- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Showing posts with label Main Course - Chicken. Show all posts
Showing posts with label Main Course - Chicken. Show all posts

Friday, October 16, 2009

Rendang Ayam Daun Puding

Aku mmg tak tahu daun puding boleh wat rendang...masa mkn umah my adik ari tu baru aku tau..ni ha rupa daun puding tu, jgn salah daun plak...


Rendang Ayam Daun Puding
Sumber : My SIL
Gambo :
Anita Jamal

Bahan-bahan
1 ekor ayam - dipotong 8 bahagian & digoreng 1/2 masak
1 ikat daun puding - dihiris
500 ml santan
3 sudu makan kerisik
6 batang serai - dikisar
5 cm halia - dikisar
10 cm lengkuas - dikisar
20 biji cili padi - dikisar * klau suka lg pedas, boleh tambah lg
10 tangkai cili kering - dikisar
10 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1.5 cm kunyit hidup - dikisar
Gula & garam secukup rasa

Cara-cara
1. Panaskan kuali, tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau & pecah minyak.
2. Masukkan santan, kerisik dan didihkan di atas api.
3. Bila santan agak pekat, masukkan ayam, daun puding, garam & gula secukup rasa. Masak sehingga kering.
4. Angkat & sedia dihidang.




Rendang Ayam Pencen Daun Puding
oleh:
tuntung15
Gambo :
malay.cari.com

Bahan-bahan ( Sekeluarga )
1 ekor ayam pencen
1 kilo santan pekat
Cili api (ikut pedas masing2)
Cili kering (ikut pedas masing2)
1 inci kunyit hidup
7 batang serai (diblender halus)
3 batang serai (dititik)
Lengkuas (anggaran 1/2 cawan selepas diblender halus)
1 keping asam keping
Garam dan gula secukupnyer
Daun puding

Cara-cara
1. Bersihkan ayam. Sementara nak menyiapkan bahan-bahan lain, boleh lah mula dengan merebus ayam sebab al-maklum ayam pencen kene rebus lama.
2. Cili api, cili kering, kunyit hidup, 7 btg serai dan lengkuas diblender halus. Masukkan bahan2 blender ke dalam ayam yang sedang direbus. Rebus anggaran 1 - 1 1/2 jam.
3. Bila ayam dah lembut, boleh lah masukkan santan pekat, serai yang sudah dititik, garam, gula dan asam keping.
4. Masak macam masak rendang biasa. Jaga api dan kacau sentiasa supaya x hangit. Bila rendang separuh kering, boleh lah masukkan daun puding yang telah disiat-siat.
5. Ini lah rupa daun puding. Di Kuala Pilah orang panggil daun ni daun puding. Kat tempat lain, kak ogy x pasti ler. Daun ni sedap sangat. Letak banyak pun xpe. Bila dah dimasak, warna daun ni agak hitam dan berkilat.
6. Masaklah rendang sehingga kering dan naik minyak. Dah siap.

Wednesday, October 7, 2009

Lakne

Balance daging wat spaghetti ari tu ada lg so cari2 la resepi nk make used daging tu...terjupe la resepi pelik nih sbb tak pernh dgr...ingatkan ladna, rupanya lakne, berbeza sungguh dgn ladna...makanan thai...aku buat yg pakai daging tp kt bawah tu aku tepek resepi lakne guna daging ayam...makanan ni lbih kurang mcm kerabu & sgt sedap...cuba la...


Lakne
Sumber :
sajionline

BAHAN-BAHAN:
200 gm daging cincang
1 labu bawang merah (hiris)
8 tangkai cili padi
2 tangkai daun ketumbar
2 sudu kicap sotong
4 sudu besar sos tiram
2 biji limau nipis
Sedikit gula

CARA MENYEDIAKAN:
1.Daging perlulah direbus terlebih dahulu. Setelah empuk angkat dan tuskan airnya.
2.Kisar cili padi dan daun ketumbar dihiris halus.
3.Gaulkan daging tadi dengan bawang merah, cili padi, daun ketumbar, gula, kicap
sotong dan sos tiram.
4.Akhir sekali, masukkan perahan limau nipis.




