- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Showing posts with label Main Course - Seafood - Seashell. Show all posts
Showing posts with label Main Course - Seafood - Seashell. Show all posts

Thursday, July 30, 2009

Kerang Masak Serai

Ni menu mlm td. Buntu weh nk mkn apa, last2 aku beli kerang masa blik dr keje. Mulanya ingat nk rebus ala2 singgang jer tp tak syok plak klau mkn takde rasa pedas langsung wp aku tak suka pedas. Pikiaq punya pikiaq, aku buat keputusan nk masak bersambal tp tak nak ada santan, so terus selak buku resepi yg aku dh siap print & buat filing & aku terjumpa la resepi kerang masak serai hasil kiriman rahaniss. Lor, serai & daun limau purut plak lupa nk beli, geledah punya geledah dlm ruangan sayur peti aisku, terjumpa la serai sebatang & beberapa helai daun limau purut yg dh hampir kecut & layu...ala boleh la tu..syok ooo mkn dgn nasi. Aku siap ratah lg..


Kerang Masak Serai
Sumber: SAJI
Kiriman :
rahaniss

Bahan²
1kg kerang
2 batang serai
1 labu bawang besar
3 ulas b.putih
6 biji merah
1/2 " halia
3-4 helai daun limau purut
3 sudu besar sos tiram
minyak masak
garam secukup rasa

Cara membuatnya
1. Serai, bawang besar, bawang putih, cili dan halia diblender.
2. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak
3. Masukkan daun limau purut n sos tiram dan kemuan kerang.
4. Masukkan garam dan sesuaikan rasa dan masakkan sehingga kulit kerang tu terbuka.

Nota Haniss: Kalau ikut majalah tu cili dimasukkan selepas kita memasukkan kerang...tapi tak syok lak rasa cam tak masak lak cili tu...tu yang sekali harung semua tu.....kita tambahkah asam keping skit tu......




Kerang Masak Serai Wangi
Kiriman: Norazizah
Gambar :
Mamasya

Bahan-Bahan:
½ kilo kerang-dicuci bersih dan toskan
3 batang serai-dipotong halus-halus
1 labu bawang besar-dipotong 4
3 ulas bawang merah-hiris halus
2 ulas bawang putih-hiris halus
sedikit perasa maggi secukup Rasa
sos tiram
3 tangkai cili kering-dihiris
2 biji cili padi-diketuk
daun bawang
bawang goreng
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
sedikit gula
sedikit gula melaka
sedikit air-jika bahan tumisan pekat

Cara:
1. Kerang dicuci bersih dan ditoskan.
2. Kemudian,tuangkan minyak untuk menumis,masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris halus tadi.masak hingga kekuningan dan naik bau.Kemudian masukkan daun serai,cili kering,cili padi dan daun bawang.kacau hingga sebati.kemudian masukkan sedikit garam,sedikit gula dan sedikit gula melaka.Kecikkan api,kemudian masukkan kerang,sos tiramdan perasa maggi secukup rasa.Balik-balikkan kerang di dalam kuali agar perancah tadi meresap kedalam kerang.Kemudian masukkan sedikit air agar bahan timisan tadi tidak terlalu pekat.Akhir sekali masukkan bawang besar.Tunggu sehingga kerang masak barulah boleh diangkat.Kemudian taburkan bawang goreng diatasnya.

Tuesday, June 30, 2009

Etak-etak

Ini pic yg aku copy dr kosmo bertarikh 26/06/2009. Ala, citer pasal etak besar. Tkejut gak aku tengok sbb tak prnh tengok etak sebesar tapak tgn ni. Ni dh mcm lokan jer. Ditemui plak tak jauh dr kg aku. Ni kes gempak gak ni.
Aku suka gak mkn etak ni. Org kg aku panggil etok-etok. Biasa bleh dijumpai dlm sungai tp masa kecik2 aku cari dlm parit tali air depan umah aku jer. Biasa aku cari masa cousins aku mandi manda kt ctu. Aku jarang mandi dlm parit tu sbb aku tak reti berenang. So main2 kt tepi jer la smbil cari etak ni. Dpt 1 tempurung kelapa, suruh mak masak, rebus dgn serai. Sedap...
Klau kt kelantan, diaorg jual etak dh siap disalai. Etak tu digaul dgn garam, lps tu disalai hingga masak. So bleh terus mkn mcm tu jer tp aku blom prnh rasa lg. So tak tau la cmner rasanya. Aku pn tak pasti kt sini ada tak jual etak fresh ni. Klau kt pasaraya kt area umah aku confirm takde. Yg byk, kerang. Post kali ni saje nk citer pasal etak & cara masakannya jer. Nk masak, kna cari etak dulu ler. Ari ni tak masak sbb hubby order pizza td. Sejak 2 menjak ni, main order pizza jer. Bukan susah pn, dail jer 1-300-88-25-25, 1/2 jam kemudian gerenti smpai.



