- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Thursday, October 30, 2008

Nasi Minyak

Last night i called my mom to get some of her recipes. Since my husband asked me to make 'nasi minyak',i tried to 'korek' my mom's secret recipe.Even though she said just 'campak2' all the ingrediants & the ingrediants were so simple,but her recipe was so ez to follow & the main thing is it was my all time favorite.After this i'm thinking of seeking 'nasi minyak' recipe from my uncle.He was a good cook especially nasi minyak.During festive season, kenduri or any special ocassion near our place,even during my wedding day,he's going to be the chef.When one mention nasi minyak,everyone will remembered his name, ayah long.But he'll use tomato sauce in his cooking & one thing for sure he'll use only one brand 'del monte'.If other people prepare other kind of tomato sauce,he'll buy it on his own.That was his secret recipe.Why?May be bcoz' that tomato sauce tasted like original tomato.I tried to taste the sauce.It was really awful.It can't be eaten raw like we eat maggi tomato sauce.It only suitable to use as a cooking ingrediant.

This is the tomato sauce used by my uncle.


Nasi Minyak
- My Mom's Recipe -

Bahan-bahan :
500 gram beras
2 labu bawang besar - dimayang/belah 4
1 inci halia - diketuk
Kayu manis
Buah pelaga
Bunga cengkih
2 camb minyak sapi/minyak biasa
2 camb marjerin/mentega
1/2 cawan susu sejat/cair
3 cawan air
Garam secukup rasa
Daun pandan

Cara-Cara :
1. Bersihkan beras dan toskan airnya.
2. Panaskan minyak & mentega dan tumiskan bawang besar, halia bersama kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan daun pandan.
3. Masukkan beras ke dalam periuk tumisan, kemudian masukkan air dan susu serta garam.
4. Tutup periuk tetapi hendaklah dikacau sekali sekali dengan api perlahan.
5. Selepas masak dan sedia untuk dihidangkan, taburkan kismis di atasnya.



NASI MINYAK
- Kak Liza -

[untuk 6 orang makan]

Bahan A
500 gm beras bathmati [basuh dan toskan]
500 ml air
1/2 cawan susu cair
3 s/b minyak sapi
1/2 kiub ayam + 1/2 cawan air atau 1/2 cawan stok ayam
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
sedikit carrot [potong dadu kecil]
garam

Bahan B
daun ketumbar hiris sedikit warna kuning dan biarkan se
pewarna kuning

Cara
1. Masukkan semua bahan A kecuali beras dalam periuk rice-cooker dan masakkan sehingga mendideh.
2. Bila mendideh masukkan beras dan kacau rata.
3. Alihkan periuk dalam tempat rice-cooker dan masak saperti nasi biasa.
4. Bila telah masak, masukkan warna kuning dan taburkan daun ketumbar. Biarkan sekejap.
5. Hidangkan.



NASI MINYAK ISTIMEWA

Bahan-bahan
2 camca besar minyak sapi
2 camca besar mentega atau marjerin

A
2 labu bawang besar, dicincang halus
3 ulas bawang putih, dicincang halus
2 cm hala, dicincang
4 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 kelopak bunga lawang
3 biji buah pelaga, dititik
3 cawan air
½ cawan Krimer Sejat Rendah Lemak IDEAL
500 gm beras basmati, basuh & tuskan
3 camca teh Serbuk Pati Ayam MAGGI

B
¼ cawan bawang goreng
¼ cawan kismis
1 biji hirisan cili merah
daun pudina

Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak sapi dan mentega tumis bahan A hingga wangi.
2. Masukkan air, Susu Sejat dan beras.
3. Masukkan Pati MAGGI dan masak nasi bertutup hingga air kering dan nasi masak.
4. Taburkan bahan B sebagai hiasan




Nasi Minyak
Sumber; Sajian Di Perantauan

Bahan-bahan:
2 cawan beras
2 cawan air
1/2 cawan susu segar
1 senduk minyak sapi
*2 labu bawang besar (hiris)- guna 1 1/2
*2 ulas bawang putih- tumbuk
*2 cm halia - tumbuk
garam , lada putih, serbuk kunyit
*3 kuntum bunga cengkih, bunga lawang,buah pelaga
*2 in kulit kayu manis

Hiasan
1/4 cawan kismins
1/4 cawan bawang goreng
2 sb gajus atau badam panggang

Cara
1. Panaskan minyak sapi. Tumis * hingga rempah penimis bau wangi.
2. Masukkan beras , kacau sebentar hingga rata. Masukkan air panas, susu, garam, lada putih dan kunyit, tutup periuk dan masak spt biasa.
3. Sebaik sahaja airnya kering, kecilkan api.masukkan kismis dan karih nasi dg perlahan - kismis mama tabur masa hidang
4. Taburkan bahan hiasan masa hidang.

