- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Monday, October 12, 2009

Asam Pedas Ikan Tenggiri & Telur Dadar Udang

My PIL dtg ke KL ari ni since esok hubby kna attend court session kt mahkamah selayang..diaorg btolak dgn bas dlm pukul 12pm, smpai KL dlm pukul 8pm lbih..hubby gi jemput diaorg kt hentian putra..kesian diaorg penat jln jauh tp nk wat cmner takde anak2 lain yg nk hantar diaorg ke KL...
Smpai umah kami, terus hidangkan dinner yg dh siap dimasak sejak ptg...kami hidangkan ikan masak asam pedas (style KL, bukan style terengganu...beza tau..ciplak resepi kak liza), ulaman spt pucuk pegaga (aku tanam sndiri...dh mbuahkan hasil skrg tp cukup utk mkn sndiri je la), budu (dh namanya org ganu, kna la ada budu nk cicah ulaman), telur dadar udang (ikut resepi kak Nor), ikan masin goreng & air sirap. Sempoi jer sbb ari ni ari keje, so tak sempat nk masak yg grand2..


ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI
Sumber :
Kak Liza

Bahan
500 gm ikan tenggiri [potong 3 keping dan bersihkan]
5 niji terung panjang [potong kecil]
1 biji buah tomato [belah 4]
1/2 cawan jus asam jawa
5 tangkai daun kesum
4 s/b minyak masak
3 cawan air
secubit gula
garam

bahan mesin
15 tangkai cili kering [kalau nak pedas boleh tambah]
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 s/k kunyit serbuk

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak dan wangi.
2. Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendideh.
3. Masukkan ikan, terung & garam dan biarkan sehingga mendideh lagi.
4. Masukkan dan daun kesum.
5. Perlahankan api dan biarkan sehingga naik minyak dan terung lembut.
6. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.



Telur Dadar Udang
Sumber :
K. Nor

Bahan-bahan:
4 bj telur
isi udang ~ potong kecik
3 sudu besar susu cair
1 bj bawang besar ~ potong dadu
1 bj cili merah ~ potong dadu
daun kucai/daun saderi/daun bawang ~ dihiris
garam
sedikit minyak

Cara-cara:
1. Campurkan kesemua bahan2 dan kacau hingga sebati.
2. Panaskan minyak dlm frying pan.
3. Tuang adunan telur ke dalam frying pan dan goreng hingga masak.

Sunday, October 11, 2009

Nasi Goreng Keju

Edisi mempercepatkan proses menghabiskan stok keju...pg2 td hubby request nasi goreng utk breakfast sbb balance nasi semlm msih byk...aku pun saje2 la mgatalkan tgn masak resepi yg baru aku dpt; nasi goreng keju...east meet west...first time buat...resepi ni pn aku dpt kt internet & resepi yg aku tepek ni tlh ku olah drpd byk2 resepi yg kujumpa ikut citarasa aku...drpd kajian aku (ceh, siap wat kajian) nasi goreng ni tersohor kt negara seberang yakni indonesia...kuat benor org indon mkn cheese yer...apa2 pn enjoy these recipe spertimn kami suami isteri enjoy mkn ni...


Nasi Goreng Keju

Bahan-bahan:
1 pinggan nasi
50 gm jagung
30 gm keju yg dipotong kiub
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - diketuk
4 biji cili padi - dipotong
Sedikit carrot - dipotong kiub
4 batang sosej - dipotong bulat * boleh juga diganti dgn daging/ayam/seafood
8 biji lada hitam - ditumbuk kasar
2 sdm kicap
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih & cili padi hingga wangi.
2. Kemudian, masukkan nasi, sosej & jagung.
3. Tambahkan garam & gula. Kacau sampai sebati.
4. Masukkan lada hitam & carrot. Tambahkan kicap. Gaul sebati.
5. Akhir sekali, masukkan keju, kacau seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.




Nasi Goreng Keju Istimewa

Bahan-bahan
500 gm nasi
2 sdm mentega
250 gm dada ayam - dipotong kiub kecil
2 batang sosej daging
200 gm keju - dipotong kiub kecil
1 biji cili merah - dibuang biji & dihiris halus
1 biji bawang besar - dicincang
4 sdm kacang peas
4 sdm sos tomato
1 sdt garam
1/2 sdm kicap manis
1 sdt kicap cair
1 batang carrot - dipotong kiub & direbus hingga lembut

Telur Dadar Keju
50 gm parmesan cheese }
1/2 sdt garam } Campurkan semua bahan & masak seperti memasak telur dadar biasa
4 biji telur }

Cara-cara
1. Cairkan mentega, tumis bawang besar, cili merah, dada ayam, sosej & carrot hingga masak.
2. Tambahkan kacang peas, nasi, sos tomato, kicap & garam. Kacau rata.
3. Akhir sekali masukkan keju. Kacau seketika. Siap.
3. Hidangkan ketika masih panas bersama potongan nipis telur dadar keju.