Etak Ketuk Serai
Gambar :
Laisi


Bahan-bahan
Etak
Serai - dititik
Bawang putih - diketuk
Garam
Sedikit Air

Cara-cara
Masukkan semua bhn ke dlm periuk. Masak hingga etak tu terbuka (ternganga). Bila etak dh terbuka, maknanya dh masak.





MASAK LEMAK ETAK KERA
Sumber : Kak Jie Jie


Bahan:
1 kg etak kera
santan dari sebiji kelapa
4 batang serai~dititik
4 ulas bawang putih~ditumbuk
garam secukup rasa.

Cara:
1. Satukan serai, bawang putih, garam dan santan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
2. Masukkan etak dan masak sehingga kulit etak terbuka. Angkat dan hidangkan segera.


Wednesday, April 29, 2009

Siput Buluh/Pepahat/Ambal/Bamboo@Razor Clam

Siput buluh is also known as pepahat, sepahat & siput pahat-pahat. Also known as ambal in sarawak & sabah. Looks wierd bcoz' it looks like a short bamboo. That's why mat salleh called them bamboo clam.
I've seen this seafood at the market a few times but i've no idea what it is & how to cook it. From my reading, it also can be found in terengganu, my hometown, but as far as i'm concern, i never saw it sold in the market near my place. Next time when i'm in back to my hometown, i'll look around for it.
My hubby won't buy it since its look wierd. My hubby reluctants to eat something that he never ate b4. He didn't eat siput sedut either. He only eat lala, kerang, remis & other sea shells, but not the snail (siput) family.
Since he was not around, i bought 1/2 kilos of siput buluh yesterday & i cook masak berlada with it. Here i jot down a few recipes i managed to find in the website of cooking the siput buluh & yg sewaktu dgnnya.


Siput Buloh Masak Cili
Sumber :
hazila

Bahan bahan
500 gm siput buloh
3 ulas bawang putih *
1 biji bawang besar *
5 cili padi *
2 cm halia *
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan cili kisar - kalau suka pedas
2 sudu makan susu cair/susu segar
1 batang serai - dititik
Garam secukup rasa

Cara-cara
1. Kisar bahan bertanda *.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan cili kisar hingga garing/pecah minyak.
2. Masukkan sos tiram dan susu cair/segar. Kacau rata.
3. Masukkan garam secukup rasa, kemudian masukkan serai. Kemudian masukkan siput buloh tadi. Kacau hingga sebati.
4. Biarkan ia mereneh sehingga semua kulit siput terbuka. ( Menandakan siput telah masak).
5. Bolehlah ditutup api dan dihidangkan.




Sepahat Goreng Berlada
oleh:
azwalissa


Bahan-bahan ( 200g sepahat )
200g Sepahat (sejenis siput berbentuk buluh)
3 sudu cili boh
2 sudu sos tiram
2 ulas bawang putih cincang
2 batang serai
Garam & Gula secukup rasa
Bawang besar (potong bulat)

Cara-cara
1. Cuci dan rebuskan sepahat sehingga empuk. Kemudian toskan airnya.
2. Tumis bawang putih dan cili boh hingga garing. Kemudian masukkan sos tiram dan serai (ketuk).
3. Bubuh garam & gula secukup rasa, kemudian masukkan sepahat dan gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan bawang potong bulat sebagai hiasan. Jika mahu lebih kuah, tambahkan sedikit air, tutupkan kuali dengan api kecil sehingga mendidih. Siap untuk dihidang.