Tip memasak nasi minyak dan beriani yang baik:
1.Sukatan air (tak termasuk susu) adalah sama dengan beras (1:1)
2.Supaya nasi tak mentah, pastikan periuk ditutup rapat agar wapnya tak terlepas. Caranya selepas mengarih nasi, tutup atas periuk dgn aluminium foil dulu,barulah tudung periuk.Kemudian letak pemberat atasnya spt lesung.Jgn dibuka periuk shingga nasi cukup masak.
3.Nasi jgn dikarih berlebihan agar butir beras tidak patah.



Nasi Minyak

Bahan-bahan

Bahan untuk nasi
5 cawan Beras wangi ( kalau tak ada beras biasa pun boleh)
1 cawan susu cair (condense milk pun boleh tapi kena campur dgn air ½ cawan susu + ½ cawan air, nanti manis sangat nasi tu)
5 - 6 cawan air rebusan ayam atau daging (lebihkan air kalau beras yang jenis keras sikit, kurang kalau beras lembut)
Garam secukup rasa.

Bahan untuk menumis
2-3 ulas bawang merah dihiris nipis-nipis
2 ulas bawang putih juga dihiris nipis
1 inci halia dihiris halus
1 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
3 inci kulit kayu manis
3 sudu minyak sapi (ghee)
2 sudu margerin atau butter
1 sudu minyak masak biasa (minyak kelapa atau soya atau apa2 lah)
Daun pandan 2 helai kalau ada.

Bahan untuk hiasan
Kismis
Badam
Gajus
Bawang goreng
Hirisan daun bawang dan daun sadri

Cara memasak
1. Cara membuat air rebusan ayam atau daging.
2. Ayam/daging di basuh dan di potong
3. Rebus dengan air sehingga air mendidih. Masukkan sedikit garam.
4. Kandungan air mestilah cukup untuk nasik seperti di atas (kat bahan2 tu !)
5. Ambil air sahaja untuk nasi. Kalau ayam yang digunakan, ayam boleh diperap dengan kicap dan sedikit gula atau madu. Kemudian di goreng jadikan ayam berkicap, sedap dimakan dgn sos.
6. Kalau daging sama jugalah, perap dengan kicap dan kemudian masak sampai daging empuk, masukkan gula sikit, ubi kentang yang dipotong nipis membulat. Masukkan daun bawang dan hirisan bawang besar.

Cara nak masak nasi
1. Basuh beras dan toskan. Kalau nak guna rice cooker, masukkan beras yang telah ditoskan tu ke dalam rice cooker.
2. Panaskan minyak (yang tiga jenis tu) di dalam periuk
3. Masukkan bahan-bahan tumisan (bawang merah, bawang putih, rempah2 etc.)
4. Kalau ada daun pandan masukkan sekali.
5. Bila bawang dah kuning, garing sikit, bau pun dah naik, masukkan air rebusan dan susu
6. Masukkan kan garam secukup rasa. Kalau air rebusan dah di tambah garam, kurangkan garam dalam nasik ni.
7. Kacau selalu, bila dah mendidih, angkat dari dapur dan masukkan ke dalam rice cooker yang berisi beras. Masak macam biasa masak nasi.
8. Bila nasi dah kering, kacau dan lihat samada lembut atau masih keras. Kalau agak keras atau nak lembutkan lagi, masukkan air rebusan atau air panas biasa ke dalam rice cooker dan tutup hingga masak.
9. Kalau tak pakai rice cooker, sampai kat step 7 di atas, masukkan beras yang ditoskan tadi ke dalam periuk. Kacau, rasa garamnya dan tutup. Api biar sederhana, nanti yang bawah akan hangit dan yang atas masih mentah.
10. Biarkan nasi kering. Kacau dan kecilkan api. Biar sampai nasi masak.

