- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Friday, January 2, 2009

Laksa Thailand/Siam

Every time i ate laksa, i'll eat either northern laksa (laksa penang/Laksa kedah/laksa perlis) or eastern laksa (laksa trganu/kelantan). But a few days ago i found out about laksa thailand/laksa siam. I guess it's worth it to try something different when the outcome was really good.
Laksa thailand was different with other laksa bcoz' it uses daun limau purut as one of the main ingredient. Thai's food is very synonim with daun limau purut.


Laksa thailand
oleh: rosnani

Bahan-bahan ( sajian 8-10 org )
1 paket laksa kering (rebus & toskan)
7-8 ekor ikan sardin/kembung/selar (rebus, asingkan isi)
1 biji kelapa (perah dlm 7-8 cawan santan)
8-10 helai daun limau(mayang halus)
1 1/2 labu bwg besar (potong 8 bhgn=besar2)

bahan utk kisar
isi ikan yg diasingkan tadi
10-13 btg cili padi merah
1 sudu teh lada hitam
2 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas
2 btg serai
1 inci halia

bahan ulam :
7-8 ulas bawang putih (potong nipis2, goreng bersama sedkit minyak sampai perang-ini wajib nih utk ulam)
kacang panjang=potong nipis2(pilihan)
timun diracik(pilihan)
kobis =mayang halus(pilihan)
taugeh (pilihan)
Sawi jeruk - hiris nipis (pilihan)
Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara
1. korang campur semua bahan blender dgn santan & bwg besar, masak dgn api sederhana. Bila menggelegak, masukkan daun limau purut dimayang tadi. masukkan garam & aji.
2. lepas tu biarkan kuah dia surut sket(pekat) dlm 1/2 inci. Lepas tu timbang rasa masin maneh, lemak..
3. resepi asal ade batang pisang yg lembut(pokok pisang ade rebung ker?). batang pisang tu dikupas sampai jumper isi paleng dlm dan putih bersih. potong nipis2 , terus masukkan dlm periuk masak bersama kuah. batang pisang tu akan jadi lembut & rasa dia sedap...manis2 jer..(maner lar nak carik kat KL neyh, btg pisang pon kena bayor..)
4. NOTE: terluper plak, resepi asal ade serbuk cili. Korang leh buat sindri jerk..basuh cili kering, lap dgn kain bersih. goreng tanpa minyak atas api perlahan sampai nampak agak garing. Jgn sampai hangus, biler dah agak sejuk, korang blend hancur sampai jadi serbuk.(ini utk yang tahan pedas ajer)



Laksa Thailand
Oleh : nina_eiznie

Bahan-bahan
600 gm bihun kasar

Bahan Kuah
6-7 ekor ikan kembung
2.5 cm kunyit hidup
2.5 cm belacan
2.5 cm lengkuas
6 biji cili kering
4 biji cili merah
1 biji kelapa(bahagikan santan pekat and santan cair)
5 labu bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
3 sudu besar minyak
5 helai daun limau purut
Asam jawa secukup rasa
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk hiasan:
Bawang putih(hiris nipis..dan goreng kekuningan dgn minyak 5 sudu besar)
1 labu bawang besar (dimayang)
3 biji cili merah (dihiris)
1 biji timun (dihiris halus)
1/2 kobis (dihiris halus)
1 kuntum bunga kantan
Taugeh (mentah)

Cara:
Celur bihun hingga masak, tos dan ketepikan. Rebus ikan kembung. Apabila masak, angkat dan siat-siat isinya. Lecek isinya sehingga halus dan tiada tulang. Tumbuk atau mesin cili kering bersama bawang merah dan bawang putih. Tumbuk lengkuas, kunyit hidup, serai berasingan dan ketepikan. Panaskan minyak. Masukkan bahan yang dimesin bersama belacan. Kacau hingga kuning. Masukkan kemancar santan dan kacau perlahan-lahan. Masukkan pati santan dan kacau lagi. Masukkan ikan, daun limau purut, lengkuas dan air asam jawa. Masukkan garam dan sedikit gula. Mayang bawang besar, hiris cili merah, taugeh, kobis, timun dan bunga kantan untuk hiasan. Apabila menghidang, letakkan bihun yang telah dicelur dan taburkan Bahan-bahan Hiasan di atas bihun dan bawang putih goreng. Tuangkan kuah. Jika suka tambahkan otak udang.



