- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Wednesday, September 23, 2009

Happy 1st Aniversary


Slmt menyambut ulangthn perkahwinan kami yg pertama. Sethn yg lalu pd tarikh ni kami tlh diijabkabulkan. Mcm tak pcaya jer dh sethn kami bgelar suami isteri sdgkn mcm semlm jer kami baru kawin....masih byk yg perlu kami pelajari...Jgn confuse yer..klau ikut bln masihi ulangthn pkahwinan kami jatuh pd bln depan, 4 oktober tp klau ikut thn hijrah jatuh pd 4 syawal...ari ni kan 4 syawal...saje nk smbut 2 kali sethn..kihkihkih..
Nothing special pn ari ni cuma blom abis jln2 umah sedara mara yg jauh2...nk sambut anniversary btul2 kna tunggu bln depan...hubby dh request aku masak sesuatu on that day...apa dia? rahsia & takde la special sgt pn tp bg aku special la sbb aku blom prnh masak lg mknan tu...resepi aku dh ada tunggu nk masak jer, so tunggu.....
Abang, slmt ulangthn yg pertama...sy syg abang & harap abg pn akan syg sy selamanya...(nak wish byk2 pn nnti takut basi plak...kna simpan utk bln depan plak)

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009

Selamat hari raya pd semua...maaf zahir & batin...semoga bergembira di hari yg mulia ini tp jgn dilupa pd mrk yg tak bernasib baik spt kita...

Thursday, September 17, 2009

Balik Kampung : Cekodok/Cucur/Jemput-jemput Kurma

This is my last post sblom blik kg utk raya. Masa kt kg x sure la bleh post resepi @ tdk sbb rasa2nya kg hubby takde line internet. Kgnya x jauh dgn pantai tp line hp pn x bape clear. Hanya celcom jer yg clear, tu pn bukan seme hp bleh detect coverage dia (klau hp yg branded & canggih tu gerenti dpt line) & kadang2 kna cari area yg dpt coverage (dlm kwsn umah yg same tp x seme sudut coveragenya sama, ada certain2 sudut tak dpt coverage langsung).
Ari ni officially kami dh start cuti raya. Mulanya nk start cuti ari jumaat tp takut jln jam plak ari jumaat tu sbb for sure ramai org blik kg ari tu. Then hubby decide nk btolak lps bsahur, hopefully jln x jam & boleh awal ckit smpai kg. Klau btolak siang, panas, nnti dahaga & lapar kata hubby. Tup2 dgr MTD tak kenakan bayaran tol (free toll) kt lebuhraya karak & LPT starting pkul 12am smpai 5am esok. So hubby ckp blik tgh mlm la, boleh dpt toll free. Lgpn lps ni kitaorg akan singgah kemaman jap, nk amik adik hubby yg duk sana utk blik kg skali. Ari ni berbuka pn beli lauk kt kedai sbb tgh mlm nnti kan dh nk balik, freezer kna la clearkan.
Sambil2 kemas rumah sblom nk ditinggalkn dlm tempoh agak lama, aku buat cekodok kurma utk bekalan tgh jln. Stok kurma msih byk lg, tu yg sempat godak2 cekodok tu. Kt sini aku tepek resepi2 cekodok/cucur/jemput2 kurma yg bleh korang cuba.

Cekodok Kurma
Kiriman: aisyasofea
Sumber: mak mentua
Gambar :
Diamilikku

Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum (ikut suka pun boleh byk mana tepung)
Kurma (anggaran ikut suka byk mana)
Secubit garam
air
minyak untuk menggoreng

Cara:
Masukkan kurma dan secubit garam dalam tepung. Bancuh bahan tadi dengan air. Biar sedang-sedang bancuhannya, tak terlalu cair tak terlalu pekat. Cedukkan sesudu dan goreng kekuning-kuningan.




