- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Showing posts with label Main Course - Seafood - Prawn. Show all posts
Showing posts with label Main Course - Seafood - Prawn. Show all posts

Monday, September 28, 2009

Lemak Udang Pucuk Paku

Malam td aku pegi mborong brg2 dapur kt econsave dgn jayanya...tp brg basah especially ikan, ayam & sewaktu dgnya tak byk pilihan...agaknya org msih beraya, so stock baru blom smpai...hubby nmpak udang saiz XXXL yg murah harganya, terus rembat..mcm biasa, dia nk suruh masak lemak cili api..semlm beli tp tghari td baru nk masak sbb semlm tak masak, byk sgt open house kna attend...since mood nk masak msih blom lancar, maka nk masak byk2 benda mcm malas, so aku decide nk masak sayuran & lauk sekali harung...ptg jumaat tu hubby bawa blik pucuk paku yg dia kutip kt kwsn site dia (slalu sgt bcerita kt aku pasal pucuk paku yg tumbuh melata kt area site dia tp jarang nk bawak blik, aku pn duk sindir2 la dia, alih2 ptg semlm sebebang dia bawa blik, so mlm td masa gi beraya kt umah cousin aku, bg la kt dia ckit)..tang2 tu gak teringat ada org masak lemak udang campur pucuk paku...bagus, 2in1 punya resepi..aku masak lemak ni taruk bawang bagai (hubby yg request mcm tu wp biasa aku masak taruk kunyit dgn cili api jer, no bawang2)..save masa masak mcm ni..hubby mkn kuah dgn udang jer, aku plak seme aku taram...aku tepek 2 versi resepi masak lemak ni...yg taruk bawang mcm yg aku buat & yg biasa org nogori masak; no bawang2...


Masak Lemak Udang + Pucuk Paku

Bahan2
1 ikat pucuk paku
3 ulas bwg merah }
1 ulas bwg putih } Blend/tumbuk hingga halus
10 biji cili padi }
Kunyit hidup }
250 gm udang
santan secukupnya
garam dan perasa
1 keping asam gelugur

Cara2
1. Campurkan bahan yg tlh ditumbuk bersama santan & asam gelugur dalam periuk dan masak atas api sederhana.
2. Bila sudah mendidih, masukkan udang. Mesti selalu dikacau supaya santan tidak pecah minyak.
3. Kemudian masukkan pucuk paku. Kacau.
4. Akhir sekali masukkan garam & perasa secuku rasa. Bila pucuk paku dah lembut bolehlah dimatikan api.




Lemak Udang Pucuk Paku
Sumber :
sajionline

BAHAN-BAHAN:
1 ikat pucuk paku
200 gm udang
2 cawan santan
9 tangkai cili padi (tumbuk)
3 cm kunyit hidup (tumbuk)
1 keping asam gelugur

CARA MENYEDIAKAN:
1.Satukan santan bersama bahan tumbuk dan asam gelugur dalam periuk.
2.Bubuhkan garam dan renehkan sehingga mendidih.
3.Kemudian masukkan udang. Biarkan udang masak. Renehkan lagi.
4.Akhir sekali masukkan pucuk paku. Setelah pucuk paku layu matikan api

