- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Tuesday, October 28, 2008

Gembirakan Hatiku

Tiramisu in italian language mean 'gembirakan hatiku' or make me happy.I guess it's true bcoz' when i eat tiramisu,it makes me happy.I love tiramisu cakes.


TIRAMISU
- Chef Lin -

Bahan-bahan
200 gm krim putar
250 gm krim keju
30 ml susu segar
80 gm gula aising
18-20 keping biskut span/ kek span
170 ml air kopi (1 camt serbuk kopi + 125 ml air suam) / coffee emulco/esen kopi
Serbuk koko secukupnya
30 gm parutan coklat
Strawberi - untuk hiasan

Cara membuat
1. Pukul krim hingga kental. Ketepikan.
2. Putar krim keju hingga lembut.
3. Masukkan susu dan gula, putar lagi hingga ringan.
4. Campurkan krim dengan krim keju, kacau rata.
5. Celup biskut di dalam air kopi. Susun beberapa keping dalam mangkuk kaca.
6. Ratakan separuh campuran krim.
7. Ayak serbuk koko di atasnya.
8. Celup biskut lagi dan susun di atas krim. Tutup dengan baki krim.
9. Akhir sekali ayak koko dan taburkan coklat.
10. Tutup dan biar di dalam peti sejuk selama 4 jam.
11. Hidangkan dengan strawberi.
* Penggunaan biskut bergantung pada mangkuk.



TIRAMISU
- Kak Liza -

Bahan
1 biji span kek coklat
250 gm keju cream [philidephia]
150 ml yogurt asli
1/2 cawan gula
serbuk nescafe

Cara
1. Kek span dibelah 2 lapisan
2. Pukul keju dan gula sehingga gebu.
3. Masukkan yogurt dan pukul lagi sehingga rata.
4. Sapukan adunan dibahagian tengah lapisan kek.
5. Ayakkan serbuk nescafee sekeliling kek.
6. Susunkan lagi kek dan sapukankan dengan adunan keju. Ayakkan serbuk nescafe lagi.
7. Sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan.



TIRAMISU
- Kak Liza -

Bahan A
24 keping biskut tiramisu
250 gm keju cream [philidephia]
150 ml yogurt asli
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan air ]
1 s/ k nescafe ] bancuhkan
serbuk koko

Bahan B
150 ml air ]
1 s/b serbuk agar2 ] masakkan sampai mendideh

Cara
1. Susunkan 12 keping biskut tiramisu.
2. Basahkan biskut tiramisu dengan air nescafee.
3. Pukul keju dan gula sehingga gebu.
4. Masukkan yogurt dan pukul lagi sehingga rata.
5. Masukkan bahan B dan kacau rata.
6. Sapukan sebahagian adunan keju atas biskut tiramisu.
7. Ulangkan lagi untuk lapisan kedua sama saperti lapisan pertama.
8. Ayakkan serbuk koko [coklat] atas lapisan yg kedua.
9. Sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan.



Tiramisu Ice Cream
Sumber; resepi asal dari Kak E dan dimodified oleh Niziela@MR. K.Ummi pula modified

Bahan:-
1 bungkus biskut marie perasa coklat - guna 3/4 bungkus
250 gm cream cheese
1 liter whipping cream - guna 1 kotak kecil 250 ml
(*ummi substitute 200 ml whipping cream + 150 ml fresh milk + 150 gm plain yogurt)
180 gm gula castor
3 sudu besar koko - bancuh pekat dengan air
serbuk koko untuk hiasan
*mama ikut cara k.Ummi substitute bahan sbb tak cukup whipping cream....adunan ni cukup utk cover 3/4 bungkus biskut.

Cara Menyedia:-
Satukan cream cheese, whipping cream dan gula. Pukul hingga kembang jadi krim. Ketepikan. Kemudian celupkan biskut marie ke dalam bancuhan koko dan susun dalam bekas. Kemudian letakkan lapiskan dengan cream cheese tadi ke atas biskut. Ulangi proses melapis ini secara berselang seli sehingga 3 lapisan atau lebih pun xpa..Setelah habis, bahagian atas (lapisan cream cheese) disapu rata. Hiaskan dengan taburan serbuk koko di atasnya. Simpan dalam peti sejuk beku.



Tiramisu
Sumber : Kenwood Chef/Major Recipe Book
Kiriman : Julia

Sponge kek

Bahan-bahan
4 biji telur
115 g gula kastor
100 g tepung gandum
15 g tepung jagung
25 g butter di cairkan

Cara
1. Pukul telur dan gula smpai kembang sehingga bila diangkat whisk, adunan tak jatuh
2. Masukkan tepung gandum dan tpg jagung y telah di ayak berselang dgn butter y telah di cairkan.
3. Bakar selama 20-25 mnit pada suhu 180 C

Cream filling

Bahan-bahan
Serbuk koko secukupnya ( dlm 2 sudu besar)
Coklat masakan yang diparut secukupnya untuk hiasan
350 ml bancuhan nescafe (1 sudu besar nescafe dan 350 ml air panas)
300 ml whipping cream
50 g gula kastor
3 x 250g(paket) mascarpone cheese

