- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Wednesday, October 21, 2009

Ikan Masak Halia

Ari ni sakit tekak so malas nk masak...beli kt kedai jer utk dinner..aku mkn bubur nasi, hubby mkn nasi dgn tomyam & ayam paprik...
So ari ni nk citer apa yg aku masak utk lunch masa adik aku dtg ari isnin lepas...tiba2 jer dia ckp nk dtg amik brg yg dia pesan dr kg sbb kebetulan dia mmg ada kt area cheras masa tu...hubby suruh masak ajak dia makan tghari sekali...mulanya nk masak udang & sotong tp nsib baik teringat yg dia msti tak nk mkn since dia baru jer lps kna chicken pox (adik aku ni dh tua2 baru nk kna chicken pox & akibatnya plan dia nk blik kg sempena majlis pertunangan adik kami terpaksa dibatalkan)..nsib baik ikan ada (ni seme stok sblom balik kg ari tu..beli byk masa gi pasar borong selayang)..since nk cepat hubby wat ikan saga masak halia...resepinya sebijik dgn resepi dr lynn lynn kt bawah ni cuma hubby guna ikan saga (aku tak tau la apa org lain panggil tp hubby ckp nama ikan tu ikan saga...dia besar tp leper, mcm ikan cermin tp lg besar dr ikan cermin)...sayur tak sempat nk masak sbb masa adik aku smpai, baru jer lps goreng ikan tu...so mkn dgn ulaman jer la; kacang botol yg aku bawak dr kg...


Ikan Masak Halia
Sumber :
lynn lynn

Bahan bahan
5 Ikan Kembung / tenggiri [atau ikut suka mu la ]
6 Ulas bawang putih } tumbuk
1 Bj bawang merah besar } tumbuk
2-3 inci halia } hiris halus - ikut suka kalau nak lebih lagi
8 batang cili padi siam } hiris halus
2-3 sd mkn sos tiram
4 sd mkn minyak masak - ikut suka kalo nk lebih
garam secukup rasa
1/2 cawan air
1 sd mkn tepung jagung - utk pekatkan kuah

Cara menyediakan
Ikan di goreng dahulu jgn terlalu garing [ketepikan dalam pinggan].Kemudian tumis bawang merah dahulu kemudian baru masukkan bawang putih dah halia biarkan sehingga semua agak layu.Kacau,masukkan cili padi gaul masukkan sos tiram biarkan sebentar.Masukkan air dan tambah sedikit garam secukup rasa.Kemudian masukkan tepung jagung yg telah di campurkan sedikit air.Biar sebentar.rasakan garam kalau dah ngam boleh laa padam api dapor n hidang lew

17 comments:

Anonymous said...

SALAM SAUDARI,

SAYA RASA RAMAI YG TIDAK BERPUAS HATI JIKA SAUDARI MASIH MENGGUNAKAN GAMBAR2 MASAKAN ORG LAIN UTK DILETAKKAN DIBLOG SAUDARI, FAHAMILAH PERASAAN ORANG LAIN.

Anonymous said...

salam..

nak mengambil resipi org lain dan paste kat blog sendiri tak jd hal, tp jgn guna gambar ori org lain. kalau dah try resipi tu, shoot masakan anda dan letak la gambar sendiri walau tak secantik mana sekali pun. sekurang2nya hasil airtangan sendiri. kalau belum try lagi resipi tu, letak aje resipi utk jd rujukan dilain kali. perbuatan anda tidak beretika ni, mencuri gambar milik org lain.. harap dpt melakukan apa yg sepatutnya dgn gambar2 yg dah dicuri tu

Anonymous said...

salam... bagi saya awak tidak salah kerana awak kasi tau di mana awak dapat resepi tu.

* mereka yang tidak bepuashati adalah mereka yang tamak dan sombong - macamlah hasil masakan mereka tu begitu baik sangat!

umi_e said...

salam ana...

Ini komen yang kak e berikan dalam blog nor (http://secubitgaramnor67.blogspot.com)

"Salam. kak e tak faham kenapa ia jadi kemarahan begitu sekali?

Kalau kak e, kak e akan merasa gembira sebab hasil keja dan masakan kita seolah2nya 'diiktiraf' sebab dia berikan sumber dari mana dia ambil - bukannya dia ambil dan cedok kemudian mengaku hasil kerja dia...

* Cuba kita jangan marah tetapi timbulkan perasaan suka seolah2 mendapat suatu penghargaan..."

Bukan niat kak e menidakkan hak mereka atau menyebelahi ana, namun kak e merasakan tidak ada apa yang perlu mereka kecam begitu sekali kerana ana memberikan sumber asal yang ana ambil...