Lakne Pattaya
by
Zinnirah Makiko

Bahan2:
200gm isi ayam dipotong dadu
1 biji bawang besar merah dihiris
8 biji cili padi
2 helai daun limau purut dihiris
4 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk stok ayam
2 biji limau kasturi- ambil jusnya
gula secukp rasa

Cara nak masak:
Mula2 rebus isi ayam hingga masak, angkat tos airnya. Pastu campur isi ayam dgn bawang merah, cili padi dan daun limau purut. Sesudah tu, letakkan gula dan serbuk stok ayam, gaul hgga rata. Masukkan pula sos tiram, gaul sebati. Last skali perah jus limau kasturi, gaul hgga rata…

Friday, October 2, 2009

Kacang Panjang Goreng Berlado Dan Ayam Betutu

Hubby call ptg td ckp nk balik...fikir nk masak apa ek...kacang panjang goreng berlado (stok kacang pjg byk lae)...main dish; ayam betutu...ala2 ayam percik pn ada, ayam panggang biasa pn ada...juga dipanggil ayam panggang dlm daun pisang so klau nk lg ori, bakar ayam yg dibungkus dgn daun pisang...klau x silap ni resepi dr seberang..x kesah la, jnji sedap..utk resepi ayam betutu ni aku ada 2 resepi tp kali ni aku masak resepi yg pertama, yg ke2 yg aku jupe dlm harian metro len kali plak...


Kacang Panjang Goreng Berlado
Nukilan
Noorma

Bahan-bahan
>kacang panjang-dicuci bersih dan dipotong pendek
>cili merah*
>cili padi-jika suka pedas*
>bawang putih*
>bawang merah*
>sebiji telur
>garam, perasa

Cara-cara
1.Bahan bertanda * ditumbuk lumat, dan kemudian tumis hingga naik bau.
2.Masukkan kacang panjang, boleh tambah sedikit air untuk bagi empuk.
3.Bila kacang dh hampir masak, pecahkan telur dan kacau rata.
4.Biar sekejap agar telur masak.
5. Letak garam dan perasa, kacau dan bolehlah diangkat.
Siap




AYAM BETUTU
Sumber :
jphpk

Bahan-bahan
1 ekor ( 1½ kg ) ayam besar
5 sdm minyak, untuk menumis
daun pisang/aluminium foil, untuk pembungkus

Bahan untuk ditumbuk
7 biji cabai merah dan 5 cabai besar
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu makan ketumbar
1½ sudu makan serai, dihiiris halus
1 sudu makan lengkuas dicincang
½ sudu teh serbuk pala
2 sudu teh kunyit dicincang
2 sudu teh halia dicincang
garam dan gula menurut selera

Cara-cara
1. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga wangi dan kering. Angkat dan sejukkan. Bahagikan kepada dua bahagian.
2. Campur satu bahagian ke dalam Masukkan dalam rongga badan ayam, semat lubangnya dengan cungkil gigi. Dan sebahagian lagi dilumur pada permukaan ayam dan di bawah kulit.
3. Bungkus dengan beberapa lapis daun pisang, ikat ketat dengan tali. Panggang dalam oven dengan panas 180°C, selama 2-3 jam sampai masak.
4. Angkat, potong-potong dan hidangkan.
5. Catatan: sebelum dipanggang, boleh juga dikukus lebih dulu ± 45 minit, kemudian dipanggang selama 1 jam.




Ayam Betutu (ayam panggang dalam daun pisang)
Sumber :
Harian Metro

Bahan A:
18 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3 batang serai (dihiris halus)
5 daun limau (dihiris)
6 biji buah keras (dicincang)
5 sentimeter (sm) halia (dicincang)
8 sm kunyit (dicincang)
8 sm cekur (dicincang)
1 sudu lada hitam (ditumbuk halus)
5 cili padi (dicincang)
1 sudu biji ketumbar (ditumbuk halus)
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak

Bahan B:
Seekor ayam (kira-kira dua kilogram)
Daun pisang secukupnya untuk membalut ayam
Kertas timah atau kertas minyak secukupnya untuk membalut ayam

Cara memasak:
1. Masukkan bahan A ke dalam mangkuk besar dan sebatikan semua bahan.
2. Sapu campuran tadi di seluruh kulit ayam, masukkan lebihan campuran ke dalam badan ayam.
3. Semat ayam dengan lidi (guna batang serai dan lilitkan ayam di sekelilingnya), kemudian balut dengan beberapa lapis daun pisang.
4. Balut dengan kertas timah atau kertas minyak, kemudian kukus selama 50 minit.
5. Selepas itu, masukkan ayam ke dalam ketuhar dengan kepanasan 180 darjah celsius dan panggang selama 30 minit sampai masak.