Sunday, September 13, 2009

Tom Yam Seafood, Ayam Goreng Kunyit Berempah & Puding Raja

Hubby call tnya bhn yg nk diletak dlm tomyam. Rupanya dia duk kt econsave tgh beli brg nk masak utk berbuka semalam (rajinnya hubby aku..muah3). Aku sampai umah, dia dh pn smpai dulu. Katanya dia nk masak tomyam seafood. Actually 2 minggu lps masa gi econsave, hubby beli paste tomyam kung adabi. Ari ni terlaksana jugak hasrat nk buat tomyam tu (beberapa ari lps dia ada beli tomyam campur kt kedai tp punya la dia mbebel x sedap gara2 ada lengkuas dlm tomyam tu...hubby mmg tak suka ada lengkuas dlm tomyam dia). Hubby bersihkan udang & sotong (siap potong ada btk lg mcm keropok udang double deckers tu), ketam mmg dh ada kt umah (lama dlm freezer tu), sementara aku siapkn bhn sayur. Yg memasaknya hubby, aku tolong siapkn bhn jer. Sambil2 tu aku sediakan puding raja, puding hidangan istana pahang. Dh lama dpt resepi ni, tp asyik lupa nk beli pisang jer, td suruh hubby beli pisang kt econsave. Aku buat cara sempoi mamadzie69. Resepi asal dr istana pekan aku tepek kt bawah sekali. Mn la tau ada sape2 nk buat mcm tu kan.
Sementara masak tomyam, hubby perap ayam. Katanya nk wat ayam goreng kunyit berempah. Mcm ayam goreng kunyit biasa tu cuma hubby campur rempah kari ayam/daging. Mkn nasi btambah2...sape? Aku la tu, hubby mmg mcm dh jd sumpahan, klau dia masak, ckit jer dia mkn, katanya dh kenyang hidu bau mknan masa masak + dia dh 'kenyang' tengok isteri dia mkn btambah2 masakan dia...yo la tu...psstt, gambar ni sekadar hiasan jer yer...kpd yg empunya gambar, izinkan sy guna gambar anda yg cantik ini dlm post sy kali ini, tak bmaksud utk plagiat karya anda, sekadar hiasan jer...



Tom Yam Kung
Hubby's Recipe


Bahan-bahan (untuk 2 orang makan)
Udang }
Sotong } kuantiti ikut suka
Ketam }
1 biji bawang besar
2 batang serai
5-6 biji cili api - diketuk
1 biji tomato - dibelah 4
3 batang putik jagung - dipotong memanjang
Sedikit bunga kobis
3 helai daun limau purut
1 batang lobak merah - dipotong memanjang
1 peket pes tom yam kung adabi
Garam, gula & serbuk perisa secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara
1. Panaskan air secukupnya. Bila air dh sedikit menggelegak, masukkan udang, sotong & ketam. Biarkan seketika seafood tu 1/2 masak.
2. Lps tu masukkan pes tom yam. Kacau.
3. Bila kuah dh menggelegak, masukkan serai & daun limau purut.
4. Kemudian masukkan cili padi, putik jagung, bunga kobis & lobak merah. Kacau.
5. Akhir sekali masukkan tomato, bawang besar, garam, gula & serbuk perisa secukup rasa. Siap.





Ayam Goreng Kunyit Berempah
Hubby's Recipe


Bahan-bahan
1 cawan isi ayam bahagian dada (bahagian lain pn boleh asalkan isi) - dipotong kecil
Serbuk Kunyit
Rempah kari ayam/daging
Garam, Gula & Serbuk perisa secukup rasa
1 biji bawang besar - dihiris bulat
1 ulas bawang putih - diketuk
1 biji cili merah - dipotong
10 biji sweet peas (kacang peas)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Perap ayam bersama garam, gula, sebuk perisa, serbuk kunyit dan rempah kari.
2. Panaskan minyak. Goreng ayam hingga garing.
3. Masukkan bawang putih, bawang besar, cili merah & sweet peas hinggaa sedikit layu.
4. Angkat dan hidang.





Puding Raja
oleh:
mamadzie69

Bahan-bahan ( 15-20 orang )
2 tin susu cair (dicampur sedikit air)
2 sudu besar tepung kastard (dibancuh dengan sedikit air)
1/2 sudu teh garam
5 sudu besar gula (atau mengikut kemanisan sendiri)
sesikat pisang lemak manis yang kulitnya baru sedikit kuning dibuang kulit dan digoreng dengan minyak sehingga kekuning-kuningan lalu ditoskan.
1/2 paket prune
1 paket gajus masin
1 tin cocktail

Cara-cara
1.susu cair bersama gula dan garam dikacau di atas api perlahan sehingga sedikit mendidih lalu dicampur dengan tepung kastard yang sudah dibancuh.
2.kacau lagi sehingga mendidih sedikit lalu di campur dengan cocktail. Agak mendidih sedikit dicampur buah prune dan diangkat.
3.Di dalam bekas yang sesuai diatur pisang lemak manis yang telah digoreng tadi lalu dituangkan bahan yang telah dimasak tadi ke atasnya. Akhir sekali biji gajus masin ditabur di atasnya.
4.Setelah agak sejuk disimpan dalam peti sejuk sehinggalah waktu menghidangnya.