Laksa Siam
Sumber: Masakan Tradisional Utara 1991

Bahan-Bahan:
600 gm bihun kasar
600 gm ikan kembung
2.5 cm kunyit hidup
2.5 cm belacan
2.5 cm lengkuas
6 biji cili kering
4 biji cili merah
1 biji kelapa
5 labu bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
8 sudu besar minyak
3 helai daun limau purut
Asam jawa secukup rasa
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk hiasan:
1 labu bawang besar (dimayang)
3 biji cili merah (dihiris)
1 biji timun (dihiris halus)
1 biji nanas
3 ikat daun pudina
1 kuntum bunga kantan

Cara:
Celur bihun hingga masak, tos dan ketepikan. Rebus ikan kembung. Apabila masak, angkat dan siat-siat isinya. Lecek isinya sehingga halus dan tiada tulang. Tumbuk atau mesin cili kering bersama bawang merah dan bawang putih. Tumbuk lengkuas, kunyit hidup, serai berasingan dan ketepikan. Panaskan minyak. Masukkan bahan yang dimesin bersama belacan. Kacau hingga kuning. Masukkan kemancar santan dan kacau perlahan-lahan. Masukkan pati santan dan kacau lagi. Masukkan ikan, daun limau purut, lengkuas dan air asam jawa. Masukkan garam dan sedikit gula. Mayang bawang besar, hiris cili merah, nanas, timun dan bunga kantan untuk hiasan. Petik daun pudina sehelai-sehelai. Apabila menghidang, letakkan bihun yang telah dicelur dan taburkan Bahan-bahan Hiasan di atas bihun. Tuangkan kuah. Jika suka tambahkan otak udang.




Mi Siam
Kiriman : sweetaste

Bahan-Bahan kuah:
cili paste abt 2 cawan
bawang besar 2 ulas - kisar
bawang putih ulas - kisar
kacang tanah goreng 1 cawan kisar
setengah botol taucu ( saltedbeans) buang air nya sikit dan kisar
setengah paket air asam

cara-cara masak kuah :
-panaskan minyak dan tumis bahan kisar iaitu bawang,bwg putih dan cili paste
hingga naik wangi ..tumis dlm 20 minit..setelah itu masuk kan garam dan gula ikut rasa..
-ambil sedikit sambal di atas untuk di goreng bersama mi nanti
-Baru lah tuangkan air asam,gaul rata hingga mendidih
-Masukkan kacang kisar dan taucu..gaul rata dan biarkan mendidih..kalau agak pekat masukkan air dan biarkan ianya mendidih lagi..bubuhkan garam dan gula sekali lagi ikut cita rasa anda..
-kuah ini seharusnya ada rasa masam manis dan pedas..baru sedap!

Cara-cara goreng mi:
1 pkt bihun cap lada
* rendam sekejap

* Masukkan sambal tadi ...dgn sedikit air..tuangkan bihun tadi dan gaul sehingga rata..kalau suka boleh letak taugek dan daun kucai..matikan api dan hidangkan bersama kuah serta bahan2 yg lain

Hiasan:
taugek
daun kucai
telur rebus
tahu goreng di potong dadu
limau sambal




Mee Siam
Kiriman : Djbu

Bahan-bahan untuk mee siam:-
Bee hoon [di rendam hingga kembang]

Hiasan Mee Hoon
Daun Kucai [dipotong halus-halus]
Tahu [di potong dadu kemudian di goreng]
Limau Sambal [5 bijik di belah dua]

Lauk [kuah] Mee Siam
* Di mesinkan semua...
Udang kering [agak-agaklah]
Bawang Besar 1 bijik
Bawang Putih 3 bijik
Lada kering sikit

Cara-cara
-> Tumiskan semua bahan-bahan tadi kemudian masukkan bee hoon yang telah kembang, gorengkan hingga sebati semua [sama je macam goreng mee hoon tu]. Jangan lupa letak sedikit perasa ajinamoto dan garam sikit. Kemudian bolehlah di angkat.

