- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Sunday, September 7, 2008

Bawal Sweet Sour

My fiance's special dish for buka puasa today;bawal sweet-sour.

Bawal Sweet-Sour

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan bawal [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

Cara:
1. Ikan dilumurkan garam & kunyit dan gorengkan dalam minyak sehingga masak.
2. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk tumisan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
4. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. Biarkan mendideh.
5. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
6. Setelah kuah pekat, tuangkan ke atas ikan bawal yg telah digoreng tadi.
7. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

Ikan Bawal Sweet n Sour
oleh: junjs11

Bahan-bahan ( 3-4 org makan )
1 ekor ikan bawal-dilumur garam n kunyit atau dilumur garam dan sedikit tepung jagung.
3 biji bawang merah-ditumbuk
1 ulas bawang putih-ditumbuk
1 in halia-dihiris panjang2
1 biji tomato-dipotong dadu
1/2 biji cili capsicum-dipotong dadu
1/2 biji bawang besar-dipotong dadu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1/2 lobak merah-dipotong dadu
1/3 timun-dipotong dadu
sedikit bunga kobis
sedikit nenas-dipotong dadu
sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
1. Ikan yg dilumur tadi digoreng hingga garing sedikit. Ketepikan.
2. Tumis bawang yg ditumbuk, halia dan bawang besar.
3. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau. Masukkan tomato, cili capsicum dan sayuran lain. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat.
4. Biar mendidih, masukkan garam dan gula. Angkat dan tuang atas ikan yg digoreng tadi.



IKAN BAWAL HITAM SWEET & SOUR

bahan-bahan :
1 ekor ikan bawal hitam
1 labu bawang besaq - dipotong bulat
3 ulas bawang putih
1 cm halia
sos tomato - 2sudu besaq
sos cili - 2sudu besaq
1 potong nenas
garam secukup rasa

caranya :
1.Ikan tu sianglah dulu kemudian dibasuh seterusnya gaul garam & kunyit kemudian goreng hingga masak. Minyak goreng ikan tadi tuang kedalam bekas lain, tinggal sedikit dlm kuali tadi
2.Tumis bawang besar & putih serta halia. Masukkan sos tomato & cili jika pekat masuk sedikit air.
3.Setelah mendidih masukkan nenas serta garam secukup.kemudian masukkan ikan goreng tadi.
4.Setelah masak, angkat dan hidangkan, hias dengan hirisan cili merah, daun bawang


IKAN BAWAL SWEET SOUR
Bahan-bahannya:-
1 ekor ikan bawal
2 ulas bawang besar (dihiris)
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
6 sudu besar sos tomato
7 sudu besar sos cili
6 sudu besar air asam jawa
2 biji tomato
3 batang daun bawang
sedikit air
garam dan gula secukup rasa
minyak masak

Cara-caranya:-
* Bersihkan ikan kemudian digaulkan garam dan kunyit
* Panaskan minyak, goreng [...]


Sweet Sour Ikan Bawal
Oleh : hanisah
Bahan-Bahan
seekor ikan bawal
sos cili
sos titam
sos tomato
air limau nipis
nanas(potong dadu)
timun(potong dadu)
sedikit garam
sedikit ajinomoto

Bahan untuk menggoreng:
tepung gandum
sedikit air
sedikit kunyit

Cara Membuatnya
1) gaul ikan bawal dengan tepung dan air serta kunyit.
2)goreng hingga setengah garing.
3)ketepikan
4)masukkan sos cili,sos tiram dan sos tomato.
5)masukkan nanas dan timun.
6)kemudian masukkan sedikit garam dan ajinomoto secukup rasa.
7)sedia untuk dihidang.



Ikan Bawal Sweet Sour
Kiriman: harlizah

Bahan-Bahan:
seekor ikan bawal
bawang besar 1 biji
bawang putih 2 biji
halia
tomato
cili merah
cili hijau
sos cili
sod tiram
asam masin
daun bawang
garam
kunyit untuk menggoreng
minyak
sedikit air

Cara:
1. gorengkan ikan sehingga garing
2. panaskan minyak,tumiskan bawang putih,bawang besar,halia,cili merah dan cili hijau sehingga gareng
3. masukkan asam masin beberapa biji mengikut rasa
4. kemudian tuangkan sedikit sos cili,sos tomato dan sos tiram.kemudian
5. masukkan sedikit air.tunggu sehinnga mendidih masukkan tomato

Cadangan Hidangan:
sediakan ikan yang digoreng diatas pinggan,tuangkan ramuan sos tadi keatas ikan,kemudian taburkan daun bawang untuk sedap mata memandang



Bawal Masam Manis
Sumber: Buku Belajar Memasak

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan bawal
1 sudu besar tepung jagung
1 biji putih telur
1 biji bawang besar ] dipotong dadu
2 biji cili merah ]
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos plum 2 sudu besar sos cili
50 ml air
1 sudu kecil air limau nipis
Minyak masak
Garam dan gula

Cara:
1. Ikan dibuang sisik dan perutnya dibersihkan. Lap ikan hingga kering. Gaulkan ikan dengan tepung jagung dan putih telur. Perapkan selama 15 minit.
2. Gorengkan ikan hingga kekuningan. Angkat dan letakkan dalam pinggan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar.
3. Masukkan semua sos, air limau nipis dan air. Kacau hingga mendidih. Setelah cukup pekat, bubuhkan cili merah, garam dan gula. Angkat dan tuangkan atas ikan hingga rata.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).