JEMPUT-JEMPUT KURMA
Kiriman : Kak Liza
Gambar :
makyer

bahan
10 biji kurma [cincang]
2 cawan tepung gandum
2 s/b gula
air suam secukupnya
minyak

cara
Gaulkan semua bahan dan jemputlah kecil dan gorengkan sehingga kuning keemasan dalam munyak yg banyak.




CUCUR KURMA (for approx. 24 small-sized fritters)
Posted by
N

Ingredients
6 large dates, cut into quarters ( I cut my dates into quarters because I like my fritters small)
1 cup all purpose flour
1 cup coconut milk
Water
A dash of salt

Method:
-Heat oil in pan
- In a large bowl, pour coconut milk into flour. Mix batter well. If batter is still stick, add water until batter is runny, but not too runny lah okay (macam batter cekodok pisang tu, geddit?)
- Add a dash of salt to taste
- Drop a piece of date into batter, and form a small ball shape. Fry until goldenball. Repeat lor.




Jemput-jemput manis kurma
Sumber :
jun yummylicious

bahan
1 cawan tepung
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
1/4 sudu teh garam
kurma tanpa biji-sebiji2 atau belah dua
air secukupnya

cara
campur semua bahan kecuali kurma hingga jadi adunan seperti jemput2 biasa. masukkan kurma n goreng macam jemput2 lain tu hingga keemasan.




Jemput-Jemput Kurma
Kiriman: Nur Hidayah
Gambar :
karipapsayur

Bahan-Bahan:
30 biji kurma (dihiris halus)
15 biji kurma (dikisar)
300 grm tepung gandum
2 camca besar susu tepung*
1 biji telur
garam secukup rasa
gula secukup rasa**
secawan air
minyak untuk menggoreng

Cara:
campurkan kurma kisar, kurma hirisan, tepung, susu, garam, gula dan air, kacau hingga sebati. Panaskan minyak dan goreng.

Cadangan Hidangan:
boleh dihidang bersama kopi panas, atau untuk sarapan pagi.

Tambahan:
* susu boleh diganti dengan santan
** gula-tak letak pun takpe




Jemput-jemput kurma
Kiriman: Ina comel
Gambar :
zuraida

Bahan-Bahan:
500 gram buah kurma (dicuci, dibuang biji dan dibelah dua)
4 senduk tepung gandum
Sesudu tepung beras
2 cawan air Sedikit baking powder
Minyak untuk menggoreng
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
Campurkan air, tepung gandum, tepung beras, garam, gula dan baking powder. Gaul sehingga sebati. Masukkan kurma. Panaskan minyak. Goreng hingga kekuningan. Sedia untuk dihidang.



JEMPUT-JEMPUT KURMA
Kiriman-awin

Bahan-bahan
250gm Kurma buang biji dan potong 6(apa-apa jenis, adalah lebih baik jenis yang kering dan sedikit keras/liat)
150gm tepung gandum
100gm tepung beras
5-6 sudu makan tepung goreng pisang
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh baking powder
1 biji telur
4-5 sudu makan gula merah (jenis castor, bukan gula timbang)

Caranya
satukan bahan tadi dan adun dengan menggunakan sedikit air panas + air masakanggaran tahan tangan menggaulnya.
tunggu 5-8 minit baru digoreng dalam minyak banyak.


Wednesday, September 16, 2009

Onion Ball

Ni resepi kpd mrk2 yg suka giler dgn bawang besar bombay tu (mcm aku). Dh lama aku jupe resepi ni tp duk terperuk jer. Semlm jer ada mood nk buat. Kebetulan semlm beli bawang bombay yg saiznya agak besar. Wangi dgn bau bawang...hubby surrender, dia mkn inti jer, tu pn dia asingkn cendawan & cili bengala.