Saturday, October 10, 2009

Rendang Pucuk Pegaga

Hubby keje ari ni tp 1/2 ari jer sbb ptgnya nk gi beraya kt umah adik aku kt bndr baru sg buloh..actually ni first time kami ke rumah dia...aku pn first time gak..sejak bhijrah ke KL & dia kwin, aku blom bkesempatan ke umah dia sbb takde transport sblom2 ni..skrg dh ada transport takde alasan la...lgpn dia slalu dtg umah aku time mlm bawak anak2 & my SIL jln2..anak2 dia ni mbesar dlm kete jer sbb kejap2 ajak ayahnya bawak gi jln...tgh nangis pn bleh diam bila ajak naik kete...
So tghari mmg tak masak la sbb mmg dh reserve perut utk mkn kt umah dia...dia masak nasi putih & lauk pauk apart of biskut raya...my SIL org gemas N9, so masakan yg dihidangkn msti la specialty dr sana; rendang ayam daun puding (tak ku tahu daun puding boleh wat rendang), daging salai masak lemak cili api (my feveret aku nih...pedas smpai bdesing telinga), rendang pegaga (very unique & aku sgt suka), udang + pucuk ubi kayu masak lemak tempoyak cili api (camno la ari ni aku tak asyik ulang jamban...somo eh pedeh gilo), sambal belacan (ni satu lg tp eden mmg tak sentuih ler), ikan masin (hubby yg request...adik aku pn mmg hantu dgn ikan masin ni)...humang oi, mmg kenyang giler smpai skrg... sblom blik sempat lg tapau rendang pegaga & bjaya dptkn resepi from my SIL...

RENDANG PUCUK PEGAGA
Sumber : My SIL

Bahan-bahan :-
Pucuk pegaga
Santan kelapa
Ikan bilis
Kunyit hidup
Cili api
Serai
Asam keping
Garam secukupnya

Cara-cara :-
1. Tumbuk lumat kunyit hidup & cili api atau kisar halus
2. Didihkan santan, kunyit, cili api & ikan bilis di dalam periuk
3. Bila sudah mendidih, masukkan pucuk paku, asam keping, serai dan garam secukup rasa
4. Masak sehingga kering. Siap untuk dihidang




Rendang Pucuk Pegaga
Sumber :
elaira

Bahan-bahan.
- cili api segenggam, kunyit hidup sebesar ibu jari sepanjang satu inci setengah - ditumbuk lumat.
- santan kelapa dari satu biji setengah kelapa (bergantung sebanyak mana pucuk pergaga itu) - ambil kira2 4 cawan santan sahaja - pekat.
- ikan bilis, serai 2-3 batang, daun limau purut 3-4 helai

Cara-cara.
- masukan cili dan kunyit yang ditumbuk dalam kuali, masukkan santan pekat tambahkan 2 keping asam keping, masak sehingga kuah masak dan mulai susut. Memang ia akan kelihatan seperti tidak cukup kuah, tetapi sekejap lagi nanti air dari pucuk pegaga itu akan keluar dan 'membanjiri' kuali anda huhu...
- masak lah sehingga kuah kering, masukkan ikan bilis, serai yang telah diketuk dan daun limau purut. Kacau selalu sehingga kering dan berminyak.
- siap!



Rendang Pegaga
Sumber : ninoZ

bahan-bahan:
pegaga
udang hidup [ganti udang kering pun bleh..masuk sekali dgn bahan kisar]
santan

dikisar halus: [serba sket je]
bawang merah
bwg putih
halia
lengkuas
kunyit hidup
serai
cili kering - seeded, rendam n toskan

sedikit kerisik
gula merah
garam secukup rasa

cara-cara:
1. masuk semua bahan kecuali pegaga ke dlm kuali n renih hingga pekat
2. then baru masukkan pegaga..
3. masak seketika..jgn terlampau lama or terlampau kering..bior lembab2 sket baru sedap

