- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Sunday, July 26, 2009

Apam Kentang

Aku ni mmg pantang tengok mknan & kuih2 yg warna hijau, msti cepat jatuh hati. Wp tak tau rasanya, otak terus ckp msti sedap. Maklum la favorite colour hijau selain drpd biru. Tgh duk fikir nk buat apa utk minum ptg sambil selongkar bekas brg2 kt dapur, terus teringat resepi apam kentang yg tpampang dlm fp kak madiha. Masa tengok kuih tu mmg dh terasa nk buat terus tp penyakit M.A.L.A.S. tu slalu ada. Lgpn bab2 kuih ni aku rajin buat ari minggu jer waktu hubby ada. Baru syok makan. Hubby duk tnya nk masak apa masa aku tgh kupas kentang & bila aku sebut apam kentang dia terus mengerutkn muka, pelik agaknya. Aku ckp blom prnh rasa & cuba buat pn tp ari ni saje2 nk cuba, mn la tau sedap. Lantas hubby ckp alang2 nk buat, buat lbih ckit so that esok dia bleh bawak ke banting. Hubby mmg suka suruh aku masak agar2 ke, puding ke on the night sblom dia ke banting sbb dia nk bawa bekal, nk agih2kan kt budak2 keje skali. Suka la budak2 indonesia & bangladesh tu dpt mkn. Bhn2 seme dh ada, tak payah nk merayap ke kedai, so mula la projek try & error aku. Nsib baik jd & hubby pn ckp sedap. Mkn dgn kelapa parut sedap, mkn mcm tu jer pn sedap. Tak sabar nk dgr komen budak2 kt site esok.
Kt bawah tu plak aku saje tepek resepi from ummizaihadi. Lbih kurang jer tp resepi dia guna air kelapa & air suji. Apa tu air suji? Aku cuba cari kt internet tp yg aku jupe air daun suji; air yg diperolehi drpd daun suji. Sama ke? Tp daun suji tu klau tak silap orang indonesia yg panggil, hampir sama dgn daun pandan tp ada sedikit perbezaan. Sape2 yg ada info?


APAM KENTANG
Sumber :
Nor Mariah FP
Kiriman : Kak Madiha

Bahan-bahan
200 gm gula pasir (MaDiHa kurangkan ke 180gm)
200 ml air
1 helai daun pandan, disimpul
200 g tepung beras
150 g kentang yang telah dikupas kulitnya
100 g tepung gandum
1 camca teh instant yeast
1 camca teh baking powder
1/2 camca teh garam
1 camca teh pandan paste (MaDiHa letak esen pandan ¼ sudu teh)
1 sudu teh pewarna hijau (tak sampai 1 sudu teh kot..)
250 ml santan dari 1/2 biji kelapa

Bahan-Bahan Tambahan
Kelapa parut putih
Secubit garam
(tak guna kelapa pun.. mkn kosong camtu pun dah sedapp )

Cara Membuatnya
1. Kentang dipotong kecil dan rebus hingga lembut dan dikisar bersama santan, ketepikan.
2. Satukan gula pasir, air dan daun pandan, masak hingga gula larut dan sukat 300 ml, biar suam. (oleh kerana MaDiHa kurangkan sukatan gula.. jd tak cukup 300 ml.. kena tambah air lagi)
3. Dalam satu bekas, satukan kentang yg dikisar bersama santan dan semua bahan lain lalu digaul rata. Tuang air gula suam dan kacau hingga sebati.
4. Rehatkan adunan 30 - 40 minit. (1 jam pun takper.. hingga adunan nampak naik & berbuih2)
5. Panaskan kukusan, sapu sedikit minyak pada acuan apam, dan panaskan 2 minit dalam kukusan. Tuangkan adunan apam dan kukus selama 30 minit (jika guna loyang besar). 15 minit (jika guna loyang kecik2 mcm MaDiHa )
6. Hidangkan dengan kelapa parut yg digaul garam jika suka




