![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjaoc7ElKNpPyraRbMNTZWO4NSgPDAXB8XPSYZb8ENl2ZKSite_KBMmDiuyykTegK1AWGzBV8PI3vBTl-dBlsUgDQNP70yXRUTHZoMdbzB4aGk2Nqf_FLMLyCDIduzMWcBhyEkukbsvI0w/s400/Welcome-to-Cerana.jpg)
Blik umah relax2 lps solat. Mlm ckit teruskn operasi buat biskut raya ke-2; biskut kelapa delima. Dh lama aim resepi mat gebu ni utk hari raya, akhirnya tercapai jua hasratku utk mbuatnya...Suka hati sgt sbb dua2 jenis biskut mjd & hubby jd tester pertama. U know what, he like thit very much...ni yg lg bsemangat nk buat biskut nih..
Pg td as usual bgn awal sbb masak utk sahur (mlm td kan buka pose kt luar so takde lauk balance...masak sempoi jer, ikan mata besar goreng & udang black pepper. Lps sahur, hubby terus ke banting. Mata aku tak ngantuk plak, so ke dapur semula bkin biskut lg (wah giler ni buat biskut...mn taknya, nk kna buat utk diedarkan kt 4 umah...my parents, my in-law, my house kt kl ni & my cousin). Buat biskut yg dh lama aku idamkan; green princess.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgOB-LDqLnyKFUq0LPFy_8fTtaZ2W4IBPchpzMHUhQPYX9_iJ67KPvSzfxfvQo5RcERScn3A2zxDBo1Wf16kEnZimTZm3huqgTLfXsesx1ss5Za9CkLFRWqeIDUPM9RGPeNOTlFcDmuhHw/s320/Dahlia04a.jpg)
BISKUT DAHLIA
Sumber : Kak Liza
Bahan
225 gm butter
110 gm gula ising
1 biji kuning telur
1/2 s/k esen vanilla
70 gm tepung jagung
120 gm tepung kastad
170 gm tepung rose/tepunng gandum
ceri merah sebagai hiasan
Cara
1. Gaulkan butter dan gula ising sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. kacau rata.
3. Ayakkan semua tepung dan masukkan dalam bancuhan butter sedikit demi sedikit.
4. Gunakan acuan dahlia dan pamkan dalam loyang.
5. Letakkan ceri merah ditengah adunan yg dipamkan.
6. Bakar dalam oven suhu 170'c selama 15 - 18 minit.
7. Sejukkan betul dan simpan dalam balang kedap udara.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh900k9_mJ6k_e1RIWz6As4he_ti-mHqzwYsVu-coqq9cGQuLEZ4-FvFrzIlx7jlOYTLJnbxqazheb9JoK0oQgpef55E745CQ1MEVX4rRhLaiWMSraHPJpBkgMBqTIsCIqjWItVQgOE8KI/s320/Step+By+Step+543.jpg)
Biskut Kelapa Delima
Sumber : Mat Gebu
Bahan Utama:-
225 g tepung jagung (cornstarch)"Brown & Polson"*
150 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
125 g gula aising
75 g kelapa kering, kisar halus
25 g serbuk badam
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
1/2 camca teh esev vanilla
155 g mentega
Untuk Hiasan:-
Ceri merah, dipotong kecil
Kelapa kering
1 kuning telur, untuk disapu
Cara membuatnya:-
1.Serbuk badam dan kelapa yang dikisar halus tadi digaul bersama2 tepung yang telah diayak. Ketepikan.
2.Dalam mixing bowl, masukkan telur, gula aising dan esen vanilla, pukul hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Peringkat ini adunan akan menjadi seakan2 serbuk roti.
3.Perlahankan speed, dan masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi hingga adunan bertukar menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Keluarkan doh dari mixer, bulat2kan dan tutup dengan tuala lembap.
4.Bahagikan doh tadi kepala 3 bahagian. Ambil satu bahagian dan canai diantara dua helai plastik menggunakan torak (alat penggelek) setebal 1/2 cm, terap ikut acuan kegemaran dan alihkan ke dulang pembakar. Buat hingga siap.
5.Sapu kuning telur, hias ceri potong dan tabur sedikit kelapa kering. Bakar pada suhu 150C selamat 10 - 12 minit. Angkat dan alihkan biskut atas jaringan. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9EHSctCEKH7wKqg_xhO1mbvgtD6BQr5NCq65Tox16rSrEQpRy2GJXckFglYOzzZuU3VMu-7BwlW2QqM3EVrXWIOkzJgwsXO9EvYMub4X0vVh0bUpTAlvNw2Z6PF6MPBwVCv-b6B1uCYA/s320/biskutgreenprincess.jpg)
BISKUT GREEN PRINCESS
sumber : majalah saji sept'07
copy dr fp kak liza
Bahan A
100gm mentega
75gm minyak sapi
60gm gula kastor
1/2 sudu kecil pewarna hijau epal
Bahan B
50gm serbuk badam
15gm tepung beras
220gm tepung gandum
Bahan hiasan :
coklat masakan putih
manik gula warna warni
Cara
1. Pukul mentega,gula kastor, minyak sapi dan pewarna hijau epal sehingga sebati.
2. Kemudian, masukkan tepung beras dan tepung gandum dan gaul sebati. Masukkan serbuk badam. Rehatkan adunan seketika
3. selepas itu, bolehlah diuli dan canai doh dan terapkan acuan
4. Bakar pada suhu 175C selama 20 minit
5. Setelah sejuk, paip atau lorek dgn coklat masakan putih dan taburkan manik gula warna warni.
No comments:
Post a Comment