Lemak Tempoyak Cili Padi Siput Pepahat Dengan Nenas
Sumber : Yati Rahim


Bahan
1/2 kg pepahat
2 sudu makan tempoyak
1 cawan santan pekat
segenggam cili padi (atau ikut nk pedas mcm mana)
nenas diracik (saya guna 1/8 dari sebiji)
kuniyit hidup (1 1/2 inci)
daun kunyit/ daun limau purut
garam secukup rasa

Cara
1. Tumbuk cilipadi dgn kunyit & tempoyak.
2. Renihkan bersama2 pepahat & nenas hingga nenas agak layu.
3. Masukkan santan pekat & daun kunyit/ limau purut.
4. Renihkan sambil sesekali kacau hingga pekat



Pepahat Pedas
Kiriman: Syahani

Bahan-Bahan:
Pepahat 500gm
Bawang Putih 3 ulas
Telur 1 biji
Sos Tiram 5 sudu besar
Cili Kering 4 keping
Serai 2 batang
Lada Hitam 10 biji
Air ¼ cawan
Tepung jagung 1 sudu teh
Minyak untuk menumis

Cara:
1. Tumbuk bawang putih dan lada hitam
2. Titik serai
3. Belah cili kering dan rendam dalam air panas selama 10 minit
4. Tumis bawang putih, lada hitam, lada kering dan serai hingga naik wangi
5. Masukkan telur dan kacau telur biar hancur
6. Masukkan sos tiram, air dan tepung jagung. Kacau sehingga kuah pekat
7. Masukkan pepahat dan kacau biar sebati untuk 20 minit

Tambahan:
Jika hendak pedas boleh tambah cili kering atau lada hitam. Jika hendak manis tambah sos tiram.



Ambal Merak emas
Posted by
Uteh
Bahan-bahan:
1 kg ambal
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji cili besar
1/2 biji cili benggala merah
1/2 biji cili Benggala hijau
Seikat daun bawang
3 sudu besar Sos tiram
1 sudu makan tepung jagung (Bancuh dengan semangkuk air sejuk)

cara-cara:
1. Hiris halia dan cili besar memanjang.
2. Bawang putih dan bawang merah dihiris nipis.
3. Buang biji Cili benggala dan potong segiempat kecil.
4. Panaskan kuali.
5. Masukkan halia dan biarkan sehingga warna perang muda.
6. Masukkan bawang putih.
7. Masukkan bawang merah.
8. Masukkan cili besar.
9. Setelah semua bahan naik bau, masukkan ambal yang telah dibersihkan.
10. Tutup dan kacau sekali sekala. Biarkan kira-kira 3 minit.
11. Masukkan sos tiram, cili benggala dan kacau.
12. Masukkan tepung jagung dan biarkan mendidih dan pekat.
13. Akhir sekali, masukkan daun bawang yang telah dipotong 1 1/2 inci panjang, gaul dan angkat.
P/s Sesuai dihidangkan untuk makan malam.




Razor Clam Masak Tumis Serai
Sumber :
mekarmewangi
Bahan:
1 kg Razor Clam
1 batang serai
3 ulas bawang putih
minyak utk menumis
1/2 cwn air

Cara:
1. tumis bawang putih, masukkan serai. masukkan clam. tutup periuk
2. masak hingga clam terbuka. 5 -8min
3. note: no salt needed. clam dah masin



Razor Clam
Sumber ;
mekarmewangi

Bahan:
1 kg Razor clam
4 ulas bawan putih-chopped
1 Cili- chopped
1 Serai- ketuk2
1 senduk minyak
Limau nipis

Cara:
1. panaskan minyak
2. masukkan cili, bawang putih, serai, masak hinga perang
3. masukkan clam
4. tutup periuk
5. masak dlm 4 min-atau clam dah terbuka
6. tutup api, bukak penutup. perah limau nipis
7. hidang panas2




RAZOR CLAMS BERAPI @ KERANG BERAPI
Sumber : Jiejie
Resepi fr. Fotopage MAKLANG
Kiriman :
Kak Shima
Bahan
1 kilo kerang - i guna 1/2 kg razor clams
5 ulas bawang merah> diblend
4 ulas bawang putih> diblend
1 labu bawang besar> diblend
7 tangkai cili kering(direndam dgn air panas sehingga lembut & diblend)
3 tangkai cili merah> diblend
8 biji cili api > diblend
3 batang serai (kasi lebih pun boleh) > dimayang/diracik halus
3 helai daun kunyit > diracik halus - i gantikan ngan daun limau purut sbb xde daun kunyit
1 biji telur > dipukul hingga hancur
1 1/2 sudu tepung jagung > untuk pekatkan kuah
sedikit sos tiram pedas/biasa
sedikit air
garam secukup rasa
gula secukup rasa.
minyak untuk menggoreng.