Puding Raja
Sumber :
mdpekan


Bahan-bahan
•4 sikat pisang lemak manis – dibuang kulit
•1 cawan biji gajus – digoreng
•2-3 genggam urat emas/jala emas
•200g buah prun – dipotong empat
•Buah ceri merah/hijau
•2 sudu besar minyak sapi*
•Minyak untuk menggoreng

Untuk Kuah Puding
•1 tin (410 g) susu cair/sejat
•3 biji telur – diambil kuning sahaja
•Daun pandan – disimpul
•Air sebanyak ½ tin susu
•1-2 cawan gula (ikut rasa)
•Esen vanila
*untuk mengelakkan pisang dari melekat

Cara memasak
•Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh.
•Goreng pisang sehingga kuning. Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak yang berlebihan.
•Goreng biji gajus.

Kuah Puding
•Pukul kuning telur bersama susu cair/sejat dan air. Tapis untuk membuang pusat putih telur.
•Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Jangan guna api besar dan kacau selalu supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.

Cara Menghidang
•Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan urat emas.
•Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus. Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.





Jala Emas
Sumber :
mdpekan


Bahan-bahan
•30biji telur ayam – diambil kuning sahaja
•800g gula halus
•3 helai daun pandan
•8 cawan air
•Daun pisang untuk dibuat corong

Cara memasak
•Tapis kuning telur dan pukul sedikit.
•Masak gula bersama air sehingga hancur dan mendidih. Tapis dan kemudian masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Apabila air tersebut mendidih dan berbuih halus, uraikan atau pusing keliling periuk kuning telur dengan corong daun pisang atau corong tembaga ke dalam air gula tersebut.
•Angkat dan tuskan.
•Kiraikan urai emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang satay atau garfu.
•Hidangkan.

Cara Memasak
•Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas


Thursday, August 20, 2009

Udang Telur Masin

Aku bukan la penggemar fanatik telur masin. Setakat ni blom pernah lg beli telur masin. Kebetulan plak hubby mmg tak mkn telur masin sbbnya telur masin bleh dikatakan guna telur itik, hubby mmg tak mkn itik & yg sewaktu dgnnya. Klau kt kg tu my mom buat sndiri, so mmg tak pernh beli.
So alkisahnya beberapa hari lps my neighbour bg telur masin. Tak byk pn, 3 biji jer. Katanya org kg dia yg buat. Alkisahnya sblom tu dia balik kg & beli byk gak la telur masin. Katanya murah sbb beli terus dr tpt yg buat telur masin tu. Smpai KL dia bg2 la kt jiran. Tak nk amik nnti takut dia terasa hati plak. Org dh bg, amik je la. Mkn tak mkn lain kira. Rebus dah 1 biji. Tinggal lg 2 biji. Erm, ntah bila bleh abis. Yg direbus tu pn 2 hari baru abis, mkn sebelah2. Ari ni saje gatal2 surf internet cari resepi yg guna telur masin. Aku tengok org cina guna telur masin utk memasak lauk. Maksudnya takde la mkn rebus mcm tu jer. Cari punya cari, terjumpa la resepi udang telur masin. Harus dicuba. Hubby tak blik ari ni, so bleh la masak. Klau tak, kesian dia nnti tak bleh mkn sdgkn udang tu favorite dia. Time2 dia takde ni la bleh masak makanan yg dia tak mkn.