Wednesday, September 30, 2009

Ayam Masak Lada Hitam + Cili Benggala & Pisang Goreng Bali

Balik dr keje aku terus masak...since sorang2 aku masak cincai je la; ayam goreng kunyit & terung masak sambal..bg aku dh best dh, lgpn lengkap lauk dgn sayur...dlm pkul 8 mlm tup2 hubby call ckp nk balik umah...masa tu dia ada kt subang sbb hntar budak keje dia ke sana...dia dh malas nk blik banting terus + esok pg2 kna jemput skali budak kejenya ke banting, dia decide nk balik umah..kelam kabut aku masak sbb lauk yg aku masak sblom tu tinggal secoit jer, ye la aku masak utk sorang jer...
Bukak freezer, kluarkan ayam & cili benggala...nasib baik ayam dh dinyahbeku tadi, so boleh terus masak...maka terhasil la ayam masak lada hitam + cili benggala..time kasih la cik kieah sbb resepi sempoi anda jd penyelamat sy mlm ni...saya tambah nama masakan tu jd cili benggala sbb sy taruk cili benggala byk gara2 stok byk kt freezer, hubby la ni beli byk2 padahal dia tak mkn pn, aku sorang yg tibai..
Lps dinner huby suruh goreng pisang...actually ari tu my mom bg sesikat pisang nangka yg blom masak...kebetulan kt umah di kg ayah aku byk tanam pokok pisang ni (feveret aku) & ada buah yg dh tua...ari ni ada yg dh start masak, so aku buat pisang goreng bali sbb resepi ni tak pakai tepung (gara2 tepung dh abis blom beli), dinyatakan bahawa resepi ni dipanggi pisang goreng bali sbb ianya tdk menggunakan tepung sebagai batter...kelapa parut ada lg, so do marjerin...jom mkn


Ayam masak lada hitam + Cili Benggala
oleh:
cik kieah

Bahan-bahan ( 2-4 org )
3 ketul isi ayam (Bahagian Dada-potong dadu)
1 biji bawang merah (Dihiris)
2 biji bawang putih (Ketuk/hiris)
2 Inci Halia (Hiris/Ketuk)
2 sd Lada Hitam (tumbuk kasar) nak lagi pedas tambah buat 4 sd
2-3 batang cili merah (utk hiasan je..)
1 biji cili benggala (patong dadu) ikut selera jika suka
2-3 sd minyak masak
bahan perasa - garam,ajinamoto,gula

Cara-cara
1.panas minyak untuk tumis bawang putih, halia, bawang merah (goreng hingga naik bau)
2.masukan lada hitam & kacau sebati
3.Akhir sekali masukkan hirisan ayam dan cili benggala, garam, ajinamoto,gula
4.Untuk hiasan tambah cili merah yang telah dihiris untuk hiasan...agar nampak menarik




Sblom tu aku masak terung masak sambal...resepinya tak yah la yer, seme org dh tau nih...




Pisang Goreng Bali
Sumber :
bungamekar

Bahan:
Pisang Nangka (pilih yg dah setengah masak, kalu x berapa masak, rasa kelat still ada)
Gula Pasir
Gula Merah
Mentega (i guna planta soft)
Kelapa Parut Putih

Cara2:
1. Pisang dibuang kulit.Jangan belah, biarkan sebiji2.
2. Sapukan lebih kurang 2/3 sudu planta soft di dalam pan fry beserta lebih kurang 3 or 4 sudu gula pasir.Pastikan gula larut dan tidak hangit.Atas api sederhana.
3. Masukkan pisang sebiji2. (Ndak senang, gunakan penyepit / chopstick semasa mengaulkan pisang di dalam pan fry.) Untuk memastikan pisang tidak hancur.
4. Bila pisang sudah sebati dengan larutan (pastikan juga, pisang benar2 sebati dengan larutan dan kering – tidak berkuah). Angkat dan toskan.
5. Hidangkan bersama2 dengan kelapa parut putih & gula merah.Siap.