Bahan-bahan untuk mee siam...
Ayer asam [agak2lah]
Bawang putih 3 ulas & bawang besar 1 bijik
kacang tanah [agak2]
serai 3 btg & lengkuas dan lada boo sedikit
Tauchu 1/2 botol [di tos buangkan airnya]
->> di mesin semua ni

Cara-cara
1. Tumiskan bahan-bahan untuk lauk mee siam ni, kemudian perahkan air asa agak-agaklah, bergantung pada banyaknya mee siam kita tu, setelah mendidih lauk tu masukkan sedikit perasa ajinamoto & garam, dan sedikit gula [lauk mee siam ni kena ada manis sikit baru sedap]
2. kalau lauk dah masak boleh di letak mee dalam mangkuk dan siram kuah tu dan bolehlah di hidangkan

resepi dari nenek pun [mak kepada ibu]

Tips: kalau nak lagi sedap buatlah sambal tumis lepas tu letakkan di atas mee siam kita tu dan makan, mesti sedap hingga menjilat jari

Thursday, January 1, 2009

Happy New Year 2009 - Butter Prawn

zwani.com myspace graphic comments



Wishing u all Happy New Year 2009. Hopefully this year will be a prosperous year for all of us.


Today is public holiday, unfortunately my husband is not coming home today since he just came back last weekend & he'll be back next weekend. Since yesterday, i've been eating the tart cookies i made. The jar almost empty. Hopefully it can last until my husband come home as he said he wants to taste my new cookies. U'll never know until u've tried it...hahaha...
I bought a kilo of prawn this morning. I was thinking of making curry butter prawn. Last week my husband cooked butter prawn. But he had modified the original recipe bcoz' of few reasons. Instead of using curry leaves, he used curry powder bcoz' on that time we have no curry leaves in our freeze + the nearest shop was out of curry leaves. So we substituted it with curry powder. & he didn't used any milk (powder milk or fresh milk or condensed milk) since both of us not kin of milk. & we also didn't used any egg since both of us didn't like the taste of egg. Muak...But it turns out very good..

Curry Butter Prawn
- My husband's recipe -

Bahan-bahan
1/2 kilo udang sederhana besar - kami tak buang kulit sbb nak kekalkn kemanisan udang
5 biji cili api - dihiris halus
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 sudu besar serbuk kari
Sedikit serbuk kunyit
Garam
Gula
Bahan perisa
Mentega/Marjerin

Cara-cara
1. Gaulkan udang bersama garam & serbuk kunyit.
2. Panaskan mentega/marjerin secukupnya. Goreng udang hingga garing. Angkat & toskan.
3. Tumis bawang putih menggunakan mentega utk menggoreng udang tadi. (Kurangkan/tambah jika perlu).
4. Masukkan serbuk kari & cili api. Kacau.
5. Masukkan udang, gula, garam, bahan perisa & bawang besar. Kacau rata.
6. Sedia untuk dihidangkan.



Butter Prawn
Kiriman: Firza Nordin

Bahan-Bahan:
1 kg udang besar/udang galah atau udang harimau-belah belakangnya jgn putus
1 sd teh garam
1 kg minyak untuk menggoreng

250 gm mentega tawar (unsalted butter)
6 pelepah daun kari (daun shj)
5 ulas bawang putih (cincang)
6 biji cili api (cincang)
8 biji kuning telur
250ml susu cair penuh krim
½ sd teh serbuk perasa
1 sd teh garam
1 sd teh sos ikan
¼ sd teh serbuk pati ayam
1 sd besar gula

Cara:
1. Perap udang yang telah dibersihkan dengan garam dan goreng dalam minyak panas selama 2 minit hingga bertukar warna. Toskan.
2. Pukul bersama kuning telur, dan susu bersama serbuk pati ayam hingga kembang. Panaskan kuali masukkan mentega dan biarkan cair perlahan-lahan. Tumis bawang putih hingga kuning dan masukkan cili api, kacau sebentar. Masukkan bancuhan telur dan kacau hingga mula pekat, masukkan daun kari, sos ikan, udang goreng, gula, garam dan serbuk perasa. Kacau hingga bersarang dan garing. Tuang ke tapis dan biarkan mentega sejat sebentar. Alihkan ke pinggan dan hidangkan.