Cara membuatnya:
1. Tumiskan bahan yang diblend hingga wangi.
2. Masukkan hirisan serai. Kacau rata dan biarkan seketika hingga separuh garing
3. Masukkan hirisan daun kunyit. Kacau lagi
4. Masukkan telur dan kacau hingga telur masak
5. Masukkan sedikit air - anggaran cukup untuk kuah dan garam. Kacau
6. Masukkan sos tiram, sedikit gula. Kacau lagi
7. Masukkan tepung jagung dan kacau
8. Akhirnya masukkan kerang. Kacau hingga kerang masak





SPICED RAZOR CLAMS
Sumber :
Kak Shima
bhn kisar:
1 ulas bwg putih
2 ulas bwg merah
1/2 inchi halia
2 biji cili padi
1 biji cili masak
5 tangkai cili kering - direndam dulu
2-3 btg fresh coriander - dicincang kasar

1/2 kg razor clams - dicuci & toskan
sos cili secukupnya
minyak ikan/nam pla secukupnya
garam & gula secukupnya
lemon juice
serbuk belacan
coriander- dicincang

CARA:
1. tumiskan bhn2 kisar hingga wangi...goreng hingga kering...
2. masukkan bhn2 sos & perasa...adjust garam & gula
3. bubuh razor clamp, kecilkan api & tutup kuali..masak hingga kulit razor terbuka..
4. akhir sekali tabur coriander cincang..

Sunday, April 19, 2009

Mentarang

Have u ever seen this kind of seafood?Or have u ever heard his name? MENTARANG. I've seen it, i've heard about it but i've never eaten it b4 since i don't know how to cook it & hard to find it. I was lucky bcoz' i studied at northen state, so i can learn a lot especially about other places food.
I saw this siput mentarang while i was in my friend's bf's house in kuala sanglang, perlis many years ago. At that time, we went to the beach near his house & saw many people was looking for something in the mud on that beach. Actually they were looking for siput mentarang bcoz' that time was its season. It was my first time seeing it since at my hometown, i've never seen it. Pelik but fascinating.
The process to catch it was quite hard bcoz' they have to dig in the mud since mentarang lives in the muddy area.
I love trying new things compared to my hubby. I've no problem tasting different food. So yesterday i went to the market & saw siput mentarang. I bought them & i went home quickly looking for the recipe. Thanx to catz for the various recipe to cook mentarang. I end up making mentarang masak cili api. Lain2 resepi tu next time la but no harm pn jot down skali kt sini so that next time senang nk cari:-)


mentarang masak lemak cili api.
Sumber :
catz

bahan-bahan:
mentarang
cili api 10 biji (sukatik nak pedas lagi buh le cili banyak-banyak)
halia
serai
bawang merah
bawang putih
santan (aku guna santan kotak..tu jek yg ada.)
serbuk kunyit - lebih afdal guna kunyit hidup
garam

cara masak:
1.keluarkan mentarang dari cengkerangnya..oh agak seram oke proses ni sebab, aku mana pernah jumap benda ni. So tahap kehidupan dia aku tak tau. Mula-mula duk pikir..isk..if dia kepit jari comel aku dgn cengkerang dia....naya je..tapi dont worry. mereka dah mati dah kot. Takde bahaya memegang dan menariknya keluar dari cengkerang.Cuci bersih.
2. tumbuk halia, bawang-bawang semua dan cili api. if suka boleh tambah cili besar sebijik.
3. ketuk serai hingga penyek.
4. tumis sebentar bahan tumbuk dgn sedikit minyak hingga naik bau. Masukkan santan, serbuk kunyit dan biar mendidih.
5. Masukkan mentarang yg dah di cuci tadi.
6.masak le around 6-7 minit....jgn tambah air sebabnya mentarang ni banyak air..so biar je santan pekat-pekat. Mentarang ni akan keluarkan air yg akan menyumbang kepada pertambahan kuah lemak tadi. buh garam.
Angkat dan hidang.