Apam Kentang
Oleh :
ummizaihadi

Bahan-bahan ( (lebihkurang 18 - 20 biji) )
200 gm gula pasir
175 ml air kelapa
25 ml air suji (x letak pn xpa, tambah je air suam sebanyak ni)
1 helai daun pandan
200 gm tepung beras
175 gm kentang - kukus dan lecek jadikan 150 gm
100 gm tepung gandum
1 sudu teh yis segera
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh garam halus
2 - 3 titis pewarna hijau
1/8 sudu teh pes pandan
250 ml santan dari 1/2 biji kelapa
acuan secukupnya/bekas takir

Cara-cara
1.Reneh gula, air kelapa, air suji dan daun pandan hingga mendidih (jadikan 300 ml). Biarkan suam panas.
2.Tuangkan ke dalam tepung beras dan kentang lecek yang telah digaul sebati terlebih dahulu.
3.Setelah sejuk, masukkan tepung gandum, yis, serbuk penaik, garam, pewarna hijau dan esen pandan.
4.Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau selama 10 minit hingga adunan sebati.
5.Rehatkan selama 40 - 50 minit.
6.Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama 30 minit dengan api yang besar. (Letakkan acuan kosong dulu dalam kukusan selama 1 - 2 minit sebelum dituang adunan).
7.Apabila apam telah naik dan merekah, bolehlah diangkat, sejukkan. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. (Kukus dulu parutan kelapa, garam bersama daun pandan untuk mengelakkan kelapa cepat basi)

Saturday, July 25, 2009

Happy Birthday To Me - Beef Steak & Kentang Oregano



Happy birthday to me. Tepat 12 tgh mlm td hubby wish pd aku. Birthday keberapa? Dh 34 pn, dh tua tp seronok sgt sbb this year birthday aku jatuh pd hari minggu. So byk agenda bleh dibuat bersama. Klau tak, takkan nk amik cuti lg kot semata2 nk sambut birthday aku? Lgpn birthday kali ni kami sambut for the first time sebagai suami isteri. Bagus kan. Bln july ni byk org yg aku kenal celebrate birthday; hubby, my mom, aku & my boss. & pd kesempatan ni aku nk wish happy 34th birthday gak pd kembar2 aku (lain mak lain bapak) wherever they are; maini & mamak (nama sbenar dia rezil). Maini ni member masa kt uum manakala mamak geng satu class masa kt pusat matrik uum. Tak tau la mn diaorg skrg. Lps grad seme bawak haluan masing2, cuma rezil jer aku tau serba sedikit pkembangnnya melalui facebook.
Sempena hari jadiku ini juga, kitaorg masak agak special hari ni utk dinner. Siang harinya merayap smpai ke KL, hubby belanja mkn my fave cake kt secret recipe; chocolate indulgence. Ptg baru blik umah. Penat mmg la dh penat tp sbb dh plan awal2 nk masak utk dinner mlm ni & seme bhn pn dh beli & tersedia, daging pn aku dh perap sblom kluar td cuma perlu buat sos sahaja, so nak tak nak kna la masak. Nsib baik hubby sanggup tolong. Introducing Beef Steak. This is my first try actually tp nsib baik mjadi. Jd tak jd tak kesah as long as sedap & special since ari ni a special day so kna masak special cikit ler. Aku follow resepi beef steak sos lada hitam kak hanieliza. Side dish aku buat kentang oregano (tak tau la matching tak gabungan 2 dishes ni tp bg aku sedap jer) juga resepi from kak liza. Thanx kak liza coz' resepi2 ini tlh mjdkan hari ni tersgt istimewa.


BEEF STEAK

Bahan
500 gm daging steak/tenderloin [bersihkan]
1 s/b kicap pekat
1 s/k madu/gula
1 s/b sos plum

bahan kisar
1 s/k lada hitam
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang
1 batang serai
1 inci halia

Cara:
1. Daging dipotong lebar setebal 1 cm [1/2 inci].
2. Gaulkan semua bahan yg disediakan dan perapkan selama 4 atau 5 jam.
3. Masukkan semua bahan dalam non-stick pan dan tutupkan dgn tudung.
4. Masakkan atas api sederhana sehingga air kering dan daging lembut.
5. Angkat daging dan sediakan sos.