Butter Prawn Pedas
Kiriman: Azfahani Ahmad

Bahan-Bahan:
Udang Besar/Udang Galah 1kg
Cili Merah 1 tangkai (dihiris-potong serong)
Cili Padi 9-10 tangkai (dihiris-potong serong)
Bawang Besar 4 biji (dihiris)
Bawang Putih 2 ulas (dihiris)
Mentega 1 buku
Daun Kari 2 tangkai
Tomato Saiz kecil/sederhana 1 biji (dipotong dadu)
Telur 1 biji
Susu tepung 2 sudu makan
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam

Cara:
1. Udang dibersihkan dengan memotong separuh bahagian kepala. Kulit jangan dibuang.Basuh dan toskan airnya.
2. Lumurkan bersama kunyit dan garam dan biarkan seketika.
3. Gunakan mentega untuk menggoreng udang tersebut.
4. Apabila telah garing dan kekuningan, barulah diangkat dan diketepikan. Jangan diangkat selagi belum garing.
5. Dengan menggunakan baki minyak mentega tadi, masukkan bawang besar yang telah dihiris.Goreng seketika.Sehingga garing. Barulah dimasukkan bawang putih, cili merah dan cili padi bersama-sama daun kari.Goreng seketika sehingga naik bau. Masukkan tomato.
6. Masukkan kembali udang yang telah digoreng tadi.Gaul rata.
7. Masukkan telur ayam tadi ke dalam masakan. Gaul kembali dengan cepat sehingga menyaluti kesemua udang.
8. Taburkan susu tepung tadi.
9. Bolehlah diangkat.




Buttered Prawn
oleh: junjs11

Bahan-bahan ( 1 family... )
400gm udang sederhana besar-buang kepala dan belah belakangnya
5 sudu besar butter
3 biji telur kuning-dipukul sedikit (jun guna 3 kuning dan 1 telur putih)
4 cili api-dipotong2
2 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair
2 ulas bawang putih-dicincang
pepper, gula n garam

Cara-cara
1. Panaskan 2 sudu besar butter, goreng udang 1/2 masak. Angkat dan ketepikan.
2. Tambah butter selebihnya, atas api sederhana, masukkan bawang putih. kacau.
3. Masukkan telur, kacau selalu. (boleh juga titikkan guna hujung garfu bg mendapatkan tekstur telur yg halus mcm kat restoren tu)
4. Masukkan juga daun kari, susu cair, cili api dan perasa2 sambil kacau selalu.
5. Masukkan udang dan kacau lagi hingga garing. Boleh dimakan dengan nasi putih.




Spicy butter prawn
oleh: mrs ajam

Bahan-bahan ( ikut suker :) )
udang yang sederhana besar (ikut suka berapa ekor)
butter
2 biji kuning telur
susu
bawang putih (cincang)
daun kari
cili padi
garam
tepung beras

Cara-cara
1. Gaul udang, garam, tepung beras dan sebiji telur kuning - biar sebati k!! ~pastu goreng dan toskan~
2. Panaskan kuali, serta masukkan butter. Bila sudah cair, masukkan susu yang telah dicampur dgn sebiji telur kuning.
3. Bila dah agak pekat masukkn bwg putih, daun kari dan cili padi.
4. Kacau seketika kemudian letak udang yng sudah di goreng tadi.




Butter Prawn
- sudipkayu -

Bahan2:
12 ekor udang saiz besar
2 sudu butter
3 biji kuning telur
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam
minyak utk menggoreng

Cara2:
1. Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.Gaul seketika sebelom diangkat. Bila dah msak,ketepikan. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.
2. Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.