Mentarang bakar bersambal
Sumber :
catz

bahan-bahannya:
10 biji mentarang (kena cari pi sekinchan sinun kalau nak masak ni...hiks)
(kuantiti takdelah rigid..kalau nak makan ramai-ramai masak le banyak.kang tak cukup ada yg nangis..hiks).
cili kering kisar - 2 sudu
bawang putih - 2 ulas (tumbuk)
halia - 1 inci (tumbuk)
belacan - 1 inci
sos tiram - 2 sudu
sos cili - 1 sudu
kicap manis - 1 sudu

cara-cara:
1. gaul semua bahan tuh..kecuali mentarang oke. bior sebati..rasakanlah sambal tuh...if suka buh gula sikit ke...garam tak yah..sebab nanti masin sgt.
2. Letak mentarang atas aluminium foil. Buh bahan sos tadi tuh atas mentarang. Gaul-gaul sebati.
3. Bungkus dlm aluminium foil, buh atas grill pan..masak le around 10 minit...
fuhh..aku intai..menggelegak dan tiba2 banjir gitu..mmg mentarang ni banyak air..so bila ko masak air dia keluar.
4. Dah masak hidang lah.makan dgn nasik suam. Kosentret je makan. Gajah lalu pun tak perasan.




Mentarang Masak Tumis Air
Sumber :
catz

Bahan-bahan
Mentarang
Bawang putih - dihiris/ditumbuk
Halia - dihiris/ditumbuk
2 btg serai - dititik
1/2 biji bawang besar - dihiris
Cili api & cili besar - ikut suka (dihiris)
Air
Garam

Cara-cara
1. Tumis bawang putih, bawang merah & halia.
2. Masukkan cili api & cili besar.
3. Masukkan air.
4. Masukkan garam.
5. Bila kuah sudah mendidih, masukkan mentarang.
6. Masak dalam 5-8 minit. Siap.

Tuesday, January 6, 2009

Kerang Masak Lemak

I've no idea how to cook when it comes to kerang. The only things that came to my mind are kerang rebus, kerang bakar, rendang kerang & sambal kerang. That's why i rarely bought kerang bcoz' of its cooking method limitness.
Last time i cooked lala masak lemak cili padi. I asked my husband whether we can cook the same dish using kerang but my husband said he never ate it & he thinks that it won't taste that good.
So yesterday i tried looking for the recipe of kerang masak lemak cili api & i managed to find a few. Some take off the shell & others didn't. But since i'm too lazy to take off the shell, i instantly put the kerang with its shell in the pot to make kerang masak lemak cili api & the taste was good. I can't wait to cook this again to my husband since he's not home yesterday.

Kerang Masak Lemak Cili Api
- My Own Recipe -

Bahan-bahan
I/2 kilo kerang - dibersihkan
10 biji cili api - ikut citarasa
1 inci kunyit
1 keping asam keping
Garam
Serbuk perasa
2 biji ubi keledek - dikupas kulit
1 batang serai - dititik
1 mangkuk santan

Cara-cara
1. Masukkan santan ke dalam periuk bersama cili api & kunyit yang telah ditumbuk, asam keping, serai & kerang. Kacau.
2. Masukkan ubi keledek yang telah dikupas kulitnya.
3. Akhir sekali masukkan garam & serbuk perasa secukup rasa.
4. Sedia untuk dihidangkan.



Kerang masak lomak
oleh: waheeda

Bahan-bahan ( 4 org )
cili padi ikut nak pedas
kunyit 1 inci
serai 2 btng
* bahan2 diatas dikisar
4 btng kacang panjang
1 mangkuk santan dari 1 biji kelapa
garam dan ajinomoto secukup rasa

Cara-cara
1. bersih kan kerang masuk kan santan dan bahan kisar kemudian masak sambil dikacau.
2. last sekali masukkan kacang dah siap hidang kan panas2 sodap....


Kerang Lemak Kuning
Kiriman: aisyasofea
Sumber: resipi sendiri (masakan ibu)

Bahan-Bahan:
2 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
sedikit halia (dihiris)
1 kilo kerang (direbus dan dikopek)
santan pekat dan santan cair (dari 1 biji kelapa)
3 biji ubi kentang
2 batang serai (diketuk)
garam
ajinomoto
sedikit minyak untuk menumis

Cara:
1. tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
2. masukkan serai. Tumis sehingga bawang kekuningan.
3. masukkan santan beserta garam dan ajinomoto.
4. masukkan ubi kentang.
5. setelah ubi kentang empuk masukkan kerang.
6. kacau kuah di permukaan sahaja supaya kuah tidak berketul.



