- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Sunday, October 19, 2008

Nasi + Belacan

Weekend.My husband's turn to cook.My husband makes nasi goreng belacan for me today.



NASI GORENG BELACAN


bahan-bahannya:
nasi putih 1 mangkuk
2 ulas bawang merah-mayang
1 ulas bawang putih- mayang
secubit ikan bilis
i sudu besar cili api yang diblend dgn belacan
telur sebiji
daging: lembu ker, ayam ker, sotong ker, udang ker... tak kisah

cara-caranya:
1. panaskan minyak dalam kuali
2. tumis bawang putih n merah sampai naik bau. masukkan cili api+belacan. masukkan daging. kasi daging masak. masukkan telur. lepas tu, masukkan nasi. dah masak boleh didang. hidang dengan daun salad ker, tomato ker,

notes: sesuai utk org tak makan sayur



Nasi Goreng Belacan
Kiriman: norhidayah


Bahan-bahan:
10 tangkai cili hidup
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
sedikit belacan(bakar dulu sampai wangi)
ikan bilis(suka ati la)
nasi(untuk 2-3 orang)
1 biji telur
sayur sawi(sape suke sayur letak la bebayk)
3 sudu sos tomato
kicap sesedap rase
garam sikit jer..sbb dah masin

Cara-cara:
1. Memula.gorengkan ikan bilis.dah garing.Angkat
2. Tumbuk bawang merah,bawang putih, cili dan belacan
3.Tumiskan bahan2 yg da ditumbuk tadi sampai garing and wangi..selagi x wangi tumis lagi..
4.masukkan sos tomato,garam dan kicap
5.tumis lagi
6.masukkan nasi and gaul rate
7.Masukkan telur
8.masukkan sayur sawi.
9. pastuh masukkan ikan bilis yg dah digoreng.gaul secukupnyer




Nasi Goreng Belacan Seafood
Kiriman: Norazita bt Samsudin


Bahan-Bahan:
4 biji cabai hijau
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit daging ayam (dipotong kecil)
5 ekor udang
3 ekor sotong (dipotong kecil)
1 mangkuk besar nasi putih
2 sudu besar sos tiram
sedikit belacan
garam secukup rasa
satu sudu kecil serbuk sup
2 sudu kecil gula
sepotong kobis bunga
sedikit minyak masak

Cara:
1. Tumbuk cabai,bawang merah dan putih serta belacan.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan2 ditumbuk ke dalam kuali.
3. Masukkan daging ayam,udang dan sotong.Biarkan ia dimasak sebentar.
4. Campurkan sos,garam,serbuk sup dan gula.Tunggu sehingga 3 minit.
5. Masukkan nasi serta sayur dan hidang.





Nasi Goreng Belacan Special
oleh: nor_67


Bahan-bahan ( 5 - 6 org makan )
2 mangkuk nasi putih (yg telah sejuk)
7 biji cili api hijau (kalau nak lebih pedas guna yg warna merah)
1 labu bawang besar
50 gm udang kering (dibersihkan dan direndam)
belacan sebesar ibu jari
3 ulas bawang putih - diketuk
garam dan gula secukup rasa

Untuk daging goreng:
300gm daging - dipotong kecil2
3 sb kicap
1 sk serbuk kunyit
1/2 sk serbuk lada hitam
sedikit garam dan gula
4 biji telur- 1 bji utk dimasukkan kedalam nasi dan 3 biji lg utk di buat telur dadar
daun salad
cili api sebagai hiasan( juga utk menambahkan pedas)
sedikit minyak utk menggoreng daging dan nasi

Cara-cara
1. Daging Goreng: Panaskan sedikit minyak (lebih kurang 3 sb) dan masukkan daging. Kacau seketika dan masukkan kicap, serbuk kunyit, serbuk lada hitam, gula dan garam. 2. Masukkan sedikit air(melitupi daging dalam kuali) dan goreng hingga kering.
3. Dadar telur: Pecahkan 3 biji telur ke dalam mangkuk. Panaskan frying pan, masukkan sedikit adunan telur dan goreng hingga telur masak(kekuningan). Angkat dan gulung. Ulang sehingga habis kesemua adunan telur. Apabila dadar telah sejuk bolehlah dipotong nipis2.
4. Nasi Goreng: Blend cili api, bawang besar, udang kering (bersama air rendaman) dan belacan sehingga lumat.
5. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak( lebih kurang 3 sb) dan masukkan bawang putih yg telah diketuk. Goreng hingga wangi dan kekuningan.
6. Masukkan bahan2 yg telah diblend dan goreng hingga kering sedikit dan masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukkan telur dan kacau rata.
7. Masukkan nasi dan goreng sehingga nasi masak. Hidangkan panas2 bersama daging goreng, telur dadar yg telah dipotong nipis dan daun salad. Bagi yg suka makan pedas2 bolehlah diitambah cili api tambahan
8. Selamat mencuba, walaupun nampak cerewet, insyaALLAH sedap..




Nasi Goreng Belacan
Kiriman: leeyza


Bahan-Bahan:
1 potong belacan ( ikut suka )
30 biji cili padi ( ikut pedas )
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Kicap secukup rasa
Garam secukup rasa
Nasi ( satu periuk -ikut suka)
3 biji telur ( didadar dan hiris halus )

Cara:
1. Tumbuk lumat semua bahan A. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi dan garing. Masukkan kicap dan garam.Kacau rata.
2. Akhir sekali masukkan nasi yg telah diramas dan telur hiris, goreng hingga sebati.




Nasi Goreng Belacan Best
Kiriman: DaunPudina


BAHAN A
3 ulas Bawang Putih
4 ulas Bawang Merah
3 biji Cili Merah
3 biji Cili Api
Setengah camca teh belacan

BAHAN B
2 ekor Ikan Goreng
sesudu besar Udang Kering
1 biji Telur
Nasi Putih
Gula
Garam
Serbuk Perasa
Minyak Masak

Cara:
1. Tumbuk bahan A dan asingkan. Kemudian tumbuk bahan B dan asingkan.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan A biarkan sehingga naik bau, kemudian masukan bahan B, kacau sehingga naik bau dan masukkan nasi, ketika mengoreng pastikan nyalaan api tidak terlalu kuat. Buat lubang pada tengah nasi dan tuang sedikit minyak dan masukkan telur biarkan sekejap dan kacau telur bersama nasi. Siap untuk dihidangkan

Cadangan Hidangan:
Bolehlah dihidangkan bersama keropok.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).