Method
1. Pukul whipping cream dan gula sampai gebu, kemudian masukkan cheese. Ketepikan.
2. Potong cake kpd 3 bhgian, pd lapisan pertama renjiskan bancuhan nescafe/kopi hingga kek agak lembab.
3. Ratakan filing dan dust kan dgn serbuk koko.
4. Letak lapisan kedua dan ulang letak bancuhan kopi, filling dan dusting.
5. Pada lapisan terakhir pun sama. sapukan fiiling ke seluruh bahgian kek dan taburkan dengan coklat masakan y siap diparut, simpn dlm peti 3/4 jam.
6. Sedia untuk di makan.

Monday, October 27, 2008

Nasi Impit

Today is public holiday.My husband is not working today.So,i'm thinking of to make nasi impit.People at trganu called it nasi kapit.Tiba2 mcm teringin sgt nk mkn.Oppss,i'm not pregnant if that what u think.When i was a kid,my mom always make nasi impit.She cooked the rice first.Then she put the cooked rice in a plastic bag.Then she put the rice that has been packed onto a basin (basin tu muat2 jer).She put a pot lid onto it & then press it with 'lesung'.Usually she made it the night b4 we can eat it.But nowadays it's easier.Thanx to nona & adabi for making instant nasi impit.
We ate it either with 'kuah' kacang or 'sambal ikan'.My father preferred 'sambal ikan',may be bcoz' we're from east coast love fish.For the gravy,usually my mom made it with coconut milk but recently she didn't used it as she said it's better without it.Tak muak katanya.Some put meat or chicken in it.& some eat it with kuah lodeh.
& please don't be surprised if u go to certain place in trganu when they serve nasi impit with 'gulai ikan'.If not mistaken people at losong & near it eat like this bcoz' everytime i went to my best friend's house at losong masjid,she served nasi impit with gulai ikan.She told me that we can find this kind of nasi impit sold at pasar cabang 3.Sorry to say i just couldn't eat it.I just don't know why.


NASI IMPIT
[hanieliza]

Bahan
2 cawan beras
6 cawan air
daun pandan
garam
daun pisang

Cara
1. Basuhkan beras dan masukkan semua bahan kecuali daun pisang dalam periuk biasa atau rice-cooker.
2. Masakkan saperti masak nasi biasa.
3. Bila nampak nasi telah kering masukkan dlam loyang yg dilapikkan daun pisang.
4. Tekan sampai padat dengan potato mash.
5. Lapikkan semula dengna daun pisang dan tindihkan dengan bahan yg berat saperti lesung batu atau periuk kecil yg berisi air.
6. Biarkan semalaman atau 5 -6 jam.
7. Bila dah sejuk potong dan hidangkan dengn Kuah kacang

NOTA
sekiranya takder daun pisang boleh gantikan dengan pelastik biasa.




NASI IMPIT
[NoorMasri]

Bahan-bahan:
2 1/2 cawan beras basmathi
6 cawan air
1/4 sudu teh garam
3 helai daun pandan - utk sedap baunya

Cara membuat:
1. Masak nasi dlm rice cooker spt biasa bila masak ketika masih panas tekan2/lenyek dgn senduk bulat hingga hancur
2. Masukkan dlm bekas empat segi atau apa2 bekas, tekan2 biar sekata dan padat
3. Kemudian tutup dan tindih dgn benda berat selama sekurang2nya 6 jam
4. Potong dadu bila nak dihidangkan.



NASI IMPIT
[zaiiza]

1.mengisi beras ke dlm plastik bungkusan air. jgn terlalu penuh, agak2 tiga suku je... buat la 5-6 pek
2.pastu lipat2 hujung tu & stapler.
3.cocok2 plastik tu dgn garpu biar blubang2.
4.masuk kan dlm periuk, isi air dan cuci 2-3kali, pastu isi air biar sampai pek2 tu tenggelam n masak atas dapur.
5.agak2 nagi tu dah masak, kuarkan dr periuk & tekan2 skit utk dpt tekstur yg cantik.
6.sejukkan. bila nak makan potong la ikut brapa pek nak makan.



KUAH KACANG IBUNDA
~ rinnchan ~

Bahan-bahan:
300gm kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit

Dikisar dgn air:
6 batang serai
2 inci lengkuas
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering, direndam
Segenggam udang kering, direndam

Asam jawa sebesar bola pingpong, dibancuh dgn secawan air
2 sudu besar gula merah
5 sudu besar gula putih
1 susu besar garam
Air anggaran 400ml - 500ml

Cara-cara:
1. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar.
2. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak masak.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambil dikacau sekali-sekala.
4. Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
5. Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala. Jangan risau sekiranya kuah
kelihatan cair kerana lama-kelamaan ia akan pekat.
* Ada petua menggunakan buah keras utk memekatkan kuah tapi rinn tak menggunakannya.
**Rinn tidak juga menggunakan santan kerana ia membuatkan kuah kacang cepat basi.
6. Rasa dan adjust garam, gula dan masamnya.

