- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Thursday, October 16, 2008

Hainan Chicken Rice

The last few days the internet connection was down at my office.So i can't update my blog.So today i found this recipe in the paper, made by Chef Norzailina.Even though it was quite hard to make,it's a healthy meal bcoz' we don't have to fry the chicken as usual.My husband like this kind of chicken rice.

NASI AYAM HAINAN
~ Chef Lin ~


Bahan Nasi
600 gm beras wangi, basuh & sejat
50 gm lemak ayam
2 camb air
2 cm halia } diketuk
2 ulas bawang putih }
950 ml air
1 kiub stok ayam
Daun salad, timun, tomato

Bahan Sup
2-3 liter air
3 cm halia } diketuk
4 ulas bawang putih }
1 camt garam
1 ekor ayam
Hirisan daun sup

Bahan Sos
10 biji cili merah, dibuang biji
2 cm halia
3 ulas bawang putih
2 camb sos cili
1-2 camb jus lemon/limau nipis
40 ml air rebusan ayam
Garam, gula secukupnya

Bahan Kicap
3 camb sos tiram
2 camb kicap manis
1 camb sos plam
60 ml air rebusan ayam
Garam, gula secukupnya

Cara membuat:
1. Masak lemak ayam & air di dalam kuali di atas api perlahan.
2. Biar mendidih hingga lemak ayam terbit.
3. Masukkan halia & bawang putih, goreng dalam minyak ayam hingga kekuningan.
4. Keluarkan lemak tadi, bubuh beras & garam. Kacau 2 minit.
5. Ubah ke dalam periuk elektrik. Tuangkan air & masak seperti biasa.
6. Untuk sup. Jerang air, halia, bawang putih & garam hingga mendidih.
7. Perlahankan api, masukkan ayam. Masak selama 15 minit.
8. Padamkan api & tutup periuk. Biar selama 25 minit.
9. Keluarkan ayam, rendam dalam air biasa selama 5 minit. Angkat & sejatkan.
10. Renehkan sup tadi sehingga tinggal separuh. Campurkan dengan daun sup.
11. Untuk sos. Kisar semua bahan hingga sebati.
12. Untuk kicap. Campurkan dan kacau rata-rata.
13. Potong ayam, sajikan dengan nasi, salad, tomato & timun serta sup, sos & kicap.

Nasi Ayam Hainan
oleh: queen_mother

Bahan-bahan ( 4 orang )
**Beras (jangan guna beras wangi) guna dalam 3 sukat
**1 ekor ayam
**1/2 ulas halia
**3 ulas bawang putih
**kayu manis
**Daun Pandan dan sedikit garam
>> Sos Ikan
>> 5 biji Cili Merah
>> 1 ulas Halia
>> 5 ulas Bawang Putih
>>Sedikit air perahan limau/lime
>>Gula,garam dan cuka
@1/2 ekor ayam (potong 6 ke 8 bhgn dan buang kulitnya)
@1 1/2 liter air
@1/2 bhgn kubis bulat (potong/hiris sederhana)
@2 batang carrots (buang kulit dan potong 4 ke 5 bhgn)
@1 biji kentang yang besar (buang kulit dan potong 6 bhgn)
@1 - 1.5 sudu kecik garam
@1 biji bawng besar (potong separuh)

Cara-cara
1. Untuk Nasi: Gunakan bahan2 bertanda **
2. Ayam di masukkan ke dalam air dan masak.Letakkan daun pandan dan sedikit garam untuk perisa.Jangan masak ayam terlalu lama.masak selama 20 ke 30 minit saja.Janji masak :D
3. Keluarkan ayam dari air rebusan tadi dan potong ayam beberapa bahagian (ikut suka).Ketepikan dan simpan air rebusan ayam tadi untuk masak nasi dan sup nanti.
4. Basuhkan beras hingga bersih,ketepikan sementara dan gunakan kuali untuk mengoreng halia dan bawang putih.Goreng hinga naik bau,dan masukkan bahan gorengan tadi kedalam nasi.Masukkan pula air rebusan ayam tadi kedalam beras,kayu manis dan daun pandan.Masakkan nasi tersebut.
5. Untuk Sos Cili : Gunakan bahan2 bertanda >>
6. Kisar cili merah,halia dan bawang putih dengan sedikit air.
7. Keluarkan bahan kisar tadi kedalam mangkuk dan campurkan sos ikan,cuka,garam dan sedikit gula (agak2 rasanya) Kacau dan gunakan air perahan limau/lime bila hendak makan.
8. Untuk Sup : Gunakan bahan2 bertanda @
9. Dalam bekas yang besar,didihkan air dan masukkan 1/2 ekor ayam kedalam air mendidih tersebut.Tutupkan bekas tersebut dan biarkan mendidih selama 15 minit ke 20 minit.Gunakan api sederhana besar.
10. Masukkan pula bawang besar tadi dan carrots dan biarkan lagi mendidih selama 15 minit.
11. Perhatikan air rebusan tersebut,jika berkurangan boleh tambah sedikit.Masukkan pula kentang dan biarkan juga mendidih selama 15 minit.
12. Last sekali masukkan kubis tadi dan masukkan sedikit garam untuk rasa.Biarkan kubis lembut dan tutupkan api.
13. Cara2 hidangan: Ayam untuk makan bersama nasi ayam tadi bolehlah dihidangkan kedalm pinggan dan hidangkan bersama2 timun/daun salad.Untuk perasa ayam tambahkan kicap cair dan minyak bijan diatasnya.
14. Ok dah boleh makan :D