Monday, September 14, 2009

Berbuka At Cerana Again & Ayam Coca Cola

Semlm bukak pose kt restoran cerana lg tp kali ni my boss yg belanja. Murah hati btul boss aku...kami takde la ckp apa2 sblom ni tp dia ada cabar hubby; katanya klau hubby aku dpt clearkn 2 payment dlm masa 1 bln ni, dia akan belanja bukak pose. Hubby aku kan pantang dicabar, dia bukan shj dpt clearkn 2 payment, sebliknya 3 payment (1 lg tgh tunggu cheq clear) & amount yg clear rm1 juta. Boss happy la. Mulanya dia nk belanja mkn kt hotel tp kami ckp kt restoran biasa je la, lg selesa, takde protokol sgt & mkn pn lg sedap (boss aku ckp la). So we decided restoran cerana & he agreed since dia pn slalu lepak kt ctu. 6.30pm kitaorg smpai. Manusia punya la ramai, seme meja fully booked, meja kt open space ada tp tak berani nk duduk since semlm kan hujan, wp waktu tu dh stop kot la thh syok buka pose tiba2 hujan, tak ke haru...susah gak nk dpt meja..klau kami tahu mcm ni, kami dh book awal..ari tu masa dtg buka pose dgn hubby meja byk sgt yg kosong...ari ni penuh weh termasuk la bilik yg ada air-cond tu..lps ckp2 dgn restoran manager tu, kami pn dpt 1 meja, agaknya meja tu ada yg cancel kot...mulanya nk mkn ala-carte tp mcm leceh plak since meja kami jauh dr kwsn dapur, last2 boss decided mkn buffet..my boss dtg dgn wifenya merangkap my lady boss...kelakar jer, seme yg dtg kt ctu seme melayu beragam islam nk buka pose tp dlm ramai2 umat bgelar org islam tu terselit 2 org berbangsa cina beragama budha, boss2 aku la tu...kihkihkih...selamber jer..
Mkn smpai perut buncit..ye le, kna byk rm45++, kna la mkn byk2...lauk bnyak ok smpai tak amik tau langsung apa namanya, kuih pn byk, dessert, roti john, abc tp minuman jer tak byk choice; kordial orange & teh susu (yg ini sgt sedap)...mmg ramai org semlm, agaknya sbb dh last2 pose...apa2 pn boss thank u very much, lain kali boleh belanja lg...blik umah dgn kenyangnya...burp!
Utk sahur (aku teman hubby sahur sbb aku dh angkat bendera jepun..kuikuikui) aku masak sempoi jer...anak ikan talang masin goreng & ayam coca cola. Cmne la bleh terfikir nk masak ayam cocal cola nih? Sbb resepi nih mudah sgt. Mula2 dgr dulu mcm pelik & terfikir cmne la rasanya, adakah bergas mcm kita minum air coca cola tuh...byk kali dgr citer org masak ayam ni, aku pn nk cuba, takmo ketinggalan..so hasilnya amat memuaskan (nasib baik hubby suka)...nk cuba? Aku tepek resepi kt sini, nk yg simple cuba resepi zeera, nk yg sedang2 cuba resepi internet, nk yg kurang simple (bhn2 dia lbih ckit), cuba resepi waheedeana (aku cuba resepi nih).


Ayam Coca Cola
oleh:
waheedeana

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
500gm isi ayam - dibersihkan dan dihiris nipis
1 biji bawang besar - dihiris
2 batang serai - diketuk
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil serbuk lada sulah
100ml minuman ringan coca cola
sayur campur dan brokoli
garam secukup rasa

Cara-cara
1.Panaskan minyak, masukkan isi ayam dan goreng sehingga separuh masak dan masukkan bawang besar dan serai, tumis sehingga naik bau.
2.Masukkan sos tiram, sos cili, kicap pekat, lada sulah dan kacau sebati. Masukkan air minuman coca cola dan biarkan sehingga pekat
3.Akhir sekali masukkan sayur campur, brokoli dan garam secukup rasa. Sedia untuk dihidang.