SOS LADA HITAM

Bahan
1 s/b lada hitam
1 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 s/b sos tomato
1 s/b kicap pekat

Cara.
1. Gunakan non-stick pan yg merebuskan daging tadi.
2. Panaskan semua bahan termasuk bahan lebihan daging dalam non-stick pan tadi.
3. Bila mendideh, tuangkan dalam mangkuk dan sediakan sayuran untuk hidangan.

SAYURAN
Salad bulat[potong kecil]
tomato segar [potong baji/nipis]
kentang goreng [potato chips]
baked beans[ panaskan sikit]

Susunkan semua saperti dalam gambar dan tuangkan sos lada hitam.





KENTANG OREGANO

Bahan
500 gm kentang
1 biji cili capsikum ]
1 labu bawang besar ] potong dadu
2 biji cili hijau ]
1/2 cawan kacang merah besar [optional..gunakan dalam tin]
2 s/b roasted cashewnut
2 s/b butter
1 s/b dry oregano
garam

Cara
1. Kentang dibuangkan kulit dan potong kecil. Rebus sehingga masak. Toskan.
2. Panaskan butter dan gorengkan kentang sehingga nampak keperangan.
3. Masukkan bawang besar, cili capsikum, cili hijau dan garam. Kacau rata.
4. Bila nampak layu masukkan kacang merah dan cashewnut.
5. Taburkan dry oregano dan kacau rata. Tutup api.
6. Hidangkan dengan ayam panggang.

Friday, July 24, 2009

Mee Kolok

Siang td sembang2 dgn member ku kt fb, laurie. Dia duk citer la pasal mee kolok. Amoi ni (dia ni mix chinese sarawak dgn satu kaum peribumi sarawak yg aku dh lupa namanya) ckp mee ni mmg best, mmg terkenal kt sarawak, kiranya mcm signiture dish kt sana. Katanya klau gi sarawak mmg tak sah klau tak rasa mee kolok. Kt semenanjung ni ada ke? Aku blom prnh jupe lagi tp mcm pernah ku dgr tp di mana ya...Dh citer2 bagai smpai meleleh la air liur ku (melebih2 btul aku ni), org trganu cakap 'meccak'. Tak bleh jd ni, kna buat ni, silap2 nnti termimpi2 plak pasal mee kolok ni.


Mee Kolok Mukah (basah)
oleh:
Delila

Bahan-bahan ( 1 org )
1 gulung mee kering (mee sanggul/yee mee)
3 ulas bawang putih (mayang)
2 sudu besar minyak
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair
4 helai daun sawi (potong 1 inci)
1/2 cawan daging / ayam rebus (rebus dgn 1 ketul kiub ayam maggi)
3 cawan air rebusan daging/ ayam
1/2 labu bawang besar (potong berbaji halus)
Garam , gula, lada sulah dan ajinomoto secukup rasa

HIASAN - Daun bawang dan bawang goreng secukupnya

Cara-cara
1.Panaskan minyak.Tumis bawang putih hingga naik bau.Masukkan bawang besar.Kacau seketika hingga layu.Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair dan air rebusan daging/ayam. 2.Masukkan mee.Biarkan sedikit lembut.Masukkan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.Kacau seketika.Masukkan sawi, daging/ayam rebus (yang telah dipotong nipis).Masak hingga mee lembut sedikit dan sawi layu. 3.Angkat dan hidang segera.Hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng. Tambahkan lada sulah jika suka.



