- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Wednesday, October 22, 2008

Variety Of Ketupat Daun Palas




Ketupat palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya. Berbeza dengan ketupat daun atau ketupat nasi ialah dari segi bentuk, saiz, penggunaan daun untuk membalut dan beras. Ketupat daun atau ketupat nasi, dianyam berbentuk empat segi ataupun berbentuk bawang yang menggunakan daun kelapa. Bentuk ketupat palas pula berbentuk tiga segi. Penggunaan beras sebagai isi atau inti ketupat juga berbeza. Beras yang digunakan untuk ketupat palas ini ialah beras pulut, manakala isi ketupat daun menggunakan beras nasi, iaitu beras yang digunakan sebagai makanan harian.

Di kalangan penduduk utara Semenanjung Malaysia, sekiranya ikatan dan balutan ketupat palas yang kemas dan tidak kemas dapat membezakannya iaitu ada jantan dan betina. Ketupat palas jantan mempunyai isi atau pulut lebih dibahagian akhir balutan, serta ikatan dan balutannya yang kemas. Manakala, ketupat palas betina, saiznya kecil dan tidak mempunyai isi atau pulut lebih dibahagian ikatan atau balutan, serta tidak mempunyai ikatan dan balutan yang kemas. Namun, ini hanyalah sebagai satu gurauan atau sendaan sahaja, agar balutan yang dibuat supaya kemas, rapi dan mengikut tradisi. Cara pemasakan ketupat palas atau ketupat pulut, boleh dilakukan secara kukus ataupun rebus.

Ia enak dimakan dengan rendang ayam mahupun rendang daging.





That was a little bit of 'ketupat palas''s history. Last hari raya my brother's gf sent some ketupat pulut wrapped in daun palas.My mom & me used to make it during last raya.It's quite ez to make but it took long time to wrap it as both of us have no skills.It was so tiring.My mom said it was the first & the last she made it.Better buying it since not all her children like to eat it.
I understand that kelantanese love to eat sweet ketupat.They add in sugar in it.While we love it sugarless since we eat it with rendang.& if not mistaken,northernese put variety of filling into it, such as red bean, green bean, coconut, sweet corn, etc.& one more thing,we love to fry it b4 eating.


Ketupat Daun Palas


Bahan bahan (ingredients):
4 tin susu beras pulut
1 biji kelapa (ambil santan pekat)
Sedikit garam
Daun palas secukup kegunaan

Cara-cara (Method):
1. Beras pulut dibersih, kemudian direndam, dibasuh dan toskan airnya. Setelah itu dikukus separuh masak.
2. Angkat & gaulkan dengan santan yang dicampur garam, kukuskan semula. Bila pulut telah masak angkat & sejukkan setelah itu bungkuskan didalam daun palas & rebus didalam air panas yang telah mendidih sehingga cukup tanak.
3. Setelah itu keluarkan & gantungkan supaya sejuk.

Cara Hidangan: Potongkan dan hidangkan bersama rendang daging @ ayam.




Ketupat Daun Palas
Sumber: Majalah Wanita Januari 2000


Bahan-Bahan:
1 gantang beras pulut
4 biji kelapa atau 3 kg santan
½ kg kacang mentah
3 jantung jagung (jika mahu)
Daun palas secukupnya

Cara:
1. Basuh beras pulut bersih-bersih dan tuskan.
2. Perahkan kelapa dan ambil santan pekatnya.
3. Setelah itu, masukkan santan ke dalam periuk dan sedikit garam, kacau sampai mendidih.
4. Masukkan pulut dan kacau sehingga sebati dan menjadi setengah masak.
5. Angkat dan biarkan selama 15 minit sehingga sejuk.
6. Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam daun palas dan dianyam sehingga menjadi bentuk tiga segi.
7. Rebus ketupat daun palas yang sudah dianyam di dalam periuk yang telah diisi air pada paras separuh periuk dan rebus sehingga airnya kering.
8. Jika hendak memasukkan kacang atau jagung, hendaklah direbus terlebih dahulu bahan-bahan tersebut. Apabila pulut hampir setengah masak, masukkan kacang atau jagung tadi, kemudian kacau sampai sebati.
8. Bolehlah dihidangkan dan enak dimakan bersama rendang atau kari daging pekat.




Ketupat Daun Palas Versi Kelantan
- Chetam -


Bahan-bahan
2 kilo pulut
3 biji kelapa - diambil santan atau beli 1 kilo santan segera
Garam dan gula secukup rasa.

Cara
1. Pulut direndam semalaman. Boleh juga rendam sebelah pagi dan diguna sebelah petang. Kukus pulut sahaja. Dah masak, angkat. Gaul pulut dengan santan. Kacau rata. Santan telah dimasukkan dengan gula dan garam terlebih dahulu.
2. Bungkus pulut dalam daun palas hingga habis. Sediakan periuk. Lapian bawah sekali diletak saki baki daun palas yang tidak diperlukan lagi. Tujuannya adalah untuk mengelakkan ketupat dari menjadi hangit. Letak ketupat palas di atasnya. Masukkan air. Pastikan tuang air sehingga separuh dari tinggi ketupat. Rebus ketupat sehingga air menjadi kering. Siap untuk dihidang.




KETUPAT JAGUNG
- mariamsayutiy -


Bahan-bahan
1 Kg Beras Pulut
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1/2 kg santan pekat
Air
Jagung
Daun pandan

Cara-cara
-Beras pulut dibasuh hingga bersih..tak perlu rendam.
-Masukkan beras pulut, santan, gula,garam,daun pandan dan air(ikut paras pulut)
-Bila pulut dah setengah masak, masukkan jagung dan kacau.
-Kecilkan api supaya pulut tak berkerak.(boleh letakkan tudung periuk yg dh lama untuk lapik periuk tu supaya pulut tak berkerak..mariam buat mcm tu.. )
-Angkat bila pulut dah 3/4 masak, jangan terlalu masak nanti susah nak balut sebab pulut akan melekat dekat tangan.
-Balut ngan daun palas, kemudian bila dah habis balut, masukkan dalam periuk,letak air sama paras ngan ketupat. Rebus ketupat hingga air kering (letakkan daun palas yg lebih di bawah periuk sblm masukkan ketupat tu, supaya tak hangit nanti...)




Ketupat Pulut


bahan-bahan
2 cawan beras pulut [basuh dan toskan)
8 cawan santan [1 biji kelapa]
garam secukupnya
daun pandan disimpulkan
kelonsong ketupat

Cara
1. Toskan pulut dan masukkan dalam kelonsong sehingga penuh. Buat sehingga habis pulut.
2. Panaskan santan, daun pandan dan garam sehingga mendideh.
3. Masukkan ketupat yg berisi beras dan kacau sekali sekala.
4. Biarkan sehingga santan kering dan angkat ketupat dari periuk dan gantungkan.
5. Bila cukup sejuk barulah dipotong dan hidangkan dengan rendang atau serunding.

——————————-
beras pulut tu direndam……lps tu di kukus………
selepas masak tu campurkan santan yg dimasukkan dgn garam…….lps gaul rata kukus sekali lg……
lps tu baru bungkus dgn daun palas……siap jer rebuskan ketupat td…………



Ketupat Pulut Perantau


Masak pulut ngan santan half cook then tekan dalam pinggan pelengat…dan lengat or kukus….mcm ni pun ok

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).