Ayam Coca-Cola
Sumber: Internet
Picture :
neckredrecipes

Bahan-Bahan:
Ayam dipotong ikut suka dan bersihkan.
3 cm halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
5 sudu besar cili kisar
Sedikit garam dan serbuk perasa
1 tin air coca cola

Cara:
1. Tumbuk halia, bawang putih dan juga bawang merah.
2. Tumiskan bahan ini dan juga cili kisar hingga garing.
3. Kemudian, masukkan ayam dan diikuti dengan air coca-cola tadi.
4. Masak hingga air kering sedikit. Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa.



Ayam Coca Cola
oleh:
zeera

Bahan-bahan ( 4 )
2 ketul paha ayam (yang besar)
1 tin coca cola
3 batang serai (diketuk)
4 inci halia (diketuk)

Cara-cara
1.Ayam dibersihkan kemudian lumurkan sedikit garam dan susun dalam pan yang ada penutup.
2.Aturkan halia dan serai yang telah diketuk di atas ayam.
3.Tuangkan setin coca cola ke atas ayam tadi. Nyalakan api gas sederhana kecil. Sekali sekala kautkan air cola dan simbah ke atas ayam. Masak sehingga air cola hampir kering. Hidangkan bersama nasi.


Sunday, September 13, 2009

Tom Yam Seafood, Ayam Goreng Kunyit Berempah & Puding Raja

Hubby call tnya bhn yg nk diletak dlm tomyam. Rupanya dia duk kt econsave tgh beli brg nk masak utk berbuka semalam (rajinnya hubby aku..muah3). Aku sampai umah, dia dh pn smpai dulu. Katanya dia nk masak tomyam seafood. Actually 2 minggu lps masa gi econsave, hubby beli paste tomyam kung adabi. Ari ni terlaksana jugak hasrat nk buat tomyam tu (beberapa ari lps dia ada beli tomyam campur kt kedai tp punya la dia mbebel x sedap gara2 ada lengkuas dlm tomyam tu...hubby mmg tak suka ada lengkuas dlm tomyam dia). Hubby bersihkan udang & sotong (siap potong ada btk lg mcm keropok udang double deckers tu), ketam mmg dh ada kt umah (lama dlm freezer tu), sementara aku siapkn bhn sayur. Yg memasaknya hubby, aku tolong siapkn bhn jer. Sambil2 tu aku sediakan puding raja, puding hidangan istana pahang. Dh lama dpt resepi ni, tp asyik lupa nk beli pisang jer, td suruh hubby beli pisang kt econsave. Aku buat cara sempoi mamadzie69. Resepi asal dr istana pekan aku tepek kt bawah sekali. Mn la tau ada sape2 nk buat mcm tu kan.
Sementara masak tomyam, hubby perap ayam. Katanya nk wat ayam goreng kunyit berempah. Mcm ayam goreng kunyit biasa tu cuma hubby campur rempah kari ayam/daging. Mkn nasi btambah2...sape? Aku la tu, hubby mmg mcm dh jd sumpahan, klau dia masak, ckit jer dia mkn, katanya dh kenyang hidu bau mknan masa masak + dia dh 'kenyang' tengok isteri dia mkn btambah2 masakan dia...yo la tu...psstt, gambar ni sekadar hiasan jer yer...kpd yg empunya gambar, izinkan sy guna gambar anda yg cantik ini dlm post sy kali ini, tak bmaksud utk plagiat karya anda, sekadar hiasan jer...



Tom Yam Kung
Hubby's Recipe


Bahan-bahan (untuk 2 orang makan)
Udang }
Sotong } kuantiti ikut suka
Ketam }
1 biji bawang besar
2 batang serai
5-6 biji cili api - diketuk
1 biji tomato - dibelah 4
3 batang putik jagung - dipotong memanjang
Sedikit bunga kobis
3 helai daun limau purut
1 batang lobak merah - dipotong memanjang
1 peket pes tom yam kung adabi
Garam, gula & serbuk perisa secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara
1. Panaskan air secukupnya. Bila air dh sedikit menggelegak, masukkan udang, sotong & ketam. Biarkan seketika seafood tu 1/2 masak.
2. Lps tu masukkan pes tom yam. Kacau.
3. Bila kuah dh menggelegak, masukkan serai & daun limau purut.
4. Kemudian masukkan cili padi, putik jagung, bunga kobis & lobak merah. Kacau.
5. Akhir sekali masukkan tomato, bawang besar, garam, gula & serbuk perisa secukup rasa. Siap.