Kuah Kacang actually taste better after a few hours of cooking it. The longer you let it sit the tastier it becomes. That`s why I normally cook it the night before Hari Raya, so the next morning I`ll find it tastes much much better than after it was cooked.



Kuah Kacang
~ ngah 2 ~

Bahan
0.5 kg Kacang tanah digoreng, buang kulit & kisar kasar
5 ulas bawang merah dimayang
2 batang serai dititik
1 inci lengkuas dititik
250 g daging dipotong kecil
gula merah/gula kabung
gula pasir
garam secukup rasa
air asam jawa secukupnya

Bahan di bawah digoreng dgn sesudu besar minyak masak, biarkan sejuk kemudian kisar
15-20 tangkai cili kering
7 ulas bawang merah
belacan sebesar guli

Cara seterusnya
1-Tumis bawang merah yg dimayang, serai, lengkuas sampai garing dgn sesenduk minyak masak
2-masukkan daging- goreng sebentar
3-Masukkan bahan yg digoreng dgn minyak tadi, tambah air sikit- biar kering sampai cili masak
4-masukkan gula, garam, air asam + tambah air lagi
5-Biar mendidih, masukkan kacang kisar tadi....masak sampai mendidih...



kuah kacang pantai timur
Kiriman: zubaidah abdullah

Bahan-Bahan:
Kuah kacang -
1 kg kacang tanah - goreng

bahan blender -
¼ kg bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci halia
10 biji cili kering

Santan (dari 3 biji kelapa)
garam secukup rasa
½ potong nisan(gula melaka)

nasi impit -
2 cupak beras gred A

Cara:

Kuah kacang
1. Goreng kacang tanah hingga masak, kemudian angkat dan biarkan dalam segenggam, goreng biar hitam. tumbuk kacang tanah atau blender tetapi jangan terlampau halus. kacang tanah yang segenggam tadi tumbuk separuh hancur.
2. masukkan kedalam periuk bersama bahan blender, santan, nissan, garam masak biar pecah minyak dan pekat.

Nasi impit
Basuh beras, pastikan paras air setinggi jari tengah. setelah nasi kering, kecilkan api. sejukkan. masukkan kedalam periuk lain yang dilapik dengan daun pisang. tekan dengan benda berat seperti lesung batu. biarkan.




Kuah Kacang
Sumber : MIL Mak Lang Azie

Kacang tanah - digoreng dahulu dan diblend kasar

Bahan digoreng dan diblend kering
Cili kering
Udang kering
Bwg besar
Belacan-lepas goreng tumbuk jer tak perlu masuk blender

- dah blend semua bahan ni, campurkan dengan kacang tanah yg diblend kasar, gaul sebati, letak garam dan gula. (boleh simpan separuh utk buat pecal ke...apa ke..)

Bahan diblender
Jintan halus/kasar } beli jer yg serbuk
Ketumbar }
Bwg putih
Bwg kecik
Halia
Lengkuas
Serai

Garam
Gula merah
Air Asam jawa
Santan - kalo tak suka jangan letak (maklang letak skit sbb nak kasi lemak kuah kacang tu)

Bahan tambahan : daging, ayam yang dipotong kecik2....(dlm kuah maklang tu tak letak sebab bahannya takder...)

Caranya Membuatnya
1. Tumiskan bahan diblender tu hingga wangi.
2. Masukkan bahan yang diblend kering tadi.
3. Masukkan santan dan air asam jawa....kacau.
4. Masukkan pula gula merah. Kalau pekat tambah air asam jawa lagi.
5. Masukkan daging yang dipotong kecil-kecil. Biar mendidih.



KUAH SATAY @ KUAH KACANG
~ Kak Liza ~

Bahan:
1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2
1/4 kg daging..hiris nipis
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa

bahan mesin
3 sudu besar cili mesin
4 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras

Cara:
1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.
2. Masukkan daging dan biarkan sehingga lembut.
3. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.
4. Masukkan gula dan garam secukupnya. Biarkan sehingga naik minyak.




Kuah Kacang Ayam
oleh: nazua

Bahan-bahan ( Dapat semangkuk besar )
300 g isi ayam (potong dadu)
200 g kacang tanah (digoreng tanpa minyak)
5 sudu gula merah/ gula melaka
2/3 cawan gula putih
garam
1 cawan air asam jawa
½ cawan santan pekat

Bahan-bahan tumis :-
2 batang serai
5 cm kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
¼ cawan minyak masak

Bahan-bahan kisar :- (goreng tanpa minyak dahulu, kemudian baru dikisar):
20 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
15 ulas bawang merah
6 biji buah keras
1 cm belacan
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh ketumbar

Cara-cara
1. Kacang tanah yang telah digoreng, di buang kulitnya dan dikisar.(Setengah halus dan setengah kasar).
2. Panaskan minyak,tumis serai hingga wangi, masukkan kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
3. Masukkan semua bahan kisar tadi.Biar garing sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air asam jawa dan isi ayam. Masak hingga ayam hampir masak dan airnya kering sedikit.
5. Masukkan gula merah, gula putih dan garam. Biar mendidih seketika.
6. Masukkan kacang yang dikisar tadi dan juga santan pekat.Kacau dan biar mendidih dengan api perlahan sehingga kuah nampak kemerah-merahan dan lapisan minyak naik ke atas.
7. Siap untuk dihidang.