Untuk hiasan
Hirisan badam dan gajus di goreng hingga kuning.
Kismis boleh digoreng atau tidak di goreng
Bawang merah di mayang nipis dan di goreng
Daun sadri dan daun bawang di hiris halus.

Bila nasi dah masak sempurna, sendukkan ke dalam pinggan dan taburkan bahan-bahan hiasan.



NASI MINYAK

Bahan-bahan:
2 mangkuk beras
2 mangkuk air
cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang ( serba sikit untuk menumis) (A)
bawang putih .... 3 ulas }
halia....................satu inci setengah } blend hingga halus (B)
bawang besar......setengah biji }
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar minyak sapi atau margarine
garam & perasa
susu segar l cawan

Cara membuat:
1. panaskan periuk, masukkan minyak dan minyak sapi/magarine
2. masukan bahan (A)
3. tumis bahan (B)
4.setelah naik bau masukan air semangkuk, garam/perasa dan susu segar
5.masukan beras, tutup periuk, sampai masak.
(boleh masak dalam rice cooker.....kalau hendak masak lebih gandakan bahan diatas



Nasi Minyak
Sumber: Buku Resipi Selera Perantau

Bahan-Bahan:
¼ cawan minyak sapi
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 labu bawang besar (dihiris)
4 kuntum bunga cengkih
2.5 sm kulit kayu manis
6 biji buah pegaga 6 biji lada putih atau lada sulah (ditumbuk)
2 cawan beras
2 cawan air
1 cawan susu cair
½ camca kecil serbuk kunyit
½ cawan kismis

Cara:
Goreng bawang besar dan bawang putih dengan minyak sapi hingga kuning. Campurkan rempah-rempah kecuali kunyit. Biarkan selama lima minit. Masukkan beras, air, susu cair dan kunyit. Kacau kemudian ditutup dan biarkan hingga kering. Masukkan kismis dan kacau hingga rata. Hidangkan dan tabur bawang merah yang telah digoreng ke atasnya.



NASI MINYAK DAN ACAR DARAT

Nasi Minyak

Bahan :
2 tin susu beras basmathi (basuh dan tos)
1 1/2 tin air
1/2 tin susu evaporated (susu cair), dicampurkan dengan 1 sudu besar orange Sunquick
1 senduk minyak sapi
2 biji bawang besar, hiris bulat
1/2 cawan raisin
1/2 cawan biji gajus atau badam (ikut pref.. nak letak dua-dua pun boleh)
sedikit pewarna kuning
rempah tumis
2 helai daun pandan, simpulkan

Bahan diblend :
3 biji bawang putih
4 biji bawang merah
seketul halia

Cara:
(Masak menggunakan electric rice cooker)
1. Letak periuk atas api.
2. Panaskan minyak sapi. Bila panas, masukkan rempah tumis. Wangi sikit, masukkan bahan diblend. Kacau hingga naik minyak.
3. Masukkan air dan susu yang bercampur dengan orange tadi. Masukkan daun pandan. Biarkan hingga mendidih.
4. Pindahkan periuk ke rice cooker.
5. Masukkan beras dan biarkan hingga nasi kering
6. Renjiskan pewarna kuning, masukkan raisins dan badam.
7. Biarkan sehingga nasi masak betul barulah dikacau. Nanti nasi akan jadi dwi warna - putih dan kuning.

Acar Darat

Bahan :
1 biji nenas
2 biji timun
2 biji cili merah
2 biji bawang besar
1 sudu besar udang kering, rendam dalam air panas dan tumbuk
sedikit garam, sedikit gula

Cara :
1. Buang kulit nenas, potong dan hiris keping-keping kecil
2. Basuh timun, belah 4 dan hiris nipis-nipis
3. Hiris cili merah
4. Hiris bawang besar
5. Dalam mangkuk salad, campurkan semua bahan dan letak garam/gula
6. Sejukkan dalam fridge sebelum di makan.