Onion Balls
Sumber :
kokibaru

Bahan Utama & Bahan Sos:
5 biji bawang bombay ukuran sedang
2 sdm bawang bombay cincang
1 sdm tepung gandum
1 sdm sos tiram
1 sdm kicap masin/cair
1/2 sdt serbuk cili
1 sdm kicap manis
250 ml air rebusan
2 sdm margerine

Inti:
100 gr cendawan butang - cincang
250 gr daging ayam cincang
100 gr cili benggala merah - potong dadu kecil
1/2 sdt serbuk oregano
1/2 sdt serbuk paprika
1/2 sdt cili
1 sdt garam
3 sdm serbuk tepung roti putih

Cara membuat:
1. Ambil bawang bombay, potong bahagian atas, keruk bahagian tengah hingga berbentuk mangkuk. Asingkan 50 gr bawang bombay yang dikeruk, cincang halus.
2. Buat inti: panaskan margerine, tumis bawang bombay cincang hingga harum, masukkan daging ayam, masak hingga berubah warna. Tambahkan cendawan butang, cili benggala, oregano, serbuk paprika, lada dan garam, masak hingga bahan btul2 masak. Selepas bahan ini hampir sejuk, masukkan ke dalam bawang bombay yang telah dikeruk tadi. Taburkan serbuk roti. Jika suka boleh digantikan keju parut untuk ditabur ke atasnya.
3. Buat sos: Cairkan margerine, tumis bawang bombay hingga harum, masukkan tepung gandum, kacau rata. Tambahkan air rebusan, masak hingga adunan menjadi kental, masukkan lada, garam, sos tiram, kicap masin dan kicap manis, kacau rata.
4. Tuang sos di pinggan berisi bawang bombay, tutup dengan aluminium foil, panggang dalam oven hingga masak.

Tuesday, September 15, 2009

Kerabu Ikan Bilis

Ni menu buka pose sampingan ari ni. Aku cadang nk beli lauk jer kt pasar mlm, sekali hubby call dia on the way blik umah. Hubby ckp dia nk singgah kedai beli sup ekor, so dia suruh masak telur dadar kosong sebagai lauk sampingan. Yg lain2 tu dia suruh aku fikir sndiri. Kt umah ada kacang panjang jer, ingat nk goreng jer. Aku saje lalu depan pasar mlm tu, nmpak bunga kantan yg segar. Dh alang2 beli bunga kantan, wat kerabu best gak ni sebagai menu sayuran....dang2 tu gak teringat resepi kerabu ikan bilis...sgt lengkap menu ini sbb ada ikan (bilis) & sayuran skali...sgt sesuai utk dijdkan menu sampingan...aku suka ikan bilis, sayuran lg la...takpe hubby tak mkn sayur pn, dia boleh mkn ikan bilis..misi hari ni berjaya..thanx to al-bajuri for the great recipe. Klau nak buat lg sempoi, ikut jer cara maklang..lg mudah.


Kerabu Ikan Bilis
Posted by
AL-BAJURI

Bahan-bahan:
- Ikan Bilis Halus - yang telah digoreng
Sukatan : lebih kurang setengah mangkuk
- 3 ulas bawang besar
- 6 biji limau kasturi
- Beberapa helai daun limau purut
- Kacang panjang
- 2-3 kuntum bunga kantan
- Cili padi
- 3 batang serai
- Sos ikan
- Gula

Method :
1. Potong kesemua bahan-bahan (melainkan limau, sos ikan dan gula) dan gaulkan
2. Potong dan perah limau kasturi yang telah dibuang biji
3. Campurkan dengan 3 sudu besar sos ikan. Tambahkan 3 sudu teh gula.
4. Gaul sehingga sebati
5. Campurkan bersama bahan-bahan yang telah dipotong.
6. Sedia untuk dihidang. "Selamat menjamu selera'



KERABU IKAN BILIS
Sumber :
ulampegaga

Bahan:
Ikan bilis - digoreng garing

Bhn hiris:
Timun (suka timun jepun lagik sbb kaler dia yg hijau mengancam)
Carrot
Bwg besor
Cili padi

Tomato - ptg dadu
Cili capsicum - ptg dadu
Garam
Gula
Perahan asam limau

Cara
Gaul kesemua bhn di atas.