Nasi Himpit Berkuah Daging
- Jie Jie -

Bahan-bahannya
Nasi himpit secukupnya ( aye guna nasi himpit segera )
Kacang tanah-digoreng tanpa minyak dan dikisar separuh lumat
garam secukup rasa
gula melaka
sedikit gula
daging-dipotong kecil
beberapa biji belimbing buluh
Air secukupnya

Bahan Kisar
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
14-18 biji cili kering

Cara:
1. Masukkan air bersama kacang tanah yang dikisar ke dalam periuk.
2. Masak sehingga mendidih dan naik minyak
3. Masukkan bahan kisar, daging, gaul rata dan kacau selalu.
4. Masukkan belimbing buluh, gula melaka dan sedikit gula. Kacau dan perlahankan api renehkan sehingga kuah pekat dan daging empuk. angkat.



SAMBAL IKAN
~ My Mom's Recipe ~

Bahan2
Ikan selayang/selar - Ikan direbus/dipanggang, kemudian dibuang tulang
2 ulas bawang merah - dimayang nipis
Sedikit halia - dipotong memanjang
Kelapa parut
Garam, gula & bahan perisa

Cara membuat
1. Goreng kelapa parut, bawang & halia tanpa minyak hingga kelapa jadi kering.
2. Masukkan isi ikan. Kacau.
3. Masukkan bahan perasa. Goreng hingga masak.
4. Sedia untuk dihidang. Juga boleh dimakan dengan nasi pulut yang ditanak.

Sunday, October 26, 2008

Nasi Bukhari Daging

Another type of nasi bukhari.This time it uses meat/lamb as the main ingrediant.



NASI TOMATO BERLAUK @ NASI BUQHARI
- noormasri -


Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi
3 cawan air - kandungan air bergtg kpd jenis beras samada perlu tambah atau kurang
3/4 cawan susu cair
1 kg ayam
1 sudu besar rempah kurma
1/2 sudu besar rempah kari daging
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
2 biji buah tomato } dicincang
2 sudu besar tomato puri
1/2 cawan kacang pea (frozen peas)
2 sudu besar kismis
2 tangkai daun pudina } dihiris sepanjang 2 cm
3 tangkai daun ketumbar } dihiris sepanjang 2 cm
garam secukup rasa
sedikit bawang goreng } hiasan

Bahan tumis:
3 sudu besar minyak sapi atau majerin
6 biji bawang merah } dimayang
3 ulas bawang putih } dimayang
2 cm halia } dimayang
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan

Cara membuat:
1. Ayam dipotong kecil, dibersihkan lumur sedikit garam dan sesudu kicap cair kemudian dipanggang di dalam oven hingga masak.
2. Panaskan minyak sapi/majerin ke dalam periuk.
3. Masukkan bahan-bahan yg telah dimayang, goreng sehingga wangi dan garing kemudian masukkan bahan tumis yg lain
4. Kacau sebentar kemudian masukkan rempah kari , serbuk lada sulah dan rempah kurma.
5. Kacau sekejap kemudian masukkan air, susu cair, garam, buah tomato dan tomato puri.
6. Bila menggelegak, masukkan beras.
7. Bila nasi hampir masak masukkan daun pudina, daun ketumbar, kismis , kacang peas dan ayam
8. Tutup periuk rapat-rapat.
9. Bila nasi masak kacau/gemburkan perlahan-lahan sehingga rata.
10. Angkat dan hiaskan dengan bawang goreng.
11. Sedap dimakan bersama dalca, acar buah dll.




NASI BUKHARI DAGING [LEMBU/KAMBING]
- Hanieliza -


Bahan
1 kg beras bathmati
1 liter air
1/2 kg daging..potong dan rebus dgn halia
1 tin kecil tomato puree
1 tin susu cair
6 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar serbuk badam halus
3 biji tomato..belah 4
2 labu bawang besar ..potong dadu
3 kuntum bunga cengkih
daun pandan..disimpul
daun kari
kismis
garam

Bahan tumbuk
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 s/teh jintan manis
1 s/teh jintan putih
1 s/teh kas-kas

Cara:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk rice cooker dan tumiskan bawang besar sampai wangi. Masukkan bahan yg ditumbuk danbiarkan garing sikit.
2. Masukkan daging yg direbus, tomato puree, susu cair, serbuk badam daun pandan, daun kari, tomato, kismins, garam dan beras.
3. Masukkan periuk rice cooker kedalam rice cooker dan biarkan masak saperti biasa.
4. Bila dah kering..kacau nasi cuma satu hala saja...jangan kacau banyak arah...nanti nasi hancur..
5. Bila hidang...taburkan bawang goreng..sedap dimakan ngan dalca campur...




