- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Friday, October 16, 2009

Rendang Ayam Daun Puding

Aku mmg tak tahu daun puding boleh wat rendang...masa mkn umah my adik ari tu baru aku tau..ni ha rupa daun puding tu, jgn salah daun plak...


Rendang Ayam Daun Puding
Sumber : My SIL
Gambo :
Anita Jamal

Bahan-bahan
1 ekor ayam - dipotong 8 bahagian & digoreng 1/2 masak
1 ikat daun puding - dihiris
500 ml santan
3 sudu makan kerisik
6 batang serai - dikisar
5 cm halia - dikisar
10 cm lengkuas - dikisar
20 biji cili padi - dikisar * klau suka lg pedas, boleh tambah lg
10 tangkai cili kering - dikisar
10 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1.5 cm kunyit hidup - dikisar
Gula & garam secukup rasa

Cara-cara
1. Panaskan kuali, tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau & pecah minyak.
2. Masukkan santan, kerisik dan didihkan di atas api.
3. Bila santan agak pekat, masukkan ayam, daun puding, garam & gula secukup rasa. Masak sehingga kering.
4. Angkat & sedia dihidang.




Rendang Ayam Pencen Daun Puding
oleh:
tuntung15
Gambo :
malay.cari.com

Bahan-bahan ( Sekeluarga )
1 ekor ayam pencen
1 kilo santan pekat
Cili api (ikut pedas masing2)
Cili kering (ikut pedas masing2)
1 inci kunyit hidup
7 batang serai (diblender halus)
3 batang serai (dititik)
Lengkuas (anggaran 1/2 cawan selepas diblender halus)
1 keping asam keping
Garam dan gula secukupnyer
Daun puding

Cara-cara
1. Bersihkan ayam. Sementara nak menyiapkan bahan-bahan lain, boleh lah mula dengan merebus ayam sebab al-maklum ayam pencen kene rebus lama.
2. Cili api, cili kering, kunyit hidup, 7 btg serai dan lengkuas diblender halus. Masukkan bahan2 blender ke dalam ayam yang sedang direbus. Rebus anggaran 1 - 1 1/2 jam.
3. Bila ayam dah lembut, boleh lah masukkan santan pekat, serai yang sudah dititik, garam, gula dan asam keping.
4. Masak macam masak rendang biasa. Jaga api dan kacau sentiasa supaya x hangit. Bila rendang separuh kering, boleh lah masukkan daun puding yang telah disiat-siat.
5. Ini lah rupa daun puding. Di Kuala Pilah orang panggil daun ni daun puding. Kat tempat lain, kak ogy x pasti ler. Daun ni sedap sangat. Letak banyak pun xpe. Bila dah dimasak, warna daun ni agak hitam dan berkilat.
6. Masaklah rendang sehingga kering dan naik minyak. Dah siap.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).