BUTTER PRAWNS
Sumber : Restoran Pak Amir
Kiriman : Jeni

Bahan A:
600 gm udang besar
1 camt. gula
1 camt. garam
1/2 camt. lada hitam
1 camt. minyak bijan

Bahan B:
3 camb. tepung jagung
1 camb. serbuk kari ikan

Bahan C:
3 biji telur kuning
1 camb. susu cair
1/2 camt. garam
1/4 camt. serbuk lada hitam
2 camb. butter

1 camb. bawang putih- dicincang
2 camb. cili padi - dicincang
1 camb. daun kari-dicincang
2 camb. butter

Bahan perisa:
1 camb. sos tiram
1/2 camb. gula
1/4 camb. serbuk lada hitam

Kaedahnya
1. Bersihkan udang, buangkan kaki dan keringkan air dengan gunakan kitchen towel.Perap udang dengan bahan A selama 20 minit.
2. Campurkan bahan B dan masukkan udang yang telah diperapkan tadi. Gaul rata. Goreng terendam udang tadi secukup masak dan tuskan minyak.
3. Panaskan kuali, masukkan butter. Campurkan bahan C dan pukul rata. Masukkan bahan C ke dalam kuali tadi. Kacau campuran bahan C tadi dengan cepat untuk mendapatkan telur goreng yang halus dan rangup.Angkat dari kuali.
4. Panaskan kuali dengan 2 camb. butter. Gorengkan bawang putih, cili padi dan daun kari hingga wangi. Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan bahan perisa. Gaul rata. Akhir sekali masukkan telur goreng tadi . Gaul rata dan terus hidangkan semasa panas.Tapi ada sedikit penerangan lanjut:
(1) Udang sedap yang kulit nipis.
(2) Untuk dapat serbuk telur berurat macam kat restoran tu , masa goreng
sentiasa pukul dengan pemukul telur laju-laju. Kalau tak telur tu berketul-ketul. Tak nampak sedap nanti.




Butter Prawn
- jasmeen -

(4 org makan)

Bahan2 :-
250 gm udang (udang rimau lg best..yg teman buat tuh belen wat mee, tu yg togel jer udang tu)
3 biji kuning telur (klu nak serdak banyak, tmbah lg telur tu)
1 cwn myk masak
3 sudu besar butter / margerin (teman guna margerin)
2 sudu teh susu cair or susu segar
3 biji cili padi (hiris halus)
Daun Kari
Garam & Ajinomoto secukup rasa..

Cara2 :- (Ramai yg kata, part nih yg leceh tp follow cara kt bwh, insyaAllah jadikk)
- Goreng udang sehingga masak (guna ½ cwn myk) than letakkan dlm penapis. Myk goreng udang x leh guna lagik coz nnti hasil dia x cantik ..
- Masukkan balance myk msk td bersama2 dgn butter..tggu sehingga butter cair
- Masukkan kuning telur (pukul guna garpu + dgn susu dulu), tuang telur perlahan2 dlm kualai & MESTI sentiasa dikacau..
- Msukkan cili & daun kari (jgn behenti mengacau)..
- Perisakan dgn garam & Ajinomoto (berhati2 dgn garam coz margerin or butter dah masin)
- Kacau lagi sehingga berbuih-buih (Buih akan memenuhi kuali) ± 2 minit
- Sdh garing tuangkan ke atas udang yg didlm tapis td..Tggu sehingga myk betul2 tus, br hidangkan..




UDANG BUTTER
Sumber : Majalah Keluarga & Seri Dewi, keluaran Feb,2007
Kiriman : Rinnchan

Bahan-bahan:
4 ekor udang galah

Bahan A:
Mentega secukupnya
1 butir telur
Sedikit susu cair
Sedikit susu pekat
* Kacau sebati kesemuanya

Bahan B
1 batang serai
4 tangkai cili padi
Daun kari secukupnya
* Dihiris halus dan digoreng dgn sedikit minyak

Cara-cara:
1. Panaskan minyak yg telah dimasukkan mentega dan goreng bahan A yg telah dikacau sebati dlm satu bekas tadi.
2. Cara memasukkan ke dalam kuali berisi minyak tadi adalah dengan menuang perlahan-lahan dan terus dikacau sehingga kekuningan. Angkat dan gaul bersama udang yang telah digoreng serta Bahan B yg telah digoreng ketika masih panas.
3. Hias dan hidang mengikut citarasa anda.