Nasi Bukhari


Bahan-Bahan
1 kg daging lembu/kambing - dipotong besar (2x2x3 inci)
1 kg beras basmathi (I recommend Moghul) – rendam sejam dan toskan
2 inci halia - hiris / tumbuk halus
5 ulas bawang putih, diketuk
2-3 sudu makan serbuk jintan (putih + manis)
3 sudu makan serbuk kayu manis
1 cawan mentega
1-2 tin tomato soup.
4 labu bawang besar - dikisar / dimayang halus
1 liter air
Garam & gula secukup rasa

Cara Cara
1. Gaulkan daging dengan bawang putih & halia. Perapkan sejam.
2. Didihkan satu liter air dan rebuskan daging hingga separa empuk. Sejukkan.
3. Pijarkan mentega dalam periuk non-stick.
4. Tumiskan bawang besar, jintan dan kayu manis, sehingga wangi.
5. Masukkan tomamto puree, garam, gula dan air rebusan daging. Gaul rata (Note: sukatan beras:air ialah 1:1½)
6. Masukkan beras dan daging dan tutup rapat.
7. Kecilkan api dan masak seperti biasa.
8. Bila sudah masak, dan agak suam, guna garpu untuk leraikan nasi.
9. Hidangkan dengan ulaman seperti lettuce, kacang panjang mentah, cauliflower mentah, tomato, timun dan cili hijau dengan sambal tomato bakar.

Sauce
1. 10 biji cili hijau - yang pedas
2. 5 biji tomato merah
3. 4 sudu gula pasir
4. 1 sudu the garam
5. 1 biji lemon/limau nipis/3 biji limau kasturi
- perahkan airnya.

Cara
1. Bakar cili dan tomato sehingga kulitnya pecah
2. Masukkan kesemua bahan dalam blender dan kisar
(jangan terlalu halus)




Nasi Bukhari


Bahan – bahan
Sekilo beras Basmathi – dibersihkan dan ditoskan
6 ulas bawang merah }dimayang .
2 ulas bawang putih } halus
2 cm halia
3 cm ulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
2 sudu besar tomato puri
50 gm daging kambing – dipotong dadu
2 sudu besar minyak sapi
Secawan susu cair
Seliter air dan garam secukup rasa.

Cara membuatnya
1. Panaskan minyak sapi dan tumiskan bahan - bahan yang telah dimayang dan rempah sehingga garing
2.Masukkan daging, air dan susu ,masak sehingga daging empuk.
3.Akhir sekali masukkan beras dan masak sehingga kering dan masak.




Nasi Bukhari
[lobak_oren]


Bahan:
2 camca besar jintan manis
2 camca besar jintan putih
4 camca besar ketumbar
20 biji bawang merah
10 biji bawang putih
4 cm halia
1 biji bawang besar
500 g daging kambing bertulang
5 biji ubi kentang
1 tin kecil minyak sapi
8 kuntum bunga cengkih
6 cm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 biji buah tomato
4 tin susu beras
1 tin kecil susu cair
4 tin susu air
Sedikit daun pudina
7 biji badam
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Jintan manis, jintan putih dan ketumbar digiling lumat. Setengah daripada bawang merah dihiris halus dan bakinya digiling dengan bawang putih dan halia sehingga lumat.
2. Bawang besar dan tomato dipotong bulat. Bawang merah yang dihiris tadi digoreng sehingga kuning. Daging kambing dibersihkan dan direbus sehingga empuk. Demikian juga dengan kentang.
3. Panaskan minyak sapi dalam periuk kemudian tumiskan bahan rempah yang digiling bersama cengkih, kayu manis, buah pelaga, bawang besar dan tomato.
4. Setelah itu masukkan ketulan daging kambing dan kentang sambil dikacau sehingga rata.
5. Kemudian masukkan susu cair, air, daun pudina, badam dan garam secukup rasa.
6. Apabila mendidih masukkan beras dan masak nasi sehingga kering.

Saturday, October 25, 2008

Arabic Chicken Bukhari Rice

Last night i watched Kancheong Kitchen programme at 8tv.It was my favorite show.The show was about people who couldn't cook tried to cook.It was really kancheong seeing the cook tried to follow their partner's instruction.Sometimes i really surprised seeing people who doesn't know how to cook at all by seeing them trying to find a garlic or what-so-ever,seeing them peeling the onion & garlic (it was a basic thing to do), seeing them try to switch on the fire, etc.What a terrible situation.I'm really sorry for the judges who had to taste the food.& last night they cook Arabic Chicken Bukhari Rice or simply said Nasi Bukhari.No one cook the really nasi bukhari last night.All of them was like tomato rice.
I first ate nasi bukhari when i was 17 years old.It was during our farewell party after spm exam.My friend's mother cook it & it was really tasty.It was the first & the last i ate nasi bukhari & sorry to say i didn't find it sold anywhere.



