- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Sunday, October 4, 2009

Happy 1st Aniversary ; Tahun Masihi - Nasi Dhal, Daging Hitam Berempah, Acar Nyonya & Sirap Bandung Soda

Happy 1st wedding anniversary...ceh, tamak btul aku, 2 kali nk sambut...actually klau ikut bln masihi, wedding anniversary aku ari ni; 4 okt...nasib la jatuh pd ari tak keje...takde buat aap2 sambutan pn sbb poket dh kosong..duit byk guna utk raya ari tu, gaji pn blom...setakat ni blom ada apa2 plan nk gi mn2, so pg2 td dh start bperang kt dapur...spt yg dijanjikan...ari tu kan aku ada ckp hubby request aku masak sesuatu...ni dia; nasi dhal. Tak tau la mn dia dpt ilham suruh aku masak nasi ni..tkial2 cari resepi kt internet..thanx to kak liza & suejoshua krn paparkan resepi ni kt blog masing2..lps study a few days 9lama tuh nk study) aku decided follow resepi kak liza tp aku tepek gak resepi suejoshua tu utk future reference...side dish aku masak daging hitam berempah (ni pn hubby punya idea suruh masak gara2 mkn kat cerana tempoh hari)...resepi pn aku jupe kt internet slps berusaha mcari dgn gigihnya sepjg hari..thanx to trymasak & tak lupa hidangan sayur (aku mn la boleh mkn tanpa sayur wp hubby tak pndang sayur2 ni) aku prepare acar nyonya hasil ciptaan mat gebu..maka terhasil la hidangan yg aku rasa agak istimewa ari ni....nasi dhal + daging hitam berempah + acar nyonya + air sirap bandung soda (resepi waheedeana77) + kek (tempah kt kedai jer)


NASI DHALL
Sumber :
Kak Liza

Bahan
5 cawan beras bathmati
6 cawan air biasa
1/2 cawan susu cair
3 s/b minyak sapi
2 s/b minyak
rempah tumis – bunga lawang, kulit kayu manis,
buah pelaga & bunga cengkih
1 cawan kacang dhal [basuh dan rendam air panas]
3 helai daun pandan - disimpul
daun sup - mayang kasar.
garam
pewarna kuning

Bahan Kisar
2 labu bawang besar
3 ulas bawang kecil
5 ulas bawang putih
3 cm halia

½ cawan kacang gajus goring ]hiasan
bawang goring ]

CARA MASAK:
1. Panaskan miyak dan minyak sapi dalam bekas periuk nasi eletrik [Rice Cooker].
2. Tumiskan bahan tumis dan daun pandan dan masukkan pula bahan kisar. Biarkan sehingga wangi.
3. Masukkan beras, air, susu cair, daun sup, garam dan kacang dhal.
4.Pindahkan peiuk kedalam Rice Cooker. Masak saperti nasi biasa.
5 Bila telah kering, kacau dan hidangkan.
6. Hiaskan dengan kacang gajus dan bawang goreng.
7. Hidang nasi dengan ayam goreng dan gulai daging + kentang...




Nasi Dhal
Sumber :
suejoshua

BAHAN-BAHANYA:
•100 ml minyak masak
•3 s/b minyak sapi
•125 gm kacang dhal - direndam hingga kembang
•800 gm beras basmathi - dicuci dan toskan airnya
•125 ml susu sejat (susu cair)
•1 liter air
•2 s/b serbuk pati ayam - maggi
•Sedikit daun pudina - dihiris
•Sedikit bawang goreng
•Sedikit kismis
•Sedikit garam

•BAHAN A:
•10 biji bawang merah - dimayang
•3 biji bawang putih - dimayang
•4 cm halia - dititik
•Rempah tumis - 4 beradik

CARA-CARANYA:
•Panaskan minyak dan minyak sapi, tumis bahan A hingga wangi, masukkan kacang dhal sambil digaul rata, kemudian masukkan air, susu sejat, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa, gaul rata dan biarkan hingga mendidih, masukkan beras dan gaul rata dan tutup periuk, teruskan masak seperti masak nasi biasa, bila nasi kering, taburkan kismis, bawang goreng dan daun pudina, tutup periuk seketika kemudian gaul gembur-gemburkan nasi dan bolehlah dihidangkan bersama kari atau lauk pauk yang lain.