Ketam Percik & Ketam Lada Hitam

2 menu berasaskan ketam yg tlh kami kerjakan utk buka puasa & sahur semlm. Utk buka pose aku buat ketam percik & utk sahur aku masak ketam lada hitam. Terpaksa masak 2 kali sbb ketam percik abis licin masa berbuka. Kebetulan dlm freeze ada ketam & ayam jer, hubby plak tak nak mkn ayam utk sahur, so aku balun masak ketam jugak la. Nak masak percik lg dh malas. Masa plak terhad, masak cincai2 je la, so aku masak ketam lada hitam. Time bersahur mkn pedas2 ok gak, baru ada selera (hubby la, aku ni kureng pedas2 tp balun aje la).
Ketam percik tu dimasak sbb dh lama terliur nk mkn lps tengok sheila rosli masak dlm ketuk2 ramadhan (masa tu tak salin resepi, konon2 boleh ingat, last2 lupa, so godak2 resepi dlm tenet, nasib baik jupe). Ketam lada hitam tu plak menu bidan terjun sbb masa tu dh terfikir nk masak apa dah, google je la pg2 ari kt tenet. Jupe resepi yg paling simple from kak rossya. Resepi sajionline tu mnarik gak utk dicuba tp masa tu tak cukup masa nk rebus ketam (gara2 lambat tjaga utk sahur).


Ketam Percik
Sumber : Majalah Rasa November 2002

Bahan-bahan
500 gm ketam sederhana besar
15 ulas bawang merah - dikisar
1.5 cm halia- dikisar
1.5 cm kunyit hidup - dikisar
10 biji cili merah - dikisar
2 batang serai - diketuk
2 helai daun kunyit
1 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

Cara
1. Bersihkan ketam. Gaulkan ketam bersama sedikit garam dan serbuk kunyit. Panggang di atas api yang sederhana sehingga 3/4 masak. Angkat.
2. Panaskan periuk, masukkan santan pekat serta bahan yang dikisar tadi. Kacau dalam api yang perlahan.
3. Campurkan daun kunyit, serai, garam dan gula secukupnya. Biarkan mendidih, pekat dan berminyak. Padamkan api.
4. Ambil kuah sedikit dan curahkan ke atas ketam dan panggang sekali lagi di atas api yang perlahan. Setelah masak, hidangkan.



KETAM LADA HITAM
Sumber :
kak rossya

Bahan-bahan
1500g ketam dibelah dua lalu di cuci bersih
2 sudu makan penuh mentega untuk menumis
1 sudu makan bawang putih di cincang
2 sudu makan kicap Sweet Sauce
30g lada hitam di kisar kasar
60ml air
garam dan sedikit gula

Cara-cara
Cairkan mentega di dalam kuali yang panas. Tumis bawang putih sebentar. Masukkan ketam dan serbuk lada hitam. Masak hingga ketam separuh masak. Tuangkan air dan tutup kuali dan biarkan hingga ketam bertukar warna menandakan isinye sudah masak. Masukkan kicap Sweet Sauce , garam dan gula mengikut citarasa anda. Tumis jangan sampai terlalu kering. Hidangkan panas-panas.



Ketam Masak Lada Hitam
Sumber :
sajionline

BAHAN-BAHAN:
2 ekor ketam
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
40 gm halia
1 tangkai cili merah
50 gm sos lada hitam
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 biji telur
1 sudu lada hitam (tumbuk)
1 sudu kecil minyak bijan

CARA MENYEDIAKAN:
1) Rebuskan ketam dan ketepikan.
2) Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang besar, halia dan cili yang dihiris halus.
3) Kemudian masukkan sos lada hitam, kicap cair, kicap pekat dan lada hitam. Kacau rata.
4) Masukkan ketam, minyak bijan dan minyak bawang putih.
5) Masukkan garam secukup rasa dan telur yang telah dipukul. Gaul rata dan biarkan mereneh.



One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).