NASI BUKHARI TERENGGANU
- deana_911 -


Bahan
50gram rempah BUKHARI
3kg beras Siam
2 ekor ayam
8 labu bawang besar - dimayang
4 batang lobak merah - hiris nipis-nipis
1 tin tomato puri - tin besar
6 biji tomato - di ramas
1/2kg minyak sapi
2 cerek air
kacang tanah, kismis warna kuning - untuk hiasan

CARA-CARA MEMASAK
- PAnaskan minyak sapi, kemudian tumis bawang besar dan lobak merah hingga kekuningan
- Masukkan ayam, tomato puri, tomato buah dan rempah. Biarkan selama 5 minit masukkan air dan garam
- Apabila ayam empuk, asingkan ayam kemudian masukkan beras
- Apabila nasi mendidih, biarkan api perlahan
- Goreng ayam yang telah diangkat tadi
- Apabila nasi masak, masukkan ayam yang telah digoreng. Tutup periuk sampai nasi masak. Hias dengan kacang dan kismis yang telah di goreng terlebih dahulu.

SAMBAL LADA
- 10 biji lada besar
- 5 biji tomato
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji air limau nipis
kisar semuanya tanpa air

ACAR MENTIMUN
- 6 batang mentimun
- 3 biji tomato
- 2 labu bawang besar
- gula, cuka dan garam secukup rasa

CARA-CARA
-Mentimun, tomato dan bawang besar dibelah dua dan dihiris nipis-nipis
- Kesemua bahan tadi digaulkan kesemuanya dengan gula,cuka dan garam secukup rasa





NASI BUKHARI AYAM
- Kak Liza -


Bahan
1 ekor ayam [potong 8 dan bersihkan]
1 kg beras bathmati [basuh dan toskan]
3 s/b rempah kurma + 1 s/b sos tomato [bancuhkan]
2 biji buah tomato [belah 4]
1 liter air
1/2 cawan susu cair/yogurt
1 pokok daun ketumbar [potong pendek]
4 s/b minyak sapi
garam
gula

bahan tumis
10 ulas bawang merah ]
4 ulas bawang putih ] tumbuk
3 cm halia ]
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis swhingga wangi.
2. Masukkan rempah yg dibancuhkan. Kacau rata dan biarkan sehingga wangi dan garing.
3. Masukkan air, garam dan gula. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan ayam dan buah tomato. Biarkan mendideh.
5. Masukkan nasi dan daun ketumbar.Biarkan mendideh dan kering saperti nasi biasa.
6. Bila sudah masak, gemburkan dan hidangkan bersama bawang goreng dan gulai dalca serta acar timun mentah.



NASI BOHARI AYAM


Bahan-Bahan
1/2 cawan minyak sapi/mentega
1/2 cawan kismis hitam
1/4 cawan air mawar
1 cawan krim
1 biji asam limau
2 sudu kecil koma-koma
3 sudu besar rempah bokhari
3 biji bawang besar - dihiris nipis
10 biji bawang merah - dikisar
6 ulas bawang putih - dikisar
1 cm halia - dikisar
2 batang serai - dikisar
8 keping ayam - digoreng membal
8 helai daun pandan - diikat
1 cawan bawang goreng - dikisar
4 cawan air rebusan ayam
4 cawan beras basmati - dicuci dan ditoskan
Garam secukup rasa
Daun ketumbar untuk hiasan
Beberapa keping rempah penumis (kayu manis, buah pelaga,bunga lawang dan bunga cengkih)

Cara Cara
1· Panaskan minyak sapi dan layukan bawang besar bersama-sama bahan-bahan yang dikisar. Lalu masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih serta daun pandan.Biarkan hingga kekuningan.
2· Masukkan ayam goreng membal bersama-sama rempah bukhari dan buah tomato. Masukkan air, bawang goreng kisar, krim, beras basmati dan sedikit air masakkan ayam sampai empuk dan kuahnya hampir kering.
3· Masukkan stok ayam, didihkan semula tuangkan nasi dan masakkah umpama menyediakan nasi. Apabila nasi mula kering barulah dituangkan air mawar, dikacau dan ditanak selama 5 minit lagi.



NASI BUQHARI
Resepi ini asalnya dari Timur Tengah


Bahan-bahan
3 pot beras - basuh dan toskan air
1/2 ekor ayam - dipotong sederhana besar
sebiji terung bulat yg kecil - potong bulat
1/2 biji ubi kentang - potong dadu
bunga kobis - potong biasa
2 inci karet - di potong memanjang dan kurus2
garam
sedikit aji nomoto jika suka

Bahan menumis
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu makan rempah campuran - boleh dapat di supermarket, warnanya perang
bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih - anggaran sendiri

Cara-cara
1· Tumis bawang,halia,bunga lawang,kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih - hingga kekuningan, masukkan rempah campuran.
2· Kemudian masukkan ayam dan sedikit air, biar ayam separuh masak, masukkan terung, ubi dan bunga kobis, garam dan aji.
3· Tambah air mengikut sukatan beras, bila air mendidih masukkan beras.
4· Masak hingga nasi masak sepenuhnya, akhir sekali masukkan karet , kacau nasi agar ia tidak melekat dan cantik.



