- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Thursday, September 11, 2008

Apam Berkuah

Yesterday i went to bazar ramadhan.I bought 'apam berkuah'.Instantly it reminds me of my late relative.She was very good at making this kueh.She used to make & sell it in front of her house.Very tasty bcoz' we can eat it 'fresh from the oven'.It was a simple apam.For this kueh,some steam it,some eat it with coconut.But for me i prefer bake apam & eat it with 'kuah'.



APAM BERKUAH
[nhuda]


Apam boleh guna mana-mana resepi apam beras. Apam Eno tak sesuai.
Lagi sedap makan dengan apam bakar.

KUAH
2 sudu besar ketumbar
1 susu besar jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu besar lada hitam
5cm kulit kayu manis
3-4 kuntum bunga lawang
4-5 biji buah pelaga
2-3cm kunyit hidup
2-3cm lengkuas
2-3cm halia
1 batang serai
3 sudu besar kerisik
3 sudu besar kelapa parut
3 ekor ikan selayang rebus/panggang tawar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Gula/Nisang nyior secukup rasa
Garam secukup rasa

1 biji kelapa:
santan pekat dan cair

Cara-cara
1. Kesemua bahan-bahan di atas di blend bersama.
2. Masak bersama dengan santan cair. Bila sudah agak kering baru masukkan santan pekat. Perasakan dengan nisang nyior dan gula




Apam bakar
oleh: ZIKOPHIA


Bahan-bahan ( 20 biji )
gandum 1 kilo
tepung beras 1/2 kilo
gula melaka 5 keping yang sederhana-masak dengan air
telur 1 biji
1 biji kelapa muda diparut
garam gula secukupnya
1 bungkus mauripan

Cara-cara
1. Mula-mula satukan tepung gandum ,tepung beras,telur,mauripam,dan akhir sekali masukan air gula melaka tadi,kacau sehingga sebati,jangan terlalu cair atau pekat,simpan suhu bilik sehingga ia nampak kembang.
2. bila nampak kembang,panaskan kuali,lenserkan sedikit minyak,ambil satu senduk kecil tuangkan dalam kuali,biar bentuk bulat macam lempeng,lepas tu,pusingkan agar masak sama rata,bila masak hidangkan dengan kelapa parut yang dicampurkan dengan sedikit garam dan gula,selesai dan selamat mencuba,




APAM BERKUAH MELAKA


Bahan-bahan
6 gm yis segera }
¼ sudu teh gula kastor} satukan, biar kembang
60 ml air suam }
625 ml air kelapa
½ biji kelapa parut
sedikit pewarna biru

Bahan A
300 gm tepung beras
25 gm tepung pulut
½ sudu makan tepung jagung
sedikit garam

Bahan Kuah
200 ml santan (dari 1/2 biji kelapa)
20 gm tepung gandum
3 biji pisang raja – dihiris serong
20 gm gula merah
30 gm gula pasir

Cara membuatnya:
1. Ambil 300 ml air kelapa, perah dengan ½ biji kelapa. Ketepikan.
2. Satukan 40 g bahan A dengan baki air kelapa. Kacau atas api perlahan hingga mendidih. Angkat dan ketepikan.
3. Campur baki A dengan santan kemudian gaul dengan adunan yang sudah dimasak tadi.
4. Masukkan campuran yis dan kacau sebati. Isikan ke dalam bekas bertutup. Biar selama 2-3 jam atau hingga kembang.
5. Asingkan 3-4 sudu makan adunan, bubuh pewarna biru.
6. Panaskan kuali leper yang melengkung, sapukan sedikit minyak dan biar panas.
7. Bubuh satu senduk kecil adunan ke dalam kuali. Bila mulai berbuih, sudukan sedikit adunan biru ke atasnya.
8. Tutup kuali sebentar. Bila apam masak, angkat.
9. Untuk kuah: Jerang semua bahan hingga mendidih kemudian angkat.



Apang Berkuoh Teranung Kite
- mamawandiha -

RESEPI APAM GANDUM

Bahan2
1 kg tepung gandum
3 - 5 keping gula kerek nisang (gula merah)
1 peket mauripan
Air secukupnya (lebih kurang 5 - 6 cawan)

Cara2 Mengadun Apam
1) Masak gula kerek/nisang dengan 2 cawan air sehingga cair.. kemudian tapis & biarkan sejuk
bila air gula dah sejuk bubuh mauripan dan kacau2 sikit biar hingga mauripan mengembang & nampak berbuih.
2) Ayak tepung gandum & tuangkan air gula tadi dan gaul rata.. Seeloknya gunakan tangan (yg bersih) saja yer.. kalau org Trengganu panggil kaedah ni 'kameer' atau maknanya gaul... adunan mestilah seperti adunan cekodok ataupun sedikit lembik dengan menambah air lagi kalau tak cukup yer...
3) Biarkan adunan naik dalam 1/2 jam... kacau (kaupbalik) dan biarkan dia naik lagi. Ulang proses ini sebanyak 3 kali iaitu dalam 1/2 jam sekali. Untuk kaup balik kali ke3 terus tuangkan ke dalam loyang. Untuk 1 kg tepung boleh dapat 2 loyang besar.
4) Panaskan kukusan dan kukus apam sehingga masak (dlm 40 minit).

RESEPI KUAH APAM

Bahan2
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Halia-Besor ibu jari
lengkuas-Besor ibu jari
kunyit-Besor ibu jari
Ikan selayang - 5 ekor (Kukus/rebus bersama garam & asam keping dan ambil isi)
santan - sebiji nyor (MaDiHa guna santan kotak)
Nyor gula (kerisik)-rm 1.00
Nisan (gula merah)-3@4 kerek
garam secukup rasa
ketumbar-2 sudu (rendam semalaman) (MaDiHa sangai & tumbuk halus)
Adam manis-2 sudu (rendam semalaman) (MaDiHa sangai & tumbuk halus)
lada hitam-sesudu teh
Nyor/kelapa parut -Segengam (tak bubuh.. takde stok kelapa parut kat rumah)
Air nyor (Optional) MaDiHa tak bubuh.. takde ler..

Cara Masak Kuah
1. Tumbuk/blend b. meroh, b. putih, halia, lengkuas, kunyit sampai lumat.
2. Tumbuk lada hitam & nyor sampai lumat (kalu blend takut x betul2 lumat)
3. Tumbuk ketumbar & adam manis (Hok ni pun kena tumbuk lama, biar betul2 lumat-kalau giling lagi kaw rasanya)
4. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan2 yg telah ditumbuk/blend tadi. masukkan nyor gula, nisan, isi ikan, garam dan air nyor/air kelapa.
5. Masak dalam 1/2 @ 1 jam hingga kuah betul-betul pekat dan naik minyak. Selalu kacau untuk mengelakkan kuah berkerak.
6. Sesuaikan rasanya ikut citarasa anda..

Nota: resepi kuah ni perlu dibuat double resepi jika buat 1 kg tepung (apam) sebab MaDiHa tak cukup kuah daaaaaaa.... oh ya.. lagi satu.. kuah sepatutnya warna kuning sket.. tp ku buat tu jd gelap sikit mungkin sebab rempah2 yg ku sangai tu... nak cepat punya pasal... malas nak rendam semalaman..

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).