* nasihat kak e - bagus kalau ana pergi ke blog mereka dan mohon maaf atas salah faham ini - mungkin itu yang mereka inginkan dan selepas ini, minta izin terlebih dahulu daripada mereka dan sesiapa yang ana nak amek resepi mereka dan letak di sini. Mungkin itu dapat mengelakkan tohmahan dan kemarahan...

** hanya sekadar pesanan dan untuk ingatan diri sendiri...

K.Nor said...

utk k.e dan utk tuan punya blog..
ni apa yg saya dah reply kat komen k.e di N3 saya tadi.. saya copy dan paste kat sini sbb saya dah delete N3 saya td tu. saya dah malas nak panjangkan hal ni. tp kena ingat niat tak menghalalkan cara..

K.Nor said...

k.e >> perkara pokok kat sini adalah gambar yg diambil bukan resipi. kalau resipi kita org try, mmg menjadi satu pengiktirafan buat tuan resipi. tapi gambar tu adalah aset/milik peribadi. cam nor suami nor kerja dlm bidang advertising, perlu guna gambar ori utk satu2 job. kalau kita guna gambar org lain satu masa tanpa izin, mungkin akan kena dng tindakan oleh tuan asal. tak boleh nak main kutip jer gambar org lain. mungkin bg k.e lain pandangan nya.

at least kalau si ana tu mintak izin boleh tahan lagi, tp ada ke dia mintak izin? cuba g ke blog foto, mesti dia org letak watermark? apa tujuan tu? mesti tak nak org senang2 curi guna gambar tu. mmg dia ada letak sumber mana dia dapat gambar dan resipi, apa salahnya dia guna gambar dia sendiri atau kalau dia tak shoot tak perlu la letak gambar org lain. cuma letak resipi aje. maaf la k.e... dlm hal ni kita bercanggah pendapat
October 22, 2009 3:06 PM

Anonymous said...

Salam tuan rumah,
Bukan nk menyebelahi mane2 pihak..
Tapi bg sy la kan sepatutnya Kak nor tdk boleh sewenang-wenangnya menghentam anda seperti membuat 1 entry khas psl topik ni. Seeloknya cakap baik2..Tindakan kak nor membuatkan ramai org marah dan geram...dan dgn ini kak nor telah menaikkan kemarahan org lain..Dlm Islam mengajar kite hindari dari kemarahan tp kak nor telah menghuru harakan keadaan dgn menimbulkan kemarahan..Maaf la kalau kata2 saya ini buat kak nor terasa..

Buat saudari pemilik blog,
saya harap anda tabah menghadapi situasi ini. Lain kali jgn amik gmbr2 masakan org ok...

Salam

Cikmin said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

wehhhh... yg x bernama tu, saya sokong cara kak nor, bkn kak nor je yg bukak n3 pastu main hentam jer nk hentam tuan rumah, mesti dia berpikir panjang nak wat camtu, sebelum kak nor bukak n3 tu... kalo ko pandai sangat ko pegi la cek sapa yg seawal-awal yg kuarkan n3 camtu, kalo aku pon aku marah, takat resipi tu x per la, kita sama2 cuba, ni x, ngan gambor2sekali angkut wat cam rete sendiri, kalo org yg carik mkn ngan cara suami kak nor tuh dia sahaja yg paham situasi ni, marah ke?.. suka ke??.. idak ker?? hanya dia yg tahu.. mungkin x kene kat batang idung awak, awak bole ler ckp camtu, jgn tuduh kak nor cuba nk huru harakan keadaan... SELIDIK dulu siapa yg jumpa n pose n3 itewwww... kalau saya berada di tempat kak nor saya pon angin satu badan... rasa2nya... anda kat sini jer nk cuba menghuru harakan keadaan dn menindas kak nor, rasa2nya ayat kak nor tu cukup halus untuk nasihat org, kalo yg berakal panjang mungkin x kan berfikir cam anda fikir, cuma org yg bersifat pendek akal n ada simpan sesuatu rasa yg x baik jer akan buat mcm yg anda buat iaitu tuduh sembarangan!!!!...

Pada Kak nor, kalo saya jadi anda pon saya agan lakukan begitu, x halalkan cara tu...

Anonymous said...

Heran gak aku erk..Ramai pulak yg duk sokong nor nih. Sape yg huru harakan kes ni?? Dah tau ade org yg da buat entry pasal hal ni buat ape die lak duk sibuk(carik glemer kot) bukak jugak pasal hal ni??