Mee Kolok
oleh:
dayang_jack

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
3-4 gulung mee sanggul / non-fried noodles
1 sdm perencah sup
100 g daging lembu
air secukupnya
sedikit garam
5 ulas bawang putih (dicincang)
8 biji cili api
1 sdt serbuk lada hitam
4 sudu makan minyak masak
5 sb kicap manis
1 sb kicap pekat
2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
daun bawang dan daun sup (dihiris)
1 sdt sos ikan / sos soya
1 sdt cuka

Cara-cara
1.UNTUK SUP : Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis2. Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan).
2.UNTUK MEE : Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan. (gambar menunjukkan cth mi yg dyg guna)
3.Panaskan 2 sdm minyak masak dlm kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan. Masukkan pula mi yg tlh ditoskan ke dlm kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang td. Perasakan dgn cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.
4.Di dlm kuali yg sama, panaskan 2 sdm minyak masak dan goreng daging yang tlh dihiris td. Masukkan kicap pekat, 1/2 sb kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam. Keluarkan.
5.UNTUK SAMBAL : Tumbuk/kisar cili api dgn 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau xde kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula)
6.Cara Menghidang : Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mi, tuangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan. Kemudian taburkan daging, bawang putih yg tlh digoreng garing dan hiaskan dgn daun bawang. Sediakan jg semangkuk sup yg ditabur dgn daun sup sbg kuahnya jika suka.
7.****kalau nak meriahkan lg suasana mee ni, jika suka boleh jg dicampurkan dgn sawi/fishball/fishcake/crabstick/prawns/isi ayam dsb (tapi rebus dulu yer)



MEE KOLOK
Sumber :
mamaera

Bahan2
Mee sanggul or mee halus warna kuning yg segera tu pun boleh
Minyak bawang putih
daun bawang
kicap cair
kicap pekat
bawang goreng
garam
aji (ikut suka)
daging rebus,sup daging
taugeh

Cara2
1.Rebus mee dan toskan air.
2.Gaul kicap cair,kicap pekat,daun bawang,minyak bawang putih,garam dan aji di dlm mangkuk besar dan rasakan.
3.Celurkan mee ke dlm sup sekejap dan gaulkan dgn bahan diatas di dlm mangkuk yg sama.Jgn biarkan mee tu terlalu basah ok...
4. Last kita hias dgn taugeh,daging rebus dan bwg goreng.
5. Mee kolok sedap dimakan dgn sup daging or sup tulang dan dgn kicap cili api.

Nota: minyak bawang putih tu kita buat sendiri pun boleh....cara2nya - kupas dan hiris nipis bbp ulas bawang putih. panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih sampai kekuningan dan tutupkan api. Tuangkan minyak kedalam bwg putih goreng dan biarkan beberapa jam sehingga minyak tu ada bau bawang putih.


SUP TULANG DAGING

Bahan:
500gm-700gm daging tulang ATAU tulang daging...keliru pulak nie...
2 cm halia diketuk
1 biji bawang besar

Bahan Hiris:
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih

1-2 sudu makan serbuk rempah sup

Rempah Tumis:
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang

sedikit bawang goreng
sedikit daun bawang -di hiris
minyak masak
garam dan air secukupnya

CARA:
1. Tulang daging di bersihkan dan di rebus bersama halia,bwg besar di dalam pressure cooker hingga daging lembut ,lebih kurang 45minit.
2. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis rempah tumis bersama
bahan hiris hingga naik bau.
3. Masukkan rempah sup dan kacau sampai garing,masukkan
air rebus daging 1 senduk dan kacau hingga rata.
4. Kemudian masukkan bahan yg telah ditumis kedalam periuk rebusan daging tadi.
5. Masukkan garam ikut citarasa masing2.
6. Bila nak menghidang sup tulang,bolehlah tabur daun bawang hiris dan bawang goreng.


SAMBAL KICAP

Bahan:
3 batang lada merah
8 biji lada padi merah thai
1 ulas bawang putih
1/4 cawan kicap lemak manis

Cara:
Blend kesemua bahan di atas dan rasalah secukupnya.