Friday, October 9, 2009

Pisang Goreng Keju

Hubby dh mula gi keje...nasib baik demam dia tak berpanjangan...risau gak klau dia demam...merengek2, mengada2 mengalahkan budak kecik...pisang nangka tinggal beberapa bijik jer tp dh masak sgt dh, hubby suruh goreng jer..maka terhasil la pisang goreng keju...masakan ni femes kt indonesia khabarnya (citer budak2 keje huby la...dorang kan dr indon)...aku bjaya jupe resepinyer, terus buat ari ni...lgpn dh lama 'gatal tgn' nk habiskan stok keju dlm peti ais...kt sini aku tepek resepi yg guna batter utk goreng & yg satu lg goreng bodoh @ kosong mcm tu jer...since tepung gorengan blom beli, aku goreng kosong mcm tu je la...nk bakar pn boleh pisang tu klau tanak goreng, lg menyihatkan...hubby bg tumbs up utk masakan ini...len kali boleh buat lg...blik kg next 2 weeks kna angkut pisang dr umah my parents byk2 ler jwbnya...


Pisang Goreng Keju
Sumber :
dapuranayank

Bahan:
Pisang,
1/2 cup tepung gandum
1 sdk gula
1/2 sdk garam
1 biji kuning telur
1/2 sdk baking powder
50 grm mozarella parut
bijen secukupnya
air secukupnya
cheese parut untuk taburan

Cara:
1. Campur tepung, gula, garam, kuning telur, baking powder, mozarella dan air. Gaul rata.
2. Potong pisang belah tengahnya (jgn sampai putus) isi dengan bijan
3. Celupkan pisang ke dalam adunan tepung, lalu goreng sampai garing.
4. Hidangkan panas2 dengan taburan cheese parut




pisang goreng keju...
Posted by
umiaimanzulfaqar

bahan2
~~pisang masak..pisang nangka lagi sedap ini sy guna pisang berangan jer...
~~ chedar chesse(yang dah parut)
~~ coklat rise
~~ sedikit mentega..
~~ strawberry.. klau ader.. sy xder tu tak letak..

cara2
1. Panaskan mentega dgn kuali leper..(sikit jer tau mentega tu...klau byk nanti pisang berminyak sgt...
2. Pisang di belah dua.. dan di goreng agak2 kekuningan...angkat dan tos kan..dan biarkan sejuk sekejap
3. susun dlm pinggan...taburkan cheese...dan coklat rise
4. hiaskan dgn strawberry..
5. sedia utk di makan...silakan...




PISANG KEJU
Sumber :
AG'S FOOD

Bahan :
2 biji pisang ambon, belah 2
1 sdm margarine
Keju cheddar parut secukupnya

Cara membuat :
1. Cairkan margarine di atas kuali leper
2. Goreng pisang (tanpa tepung) sampai masak dan awrna kecoklatan di setiap sisi
3. Letakkan di atas piring dan tabur keju parut secukupnya

*jika suka boleh juga ditabur sos karamel atau susu pekat manis

Thursday, October 8, 2009

Pengat Pisang + Jagung Manis

Ari ni hubby tak keje sbb tak bape sihat...demam sbb ari2 keje sejak blik dr cuti raya ari tu including ari ahad...ari sabtu & ahad tu siap jd kongsi kong (buruh kasar) lg tu gara2 nk siapkan keje dgn segera...tarikh hand over projek tu dlm minggu ni, budak2 keje pn makin bkurangan (ada yg dh bhenti, ada yg lari & ada yg pindah projek lain) sbb keje2 penting dh tak byk, yg tinggal keje2 touch-up jer...ari sabtu tu hubby duk compact jln ke kwsn masjid tu sorang2 di bawah matahari terik..blik ke rumah plak tak cukup tidur sbb sibuk duk buat report & ntah apa2 kertas keje lg..keje non-stop + tidur tak cukup = bdn pn jam, terus demam...
Kesian tengok dia mkn nasi pn mcm terpaksa telan (sakit tekak skali)...katanya mulut pahit, so ptg td blik dr keje aku buat pengat pisang + jagung...nk wat pengat taruk pisang semata mcm kosong jer, nk taruk sagu kami bdua kureng ckit...last2 taruk jagung, tu pn lps tengok kak hana masak cmtu...pisang nangka yg aku bawa dr kg ari tu msih ada lg, jagung tu aku guna jagung dlm tin mcm kak hana...thanx la kak hana sbb bg idea ni, nk mkn pengat pisang jer mcm jemu, ditambah dgn jagung manis tu, btambah2 hubby kita mkn...