Nasi Bukhari
Sumber: Buku Resipi Selera Perantau


Bahan-Bahan:
4 tin susu beras
4 tin susu air
1 ekor ayam (dipotong kecil dan digoreng hingga masak)
1 tin kecil minyak sapi
1 tin susu cair
4 sm halia (dihiris)
10 ulas bawang merah atau 4 labu bawang besar (dimayang halus)
10 ulas bawang merah atau 4 labu bawang besar (digiling)
10 ulas bawang putih (digiling)
8 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
6 sm kulit kayu manis
7 biji buah badam
3 biji buah tomato
2 camca besar jintan manis
4 camca besar ketumbar
5 biji ubi kentang
1 labu bawang besar
Sedikit daun pudina
Garam secukup rasa

Cara:
Jintan manis, jintan putih dan ketumbar digiling hingga lumat. Bawang merah, bawang putih dan halia digiling lumat. Bawang besar dan tomato dimayang bulat. Panaskan minyak sapi, tumiskan bahan rempah yang telah digiling bersama cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga, bawang besar dan tomato. Setelah itu masukkan ayam goreng sambil dikacau hingga rata. Masukkan susu cair, air dan daun pudina serta garam secukup rasa. Apabila mendidih masukkan beras dan masaklah hingga kering.

Friday, October 24, 2008

Nasi Goreng Kampung

This evening i cooked nasi goreng kampung.There were a lot of last night rice leftovers.For me,this fried rice should has a lot of anchovies & used 'kangkung' & a lot of cili padi.




NASI GORENG KAMPUNG
- Hanieliza -



Bahan-Bahan:
4 cawan nasi sejuk [hancurkan]
2 biji telur ayam [pukul sikit]
5 tangkai kacang panjang [potong 1/2 inci]
1/2 batang carrot [potong dadu kecil]
kobis bulat [potong kecil]
minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

bahan tumbuk
2 biji bawang putih
2 biji bawang merah
6 biji cili padi
2 biji cili merah
segengam ikan bilis
1 inci belacan

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik baunya.
2. Masukkan kacang panjang dan sayuran lain. Ksehingga sedikit layu.
3. Masukkan telur dan biarkan agak keras sebentar baru dihancurkan
4. Masukkan nasi, dan garam. Kacau sehingga masak.
5. Hidangkan bersama daun bawang, bawang goreng dan keropok goreng.





Nasi Goreng Kampung Ala Gerai
Kiriman: razib
Sumber: Restoran Tan Kg Bagan Tiang, Perak



Bahan-Bahan:
nasi 1 pinggan
minyak masak 2 sudu
ikan bilis
telur ayam sebiji
sos tiram 2 sudu
bawang merah 2 biji
bawang putih 1 biji
cili padi 4 biji (dititik)
sayur sawi & karot
garam secukup rasa

Cara:
1)goreng ikan bilis & diangkat
2)tumis bawang merah, bawang putih ,cili padi & karot
3)masukkan nasi, sos tiram & garam (digaul rata)
4)masukkan sawi & telur (digaul rata)
5)masukkan ikan bilis setelah ditutup api

Cadangan Hidangan:
hidangkan bersama bawang goreng & daup sup. boleh juga dihidangkan bersama telur mata kerbau





NASI GORENG KAMPUNG - CARA ORANG PANTAI TIMUR
From : [noraini@antara1.po.my]



Bahan-bahan dan Cara-caranya:-
1. Nasi putih, tak kiralah yang baru ditanak ke atau nasi lebihan malam tadi ker..
2. Sedikit isi ikan goreng atau ikan rebus yang telah dihancurkan. Gaulkan ke dalam nasi.
3. Tumbuk bawang putih, bawang merah, cili padi atau lada kering dan sedikit ikan bilis.
4. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk sampai wangi dan garing.
5. Masukkan sedikit garam, gula, serbuk perasa dan kicap pekat.
6. Taburkan hirisan kacang panjang dan lobak merah.
7. Kemudian masukkan nasi. Kacau rata-rata.
8. Jika suka boleh dipecahkan sebiji telur ke dalam nasi dan kacau hingga telur masak.
9. Angkat dan masukkan ke dalam pinggan hidang. Taburkan ikan bilis goreng.
10. Hidangkan nasi goreng ini bersama keropok goreng dan sambal belacan.
11. Bagi yang suka masam-masam pedas, boleh ditaburkan sedikit mangga muda yang telah dicincang...