Nasi Minyak
Pengirim: Maya

Bahan-bahan :
700 gram beras
100 gram bawang besar dihiris
50 gram halia dihiris
50 gram bawang putih dihiris
30 gram daun pandan
Kayu manis
Buah pelaga
Bunga cengkih
200 gram minyak sapi
300 gram susu segar
Garam secukup rasa

Cara-Cara :
1. Bersihkan beras dan toskan airnya.
2. Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang besar, halia, bawang putih bersama kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan daun pandan.
3. Masukkan beras ke dalam periuk tumisan, kemudian masukkan air dan susu segar serta garam.
4. Tutup periuk tetapi hendaklah dikacau sekali sekali dengan api perlahan.
5. Selepas masak dan sedia untuk dihidangkan, taburkan kismis di atasnya.



NASI MINYAK BERKISMIS

Bahan - bahan
700 gram beras
100 gram bawang besar dihiris
50 gram halia dihiris
50 gram bawang putih dihiris
30 gram daun pandan
Kayu manis
Buah pelaga
Bunga cengkih
200 gram minyak sapi
300 gram susu segar
Garam secukup rasa

Cara membuatnya
•Bersihkan beras dan toskan airnya.
•Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang besar, halia, bawang putih bersama kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan daun pandan.
•Masukkan beras ke dalam periuk tumisan, kemudian masukkan air dan susu segar serta garam.
•Tutup periuk tetapi hendaklah dikacau sekali sekali dengan api perlahan.
•Selepas masak dan sedia untuk dihidangkan, taburkan kismis di atasnya.



Nasi Minyak
- jamd -

Bahan2 :
1. minyak sapi - cap lembu & chap ghee QBB
2. bawang merah, bawang putih, kayu manis, bunga lawang, bunga pelaga, bunga cengkih
2. susu cair - satu tin
3. F & N oren - 1/4 botol besar
4. pewarna...kalau suka
5. Tomato
6. daun sup dipotong halus
7. jagung dalam tin...nie opptional
8. bawang goreng merah
9. kismis

Cara2
1. blend bawang outih & merah...pastu tumiskan dgn minyak sapi...masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga pelaga & bunga cengkih
2. pastu masuukkan ke dalam nasi yang telah dibilas....tambahkan susu cair. Susu cair tak payah letak satu tin....1/2 tin cukup kalau makan untuk 10 orang....1/4 botol oren F & N...& pewarna....selalu letak inci oren, jagung tin...tak yah byk le agak2 1/2 tin cukup......kalau air tak cukup tambahkan air ...pastu masukkkan dalam rice cooker...selalu sukatan jamd ikut jari je...ikut petua org lama....tak pernah pun ikut bekas nasi rice cooker tu...
3. bila nasi dah masak boleh masukkan tamoto & gaul sebentar
4. Bila nak hidang taburkan daun bawang, daun sup & kismis...




Nasi Minyak Simple
- sudipkayu -

Bahan2:
3 cawan beras Basmathi(rendam 1/2 jam kemudian turas air)
4 biji bwg merah (hiris halus)
2 biji bwg putih (hiris halus)
1/4 cawan minyak masak
2 biji bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
2-3 biji buah pelaga
2-3 biji cengkih
1 sudu kecil jintan manis
1/2 biji tomato (buang biji, hiris kecik2)
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara2;
Aku citer camner aku wat yer. Masak nasik ni pakai periuk nasik elektrik biasa tu. Tapi masa nak tumis bahan2 tu...keluarkan periuk dan tenggek periuk tu atas api (jgn ko hangkat dgn tempat masak tu sekali pulak!).Panaskan minyak tu dlm periuk, kemudian tumisla bwg merah, putih,bunga lawang,kulit kayu manis, buah pelaga,cengkih & jintan tu semua.Bila bwg dah agak garing, masukkan la beras yg dah rendam dan tapis tuh. Kacau2 pelan sampai rata minyak kesegenap beras. Jangan kacau ganas2 nanti beras patah, nasik tak cun kang.Kemudian buh la air dlm 1/2 tinggi dari tinggi beras. Sukat pakai tgn jer ok.Masukkan garam dan tomato yg dah dihiris tu. Matikan api. Kemudian angkat periuk tu masukkan dlm periuk nasik utk msak secara elektrik pulak. Bila dah masak tu..biarkan dulu nasik tu.Jangan bila lampu periuk tu mati terus kacau. Lepas 10 minit baru buleh kacau. Gembur2kan mcm biaca ok!