DAGING HITAM BEREMPAH
by
TryMasak

Ingredients
1) Daging - dipotong kiub (500g)
2) Bawang Besar (2 biji)
3) Halia (1 inci)
4) Kayu Manis (1 batang)
5) Serbuk Jintan Manis (1 sudu besar)
6) Serbuk Lada Putih (1 sudu kecil)
7) Serbuk Kari Daging (2 sudu besar)
8) Serbuk Jintan Putih (1 sudu besar)
9) Minyak Sapi (1 1/2 sudu besar)
10) Minyak Masak (2 sudu besar)
11) Sos Cili (1/4 cawan)
12) Tomato Puri (1/4 cawan)
13) Pes Cili (1/2 cawan)
14) Kicap Pekat (4 sudu besar)
15) Gula (1 sudu kecil)
16) Garam (secukup rasa)

Directions
1. Kisar hancur bawang besar dan halia bersama sedikit air.
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak diikuti dengan rempah ratus. Tumis seketika hingga wangi.
3. Apabila naik bau, cairkan minyak sapi. Kemudian, masukkan bahan-bahan kisar tadi, dan pes cili.
4. Kacau rata dan masukkan gula.
5. Renehkan hingga pecah minyak dan masukkan daging, sos cili, tomato puri, kicap dan juga sedikit garam.
6. Bagi menambah rasa dan bau, masukkan daun kari.
7. Masak di atas api yg kecil supaya daging meresap sebati bersama semua rasa.
8. Biarkan hingga kuahnya kering dan daging empuk, sebelum dihidang.




Acar Nyonya
Sumber :
Mat Gebu

Bahan Sayur :-)
2 biji timun, kerat 4, buang empulur dan hiris macam batang mancis
1 batang lobak merah, kerat 4, hiris macam batang mancis
2 bii bawang besar, belah 8 setiap biji
2 biji cili merah, kerat dua, buang biji dan hiris memanjang
2 biji cili hijau, kerat dua, buang biji dan hiris memanjang
100 g bunga kubis, cuci dan potong kecil (tak letak sebab tak de)

Bahan Perisa :-)
80 ml cuka makan
4 camca besar gula
2 camca teh garam

Bahan Kisar :-)
3 biji buah keras
2 batang serai, dihiris halus
20 g udang kering, rendam 10 minit dan toskan
4 biji cili merah
1/2 cm hirisan lengkuas
1 inci kunyit hidup

Bahan Lain :-)
60 g kacang tanah goreng, ditumbuk kasar
20 g bijan, sangai hingga kuning keemasan

Cara membuatnya :-)
1.Satukan semua bahan2 sayur dalam satu bekas, gaul rata. Satukan bahan2 perisa, kacau hingga larut. Kemudian tuang ke dalam bahan2 sayur, gaul rata dan biar 30 minit.
2.Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar hingga garing, gunakan api sederhana. Angkat dan biarkan rempah betul2 sejuk.
3.Toskan sayur2an tadi, kemudian gaul bersama rempah hingga rata. Masukkan juga kacang tanah dan bijan, gaul hingga semua mesra dan simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 2 jam sebelum dihidangkan......Yum yum...jom makannn!!!!




Sirap Bandung Soda
Sumber :
waheedeana77

Bahan2nya
600ml air
½ tin susu cair
1 tin Aiskkrim Soda F&N
6 sudu gula
Sedikit garam
Sirap Ros secukupnya
Air Batu secukupnya

Cara2nya:-
1. Masukkan kesemua bahan2 diatas kecuali Aiskrim Soda dan air batu, kacau sehingga larut. Adjust rasa manis, kaler merah, lemak dan susu cair sendiri yer bergantung tekak masing2 dan seperti yg dikehendaki.
2. Akhir sekali masukkan aiskrim soda, kacau sebati dan tarik dahulu air ini sebelum diminum bersama air batu secukupnya.Nyamannnn!!!!

TIPS: ** Jangan masukkan airkrim soda dahulu jikalau mahu dapatkan air yg sempurna, kalo DERHAKA akan jadilah air sirap bandung seperti air susu basi kerana susunya timbul n terapung**

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).