Cream Sauce Butter Prawns
Sumber : F&N Dairies

Ingredients:
400 gm large prawns - washed & drain. Keep the shells intact but slit the back
1/4 tsp salt
80 gm butter
2 tbsp flour
1/2 tsp pepper

(A)
2 sprigs curry leaves
10 chilli padi - sliced finely (optional)
100 ml F&N Evaporated Milk

Seasoning:
1/2 tsp salt
1 tsp sugar
1/4 tsp pepper
1/2 tsp chicken/prawn granules

Cooking Method:
1. Marinate prawn with salt and pepper for at least 10 minutes. Lightly dust with flour. Shake off excess flour.
2. Heat oil and deep fry prawns until crispy and golden in colour. Drain and put aside.
3. Melt butter in a wok. Add in (A) and seasoning. Continue to stir until creamy.
4. Toss in prawn and continue to stir briskly over low heat until prawns are well coated with sauce.



BUTTER PRAWNS
- Chef Lin -

Bahan-bahan
600g udang besar
minyak utk menggoreng terendam
1 camb bawang putih cincang
6-8 biji cili padi, jika suka, dititik
1 pelepah daun kari
5 biji kuning telur
5 camb susu segar
3 camb mentega
2 camb marjerin

Bahan A
2 biji kuning telur
2 camb tepung beras
sedikit garam

Cara menyediakan
Potong sesungut udang, belah belakang untuk membuang urat (jangan buang kulit). Keringkan dengan kitchen towel. Perap udang dengan A selama 20 minit. Panaskan minyak yg banyak, goreng udang sebentar hingga keemasan kemudian angkat. Pukul kuning telur dan susu hingga sebati. Panaskan mentega dan merjerin hingga berbuih halus (api kecil) kemudian masukkan campuran telur secara perlahan-lahan. Kacau supaya telur menjadi butiran halus. Masukkan bawang putih, cili padi, daun kari dan udang. Kuatkan api dan gaul hingga rata dan bersarang. Sajikan panas-panas.



udang – buttered prawns

Ingredients:
Tiger Prawns or King Prawns - 600gm
Curry Leaves - 1 stalk
Chicken Egg Yolk - 5 eggs
Ajinomoto - 2 teaspoons
Sugar - 3 teaspoons
Ideal milk - 3 teaspoons
Butter - 500 gm
Cooking oil for deep frying prawns

Method:
1. Clean prawns without removing shells.
2. Deep fried the prawns in heated oil for 1 minute. Drain excess oil before arranging in plate.
3. Place butter in heated wok and allow it to melt. Add in the egg yolk to the melted butter.
4. Stir constantly until bubbles are formed and egg yolk turns to shredded form.




Butter Prawn
Posted by SeCrEt DeLiCiOuS

Bahan-bahan
5 ekor udang sderhana
1 cawan minyak masak
1 cawan butter
4 - 5biji kuning telur
Daun Kari

Cara-cara
1. Gaul udang bersama sedikit garam kemudian goreng separuh masak.
2. Panaskan minyak dalam kuali hingga betul2 panas kemudian masukkan butter.
3. Biar butter cair dan tutup api.
4. Tuang telur kedalam jaring / acuan roti jala dan goyang2kan mcm buat roti jala tu..
5. Sambil tu telur dikacau menggunakan chopstick laju2 supaya tidak melekat.
6. Masuk udang dan masuk daun kari.Angkat menggunakan penapis.



UDANG MENTEGA
Sumber : amin_24000

BAHAN-BAHAN
20 ekor udang sayuran
1/2 sudu besar planta mentega
15 hiris daun kari
2 sudu besar susu cair
1 sudu besar cili (dihiris)

CARA-CARA
1. Panaskan kuali dan masukkan mentega, daun kari dan tumiskan hingga berbau wangi.
2. Masukkan udang sayuran dan goreng hingga betul-betul masak
3. Akhir sekali masukkan susu dan goreng hingga hampir kering
4. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.