Pengat Pisang Wif Jagung Manis
Sumber :
hanamemories

Bahan-bahan
•2biji pisang (bergantung pada saiz)
•1sb sagu
•1/2cwn santan(nk guna susu pun boleh)
•2sb gula perang- hana campur gula putih
•2sb sweet corn(dlm tin)
•air secukupnyer

Cara-cara
1.Masak sagu bersama air sehingga kejernihan.
2.Masukkan pisang dan biar sehingga lembut.
3.Masukkan santan,gula,jagung dan kacau sebati. Masak dgn api perlahan hingga mendidih.*hana ltk daun pandan dan bancuhan tpg gandum utk kuah pekat sedikit.
4.Sedia untuk disajikan.




PENGAT PISANG + JAGUNG MANIS
Sumber :
Am-flora

Bahan
6 biji pisang (dipotong bulat2)
1 cawan jagung manis
1-2 biji kelapa (ambil santannya)
2 ketul gula melaka
1 cwn sagu biji
Gula (secukupnya)
2-3 helai daun pandan
1sk garam

Caranya
1. Ambil santan didihkan atas api bersama gula melaka sehingga larut. (sentiasa dikacau). Masukkan jagung manis, sagu biji, garam & daun pandan biar agak mendidih dan masukkan pula pisang. Boleh tambahkan gula sedikit andai kurang manis (ikut rasa masing2)
2. Biarkan hingga mendidih dan tuutp api. Boleh dihidangkan.

Wednesday, October 7, 2009

Lakne

Balance daging wat spaghetti ari tu ada lg so cari2 la resepi nk make used daging tu...terjupe la resepi pelik nih sbb tak pernh dgr...ingatkan ladna, rupanya lakne, berbeza sungguh dgn ladna...makanan thai...aku buat yg pakai daging tp kt bawah tu aku tepek resepi lakne guna daging ayam...makanan ni lbih kurang mcm kerabu & sgt sedap...cuba la...


Lakne
Sumber :
sajionline

BAHAN-BAHAN:
200 gm daging cincang
1 labu bawang merah (hiris)
8 tangkai cili padi
2 tangkai daun ketumbar
2 sudu kicap sotong
4 sudu besar sos tiram
2 biji limau nipis
Sedikit gula

CARA MENYEDIAKAN:
1.Daging perlulah direbus terlebih dahulu. Setelah empuk angkat dan tuskan airnya.
2.Kisar cili padi dan daun ketumbar dihiris halus.
3.Gaulkan daging tadi dengan bawang merah, cili padi, daun ketumbar, gula, kicap
sotong dan sos tiram.
4.Akhir sekali, masukkan perahan limau nipis.




Lakne Pattaya
by
Zinnirah Makiko

Bahan2:
200gm isi ayam dipotong dadu
1 biji bawang besar merah dihiris
8 biji cili padi
2 helai daun limau purut dihiris
4 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk stok ayam
2 biji limau kasturi- ambil jusnya
gula secukp rasa

Cara nak masak:
Mula2 rebus isi ayam hingga masak, angkat tos airnya. Pastu campur isi ayam dgn bawang merah, cili padi dan daun limau purut. Sesudah tu, letakkan gula dan serbuk stok ayam, gaul hgga rata. Masukkan pula sos tiram, gaul sebati. Last skali perah jus limau kasturi, gaul hgga rata…

Tuesday, October 6, 2009

Spaghetti Carbonara

Udah lama nk wat spaghetti carbonara ni tp asyik tertangguh sbb hubby kureng ckit yg ada krim2 nih...tp demi mengikut selera isteri tersyg sekali sekala, ptg semlm tcapailah hasrat aku...wat ckit jer (1/2 dr sukatan) sbb tak larat la aku nk abiskan sorang2..aku tertarik dgn resepi Rozzan tp ada ckit aku adjust...aku guna daging lembu instead of ayam sbb hubby yg request cmtu..nk ganti seafood ok gak kot...sbb aku ikut resepi ni adalah krn aku pn beli sos prego tu gak...bg aku sgt sedap cuma hubby je la mcm tak berkenan jer aku tengok...klau tanak guna sos prego tu xpe gak sbb aku tepek skali resepi w/o ready-made sauce from sunkist & sy. Klau ikut mmg la byk lg resepi spaghetti ni tp yg ini2 jer yg berkenan oleh hatiku buat masa ini...


SPAGHETTI CARBONARA
Sumber :
Rozzan

Bahan-Bahan
400–500 gm spaghetti
secukup air utk merebus spaghetti
1 sudu minyak masak atau minyak zaiton

Cara-cara Memasak Spaghetti
Didihkan secukup air dalam periuk besar dan bubuh spaghetti bersama minyak masak. Masaklah sehingga ia lembut (kira-kira 13-15 minit). Kemudian buang airnya dan bilas spaghetti dgn air sejuk (air paip jer ok) lalu toskan. Ketepikan.