Kerang Masak Lemak Serai Pedas
Sumber : rinchan
Kiriman : maklang

Bahan-bahan:
1 kg kerang, direbus dan dikeluarkan isinya
7 batang serai dan 1 in lengkuas, dikisar
1 biji bwg besar, 3 biji bwg putih, dikisar
1 inci halis diketuk
Cilipadi dikisar, ikut suka kepedasannya
Sedikit serbuk kunyit
1/2 mangkuk santan pekat
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
Daun kunyit, dipotong kasar

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar dan halia.
2. Bila dah naik minyak dan agak masak, masukkan kerang dan serbuk kunyit. Kacau sekadar mesra kerang dan bahan2 tumis tadi.
3. Tuang santan dan masukkan asam gelugur.
4. Perasakan dengan garam dan gula. Masak sehingga kuah agak pekat.
5. Masukkan daun kunyit. Kacau sebentar dan angkat.

Nota maklang : takder daun kunyit, letak daun limau purut pun takper..hiris halus jer.



KERANG MASAK SERAI
Sumber : sklaloh.kelantan.edu.my

Bahan-bahan
2 kg kerang direbus - ambil isi
1/2 kg santan pekat
2 sudu makan kerisik
4 batang serai - dipotong nipis
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
7 biji cili padi
7 tangkai cili kering
1 sudu besar ketumbar(rempah biji)
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
2 keping asam keping
garam secukup rasa

Cara :
1. mesin halus bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, cili kering, ketumbar, jintan putih & jintan manis.
2. panaskan minyak & tumis bahan dimesin tadi hingga wangi.
3. masukkan kerang & santan.
4. apabila mendidih masukkan serai & asam keping serta garam secukup rasa.
5. biar pekat baru angkat.
6. boleh dimakan dengan nasi ataupun ketupat.

Saturday, September 6, 2008

Kerang Rebus

Last night we ate 'kerang rebus' at a tomyam stall near our house.I always like it.Every time my fiance saw it,he'll instantly asked me whether i want it or not.

Kerang Rebus
Kiriman: Adique

Bahan-Bahan:
2 kilo kerang - dibersihkan
2 batang serai - dititik
1 keping asam keping - basuh
sedikit air
garam

Bahan Tumbuk
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
15 biji cili api Bahan Utk Sos Pencicah
1 labu bawang besar - di dadu kecil
2 sudu kecil cili api kisar
kicap pekat
kicap manis
sedikit air

Cara:

Kerang
Masukkan semua bahan kedalam periuk dan rebus hingga kerang masak.

Sos
Campurkan semua bahan dan kacau sebati.


Kerang Rebus Serai
Kiriman: kame

Bahan-Bahan:
1kg kerang
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 tangkai daun sup
semangkuk air
sedikit garam

bahan untuk membuat sambal kicap
20 biji cili padi
1 ulas bawang putih
kicap lemak

Cara:
Hiris bawang kecil dan bawang putih.Masukkan ke dalam periuk berisi air yang telah dijerang di atas api.Masukkan serai yang telah dititik(diketuk hingga pecah)dan garam secukup rasa. Apabila mendidih, masukkan kerang yang telah dibasuh bersih. Biarkan selama 7 minit.Masukkan daun sup yang telah dihiris halus ke dalam periuk. Padamkan api.

Untuk membuat sambal kicap
Tumbuk cili padi bersama seulas bawang putih sehingga lumat. Gaulkan bersama kicap.

Cadangan Hidangan:
sedap dimakan ketika masih panas bersama ikan bakar cecah air asam...


KERANG REBUS

Bahan-Bahan:
1kg kerang
2 batang serai
Sedikit lengkuas
air
sedikit garam
3 ulas bawang putih

bahan untuk sos
2 sudu makan nanas parut
2 sudu makan sambal @ sos perasa masam, manis & pedas @ sos cili thai
2 sudu teh air limau nipis

Cara merebus :
1. Rendam kerang dlm air yg sudah dibubuh garam dan bawang putih selama 15 minit
2. Kemudian rebus dengan garam, serai & lengkuas hingga masak..

Cara membuat sos :
Campur kesemua bahan.


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).