Udang Mentega Nestum
oleh: zeera

Bahan-bahan ( 7 )
1kg udang basah (saiz sederhana besar)
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili padi
2 tangkai daun kari
1/2 cawan susu cair
4 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung beras
1/2 cawan nestum
Garam dan serbuk lada sulah
Minyak untuk menggoreng
3 biji telur

Cara-cara
1. Gaul udang dengan garam dan lada sulah. Kemudian goreng setengah masak. Angkat dan toskan minyaknya.
2. Sementara itu, pukul telur, mentega, susu cair dan tepung beras. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih bersama daun kari hingga garing. Kemudian masukkan udang. Sebatikan sehingga udang masak.
4. Tuangkan adunan yang dipukul tadi. Gaul rata. Akhir sekali taburkan nestum. Sedia untuk dihidang...




udang mentega
oleh: kamal77

Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )
15 ekor udang sederhana besar
50gm mentega
1 biji telur dipukul
4sudu susu cair
daun kari
1 biji bawang besar dan 2 ulas bwg putih dan cili padi.semuanya dicincang
garam dan gula

Cara-cara
1. goreng udang sehingga separuh masak.ketepikan
2. cairkan mentega dan tumis bawang,cili yg dicingcang tadi dan daun kari
3. bila bawang dah layu,masukkan telur,dan cepat2 kacau.lepas tu masukkan susu cair,secubit garam,gula.siap!




Udang Goreng Saus Mentega
Kiriman : b4h4rsj.multiply.com

Bahan-Bahan :
500 gram udang ukuran besar
50 gram margarin
7 sendok makan kecap asin
7 sendok makan kecap inggris
2 sendok makan kecap manis
1/2 sendok teh lada halus
2 siung bawang putih dimemarkan

Cara Mengolah :
1. Buang ujung kepala udang yang runcing dan bersungut.
2. Toreh punggungnya dengan pisau, keluarkan kotorannya yang berwarna kehitaman.
3. Goreng hingga matang dengan api yang besar, Angkat dan sisihkan.
4. Tumis bawang putih dengan margarin.
5. Masukkan kecap asin, kecap manis dan kecap inggris.
6. Bubuhkan ada halus.
7. Setelah mendidih, masukkan udang goreng.
8. Aduk-aduk sebentar di atas api agar bumbu menyerap. Angkat.
9. Hidangkan selagi panas.




Udang Goreng Mentega
Posted by isma daud

Bahan- bahannya:
15 ekor udang sederhana
3 s/b butter
2 s/b susu cair
1/2 s/b rempah kari
2 ulas bwg putih - dicincang
10 helai daun kari
Garam - jika perlu

Cara-caranya:
1. Bersihkan udang.Jgn dibuang kulitnya tapi dibelah belakang.Selepas itu goreng dan ketepikan.
2. Tumis bwg putih menggunakan mentega sehingga kekuningan dan masukkan daun kari.
3. Kemudian masukkan serbuk kari dan tumis sehingga naik minyak.Gunakan api yg perlahan.Masukkan udang yg telah digoreng dan susu cair.Kacau sehingga sebati dan padamkan api.Jika kurang masin bolehlah ditambah garam...Biasanya butter sudah masin...

Tips : Kalau suka boleh juga tambah telor.



Udang Goreng Butter Berkari (Butter CurryPrawn)
Kiriman: Warda Leela
Sumber: Uncle Bobby - Stulang laut

Bahan-Bahan:
Udang kertas (besar) - 10 ekor
Telur (dipukul)
Rempah curry ikan - 1 sudu besar
Garam, perasa (secukup rasa)
Lada sulah (optional)
Mentega Planta - 3 senduk besar(agak2 sesuai untuk deep frying)

Cara:
1. Bersihkan udang dgn dipotong muncung, tidak perlu buang kulit.
2. Cair dan panaskan mentega seperti hendak mengoreng. Sementara menunggu mentega panas, gaulkan udang, rempah kari, garam dan perasa serta lada sulah dan telur yg telah dipukul.
3. Apabila mentega panas, masukkan kesemua udang berempah tadi kedalam kuali, pastikan api 3/4 kuat dan dikacau selalu. Masak sehingga udang kemerah-merahan dan telur tadi menjadi helaian. (untuk mendapat aroma curry, campurkan daun curry semasa menggoreng). Apabila sudah masak, toskan.