NASI MINYAK

Bahan-bahan:
500 gm beras (dikosek & ditoskan )
2 kuntum bunga cengkih
2 sudu minyak makan
3 biji buah pelaga
185 gm minyak sapi
660 ml air rebusan daging lembu
5 cm kulit kayu manis
2 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah

Bahan Giling:
2 sudu lada sulah
1.2 cm kunyit hidup
1.2 cm halia
1 sudu garam

Cara:
1. Pijarkan minyak & minyak sapi bersama-sama dalam sebuah periuk besar. Masukkan semua rempah kering & tumis hingga wangi.
2. Masukkan bahan giling & tumis hingga keluar minyak. Kecilkan api & masukkan beras. Masaklah selama 3-5 minit,hingga tergaul rata.
3. Kecilkan api lagi. Masukkan air rebusan. Biarkan hingga mendidih & teruskan memasak selama 5 minit.Kacau rata-rata & kecilkan api.
4. Tanakkan dengan bertutup hingga nasinya masak & kering. Angkat dari api & kerah sedikit dengan garpu untuk menggemburkan nasi itu.
5. Isikan ke dalam pinggan & hidangkan panas-panas dengan kuah kari & acar atau cutni.



Nasi Minyak
Sumber : Resepi Tradisional Keluarga

Bahan-bahan
1/4 cawan minyak sapi
2 biji bawang putih dicincang
2 biji bawang besar dihiris
4 kuntum bunga cengkih
2 inci kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
6 biji lada putih, ditumbuk
2 cawan beras
2 cawan air
1 cawan susu cair
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 cawan kismis
Bawang goreng
Buah badam

Cara Membuatnya
1. Goreng bawang besar dan bawang putih dengan minyak sapi hingga kuning.
2. Campurkan rempah-rempah kecuali kunyit. Goreng selama 5 minit.
3. Campurkan beras, air, susu cair dan kunyit.
4. Kacau, kemudian ditutup dan biarkan sampai kering.
5. Masukkan kismis, dikacau rata dan ditanak semula hingga masak betul.
6. Bila telah masak dan hendak dihidang, taburkan ke atasnya dengan bawang goreng dan buah badam.




Nasi Minyak Yanti
Sumber : Yanti Mahram

Bahan-bahan (untuk Nasi)
7 cawan* beras basmathi
1 cawan ghee (minyak sapi)
4 sekawan – utk menumis
4 ulas bawang putih -hiris halus
10 ulas bawang merah - hiris halus
Halia – sebesar ibu jari tgn - hiris halus
Segenggam gajus – digoreng kekuningan
Segenggam raisins – digoreng smpai gelembong
10 cawan air
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan – utk mewangikan nasi
Secubit koma koma (saffron)-kalau tak ada pun takpa
Susu cair ½ cawan
Susu masam (tairu)½ cawan
Pewarna kuning – kalau kt kedai India, tanya utk nasi beryani
(*cawan = cawan pot nasi yg biasa tu)

Cara-caranya
1. Panaskan minyak sapi, tumiskan bahan hiris bawang beserta 4 sekawan sampai berbau harum.
2. Masukkan air , hirisan halia, tairu, daun pandan dan garam sekucup rasa (biar kurang garam takpa) tunggu air hingga mendidih masukkan beras dan kacau rata .
3. Tunggu sehingga air hampir nak kering (sehingga nasi separuh masak-macam biji limau), kecil kan api cepat cepat.
4. Kemudian masukkan pewarna sedikit + dgn susu cair tadi (3 sudu je) caranya…buat 3-4 lobang dan curahkan pewarna tadi tu sikit2. Masukkan..ulanglah sampai abis, taburkan koma-koma kt atas nasi.
5. Tutup periuk nasi rapat2 dengan daun pisang supaya haba tak keluar dan taruh pemberat atas tudung periuk eq lesong batu ke, batu bata ke. Jaga api, biar ia kecil, kalau tidak hangit.
6. Setelah masak, taburkan bawang goreng,kismis goreng & gajus goreng tadi semasa nak menghidang.

Nota :-
Tapi kalau pakai rice cooker letrik pun boleh, tumis bahan2 tu dalam kuali , kemudian masuk dalam rice cooker, masuk air , tairu, daun pandan, garam seperti biasa. Bila nasi dah nak masak baru masuk pewarna & bawang goring.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).