guna ikan2 air tawar @ ikan pari but thanx to lelayong sbb aku jupe resepinya yg guna ikan siakap. Apalagi, aku terus beli ikan siakap & cuba masak. Sedap gak tp tak tau la jd ke idak sbb blom prnh mkn lg pecal ori. Lps ni, masa hubby takde la, bleh cuba pecal ikan pari sbb aku mkn ikan tu.


Siakap Masak Pecal
Posted by
lelayong

Bahan-bahan:
1 ekor Ikan Siakap - tapi kalau guna Pari lagi best / Bakar kosong atau sapukan sedikit garam
8-10 biji cili api
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 cawan santan pekat
Sedikit jus asam limau
Garam
Gula
Ajinomoto

Cara-caranya:
1. Tumbukkan cili api, bawang merah dan bawang putih
2. Dalam periuk masukkan bahan yg ditumbuk tadi bersama semua bahan di atas
3. Dengan api perlahan, panaskan bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
4. Tuang kuah tadi di atas ikan yg sudah sedia dibakar.
5. Yummyyyyyy!!! Sedia untuk dimakan.

Thursday, August 27, 2009

Sarak@Sarok@Solok Ikan

Ni feveret my mom ni. Dia suka buat time bulan2 pose ni. Bhs standard solok ikan tp kt kg kami dipanggil sarak ikan @ lbih tepat lg sarok ikang. Biasa org buat solok @ sarak lada tp sarak ikan lg best bg saku sbb aku tak mkn lada/cili. Dh la lada yg digunakan tu mahal ckit, tak dimkn, rugi la. My mom slalu bising klau buat solok lada sbb aku siang2 buang lada tu. Biasa my mom kukus sarak ikan ni mcm buat solok lada tu tp ada gak yg goreng. Aku blom acu cuba try test lg versi goreng ni. So kt sini aku post 2 versi sarak ikan; kukus & goreng.
Rupanya hubby tak pernah mkn sarak ikan ni. Biasa dia mkn solok lada jer. Bagus ni, kna buat ni. Aku ikut resepi fairlady6565 sbb korang pn tau hubby aku tak mkn bawang, halia, lengkuas @pn sayuran tp aku pakai ikan selayang saiz besar jer. Klau ikutkn selera aku, aku ikut jer resepi yg ada bawang, halia, serai & daun kesum tu tp kesian kt hubby. Sah2 dia tak mkn, buat penat jer masak. Boleh gak taruk bwg tp nk kena tumbuk smpai lumat smpai takde rupa bwg tu tp bg aku tujuan taruk bawang yg dihiris tu sbb nk gigit/kunyah bwg tu, baru ada kick. Klau setakat nk dptkn rasa jer (tak bleh rasa pn sbb dh sebati seme) baik tak yah taruk. Jimat bwg...hehehe. Kononnya nk mkn dgn nasi but in the end kami ratah mcm tu jer. Hantu ikan betul...meow...


SAROK IKAN KEMBONG
Sumber :
Mama Alissya

Bahan2
6 ekor ikan kembong
1/2 biji kelapa
8 ulas bawang merah
1/2inci halia
4 biji cili merah
garam & gula

Cara2
1.Mula2 keluarkan isi ikan dan jangan sampai kulit ikan terkoyat
2.Kisar kelapa,bawang,halia dan isi ikan
3.Kemudian masukkan cili merah yg tlh dimayang,garam dan gula gaulkan sebati
4.Setelah itu boleh isi bahan2 td dalam kulit ikan tadi kemudian kukus sarok lebih kurang 15 minit.




Sarak Ikan
Posted by
fairlady6565

Bahan-Bahannya:
3 ekor ikan kembung
5 ekor ikan selayang
1/2 biji kelapa tua di parut
Sedikit belacan
Garam
Air asam jawa
Gula

Cara Menyediakan:
1.Ikan kembung di belah belakang dan buang tulang tengah.Kikis sedikit isinya tetapi jangan sampai habis.
2.Ikan selayang dibersih dan ambil isisnya.
3.Ambil isi ikan dan tumbuk lumat.Masuk kelapa parut dan tumbuk lagi hingga hancur.Gaulkan dengan belacan dan air asam jawa.
4.Masukkan garam dan gula dan gaul sebati.
5.Sumbatkan isi ikan ke dalam ikan kembung hingga penuh
6.Balut dengan daun pisang dan kukus hingga masak.




Sarak Ikan Kembung
Sumber :
1001resepi

Bahan-bahan
5 ekor ikan kembung besar
1/4 biji kelapa parut - ditumbuk halus Digiling/ditumbuk
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 batang serai
2 tangkai daun kesum, dihiris halus
1 sdb serbuk lada putih serbuk perisa dan garam secukupnya

Cara Membuat
1. Bersihkan ikan dan buang insangnya. Belah belakang ikan berhampiran kedua-dua belah tulangnya.
2. Buang tulang ikan dan keluarkan isi perutnya dan bersihkan. Kikis isi ikan hingga ke kulit tetapi jangan sampai terkoyak kulit ikan.
3. Tumbuk halus isi ikan. Campurkan semua bahan dan gaulkan rata-rata. Sumbat campuran ini kedalam ikan dan ikat kemas dengan benang. Letak ikan atas sudip besar yang berlubang dan goreng dalam minyak yang panas sehingga kekuningan. Lebih mudah jika anda menggunakan electrical fryer.




SOLOK IKAN
Sumber : Kak Liza
Gambar :
raykinzoku

bahan
3 ekor ikan kembung yg besar
10 ulas bawang kecil
1 s/k lada hitam
1/2 biji kelapa parut
1 biji telur
garam secukupnya

Cara
1. Ikan dibersihkan dan buangkan tulang tengahnya.
2. Kikiskan isi ikan perlahan supaya kulit ikan tidak terkoyak. Cincangkan lumat.
3. Tumbukkan bawang, kelapa dan lada hitam.
4, Campurkan telur dan garam dalam aadunan yg ditumbuk & isi ikan. Gaul rata.
5. Masukkan semula kedalam kulit ikan dan bentukkan saperti ikan.
6. Gorengkan ikan tu sehingga masak.
7. Hidangkan bersama nasi putih.

One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).