Tambahan:
Api menggoreng hendaklah 3/4 panas untuk mendapatkan carikan telur yg cantik dan digoreng tidak hangus dan udang akan garing- well done). Api yang kecil akan membuat telur makan minyak.



Butter Prawn
Kiriman: Naiza Abdullah

Bahan-Bahan:
600 g large prawns
oil for deep frying
2-3 tablespoons butter
5-10 birds's eye chillies, roughly chopped
10-15 sprigs curry leaves
2 cloves garlic, finely chopped
½ teaspoons salt
2 tablespoons sugar
½ teaspoon light soy sauce
½ teaspoon white vinegar
150 g Nestum original flavour cereal

Cara:
1. Remove heads from the prawns but leave on shells.
2. Slit dow the back to remove intestinal tract, trim feelers and legs and dry prawns thoroughly.
3. Heat the oil and deep fry the prawns.
4. Drain and put aside.
5. Melt the butter, and chillies, curry leaves, garlic and salt and fry for 2 minutes.
6. Add prawns, sugar, soy sauce, vinegar and nestum.
7. Cook over high heat for 1-2 minutes, stirring frequently.
8. Serve immediately.

Wednesday, December 31, 2008

Tat kelopak

Last week i found this recipe by chef lin in kosmo. It looks yummie & it taste yummie also & i've tried it this morning. Actually i made it last night. Macam nak raya lak buat cookies...actually i made it for new year celebration + it has been a long time since i made cookies out of festive season.


Tat kelopak
- Chef Lin -

Bahan-bahan
120 gm marjerin
120 gm mentega
60 gm gula aising
1 biji kuning telur
1 sudu teh vanila
330-350 gm tepung gandum diayak
50 gm tepung jagung diayak

Bahan Jem Nenas
450 gm parutan nanas - tapis
1 camca besar jus limau - tapis
180 gm gula pasir
1 batang kulit kayu manis

Cara membuat
1. Pukul marjerin, mentega, gula, kuning telur dan vanila hingga sebati.
2. Masukkan bahan ayak. Gaul rata menjadi doh.
3. Canai setebal 4 mm. Terap dengan acuan berbentuk kelopak pecah 6.
4. Angkat dengan hujung pisau dan tekan ke dalam mangkuk kertas.
5. Tekan jem yang sudah dibentuk bulat di tengahnya.
6. Canai nipis sebahagian doh, potong bentuk jejari dan letak di atas jem.
7. Bakar pada suhu 175 C selama 15-20 minit atau hingga keemasan.
8. Untuk jem. Jerang semua bahan atas api sederhana hingga agak kering. Angkat dan biar sejuk.



Tiga Kelopak Berstrawberi
Sumber: Majalah Jelita Januari 1998

Bahan-Bahan:
275 gm mentega
125 gm gula pasir
3 biji kuning telur
1 biji putih telur
300 gm tepung halus
50 gm tepung jagung
50 gm tepung kastard
75 gm susu tepung

Bahan-bahan hiasan secukupnya:
Jem strawberi
Gula serbuk

Cara:
Putar mentega bersama gula pasir hingga ia kembang. Masukkan telur, putar ia sebentar. Akhir sekali masukkan tepung halus bersama tepung jagung, tepung kastard dan susu tepung. Uli adunan hingga ia sebati dan menjadi doh. Bahagi doh dua bahagian. Canai doh setebal 5 mm. Terap doh dengan acuan berkelopak tiga. Sebahagian lagi doh diterap dengan acuan sama tetapi berlubang pada ketiga-tiga kelopaknya. Buat hingga habis doh. Susun kedua-dua doh di atas tin bakar yang dilengser dengan sedikit mentega. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit. Sapu sedikit jem strawberi pada permukaan tat tidak berlubang. Tabur gula serbuk ke atasnya.


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).