Pada nor anda mungkin rasa cara anda ni halus tapi tidak pada setengah pendapat. Kalau nak menegur biar ada adatnya. Jangan sesuka buat entry khas tentang hal ni. Kita semua diberi otak bukan untuk bertindak bodoh..Maaf la kalau saya katakan disini bahawa tindakan anda sangat memalukan pada kaum2 blogger yang lain.

Kalau macam ni la kan, tak payah letak gambar..Senang citer tutop blog pada yg sensitif tuh. Kalau da rase bagus sangat buka je buku masakan terbitan sendiri, dan pastinya tak ade sesiapa yang berani nak ciplak gambar anda itu..

Pada nor sendiri buat entry sendiri tanggung la akibatnya.. Kerana perasaan jiwa sengsara...

::Azura Rahman:: said...

Assalamualaikum kawan2... comment2 anda membuatkan zura nk tinggalkan comment jugak tp bukan nk meyokong sesaper pon.. sekadar ingin menjernihkan keadaan...

Sudah2laaa tu... kite berblog utk mengeratkan sillaturrahim... dh makin serius plak zura tgk.. x perlu laa kite jadik judge saper benar saper salah...

Sedih zura tgk sesama kite berbalah... huhuhu... sudah laa ye... i love u all...

Semoga kite berbaik2 semula..

wallahualam...

Anonymous said...

kecoh tul la...pasal masakan pun nak kecoh ..sian si amik dan kene amik ni....rilek la wei kekakak yg bangke sekalian..kowang tu da la bangka yg nak gado kecoh pasal resepi yg tak berapa sedap ngan gambo yg mmg ampeh tak lawa tu ape ker hal....

yg kene amik gambo ko kecoh nak mampus ape hal...bior la pompaun ni amik gambo makanan pun ko kedekut kan...bukan amik gambo ko main ngan laki ko pun woi...amik gambo ko pakai bra ker....lum lagik pompaun ni nak ngata ko ker....die amik gambo ko yg mcm aram tak lawa tu tempek jer mangkukkk...ni ko sampai kecoh lak...org tu da sah sah buh sumber...ko rabun ker bangka woiii...ko rabun tak yah berblog hokeh

pada yg amik resepi ko pun satu hal...da tau pompuan tu mcm giler meroyan kedekut resepi yg ko usik die ape pasal..tu buat blog resepi syok sendirik si pompuan bangke tu..macam yg gambo gambo deyrang amik tu chantek beno...yg ko ni pun satu tak de camera ker pun nak amik hasil tangan ko....adoi..kemera phone da murah..pg beli satu amik gambo ko...tak kisah la ko amik mcm mane pun...jgn ko rembat si betina tu punyer gambo da la....die tu da perasan beno yg gambo die amik tu hak milik die..kalau da tak bagik....ha tok sah buh gambo terus....bior org tak yah tgk terus....

eee bangang tul la...pasal resepi ngan gambo pun nak memekak kekecoh..ingat kene curi laki ker..kene caras laki ker.....bodow tul kekakak yg vanggang ni la...

Areef said...

Salam buat semua...

Sekadar berkongsi pandangan dari kacamata seorang lelaki. Hehehe... Bagi saya tak salah, tuan blog ni menggunakan gambar2 masakan yang diperolehnya dari blog-blog lain. Sebab setiap gambar tu dah dikreditkan. And saya rasa tak timbul isu hakcipta. Sebab setiap gambar tu dah ada watermarknya, ni bermakna walau sesiapa sahaja yang menggunakan gambar tu, akan tertera watermarknya, so orang akan tau saper pemilik asalnya.

Cam utk menghasilkan kajian ilmiah, tesis, disertasi, apabila kita quote isi daripada buku lain kita akan kreditkan pada nota kaki dan bibliografi.Takkan kita nak pegi jumpa penulis tu nak minta izin baru boleh gunakan bahan tu. Sebab, ada di kalangan penulis tu dah meninggal dunia dan tidak tidak berdekatan contohnya penulis luar negara.

So, dalam hal ni tak payahla nak diisukan sgt. Ntahla, saya tak faham sgt ngan tujuan berblogging antara kita ni. Saya sendiri pernah salah faham dengan blogger lain. Tapi, saya diamkan jer. Sbb memang saya yang mulakan. Tp, blogger tu memang seems ada buat salah gak, tapi dia taknak mengaku n dia pun buat entri, and ramai followersnya yg kutuk saya. Saya biarkan je. Langsung tak menjejaskan aktiviti berblogging saya. Biarlah, kalau dia rasa dia betul...