Nasi ayam Hainan
Oleh : lynn hassan

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
1 periuk air (anggaran 6 liter)
garam secukup rasa
100gm halia diketuk

Sediakan periuk, letak air, garam, dan halia yang diketuk. Didihkan.Masukkan ayam . Masak anggaran 30 min. Angkat ayam. Rendam dalam air sejuk yang diletak ais selama 15 min. Angkat, dan toskan

Untuk Nasi :
3 cawan beras
5 1/4 cawan air rebusan ayam tadi
100 gm halia
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah kecil
4 helai daun pandan
sedikit kulit ayam (anggaran 100gm)
2 tbsp minyak masak

Cara membuatnya:
Panaskan minyak. Tumis halia yang diketuk, bawang merah, bawang putih, kulit ayam dan daun pandan sampai masak (bawang merah, halia dan bawang putih tak perlu dipotong. Masukkan sebiji2).Masukkan beras, apabila sebati dan kekuningan. Masukkan kedalam periuk nasi dan bubuh air rebusan ayam tadi.Tanak nasi.

Untuk Sup.
Air rebusan ayam tadi dididihkan. Letak 1 kuib ayam.

Untuk sos Cili
200gm Lada Merah
50gm halia
50gm bawang putih
1tbsp gula
1tsp garam
80ml jus limau nipis
1/2 botol sos thai

Blend lada merah, halia. bawang putih dan jus limau. Masakkan dalam periuk. Masukkan gula, garam dan sos thai.

Optional
Sos kicap (kalau nasi ayam hainan tak de sos kicap....tapi I suka buat..sebab ayam tu kan putih.biar meriah sikit warna dia.

2 tbsp sos tiram
2 tbsp sos cili
2 tbsp sos tomato
3 tbsp kicap manis
5 tbsp air rebusan ayam tadi
1 tsp gula

campurkan semua bahan, didihkan dalam periuk.



Nasi Ayam Hainan
~ pesonabatik ~

Bahan-bahan
1- Seekor ayam (basuh dan keringkan).
2- Secebis halia (diketuk).
3- 2 sudu teh garam.
4- Minyak bijan.
5- Seulas bawang putih (dihiris halus).
6- 2 ulas bawang merah (dihiris halus).
7- Setengah kilo beras wangi.
8- Daun pandan.
9- 2 sudu besar minyak.

Resepi kuah hitam:
Satu sudu teh gula, satu sudu teh serbuk seasoning, satu sudu teh minyak bijan, 2 camca sos soya (light), 200ml stok ayam. Campur dan kisar bahan sehingga sama rata.

Resepi kuah cili:
100g halia, 50g bawang putih, 50g bawang merah, 200g cili merah, 5 biji limau kasturi (diperah jus), gula &garam secukup rasa serta beberapa hirisan tomato. Campur dan kisar bahan sehingga sama rata.

Cara cara:
1. Panaskan air (sebanyak yang boleh dimuat seekor ayam) dalam periuk sederhana besar. Masukkan cebisan halia yang diketuk dan garam secukup rasa. Biarkan air perlahan lahan mendidih.
2. Perlahankan api dan masukkan ayam. Biarkan ayam dipanaskan dalam api yang sederhana perlahan selama 45 minit.
3. Keluarkan ayam dan rendam ayam di dalam air sederhana sejuk selama kira kira 20 hingga 30 minit. Buang air sejuk selepas ayam disejukkan, sementara air didih ayam tadi disimpan.
4. Sapu ayam tersebut dengan minyak bijan. Letak ke tepi ayam.
5. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk. Tumis bawang putih dan bawang merah yang dihiris sehingga berbau harum. Tambahkan beras dan gaul sehingga rata.
6. Pindahkan nasi yang ditumis bersama bahan bahan tadi ke dalam periuk nasi. Masukkan air didihan ayam yang digunakan sebelum ini. Masuk daun pandan. Biar sehingga nasi ayam masak.
7. Potong ayam kepada beberapa bahagian, mengikut citarasa dan kesesuaian.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).