Thursday, July 23, 2009

Cendawan Goreng Tepung

Biasa klau nk mkn goreng2 & bsalut tepung kita msti teringat pisang goreng, ubi keledek goreng, ikan celup tepung, sotong celup tepung tp kali ni aku nk mkn yg lain dr kebiasaan itu; cendawan goreng celup tepung. Msti ramai ckp ala dh biasa mkn gak tp bg aku, aku mmg tak pernah mkn. Prnh tengok org mkn tp aku jer yg blom cuba. Slalu gak beli cendawan tp biasa aku buat sup. Ari ni tekak nk mkn goreng2, so cuba je la buat. Lgpn byk dh resepi yg aku jupe, so takde alasan lg. Klau nk buat cara yg simple, guna cara rrozie17 & syahila; just add tepung goreng multi-purpose with egg & cendawan, dh pn bleh goreng. Klau suka rasa bwg putih, ikut resepi mycendawan. Klau nk yg berempah, cuba resepi maisya.Klau nk yg ala2 gebu, try resepi anurazzthapa. Klau nk yg berempah & ada bijan, periuktanah ada resepinya tp resepinya guna byk jenis tepung ckit la. Klau nk ada rasa bwg putih & ketumbar, chef tania ada jwpnnya. Kak madiha plak guna bawang mesin dlm resepinya. Bwg merah kot. Harney plak masukkan halia, bwg putih, serbuk kunyit & lada sulah. Akhir sekali sentuhankalbu taruk ketumbar & daun kunyit. So mcm2 cara utk hasilkn satu masakan. Aku? Guna cara yg paling mudah ler. Cecah plak mayones, mmg marvellous.



Cendawan Goreng Tepung
oleh:
rrozie17

Bahan-bahan ( 2 0rang makan kot! )
250gm fresh closed cup mushroom(cendawan butang)
Tepung goreng ayam serbaguna secukupnya, terpulang kpd selera masing2 sama ada nk guna original atau hot & spicy ( tepung kentucky ler tuh!)
1 biji telur

Cara-cara
1.bersihkan cendawan dan potong setiap cendawan kepada 4 bahagian.
2.pukul telur hingga sebati, masukkan ke dalam bekas yang berisi cendawan tadi, gaul rata. sementara itu bolehlah panaskan minyak.
3.masukkan tepung goreng ayam serbaguna, gaul hingga semua cendawan diselaputi tepung.
4.goreng hingga kekuning-kuningan (deep fry)
5.bolehlah dihidangkan...sesuai dimakan begitu saja atau bersama-sama dengan nasi...ummmph yummy-yummy.





Cendawan Goreng Tepung Kentucky
Kiriman: Syahila
Gambar :
jasmeen


Bahan-Bahan:
600gm cendawan tiram ( bahagian atas hitamnya hendaklah di buang)
1 kotak tepung goreng kentucky
3 biji telur
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara:
1. Cendawan dibersihkan dan ditoskan.
2. Pukul telur, ketepikan.
3. Letakkan tepung kentucky didalam bekas leper.
4. Panaskan minyak.
5. Celupkan cendawan satu persatu kedalam telur, kemudian kedalam tepung. Kemudian di goreng kedalam minyak yang telah panas. Ulangi langkah tadi sehinggalah cendawan habis.
5. Saringkan dulu minyak dari cendawan goreng tadi.

Cadangan Hidangan:
1. Sedap di makan begitu sahaja, cicah sos.





cendawan goreng tepung
Sumber :
mycendawan


Bahan-bahan:
Cendawan tiram kelabu
Telur
Bawang Putih
Tepung Serbaguna
Minyak Masak

Cara-cara membuat:
1. Pecahkan telur dan gaulkan dengan cendawan tiram. Tumbuk bawang putih dan gaul sekali bersama cendawan dan telur.
2. Perap dalam masa 5 minit. Seterusnya panaskan minyak dengan banyak. Cendawan
yang diperap tadi di salutkan dengan tepung serbaguna dan goreng... pastikan minyak betul-betul panas..
3. Goreng sehingga kekuningan dan rangup...





Cendawan Goreng Celup Tepung
Sumber :
maisya


Bahan-bahan
Cendawan tiram-dibersihkan dan toskan, lap bagi kering kalau lembap sangat
tepung gandum
tepung beras
tepung jagung
air kapur
garam
rempah(ikut suka nak letak apa, kari ke..maisya letak rempah masala)
air

Cara-cara
1. Sem0ua bahan-bahan(kecuali cendawan) digaul sebati. Nisbah setiap tepung tu maisya letak sama byk je setiap jenis. Adunan ni jangan terlalu cair.
2. Celup cendawan dalam adunan dan goreng hingga garing.