Ayam Goreng Kunyit Berempah
Hubby's Recipe


Bahan-bahan
1 cawan isi ayam bahagian dada (bahagian lain pn boleh asalkan isi) - dipotong kecil
Serbuk Kunyit
Rempah kari ayam/daging
Garam, Gula & Serbuk perisa secukup rasa
1 biji bawang besar - dihiris bulat
1 ulas bawang putih - diketuk
1 biji cili merah - dipotong
10 biji sweet peas (kacang peas)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Perap ayam bersama garam, gula, sebuk perisa, serbuk kunyit dan rempah kari.
2. Panaskan minyak. Goreng ayam hingga garing.
3. Masukkan bawang putih, bawang besar, cili merah & sweet peas hinggaa sedikit layu.
4. Angkat dan hidang.





Puding Raja
oleh:
mamadzie69

Bahan-bahan ( 15-20 orang )
2 tin susu cair (dicampur sedikit air)
2 sudu besar tepung kastard (dibancuh dengan sedikit air)
1/2 sudu teh garam
5 sudu besar gula (atau mengikut kemanisan sendiri)
sesikat pisang lemak manis yang kulitnya baru sedikit kuning dibuang kulit dan digoreng dengan minyak sehingga kekuning-kuningan lalu ditoskan.
1/2 paket prune
1 paket gajus masin
1 tin cocktail

Cara-cara
1.susu cair bersama gula dan garam dikacau di atas api perlahan sehingga sedikit mendidih lalu dicampur dengan tepung kastard yang sudah dibancuh.
2.kacau lagi sehingga mendidih sedikit lalu di campur dengan cocktail. Agak mendidih sedikit dicampur buah prune dan diangkat.
3.Di dalam bekas yang sesuai diatur pisang lemak manis yang telah digoreng tadi lalu dituangkan bahan yang telah dimasak tadi ke atasnya. Akhir sekali biji gajus masin ditabur di atasnya.
4.Setelah agak sejuk disimpan dalam peti sejuk sehinggalah waktu menghidangnya.





Puding Raja
Sumber :
mdpekan


Bahan-bahan
•4 sikat pisang lemak manis – dibuang kulit
•1 cawan biji gajus – digoreng
•2-3 genggam urat emas/jala emas
•200g buah prun – dipotong empat
•Buah ceri merah/hijau
•2 sudu besar minyak sapi*
•Minyak untuk menggoreng

Untuk Kuah Puding
•1 tin (410 g) susu cair/sejat
•3 biji telur – diambil kuning sahaja
•Daun pandan – disimpul
•Air sebanyak ½ tin susu
•1-2 cawan gula (ikut rasa)
•Esen vanila
*untuk mengelakkan pisang dari melekat

Cara memasak
•Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh.
•Goreng pisang sehingga kuning. Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak yang berlebihan.
•Goreng biji gajus.

Kuah Puding
•Pukul kuning telur bersama susu cair/sejat dan air. Tapis untuk membuang pusat putih telur.
•Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Jangan guna api besar dan kacau selalu supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.

Cara Menghidang
•Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan urat emas.
•Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus. Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.





Jala Emas
Sumber :
mdpekan


Bahan-bahan
•30biji telur ayam – diambil kuning sahaja
•800g gula halus
•3 helai daun pandan
•8 cawan air
•Daun pisang untuk dibuat corong

Cara memasak
•Tapis kuning telur dan pukul sedikit.
•Masak gula bersama air sehingga hancur dan mendidih. Tapis dan kemudian masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Apabila air tersebut mendidih dan berbuih halus, uraikan atau pusing keliling periuk kuning telur dengan corong daun pisang atau corong tembaga ke dalam air gula tersebut.
•Angkat dan tuskan.
•Kiraikan urai emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang satay atau garfu.
•Hidangkan.

Cara Memasak
•Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas



One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).