Nasi Goreng Kampung
- Ogyrosli -



(Untuk 2 orang)

Bahan :
2 mangkuk sup nasi putih (mangkuk nasi cina)
3 biji bawang putih
8 biji cili padi (nak pedas lagi, tambah), blend dengan bawang putih
1 bawang besar, hiris
1/2 cawan ikan bilis, goreng hingga separuh garing
2 batang kacang panjang (hiris halus-halus, hiris bulat ye)
2 biji telur
sedikit garam dan gula
minyak untuk menumis

Cara:
1. Panaskan minyak.
2. Bila minyak dah panas, tumiskan campuran bawang putih dan cili padi. Kacau hingga naik minyak. Masukkan bawang besar hiris dan kacau. Masukkan garam dan gula. Kacau sebentar.
3. Masukkan nasi, hirisan kacang panjang dan ikan bilis.
4, Kacau hingga nasi masak. Nak tahu samada sudah masak atau tidak, biji-biji nasi akan melompat-lompat sikit.
5. Pecahkan telur kat tepi kuali.(tepi dalam kuali tu ye) Seletkan telur tepi kuali tu, dah kacaukan ke nasi goreng.
6. Kacau lagi hingga rata.
7. Siap untuk makan !






Nasi goreng kampung
oleh: ketah1



Bahan-bahan ( 3 )
bawang putih ditubuk
ikan bilis tumbuk
sos tiram
ayam dadu
cili padi mesin
sawi
chicken stok
minyak
kerang
udang besar
telur 2 biji
garam gula
nasi 2 mangkuk

Cara-cara
1. ikan bilis & bwg putih ditumis hingga garing.
2. letakkan sos tiram dan cili padi, garam & gula serta ayam.
3. kemudian udang & kerang. then, sawi.
4. kemuadian besarkan api letak telur. lastly nasi.






Nasi Goreng Kampung



Bahan – bahan:
200 gm nasi yang sudah dimasak
1 biji bawang putih (dimesin)
2 biji bawang merah
6 biji cili padi (dimesin halus)
2 biji cili merah
1 genggam ikan bilis (digoreng terlebih dahulu)
80 gm isi ayam atau isi udang (dipotong kecil)
2 biji telur ayam
3 tangkai kacang panjang
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:
Tumiskan bawang sehingga naik baunya. Masukkan isi ayam dan kacau sehingga ia masak. Pecah dan pukulkan telur seketika dan masukkan cili, kacau sehingga telur masak. Kemudian masukkan nasi, garam dan perisa. Kacau sehingga masak. Taburkan ikan bilis. Hidangkan bersama daun bawang, bawang goreng dan cili merah.





Nasi Goreng Kampung
oleh: tulip77


Bahan-bahan ( 3org )
3 cawan nasi putih
20 biji cili padi hijau
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
ikan bilis goreng
1 ikat kangkung
3 sb minyak masak
garam
serbuk perasa

Cara-cara
1. Dalam lesung batu, cili padi & bwg putih ditumbuk lumat, masuk bwg besar tumbuk kasar2.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan tumbuk,tumis hingga bwg kekuningan. Masukkan nasi putih. Gaul rata. Masuk garam & serbuk perasa. Gaulkan biar sebati.
3. Api biarkan perlahan.Masukkan ikan bilis goreng. Kacau biar sekata. Lepas nasi dah gebu lebih kurang 10minit masukkan kangkung.
4. Kacau nasi dan rasa tawar atau masinnya. Adjust dah ok, siap :)
5. ** Kalau yg suka pedas blh tambahkan lagi cili padi. ** Kalau suka ikan bilis goreng lebih blh tambahkan lagi




NASI GORENG KAMPUNG
- rozzan -


Bahan-Bahannya:
1½ tin susu beras
1 biji bawang besar (hiris)

2 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
8 batang cili merah*
15 batang cili padi* (boleh kurangkan jika mahu kurang pedas)
2 sudu makan udang kering* (rendam dgn air)
sedikit belacan*
(Kisar semua bahan * tapi jgn terlalu halus).

3 batang hotdog (dipotong dadu)
2 keping fish cake (hiris)
1 cawan kecil sayur campur (mixed vegetables)
½ batang celery (potong kecil2)
sedikit hirisan kobis (jika suka)
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh sos abalone
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh lada putih/hitam serbuk
garam secukupnya
secukup minyak utk menumis
3 biji telur (digoreng dahulu menjadi telur hancur)

Untuk Hiasan
Beberapa keping hirisan timun
Hirisan hotdog, ikan bilis goreng, ikan kering
bawang goreng, daun saderi
Cili hijau jeruk / hirisan cili merah

Cara:
1. Masak nasi seperti biasa. Sejukkan sebentar.
2. Panaskan minyak dalam kuali lalu tumis bawang hiris hingga kekuningan. Masukkan bahan kisar tadi sambil dikacau hingga garing. Kemudian masukkan celery, sayur campur, hirisan kobis, hot dog, fish cake. Kacau rata. Masukkan pula sos tiram & abalone, minyak bijan, lada putih/hitam & garam. Kacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan nasi masak tadi bersama telur goreng hancur. Gaul rata-rata.
3. Hidangkan bersama bahan hiasan seperti bawang goreng, daun saderi, ikan bilis goreng, timun, cili hijau jeruk,etc. Selamat mencuba!!


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).