Udang Telur Masin
Posted by
ummi

Bahan-bahan
Udang - 500gm
Telur Masin - 1 biji
Bawang Putih - 2-3 ulas, hiris
Halia - hiris
Garam - secukup rasa
Gula - secukup rasa
Daun Ketumbar - secukup rasa (boleh tukar dengan daun bawang if you don't like coriander leaves)

Cara-cara
- Gaul udang dengan sedikit garam dan perapkan seketika
- Panaskan sedikit minyak dan goreng udang seketika
- Angkat dan toskan udang
- Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau
- Masukkan udang dan goreng lagi
- Pecahkan telur masin dan kacau hingga telur masak dan sebati
- Masukkan separuh dari daun ketumbar
- Perasakan dengan garam dan gula
- Hiaskan dengan baki daun ketumbar
- Hidangkan panas-panas




UDANG TELUR MASIN
Sumber : cranko21

Bahan2:
Udang segar
bawang putih- cincang
halia- hiris halus
telur masin
susu pekat manis
garam secukup rasa.
daun ketumbar (kita tak masuk sebab tak suka )
sedikit minyak untuk menggoreng

cara2:
1. Gaulkan udang dengan sedikit garam.
2. panaskan minyak, gunakan api besar. gorengkan udang tadi sekejeaaaaapppp ajer then keluarkan. (dia kata ala-ala bersalam je dgn api)
3. Tumis bawang putih dgn halia sampai harum
4. Masukkan udang tadi n goreng sampai 3/4 masak.
5. masukkan telur masin dan gaul rata.
6. masukkan susu pekat manis dan gaul rata sampai masak. (anggaran 500g udang, 2-3 sudu teh susu pekat)
7. Masukkan daun ketumbar
8. Goreng lagi sekejap, angkat dan hidang.




Udang Emas Fortune
Sumber :
Ajinomoto.com

Bahan-bahan
Udang saiz sederhana dibuang kulit 480g
Kuning telur masin 4 biji
Bawang putih dicincang halus 1/2 sudu teh
Halia dicincang halus 1/2 sudu teh
Tepung Putih Biasa 1/2 sudu teh
Perasa: Perasa umami Ajinomoto® 1/3 sudu teh
Garam Meja Ajinomoto® 1/4 sudu teh
Gula 1/2 sudu teh
Daun bawang dicincang 40 g
Kicap 1 sudu teh
Wain Cina 1 sudu sup
minyak bijan 1/2 sudu teh

Arahan
1.Potong kuning telur masin menjadi butiran kasar
2.Cuci udang dan potong kakinya. Lap hingga kering
3.Gunakan 1/2 sudu teh tepung putih biasa untuk diletakkan pada udang dan gaulkan hingga rata
4.Gunakan api besar untuk memanaskan kuali. Masukkan udang di dalam minyak yang telah panas. Kemudian keringkannya dari minyak
5.Goreng kuning telur masin yang dipotong dan bahan-bahan lain. Masukkan udang ke dalam kuali. Tambahkan perasa dan gorengkan semuanya hingga menjadi kering. Letakkan di dalam pinggan dan ia sedia untuk dihidangkan

Petua
Minyak mesti dipanaskan sehingga ia berasap di tepi kuali sebelum udang dimasukkan. Udang mesti digoreng hingga keemasan. Tutup kuali dan biarkan ia masak seketika. Jangan terlebih masak, kerana udang mudah menjadi keras

Saturday, April 25, 2009

Udang Ketak/Kertak/Gertak


Ada org panggil udang ketak. Ada org panggil udang gertak. Ada yg panggil udang kertak. Ada yg kata sama dgn udang lipan (tp klau tengok dlm gambar, lain la sbb udang gertak lg besar dr udang lipas, udang lipan lbih panjang dr udang kertak). Mana2 la, jnji sedap.
When i woke up this morning, my husband already back from the market. He bought what? He bought udang ketak. He always said to me that one day he'll buy it since it was long time since he ate it. When he was in trganu, he always eat it since his father is a fisherman. Klau nak beli slalu, mmg x mampu sbb mahal. He said he saw a very fresh udang ketak, so he decided to buy it. Bape sekilo? Dia tak nak ckp. Msti mahal, sbb tu tak nak ckp, takut kna marah. Hehehe...
He made BBQ udang ketak

BBQ/Grilled Udang Ketak
Sumber : My Hubby

Bahan-bahan
3 ekor udang ketak
Garam
Serbuk Lada Hitam
Minyak zaitun
1 biji limau nipis - ambil jusnya

Cara-cara
1. Belah udang kepada 2 bahagian.
2. Taburkan garam & lada hitam ke atasnya. Ratakan.
3. Curahkan minyak zaitun & jus limau nipis.
4. Bakar/grill hingga masak.