Cendawan Goreng tepung
Sumber ;
anurazzthapa


Ingredients:

Bahan X
1 sudu besar tepung jagung
secubit baking powder
1/2 mangkuk kecil air (mangkuk sukat nasi)

- baking powder campur dengan tepung jagung digaul dan ditambah air.
- kacau rata

Bahan Z
secekak cendawan tiram (rasanya le)
2 sudu besar serbuk roti
1 mangkuk tepung kentucky

- cendawan dibasuh bersih
- cendawan yang dah bersih, ambil satu2 perah buang air, especially tang batangnya yang gemuk tu
- serbuk roti campur dengan tepung kentucky

Caranya:
- tuang bahan x ke dalam mangkuk cendawan yang dah diperah airnya tu, gaul rata
- ambik sekeping cendawan tadi dan pedap2 dalam mangkuk bahan z
- goreng dalam minyak penuh dan begitulah seterusnya.





Cendawan Tiram Goreng Tepung
Sumber :
periuktanah


Bahan-bahan: (hidangan untuk 3 orang)
1 paket cendawan tiram (dicarik dua kalau besar-besar), dibersihkan
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan air
1 sudu besar tepung goreng pisang Adabi
1 sudu teh tepung beras
1 sudu teh tepung jagung
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar rempah ayam masak merah/ 1 sudu teh rempah kari ayam
1 sudu besar bijan

Cara-cara:
1. Bancuhkan semua bahan dan gaul rata hingga tak bergentel
2. Celupkan cendawan dan goreng dalam minyak banyak.
3. Terbalikkan cendawan agar ianya masak rata.
4. Angkat dan toskan minyaknya apabila gorengan bertukar warna keperangan.
5. Sedia dihidang dengan sos cili atau sos pencicah.





Deep Fried Oyster Mushroom(Cendawan Goreng)
Sumber : Chef Tania
Gambar : mama zieza


Bahan-bahan
2 pkt Osyter Musroom (500gm)

A. Bahan kisar
4 Ulas Bawang Putih
2 sm Ketumbar biji
Bahan ini di kisar halus

Bahan B.
2 cawan Tepung Beras
1 cawan Potato starch
1 biji telor
1/2 st bicarbonate soda
sedikit garam dan perasa

Cara-cara.
1. Satukan bahan A. dan B campur dengan sedikit air sa-perti adunan goreng pisang. Biar sebati 10 minit.
2. Panaskan sa-cukup minyak, celup cendawan dalam adunan tepong dan digoreng hingga kekuningan atau garing.[/b]





CENDAWAN CELUP TEPUNG
Sumber : Kak Madiha


Bahan2
1 peket cendawan tiram - pilih yg sedang2 (dibasuh dan tos airnya.. perah2 sikit air yg menyerap pd cendawan)
1 cwn tepung serbaguna (leh kurangkan 2 sudu besar & tambah 2 sudu besar tepung jagung) - letak dlm pinggan
2 biji telur - pukul sket pastu masukkan bawang mesin
1 s/b bawang mesin
Minyak masak

Cara2
1. Panaskan minyak yg banyak.
2. Celupkan cendawan dlm telur biar rata kemudian letak dlm tepung dan balik2kan agar tepung melekat sama rata. Buat hingga habis. Goreng cendawan hingga garing. Angkat & tos.. sedia untuk dimakan.. sedappppppppp.. mcm ayam gorengggg... :-D





Cendawan Goreng Celup Tepung
Sumber :
harney


Bahan-bahan
cendawan tiram

Bahan A
Halia
Bawang putih
Telur

Bahan B
Tepung
Serbuk kunyit
Lada sulah

Cara-cara
1. Mule2 tumbuk halia ngan bawang putih...Then gaul bahan yang ditumbuk dalam telur...Gaul gaul...So tuh anggap sebagai bahan A
2. Then amik tepung, letak sket kunyit & lada sulah...& nih jadik bahan B.
3. Cendawan tadik basuh dulu...Hilang2 kan kotoran sket..Ekekek...Then celup dalam bahan A tadi....And then celup dalam bahan B plak...Lepas tuh masukkan dalam kuali...Goreng sampai ia menjadi garing & kuning...Jangan sampai hangus...;)) So lepas dah masak boleh la dihidangkan....





