Hubby call ptg td ckp nk balik...fikir nk masak apa ek...kacang panjang goreng berlado (stok kacang pjg byk lae)...main dish; ayam betutu...ala2 ayam percik pn ada, ayam panggang biasa pn ada...juga dipanggil ayam panggang dlm daun pisang so klau nk lg ori, bakar ayam yg dibungkus dgn daun pisang...klau x silap ni resepi dr seberang..x kesah la, jnji sedap..utk resepi ayam betutu ni aku ada 2 resepi tp kali ni aku masak resepi yg pertama, yg ke2 yg aku jupe dlm harian metro len kali plak...
Kacang Panjang Goreng Berlado
Nukilan Noorma
Bahan-bahan
>kacang panjang-dicuci bersih dan dipotong pendek
>cili merah*
>cili padi-jika suka pedas*
>bawang putih*
>bawang merah*
>sebiji telur
>garam, perasa
Cara-cara
1.Bahan bertanda * ditumbuk lumat, dan kemudian tumis hingga naik bau.
2.Masukkan kacang panjang, boleh tambah sedikit air untuk bagi empuk.
3.Bila kacang dh hampir masak, pecahkan telur dan kacau rata.
4.Biar sekejap agar telur masak.
5. Letak garam dan perasa, kacau dan bolehlah diangkat.
Siap
AYAM BETUTU
Sumber : jphpk
Bahan-bahan
1 ekor ( 1½ kg ) ayam besar
5 sdm minyak, untuk menumis
daun pisang/aluminium foil, untuk pembungkus
Bahan untuk ditumbuk
7 biji cabai merah dan 5 cabai besar
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu makan ketumbar
1½ sudu makan serai, dihiiris halus
1 sudu makan lengkuas dicincang
½ sudu teh serbuk pala
2 sudu teh kunyit dicincang
2 sudu teh halia dicincang
garam dan gula menurut selera
Cara-cara
1. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga wangi dan kering. Angkat dan sejukkan. Bahagikan kepada dua bahagian.
2. Campur satu bahagian ke dalam Masukkan dalam rongga badan ayam, semat lubangnya dengan cungkil gigi. Dan sebahagian lagi dilumur pada permukaan ayam dan di bawah kulit.
3. Bungkus dengan beberapa lapis daun pisang, ikat ketat dengan tali. Panggang dalam oven dengan panas 180°C, selama 2-3 jam sampai masak.
4. Angkat, potong-potong dan hidangkan.
5. Catatan: sebelum dipanggang, boleh juga dikukus lebih dulu ± 45 minit, kemudian dipanggang selama 1 jam.
Ayam Betutu (ayam panggang dalam daun pisang)
Sumber : Harian Metro
Bahan A:
18 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3 batang serai (dihiris halus)
5 daun limau (dihiris)
6 biji buah keras (dicincang)
5 sentimeter (sm) halia (dicincang)
8 sm kunyit (dicincang)
8 sm cekur (dicincang)
1 sudu lada hitam (ditumbuk halus)
5 cili padi (dicincang)
1 sudu biji ketumbar (ditumbuk halus)
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak
Bahan B:
Seekor ayam (kira-kira dua kilogram)
Daun pisang secukupnya untuk membalut ayam
Kertas timah atau kertas minyak secukupnya untuk membalut ayam
Cara memasak:
1. Masukkan bahan A ke dalam mangkuk besar dan sebatikan semua bahan.
2. Sapu campuran tadi di seluruh kulit ayam, masukkan lebihan campuran ke dalam badan ayam.
3. Semat ayam dengan lidi (guna batang serai dan lilitkan ayam di sekelilingnya), kemudian balut dengan beberapa lapis daun pisang.
4. Balut dengan kertas timah atau kertas minyak, kemudian kukus selama 50 minit.
5. Selepas itu, masukkan ayam ke dalam ketuhar dengan kepanasan 180 darjah celsius dan panggang selama 30 minit sampai masak.
No comments:
Post a Comment