UDANG GERTAK GORENG
Sumber :
faridah

Bahan2
1 kg Udang Gertak
5 ulas bawang putih
1 incu halia
4 sudu tepung gandum (nak bagi garing n rangup)
garam
serbuk kunyit
1 kg minyak untuk menggoreng

Cara2 Memasak
1. Siang dan basuh udang gertak. ketepikan.
2. Tumbuk bawang putih dan halia
3. Gaulkan udang garan kunyit dan bahan yang telah ditumbuk tadi. taburkan tepung gandum. gaul kan.
4. goreng dalam minyak tenggelam hingga garing


UDANG KETAK CILI
Sumber: Chef Tan, Sakura Restaurant

Bahan-Bahan
Secukup rasa Gula
5 g Halia
1 sudu kecil Serbuk lada putih
1 sudu kecil Sos cili
1 sudu kecil Kicap cair
1 sudu kecil Sos tiram
1 sudu kecil Kicap pekat
1 sudu kecil Minyak bijan
300g Isi udang ketak
1 biji Bawang besar
1 sudu kecil Bawang putih kisar
1 batang Daun sup
3 batang Daun bawang
15g Tepung jagung
1 biji Telur
50ml Air
Secukupnya Minyak goreng

Cara Cara
1. Campur isi udang ketak dengan gula, serbuk lada putih dan kicap cair. Dadarkan telur dan campurkan setengah. Masukkan minyak bijan dan tepung jagung. Gaul rata dan goreng. Angkat dan toskan.
2. Tumis cili kering, halia, bawang putih dan sos tiram. Masukkan air sedikit. Tambah gula dan serbuk lada putih. Masukkan bawang besar, sos cili, kicap cair dan kicap pekat. Masak hingga sebati.
3. Campurkan udang ketak yang sudah digoreng. Gaul rata.


Udang Gertak Vana-vana
Sumber: Majalah Jelita Januari 1987

Bahan-Bahan:
1 ekor udang geretak (lobster)
10 gm lobak merah
10 gm daun saderi
10 gm bawang merah
10 gm cili sayur
10 gm tomato
2 ulas bawang putih
Sedikit kunyit serbuk, krim dan air rebusan ikan

Cara:
Keluarkan isi udang gertak. Sayur-sayuran dipotong memanjang. Tumis bawang besar dan bawang putih. Masukkan sayur-sayuran, kunyit dan isi udang gertak. Bubuh sedikit air rebusan ikan. Bila mendidih, bubuh krim dan serbuk perasa. Angkat.


udang ketak masak kunyit
Oleh : paja

caranya sama cam masak kunyit lain. udang tu buang kaki kepala .. pastu gaul garam kunyit. then tumis bawang putih, merah, cili merah .. pastu masuk udang.


udang ketak masak kunyit
Oleh : pinatbate

-goreng kunyit pastu tambah cili api sket...sedap..
-buat kuah mee sup..buatlah macam sup udang...pas tu tuang jer kat mee..daging dia memang sikit kalau digoreng,kalau di rebus cam buat sup tu ..terasa macam ketam plak..
-kalau malas ,goreng pakai minyak sikit campur garam kunyit jer...


Udang Lipan Masak Serai
Kiriman: Zuhailah

Bahan-Bahan:
1 kg udang lipan
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 batang serai
10 tangkai cili kering
2 - 3 sudu sos tiram
2 - 3 sudu sos cili
garam
gula
asam keping

Cara:
Bersihkan udang lipan dengan cara menguntingkan kulit di sekeliling udang tersebut. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih, cili kering dan serai hingga naik bau. Masukkan sos tiram, sos cili, garam, gula dan asam keping. Masukkan sedikit air dan udang lipan. Gaulkan rata dengan perlahan. Tutupkan kuali dan tunggu hingga masak.

One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).