CENDAWAN GORENG
Sumber :
sentuhankalbu


BAHAN:
1 bungkus cendawan tiram serdehana kecil
1 kotak tepung seri aji (boleh digantikan tepung kentucky adabi atau yang seumpamanya)
1 cawan tepung beras
4 sudu minyak masak
1 sudu rempah ketumbar/jintan manis(tak ada pun tak apa)
kunyit serbuk sikit
1-2 helai daun kunyit - dihiris halus-halus
Minyak masak untuk menggoreng secukupnya

CARANYA:
1. Tepung seriaji dan tepung beras dicampurkan dan dibancuh dengan air. Jangan terlalu cair.
2. Masukkan rempah, serbuk kunyit, gula, daun kunyit yang dihiris halus.
3. Masukkan minyak masak 4 sudu tadi bertujuan untuk meranggupkan tepung.
4. Masukkan cendawan tiram tadi dan digaul sebati dengan tepung.
5. Gorenglah didalam minyak yang sudah dipanaskan. Anda gunakan sudu untuk masukkan cendawan ke dalam kuali.

Peringatan:
- Jangan masukkan garam kerana tepung seriaji tadi sudah sedia masin. Tetapi jikalau anda menggunakan tepung yang tidak bergaram boleh lah dibubuh garam secukup rasa.
- Gunakan tepung seriaji yang tak pedas. Yang pedas tu peh…bahang mulut. Kesian anak-anak nanti.

Wednesday, July 22, 2009

Gulai Telur Itik Pantai Timur

Ari ni nk gulai telur itik cara org pantai timur. Agaknya nape la aku ckp cara org pt timur ek? Sbb klau diikutkn, masak lemak cili api tu bukan berasal dr pt timur. Org pt timur tau masak gulai jer. Klau sebut pasal gulai, msti ada bwg merah, bwg putih, kunyit, halia & lengkuas. Yg paling penting cili boh @ cili kering kisar. Cili api tu org bubuh sebagai hiasan jer, dimasukkan sebiji2, takdenya nk tumbuk smpai lumat sbb rasa pedas dh ada dr cili boh @ cili kering. Klau nk lg kaw, letak rempah khas utk masak gulai. Klau kt trganu, rempah cap bunga ros, klau takde sgt rempah kari adabi pn boleh la. Utk rasa masam2 plak, taruk asam keping @ asam gelugur. Baru ngam.
Dh byk ari gak aku beli telur itik ni tp tersimpan dlm peti ais. Hubby tak mkn telur itik, so kna tunggu dia takde kt umah baru bleh masak. Klau dia ada pn, bleh masak tp what for sdgkn dia mmg tak mkn? Penat2 jer masak. My mom ada gak masak gulai telur itik sbb as i said, my father ada bela itik, so stok telur sntiasa ada kt umah tp dia tak slalu masak sbb as my mom said, bgnya telur tak jd lauk, maksudnya dia tak suka masak telur sebagai lauk. Seingat aku, jarang sgt la dia masak telur, hatta telur dadar sekali pn. Aku pn bukan suka sgt telur tp tekak ni yg terasa nk mkn, so masak je la. Aku masak 2 biji, cukup la utk sorang mkn. Aku follow resepi Kak Noor. Next time bleh buat telur itik masak lemak cili api plak.