Bahan- Bahan Sos
2 sudu besar minyak zaiton atau mentega
1 biji bawang besar (saiz sederhana) - dihiris
2 ulas bawang putih (tumbuk)
300–400 gm isi ayam – dihiris (anak saya rekomen gunakan “turkey strips” –hirisan isi ayam belanda) * aku guna daging
1 tin krim segar (170 gm) -saya gunakan Nestle cream }
250-300 ml air } ..disatukan
2 biji telur ayam (dikocok sedikit)
2 tin sos Carbonara Mushroom jenama “Prego”
2-3 sudu besar parutan keju Parmesan
8-10 biji cendawan shitake segar (atau cendawan butang dlm tin) – dihiris
beberapa hirisan lada benggala merah/hijau (capsicum)-ni saranan anak saya
secukup lada putih serbuk
garam secukup rasa

Cara Memasak Sos
1. Panaskan minyak zaiton atau mentega dalam periuk sederhana. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga separuh layu. Kemudian, masukkan isi ayam dan masak sebentar.
2. Seterusnya, bubuh campuran air dan krim segar dan terus kacau. Masukkan pula sos Carbonara Mushroom, cendawan shitake, dan lada benggala. Teruskan kacau sehingga sosnya mendidih.
3. Kecilkan api dan masukkan telur, keju Parmesan, serbuk lada putih dan garam ke dalam sos tadi. Kacau lagi hingga sosnya sebati dan pekat.

Cara Menghidang
1) Bubuh sedikit spaghetti di atas pinggan. Bubuh beberapa senduk sos ke atasnya. Hiaslah dgn daun parsley.

Atau….

2) Masukkan beberapa senduk sos ke dalam kuali (frying pan) yg agak besar. Kemudian, masukkan pula secukup spaghetti lalu “digoreng” sebentar – lembab2 gitu. Hidangkan ketika panas. Tambahkan parutan keju lagi jika suka. Kalau nak pedas, bolehlah taburkan chiili flakes.




Spaghetti Carbonara
Sumber :
sunkist

Bahan2:
100 gram spaghetti
1 sb minyak zaitun
3 keping beef bacon - dihiris kecil2
1 biji kuning telur
15 gram keju parmesan
2 sb krim
2 sb daun parsley - dicincang
garam & serbuk lada hitam

Cara2:
1. Didihkan air di dalam periuk. Masukkan spaghetti, minyak zaitun & garam.
2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng beef bacon sehingga masak. Tutupkan api.
3. Di dalam mangkuk, satukan kuning telur, krim & keju parmesan.
4. Toskan spaghetti yg masih panas. Masukkan spaghetti ke dalam beef bacon yg telah digoreng tadi. Campurkan campuran kuning telur, krim & keju parmesan. Kacau sehingga sebati. Kuning telur akan masak dgn sendiri bila dikacau dgn spaghetti yg masih panas tadi.
5. Taburkan sedikit garam, serbuk lada hitam & daun parsley yg telah dicincang tadi. Kacau sebati. Hidangkan




Spaghetti Carbonara
Posted by
Syaliza Raihan

Bahan:
Spaghetti 1/2 packet (5 org makan)
1 1/2 kotak kecil susu segar
2 sudu tepung gandum (dibancuh air)
2 sudu besar plain yogurt
Lada hitam serbuk kasar
1 kiub ayam
1 sudu besar butter
2 sudu besar parmesan cheese (serbuk)
2 ketul bawang putih (dicincang)

Bahan optional:
Daging kisar (goreng dulu dgn sedikit minyak)
Cendawan butang (potong 2)
Mozarella cheese (jika ada)

Cara:
1- Rebus spaghetti. Sudah masak, terus basuh dgn air sejuk. Asingkan
2- Dalam mangkuk, campur susu, tepung gandum, yogurt, lada hitam, parmesan cheese. Kacau sebati.
3- Panaskan kuali, masukkan butter. Tumis bawang putih + kiub ayam.
4- Masuk bancuhan susu tadi. Atas api perlahan, pukul bancuhan dgn pemukul telur. Kacau hingga pekat. Jika terlalu pekat, tambah air masak.
5- Masuk bahan optional (jika ada). Kacau lagi.
6- Siap. Hidang dgn spaghetti.
7- Nak sedap, tabur sedikit mozarella cheese, bakar dlm microwave (medium, 4 minit). Mozarella akan menjadikan hidangan lebih cheesy.
8- Enjoy!


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).