- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Monday, October 19, 2009

Spaghetti Sardin

Kami btolak balik ke KL pg2 semlm...jln x jam so by evening kami dh smpai KL..penat + lapar...hubby suruh masak yg simple2 jer ptg tu...nk masak nasi msti lambat sbb lauk-pauk fresh beku & keras mcm batu dlm freezer...buka almari tjumpa balance spaghetti ari tu...teringat resepi spaghetti sardin, huby suka sardin...tnya hubby, dia ckp alright jer as long as cepat..wp aku bukan pgemar sardin tp aku tetap nk wat sbb ari tu dh ikut selera aku, ari ni giliran hubby plak
Nsib baik bunga kantan msih ada tp dh hampir nk expired (faham2 je la cmner rupanya bila dh agak lama dlm freezer)...daun kesum ku petik dr mini garden ku (aku ada tanam pokok2 sayuran & ulaman dlm pasu kt umah sikit, taruk kt balkony..selain dpt mkn, dpt juga jd pokok hiasan...tanam dlm pasu jer sbb umah di awang-awangan)...sardin aku suruh huby beli kt kedai asoh kt bwh (restoran cina tp dia ada gak jual mknan dlm tin)..hubby amazed jugak dgn spaghetti cmtu sbb dia pn x prnh mkn...sgt suka hati bila tengok dia amat bselera masa mkn...aku, boleh msuk tekak la wp tak tambah mcm hubby...aku follow resepi k. syartina sbb dia tak taruk kuah ikan sardin tu (yg sbbkan tekak aku tak boleh terima sardin adalah kuahnya)...resepi ni tak pedas sbb tak taruk cili...nk yg pedas, sila follow resepi gadisz_malayu & siti marzita...


Spaghetti Sardin
Sumber :
K.Syartina

Bahan-bahan
2 tin besar sardine
1 botol kecil sos tomato
2 btg bunga kantan
3/4 tangkai daun kesum
2 biji tomato
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cawan air
garam+gula

Cara Membuatnya
1. Tumis bawang besar (didadu) + bawang putih cincang hingga wangi.
2. Masukkan ikan sardin dihancurkan (tanpa kuah).
3. Masuk sos tomato + air.
4. Masuk daun kesum + bunga kantan (keduanya diracik).
5. Masak hingga menggelegak.
6. Masukkan tomato didadukan.
7. Biarkan kuah pekat (api perlahan).
8. Rasakan garam + gula.




Spaghetti Sardine ala Malaysia
Kiriman: gadisz_malayu
Sumber: Inspirasi Sendiri

Bahan-Bahan:
1 peket spaghetti
1 tin besar sardine (isi dan kuah diasingkan-lecek isi sardin hingga hancur)
1 ½ biji buah tomato (didadu)
4 sudu besar cili boh
8 sudu besar sos cili
4 ulas bawang putih-dicincang halus
1 biji bawang besar-dicincang halus
4 biji Cendawan hitam kering(direndam setengah jam dan kemudian dihiris halus)
Air (sukatan mengikut kesukaan individu)-dicadangkan dalam 2 ½ cawan.
Garam secukup rasa

Cara:
1. Rebus spaghetti ke dalam air mendidih yang telah dicampurkan sedikit minyak dan garam sehingga masak.Apabila sudah masak,toskan.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga garing.
3. Tumis cili boh sehingga masak.Masukkan sos cili dan kuah sardine.Serta bolehlah dimasukkan cendawan kering.
4. Masukkan sedikit air dahulu.Kacau semua bahan-bahan tadi.
5. Isi sardine yang telah dihancurkan dimasukkan ke dalam kuah.Masukkan separuh daripada buah tomato tadi bersama.
6. Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu kering. Namun jangan tambahkan air terlalu banyak.Seelok-eloknya kuah sederhana pekat dan cair.
7. Apabila sudah mendidih bolehlah dimasukkan baki buah tomato tadi. Tambahkan sedikit garam secukup rasa.
8. Tutup api bila kuah sudah sedia masak.




Spaghetti Sardin Hud
Kiriman: Siti Marzita Sulong
Sumber: ciptaan sendiri

Bahan-Bahan:
1)1 paket spaghetti yang telah di rebus.
2)semangkuk daging ayam rebus (telah di cincang)
3)1 tin besar sardin(telah dihancur)
4)sebatang timun(potong kecil/dadu)
5)½ labu Bawang Besar (dihiris)
6)4 ulas Bawang putih (dihiris)
7)sebiji tomato
8)2 keping asam keping
9)air limau nipis/lemon
10)1 sudu lada hitam (telah ditumbuk)
11)4@5 batang cili api (telah ditumbuk)
12)garam dan perasa
13)2 sudu besar minyak untuk menumis
14)sedikit air

Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali.Masukkan bawang putih, bawang besar, lada hitam dan cili api. Tumis hingga naik bau.
2. Kemudian masukan sardin hancur, asam keping, timun, tomato dan daging ayam rebus yang telah di cincang.Tambah sedikit air jika terlalu pekat.Kemudian bila telah masak masukan spagetti dan gaulkan. Boleh tambah garam dan perasa jika perlu.Akhir sekali perah asam limau/lemon sebanyak mana yang disukai.Hidangkan.

Tambahan:
Anda boleh tambah sayur lain seperti kobis bunga, cendawan dan putik jagung.Boleh juga tambah udang atau sayur campur.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).