GULAI TELUR ITIK
Sumber : NoorMasri


Bahan-bahan:
6 biji telur itik
2 1/2 cawan santan
1.5 cm lengkuas } diketuk
1-2 sudu besar cili kering kisar atau boleh ganti dgn cili padi jika suka
5 ulas bawang merah }
1 ulas bawang putih } dikisar/tumbuk
1.5 cm halia }
1.5 cm kunyit hidup }
1 keping asam keping
garam secukup rasa

Cara membuat:
1. Masukkan kesemua bahan-bahan (kecuali telur) kedlm periuk, biarkan ianya mendidih.
2. Perlahankan api kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji perlahan-lahan.
3. Seeloknya pecahkan telur dlm piring dulu, kot2 ada darah ke boleh buang
4. Biarkan mendidih seketika bolehlah dihidangkan



Gulai telur itik
Sumber :
wawanis


Bahan2nya
5 biji telur itik
5 ulas bawang merah-Blend
2 ulas bawang putih-Blend
2 sudu ciliboh
sebiji kelapa-ambil santan
1 paket(50sen)rempah cap bunga ros (ini pentig..kalo rempah lain x kaw)
garam & serbuk perasa.

Cara2nya
1. Tumis cili boh hingga naik minyak. Masukkan bahan yg dimesin.Masukkan rempah dan sedikit air.
2. Masukkan santan..tunggu hingga mendidih, perlahankan api dan pecahkan telur..
3. Masukkan garam & serbuk perasa.



Telur Gulai Kuning
Sumber :
mamiyati


Bahan:
5 biji telur ( telur itik atau ayam, best optiona, telur itikla..)
3 cawan santan
5 ulas bawang kecik ) di mesin
1 ulas bawang putih )
sedikit kunyit hidup )
1 batang serai
1 keping asam keping
1 sudu kecik cili boh

Cara:
1. Masukkan santan dan bahan yg dimesin ke dalam periuk. Masakkan perlahan sehingga mendideh. Pecahkan telur ke dalam periuk satu persatu - jangan sampai kuning telur
pecah. Biarkan sehingga mendideh dengan perlahan. Sesuaikan rasanya...



Gulai Telur Itik
Sumber :
yuscookbook


Bahan - bahan:-
5 biji telur itik
3 biji bawang merah - tumbuk
1 biji bawang putih - tumbuk
3-4 sudu besar rempah kari
3 sudu besar cili kering kisar
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 asam keping
1 terung - potong
3-4 batang kacang panjang - patah-patahkan
Garam dan gula - secukup rasa.

Cara - caranya:-
1. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari dan cili kering. Tumis.
3. Masukkan santan cair. Masak perlahan - lahan sehingga mendidih.
4. Pecahkan telur kedalam periuk satu persatu. Biar mendidih perlahan. Jangan terlalu dikacau, bimbang kuning telur pecah.
5. Bila telur sudah masak, masukkan santan pekat, asam keping, garam dan gula.
6. Akhir sekali, masukkan sayur terung dan kacang panjang. Masak sebentar.
7. Hidangkan dengan nasi putih.



Gulai Telur
Sumber :
diana


Bahan-bahan:
5 biji telur itik (kalau takde telur ayam pun boleh cuma telur ayam senang hancur + kurang sedap)
semangkuk santan pekat (yg segera dalam tin pun boleh)
6 biji bawang merah (dikisar @ ditumbuk lumat)
2 ulas bawang putih (dikisar @ ditumbuk lumat)
1 inci kunyit hidup (dikisar @ tumbuk lumat - boleh pakai serbuk kalau tak ada)
1 inci halia - dihiris kasar
1 inci lengkuas - dihiris kasar
1 batang serai - dititik
1-2 asam keping
4-5 batang kacang panjang
3-4 biji cili padi
Garam dan Gula

Cara-cara:
-Pecahkan telur satu persatu didalam air yg mendidih dan rebus sampai masak.
-Angkat dan ketepikan telur
-Masakkan santan bersama2 bahan kisar, halia dan lenkuas yg dihiris, serai yg dititik.
-Kacau sentiasa
-Setelah mendidih masukkan asam keping, garam dan gula (Jangan sekali2 masukkan aji nomoto - tak sedap)
-Akhir sekali masukkan telur, cili padi (buang tangkai) & kacang panjang (sekiranya mahu gulai lebih pedas, cili padi boleh ditumbuk/dikisar bersama2 bawang)
-Hati2 mengacau supaya telur tidak hancur, boleh diangkat setelah kacang masak.



One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).