Kepada akak-akak sekalian (rasanya saya adik lagi kot n belum kawin lagi), janganlah emo sgt. Hal kecil je. Lainlah tuan blog ni tak bagitau dari mana dia ambik gambar tu. Ni, dia siap letak link, so secara tak langsung boleh mempromosikan blog pemilik asal gambar tu. Maaf yer, perempuan ni dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal. Sebab tula mudah beremosi. Maaf sekali lagi yer. Saper saya ni? Sebenarnya saya ni pembaca setia blog kak InaKL and saya juga selalu baca blog kakNor. Tak pernah cuba pun resepi2 tu, tapi suka membaca. Kat rumah, mak yang masak. Walau tak sehebat resepi2 kat blog2 tu, tapi tetap dihati...

Pasal niat tak menghalalkan cara tu, saya rasa tak relate langsung. Sebab cam saya cakap, gambar tu dah letak watermark. Tuan blog ni pun tak padam watermark tu, malahan siap bagi kredit. Susahla kalau cam ni. Tak lama lagi, in sya allah saya nak wat master. Banyak nak wat penyelidikan ni. Rasanya terpaksa sampai terbang ke oversea nak minta izinkan gunakan bahan dalam buku yang ditulis oleh penulis sebelumnya. Heheh... Sekadar gurauan...

K.Nor said...

ALHAMDULILLAH... banyak pulak dpt pahala bila masuk sini ya..

umi_e said...

Salam... maaf ana sebab kak e numpang membalasa komen di sini...

nor... macam yang kak e katakan, si ana ni letak gambar dan resepi asal supaya orang lain dapat tengok dengan jelas apa yang tuan resepi asal hasilkan. Ana pun tulis sumber yang sepatutnya tidak menjadi isu langsung - lainlah dia delete 'watermark' kat gambar tu...

nor... hb kak e pun terlibat dalam bidang yang sama malah gambar2 dia dimuatkan dalam 'buku negeri T'ganu' yang terkini TAPI semua gambar2 lain yang dia letak dalam blog dia tidak satupun dia letakkan 'water mark' dan sekiranya ada orang nak mengaku gambar dia, dia tak kisah sebab dia ada bukti daripada camera dia sendiri...

Areef... kak e pun berfikiran macam Areef, takkanlah kita nak pi cari penulis setiap buku untuk minta izin ambil quotation kan???

entahlah... susah kalau orang 'tak faham' sesuatu yang 'bersifat inteletual'

*Maaf ya*

Anonymous said...

Salam..Emmm...Ramainya yang nak tunjuk terror bersyarah kat sini eh..Konon nk wat master segala! Yang dah mati mmg xleh jumpa laa weiii..Pastu, buku diorang dah published msuk library, kedai buku segala..semua orang yang penah jd students tau..so mmg xleh tipu la kalu kita amik dari buku2 orang yg dah mati or yg duk jauh sana nun...Then sebab intelektual sangat lah sampai tak reti nak fikir perasaan orang lain eh!
Apapun, terpulang kepada individu tu laa, dia nak benar or tidak org amik gambor2 dia...Ni mmg sah sah x paham Niat Tak Menghalalkan Cara...Susah sgt ke nak faham, xyah gi wat Master laa..duk kaji hal lain, diri sendiri x betul..!

Ada pulak sorang..guna bahasa "ngokk", "bangka" segala pnyalah bagusss! Memang betul lah bahasa menunjukkan bangsa..Apa pnya bangsa la dia nih! Duk cakap orang bangka, apasaiii satu hari nnt awak x jadi "bangka" ke? Ayat tu biar sedap sikit nak berbahasa nooo..

Anonymous said...

nak komen gak sket..
saya xde blog.. tp pada saya ape yg ana buat sekadar untuk rujukan sendiri..
macam saya , saya suka mencuba resepi setelah melihat gambar..
terutama bila saya masuk blog CMG ngn kak umie..bila saya tgk gambar makanan tu, saya rasa bersemangat nak mencuba..
so setakat hari ni, kalau saya copy n print resepi tu, saya akan print ngn gambar2 sekali supaya akan dtg bila nak cuba, saya akan rujuk melalui gambar... gambar nampak sedap mesti menjadi.. gitulah perangai pelik saya ni..
pada saya ape yg ana buat lebih kurang ngn ape yg saya buat.. cuma ana simpan resepi tu dlm blog dia.. saya plak simpan lam buku scrap jer..

~peace no war.. hehehe..

Anonymous said...

showlive影音聊天网 , 三色聊天室 , 五色聊天室网站 , 裸聊直播间 , 寂寞视频聊天室 , 寂寞同城聊天室 , 完美女人影音网 , 色聊网 , 色聊聊天室 , 173影音live秀


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).